United Kingdom (London) - Part 5

July 09, 2014

Assalamualaikum…


Saya nak sambung entry ketika di London pulak. Saya ni kalo snap photo memang senget benget..1st time ke London dulu, photo my sis yang saya snap memang tersenget sana tersenget sini..hahah. Bukan apa…time tu saya main ambik jer..tak focus betul-betul. So kali ni saya nak tebus kesilapan dulu-dulu. Makanya hari ke-3 di London, kami akan ulang balik ke tempat-tempat yang sebelum ni kami dah pergi disamping imbas balik kenangan dulu-dulu tu. Awal-awal pagi kamipun berjalan la keluar ke Victoria Station. Sementara nak tunggu pukul 9am lebih..kami breakfast dulu. 

That day adalah hari bekerja..nak elak sesak dalam underground tube, kami memilih untuk naik tube lepas pukul 9am. Dah make sure masa sesuai untuk mulakan journey, kamipun naklah ke tempat tujuan…tetiba org kerumun kat area nak masuk ke underground. Ramai giler..rupa-rupanya ada problem dalam underground station. Semua orang tertanya kenapa bagai. Kami dua org pun ternganga-nganga la dok tunggu nak turun ke underground station tu..dekat 10 minit tunggu..kami mcm tak sedap hati nak stay kat crowd tu..takut2 ada penyeluk saku. So, kami decide nak naik jer bus. Keluar jer dari Victoria Station, dengar siren polis, ambulance sana-sini. Uihh..what happen?? Ada apa-apa terjadi kat underground tube ke?? Teringat kes bom dulu-dulu tu gerun pulak..mintak simpanglah semua tu.


Keluar jer dari Victoria Station tu, ada jer person in charge untuk bus yang berkeliaran area bus stop Victoria Station. Kami just cakap nak ke Westminsterdiapun explain la macam mana. Cepat betul explain..saya memang tak dapat tangkap..tapi my sis ok jer..haha. My sis memang pick up..sebab tu saya tak pernah risau kalau travel dengan dia. Saya sangat suka naik double decker bus..boleh layan view. Jom tengok apa photo saya snap that day....   


That day sejuk boleh tahan lagi...so saya decide nak pakai jacket biasa2 jer. Just standby bawak mafla kut-kut hujan, boleh lilit kat leher. Dengan cara tu boleh kurang sikit sejuk.


Oyster card memang penting kalau travel di London

Location dan possing ni adalah cilok idea Syeida..ehehe. Macam mana awak boleh pusing-pusing badan tiap kali bergambar ek?? Saya try sampai sakit pinggang wooo..hehe


Houses of Parliament...kalo ke London memang wajib ke sini. London taxi dan bus memang kerap lalu kat Westminster Bridge ni..boleh combine 2-3 icon London dalam 1 gambar..hehe


Dari Westminster Bridge ni..sebelah kiri boleh nampak view London Eye dan sebelah kanan boleh nampak House of Parliament

Untuk pengetahuan semua..toilet memang susah nak jumpa kat London ni. Tips dari saya...kalau dah anda datang area House of Parliment atau London Eye ni..masuklah building area London Eye tu. Ada McD dalam tu. Dalam McD tu ada toilet yang bersih...free lagi tau. Dan kalau di area Oxford Street pulak..masuk jer 1 shopping complex yang besar sikit..pasti ada toilet. 


Dah puas berpoya-poya kat Westminster, kami taknak lepaskan peluang untuk lunch kat Jom Makan iaitu sebuah restorant melayu kat area Trafalgar Square. Sebelum ke situ, kami singgah dulu kat Horse Guard ni..dari sini boleh jalan terus ke Trafalgar Square. Time ni dah start hujan..payung kami sebenarnya dah teruk sangat...nazak dah..haha. Yela dari Holland ke Belgium kami asyik guna payung..kena pulak angin kuat..payung tu dah berapa kali nak tercabut..haha. Gigih betul kami pakai payung tu sampai habis trip..fuhh.

Sampai jer area Trafalgar Square..eh..mana restaurant Jom Makan?? Macam tak caya jer restaurant tu takde..so saya masuk la bertanya kat office Malaysia Tourism. Sorang pompuan melayu entertain saya..dia cakap restaurant tu dah tutup. Aduhh frust betul. Then dia tanya nak makan ke?? Saya cakap la ye..so dia bagi 1 address restaurant tak jauh dari situ. kat bawah ni addressnya...


