United Kingdom (London) - Last Part

July 25, 2014

Assalamualaikum

Rasa sekejap jer
Ramadan dan nak tinggalkan kita. Entry Europe ni pulak terasa lama betul nak dihabiskan..ish ish ish. Kalau lah cerita saya ni masuk dalam drama..sure orang malas nak follow sebab lambat sangat nak tunggu episod by episod..hehe.

Last day di London..that day kami bakal ke next country dan merupakan last country dalam trip ka
mi kali ni. Kami bakal merentasi English Channel again dan berlainan pulak transportnya. Ketika dari Belgium ke London kami gunakan Euroline bus sebagai transport dan dari London ke Paris, kami gunakan Eurostar. Eurostar ni adalah sejenis train yang laju. Boleh menjimatkan masa. System train lebih kurang jer system naik bus yang mana perlu memasuki euro tunnel..berbezanya..Eurostar ni boleh terus je masuk manakala naik Euroline bus, perlu masukkan bus dalam train then barulah train tu akan masuk dalam Euro Tunnel. Aduhai..berapa banyak Euro daaaa. Sila jangan confuse..hehehe.

Pagi tu kami perlu travel dari Victoria ke St. Pancras International Station. Bila fikirkan macam mana nak tarik bag dalam tube station..tube station tu ada tangga jugak sikit2. Ngeri bila fikirkan..hahha. Nasib baik my sispun fikir benda yang sama..so kami decide nak naik double decker bus jer..yeeee!!! Dengan bantuan pihak hotel..dia print direction untuk ke St. Pancras International Station. Ada direct bus dari Victoria Station ke St. Pancras..fuhh...nasib baik tak perlu tukar-tukar bus. Everything smooth jer. 



King Cross just bersebelahan St. Pancras International Station


Keadaan dalam King Cross Station


Keadaan luar King Cross Station

Saya dah awal-awal inform my sis nak bergambar dekat platform dalam citer Harry Potter tu..hehe. Tapi dia minta saya sabar dulu sebab dia nak make sure dulu apa kami patut buat sebelum check in Eurostar. So kami berjalan dulu ke St. Pancras International Station. Rupa-rupanya ticket yang my sis beli online tu tak perlu ditukar dengan apa-apa ticket..boleh terus masuk jer dengan scan bar code kat entrance machine. 



Area untuk check-in Eurostar



Bila dah confirm step-step yang perlu..kamipun cari cafe untuk breakfast. Dah lewat tapi kami lum pun breakfast. Yang tak disangka-sangka..kami jumpa cafe yang sama ketika kami tea break kat Covent Garden..best betul. Jom tengok kami makan apa. Kat cafe ni ada free wifi...


 Hot coffee



 My sis order breakfast set



 Saya pulak order waffle..



 
 Keadaan dalam  St. Pancras International Station


Lepas dah isi perut..kami heret bag ke King Cross pulak. Asalnya nak letak kat tempat simpan duit..tapi harganya..mak aii...mahal bebenor. Tak berbaloi nak letak kejap sangat tu. What to do..dah saya nak sangat pergi platform Harry Potter tu..my sis terpaksa la ikut cakap saya..hehe. 

Sampai jer di tempat kejadian..ramai jugak orang dok Q nak bergambar bersama icon Harry Potter tu...iaitu troli yang menembusi dinding..hehe. Ada service bergambar kat sini..nak beli atau tak nak berserah kat kita. Saya tak belipun sebab my sis dah tolong snapkan. Kalo nak beli mahal giler..dekat 10 pound. Lepas bergambar..bolehlah visit Harry Potter Shop. Ada jual macam-macam benda trademark movie tu. Dasyat betul pengaruh movie tu..isk isk isk. 

 Sayapun join la dorang ni..hehe



 Ada orang khas akan pegangkan mafla tu sambil lemparkannya untuk hasilkan mafla yang mcm terbang la..hehe



Kedai souvenir Harry Potter ni tak jauh dari tempat troli tadi 



 
 Saya just masuk tengok-tengok jer..


Dah puas bergambar..kami ke counter untuk return Oyster Card. Bila return card tu..boleh dapat balik deposit 5 pound. Jangan lupa simpan envelope card tu untuk kenang-kenangan..hehe.



 Bye bye London..ada rezeki jumpa lagi :)



System Eurostar ni lebih kurang macam nak naik flight la..kena melalui immigration..chop passport. Ruang menunggupun cantik dan bergaya. Kena alert gate no semua takut silap naik train pulak..hehe. Bila tiba masa untuk masuk dalam train..baru lah tahu rupanya train tu ada bahagian atas building



Tengok-tengok train tu..mak haii..panjangnya. Kena pulak kami duduk gerabak nak dekat-dekat last gitu..haha. Rasanya panjang train tu dalam 500m kut. Kena la cepat masuk takut space nak letak bag dah penuh dengan bag oranglain. Nasib baik kami cepat. Seat Eurostar ni memang menyelesakan


Sepanjang perjalanan di kiri kanan train disajikan dengan permandangan country side. Disebabkan train ni terlalulah laju..tiada gambar yang sesuai untuk dishare. Nak compare country side on the way ke Paris dengan country side ke Cotswold, lagi cantik country side ke Cotswold...percayalah..hehe. Time bila masuk Euro Tunnelpun tak taulah..tengok-tengok dah sampai ke France..hehe. 3 jam perjalanan..serupa dari Bandung ke Jakarta masanya..haha. 

Ok..masa nak share cost ketika di UK pulak. 





Semua cost ni adalah untuk dua orang..Saya tak masukkan personal expenses dalam cost ni.

Pejam celik dah nak raya dah tak berapa hari lagi. Macam tahun-tahun sebelum ni..saya sorang diri akan menepuh jam kat highway untuk balik penang. Haish..what to do. Di kesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Lepas raya nanti saya akan bat entry France pulak yer...InsyaAllah :)



You Might Also Like

10 comments

  1. Eurostar..3 jam je ke Paris..

    Selamat Hari Raya, maaf zahir batin..pandu cermat jiwa selamat..

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Zila... maaf zahir batin...hati-hati bila memandu. Your sis raya kat mana?

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya Nohas dan Mie..maaf zahir batin..my sis raya area kl ni

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya.... maaf zahir batin ya zila...baik2 drive balik penang tu nanti ya.

    ReplyDelete
  5. Fayreen..alhamdulillah dh smpai ni..selamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
  6. Bila balik Penang Zila? Saya balik Perak. Bagilah phone number. Bolehlah singgah rumah saya di Perak.

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
  7. Wah sangat membantu, terima kasih ^^

    ReplyDelete
  8. Biar lah berpuluh2 episod like sinetron tu Zila yg pasti JM suka baca setiap episond yg di kongsi terutama part cost tu..i like..sbb JM dh prepare itie ni..nk pegi ntah bila tapi anga2 dh ada..masih mengumpul..

    Selamat Hari Raya Zila Maaf Zhir dan Batin yek..kosong-kosong :-). JM ada pos kad raya...ada dpt tak?

    ReplyDelete
  9. Prof --> Sori la prof..ni baru ada masa nak check blog..bz raya ritu. Ada rezeki kita jumpa nanti ye prof..maybe kt penang ka.

    Anakomak --> Selamat hari raya :)

    Radin --> Alhamdulillah :)

    JM --> Alhamdulillah ada org nak baca..hehee. Dah dapat JM..thks ye. Dah abis raya kalo nak balas..hehe. Sayapun nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin..kosong-kosong :)

    ReplyDelete