Kuala Lumpur Cafe,
1st floor, 57 Charing Cross Road, 
WC2H 0NE London, 
United Kingdom

Staff Malaysia Tourism citer macam dekat jer..tapi mak aii..jauh jugak la berjalan..haha. Tak salah saya dalam 5 minit kut kami berjalan. Dah la hujan. Dalam berjalan tu..saya perasan macam pijak something sampai bunyi prut prak gitu..rupa-rupanya hujan yang turun tu adalah hujan ais. Sebab tulah bila hujan menimpa payung bunyi kuat sangat. Butir-butir ais tu tak lah banyak sangat..seolah-olah ais dan air bercampur. Bila dah tahu ais..makin best pulak pijak..hahaha. 
  


Bila dah jumpa Kuala Lumpur Cafe ni, rasa mcm nak lompat jer bila tengok lauk-lauk ni. Berbaloi jalan jauh-jauh sebab lauk sedap-sedap.



Cafe ni duduknya dalam complex..rasanya macam khaskan untuk orang Asia jer. Sebelah cafe ni ada salun orang Melayu..bila tengok keadaan complex ni, macam keadaan kat Building Mara kat KL tu.



Happy betul my sis dapat minum nescafe ais..hehe



See?? Nampak sedap tak..hehe. Nasi lemak..saya letak udang, sotong dan asam pedas ikan merah..memang puas lah makan kat sini. Boleh la cover kesedihan tak dapat makan nasi kat restaurant Jom Makan tu..hehe



Complex tu dekat jer dengan underground Leicester Square Station


Kemudiannya kami patah balik ke Trafalgar Square sebab nak bergambar di depan National Museum. Ada show pelik-pelik kat sini..macam kat Harrod ritu ada orang tertungging..ini ada orang duduk hang gini pulak...haha. Menakutkanpun ada..gelipun ada. Dia asyik dok buat bunyi kentut..haha. Nampak macam impossible boleh hang mcm nikan?? Rasanya ada besi tiang tu disekalikan dengan 1 seat muat-muat untuk dia duduk. Connection besi dan seat tu ada dalam lengan baju mamat ni. Bila tengok gini memang real habis dia tergangtung.


Suasana sekitar Trafalgar Square. Time ni hujan dah stop dan matahari memancar.  



Admiralty Arch



Next destination kami adalah Tower of London. Kali ni kami naik underground tube pulak. Underground Trafalgar Square ni penuh dengan lukisan-lukisan sejarah..menarik.



Keluar jer dari underground station Tower of London ni..wahh..hujan bukan main lebat..menggigil sejuk. Kami terkandas tapi still boleh nampak castle ni. Tujuan kami ke sini adalah nak bergambar berlatarkan castle yang mana dikenali sebagai Tower of London.



Stop jer hujan..berposing lagi..haha. 



Untuk bergambar berviewkan Tower Bridge..area Tower of London nilah yang paling sesuai. Disebelah kanan adalah Thames River, sebelah kiri adalah Tower of London dan di depan adalah Tower Bridge. Jom pegi dekat lagi..hehehe


Memang tak menentu betul cuaca kat London ni..bestnya bila cuaca bertukar cerah. 


The Shard..the tallest building in Europe. Time 2011 saya datang building ni rasanya belum ada. 


Bahagian Tower of London yang facing Thames River



Tower Bridge



On the way nak berjalan ke arah Tower Bridge tu..lalu pulak 1 café ni. Glupp…scone lagi…haha. Scone tu memanggil untuk memakannya..bila tgk gaya café tu macam standard sangat..so saya dengan sedihnya melupakan hasrat :(



Kacang yang disalut karemel...sedap. 1 cup tu 2 pound



Lepas puas bergambar atas Tower Bridge ni..kamipun beredar ke bustop berdekatan. Kebetulan dari bustop tu boleh terus ke Covent Garden yang kami belum pernah pergi sebelum ni.



Bus ni lalu dibahagian belakang London Eye...



Bus tu betul-betul stop depan Covent Garden Market ni..berjalan sikit jer dah sampai. Ada apa sini?? Sini ada kedai-kedai..restaurant dan kios-kios jual souvenir.



Bahagian dalam..ada music show



Dorang ni main music sampai terlompat-lompat..hehe



Jualan hasil seni di gerai-gerai



kad ucapan..menarik kan?? Boleh dilipat dan bila dibuka berbentuk gini..


Menarik dan mahal



Orang jual nasi goreng seafood..fuhh..harum nasi goreng tu memenuhi ruang building tu. Nasi goreng mat salleh ni selalunya letak wine bagai. Leboh-lebih lagi ada seafood, selalunya dorang nak hilangkan rasa hanyir seafood, dorang tambah wine. 



Uitt..ada cafe Jamie Oliver...terasa nak makan fish n chip dalam face ni..malangnya fish n chip ada diletakkan beer. Baru saya teringat..mat salleh ni suka letak beer untuk rangupkan tepung yang menyaluti ikan. Benda yang patut alert time makan fish n chip kat oversea.


Nasib kami baik..ada 1 cafe yang berasaskan bahan organic dan juga merupakan bakery. Kena pulak time tu petang..sesuai la nak tea time dengan scone lagi..hehe



Saya order ice coffee dan my sis order hot tea



Pelbagailah dessert kat sini..tak tau nak pilih yang mana..akhirnya my sis pilih banana toffee tart..sedap sangat!!!


Saya pulak...of cos la scone..besar sungguh scone ni..tak larat nak habiskan



Me..travel and food..cannot be separate..heheh

In one day kami dapat cover most interesting places in London. That day seolah-olah kami takde nak rush apa-apapun..macam betul-betul free and easy. Tea time kami terus merangkap dinner sebab sangatlah kenyang. Lepas dah puas round-round tempat tu..kamipun balik ke hotel. Perlu standby pack bag semua sebab keesokkan harinya kami akan ke sebuah lagi negara iaitu France. Nantikan perjalanan kami ke France in next entry..

You Might Also Like

23 comments

  1. Assalamualaikum kak zila, bestnya. ehh kejap tadi kita terliur tengok nasi goreng pastu baca bawah alamakk ada wain bagai. terus telan balik air liur. ahhaha bestnya jejalan london ~~~

    ReplyDelete
  2. Trafalgar Square tu menggamit memori sungguh. Dulu-dulu Malaysian High Commission kat area tu. Kalau pandai cari angle, boleh ambik gambar bendera Malaysia berkibar-kibar as background. Cepat sambung next entry ya Zila :)

    ReplyDelete
  3. Kelakar dengar cerita Zila nak tiru gaya orang lain posing.

    Tentu sejuk, berjalan dalam hujan batu lepas tu minum air ais...

    Makanan mat salleh biasanya taruh wine, beer, brandy..Baguslah Zila prihatin soal ini. Zila cari yang halal, macam restoren KL Cafe tu. Nasi lemaknya nampak amat mengancam..terliur puasa-puasa ni.

    Seronok tengok Zila berjalan-jalan di London.

    ReplyDelete
  4. Naik double-decker lg best for sight-seeing..

    ReplyDelete
  5. Zila...saya pun kaku ok bila posing. Nak nampak byk pose..kena la ambik kejap kat luar tepon merah tu..kejap belah dalam..walaupun pose sama. Kikiki

    ReplyDelete
  6. Ha memang tak puas kan berjalan kat London ni...memang nak pergi lagi sekali...

    ReplyDelete
  7. Hai liza..Salam perkenalan
    Bestnya tengok liza conquer London..
    Mane-mane pergi mesti nasi lemak juga tetap dihati..

    ReplyDelete
  8. Tengok gambar2 , rasa lama bebeno tak pi lepak2 kat area Oxford street tu , nak kena pegi ni hehehe

    Lilywihite kat area trafalqar tu ada lagi tak , kalau masuk dalam Lilywhite tu dulu mau 2-3 jam , murah sangat

    ReplyDelete
  9. just nak tanya...tak posa ke??

    ReplyDelete
  10. Rindu London!! Dan2 teringat kenangan berjalan2 tepi Tower Bridge tu, layan perasaan. Pasal tu duk ulang2 je baca entries Eu Zila ni. Hihi. Best kan masuk bakery kat sana, saya ni pula memang suka dessert. Haruslah excited je manjang.

    Lawa biru langit lepas hujan kan. Best betul baca experience Zila niii.

    ReplyDelete
  11. To have nasi lemak (with that various kind of dishes) in the middle of London is totally something amazing.

    All the dessert that you had in the bakery tu tempting habis.

    ReplyDelete
  12. nasik lemak tu mmg menduga iman betul ... dengan udang nye beso2

    ReplyDelete
  13. Zila..dah masuk part 5 ke..alahh..byk dh missed ni perlu lah reveiw balik yg dh lepas tu

    Kuala Lumpur Cafe?..siapalah agak nya owner tu kan boleh bukak cafe kat London tu mesti guna budget yg byk..

    Best aa Zila travel ngan 'kakak' yg sporting tu..kiranya tak perlu risau nak cari partner travel lain mcm JM ni huhuhu

    ReplyDelete
  14. Sheila --> Waalaikumsalam..jgn terliur sangat..batal posa..hehe

    Fayreen --> Akan cuba cepatkan update entry :)

    Prof --> Suka tgk Syieda posing prof..hehe. My sis suka nescafe ais. Saya memang seronok jln2 kt London...hehe

    Nohas --> Memang betul..tapi nak murah dan cepat..naik underground tube lagi bagus..dua2 tu ada baik buruknya

    Nieda --> Heheh

    Syieda --> Ok what ur pose..hehe..hentam jer posing mcmanapun..kita bukannya model..haha. Tapi location utk bergambar ni memang idea dr syieda..tq yer!!!

    ReplyDelete
  15. Saerah --> Jom gi sama2 lagi..hehe

    Tapak kaki --> Saya Zila ye..bukan Liza..hehe. Kebetulan rezeki murah dpt nasi lemak di London..memang best..hehe

    Rezeki --> Lilywhite ke whitelily?? kompius pulak saya..hehe. Tak perasan pulak ada ke tak. Saya byk kurangkan shopping kali ni..

    Abu --> Ofcos la posa..nape tanya?? Gambar mkn2 ni time bln 5 ritu

    Bibie --> Dessert ni satunya sedap dan satu lagi adalah cantik..haha..boleh gitu?? Makaseh sudi baca experience tak seberapa ni :)

    ReplyDelete
  16. Zaraab --> Kalo restoran Jom Makan tu still ada..mcm2 makanan malaysia lagi boleh dpt..KL cafe nipun ok jugalah dari takde.

    Azra --> Sabar2..batal posa kang..hehehe

    JM --> Sure JM bz sbb boleh termissed entry saya..hehe. Hopefully cafe tu boleh bertahan lah..atleast org kita nk pi London boleh mkn makanan malaysia. JM dgn partner yang gi ostolia serta japan tu xsesuai ke?? nampak mcm sesuai jer

    ReplyDelete
  17. Huhuhu baru2 ni lepas blk dari jepan dia terasa hati dgn Jm terus dh x contact. Marah betul dia minta maaf x dilayan maybe itu sikap org non muslim kot

    ReplyDelete
  18. ya ka, ingatkan travel kemarin dulu...dlm bulan posa nih...sorry, misunderstand. anyway nice photos and infos

    ReplyDelete
  19. kes bom dulu dulu tu laa tahun yang saya p tour UK tuu, peristiwa bom tu berlaku pada awal Julai 2005, tour saya ke UK tu pada minggu kedua August, hati tu rasa tak seronok nak p.. tapi teruskan jugak sebab flight tiket,accomodation, schedule semua dah bayar, alhamdulilah laa tak jadi apa2 pada kami, masa kami di sana...

    ReplyDelete
  20. JM --> Bukan muslim ke kwn travel JM tu..baru saya tau. Xper2..lepas ni JM try solo travel plak..hehe.

    Abu --> Abu kalo bc dari mula cter europe saya ni..maybe x keliru kut..hehe

    Bannister --> Oh...kebetulan ye. Rasanya time tu my sispun kat sana lagi. Nasib dia baik la sebab tak jadi apa2 kat dia.

    ReplyDelete
  21. Ciku sonok lak baca blog zila ni..macam macam stori dan gambo.Boleh recall semula tempat2 ciku pernah terjah dulu winter 2015 kot g london n paris sekeluarga..Kami pun kena studi banyak nak travel without agent ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya lage seronok bila ciku seronok baca blog saya..hehe. Saya nak recall trip saya, sayapun baca balik blog saya..hahaha. A'a banyak ke study..and it fun :)

      Delete