United Kingdom (London) - Part 1

June 25, 2014

Assalamualaikum..


Hai pembaca semua. Nak baca pasal trip saya yang seterusnya?? Makaseh jika ada yang terus-terusan follow cerita saya ni. Kat sini jer saya boleh lepaskan gian nak bercerita. Sebabnya takde saperpun berminat nak dengar pengalaman saya..especially my family. Percaya tak..takde sorangpun dalam family saya berminat nak tahu pengalaman saya?? Minat saya travel ni takde saper suka dalam family saya..especially my brother. Nak cakap saya abaikan family..takdepun. Nak cakap saya habiskan duit family..pun takde. Kadang-kadang bila fikir-fikirkan nasib diri..terasa sangat sedih pulak. Saya dah teruk-teruk kerja siang-malam, takkan tak boleh nak beri hadiah untuk diri sendiri?? Kadang-kadang kerja lewat dan balik hanya untuk tido jer. Mak saya siap pesan this trip adalah trip yang last untuk saya. Oh no!!! Bagaimana dengan impan saya nak main snow?? Ayah saya banyak diam dari cakap..tapi sempat gurau-gurau suruh saya gi India sebab dia tau saya suka Tamil movie..haha.

Ok..ok..cukup-cukup hal meluah perasaan di atas. Saya nak sambung perjalanan kami dari Belgium ke London. Perjalanan kami dengan Euroline (bus) dan kemudian masuk Eurotunnel dan kemudiannya naik ke darat tanah ratu mengambil masa lebih kurang 8 jam lebih. Bus ni hanya stop time melalui 2 immigration tu jer. Untuk pengetahuan semua..bus ni takkan stop kat mana-mana R&R atau apa-apa tempat rehat sebab bus ni dah ada toilet. Memang tak sanggup nak guna toilet dalam bus tu. Memang menahan abis la untuk ke toilet. Sepanjang perjalanan saya terlelap kejap-kejap jer sebab sejuk dan tak selesa menahan untuk ke toilet. 

Sepanjang dalam tunnel, driver bus tu tido. Dan saya sempat menyaksikan macamana bus keluar dari train pastu terus jer keluar dari kawasan train tu. Kelihatan banyak landasan keretapi. Kemudian bus tu melalui highway. Bus tu adalah left hand side..bila masuk UK, driver tu kena drive left hand side pulak. Kalau saya sure pening..hahaa. Highway kat UK ni macam kat Malaysia la keadaan dia..kiri kanan bukit bukau dan kadang-kadang ada padang yang luas. Dan signboard nak tunjuk jarak bukannya dalam KM tapi dalam MILE

Lega tul bila dah masuk London City..tapi kelegaan tu sekejap jer sebab bus tu stuck disebabkan ada kebakaran dekat 1 rumah ni. Dah la jalan kecik-kecik..jammed pulak. Tak senang duduk saya..haha. Dan lega lagi sekali bila driver bus tu buat u-turn. Memang terer lah driver bus tu sebab gigih buah u-turn dengan space yang kecik yang mana kiri-kanan jalan adalah perumahan. Kelegaan tu bukannya lega sangat-sangat bila dekat 1 hour jugaklah nak ke destination. Dan ada insiden dalam perjalanan tu bila bus tu break mengejut disebabkan sebuah kereta depan dia ada buat kesilapan time drive. Memang dasyat sangat impact kepada penumpang. Saya jerit jugak lah. My sis sempat pulak pegang saya..hahaha..kalau tak sure dah cium seat depan. 

Sampai Victoria Station, kami bergegas nak ke Easy Hotel. Time tu kami masih tak sedar yang masa di London adalah awal 1 jam dari Belgium. Kami ingat time tu dahpun pukul 8am tapi sebenarnya baru pukul 7am. Lepas my sis tanya arah jalan dari sorang driver cab..berjalan lah kami mengheret 3 luggage bag. Easy Hotel ni agak dekat dengan Victoria Station, so kami takde masalah untuk transport untuk kemana-mana sekeliling London. Kami mintak check-in awal, tak kisah la bayar berapapun..malangnya pukul 10am baru kami dibenarkan check-in dan kena bayar extra 15 Pound + 10 pound for luggage. Lepas my sis nego..dpt la 20 pound untuk kedua2 tu. Kalau nak tunggu check-in pukul 3pm..jenuh lah kan. Lepas gunakan toilet dan tinggalkan luggage beg..kamipun keluar untuk buang masa sehingga pukul 10am. 


 Victoria Station

Lepas dah selesai simpan beg semua..kami berjalan semula ke Victoria Station. Sebelum nak memulakan exploration di kota London ni, kami minum dulu coffee untuk bagi segar sikit. Ada coffee 1 pound kat sini ye..tapinya kena lah duduk kat mana-mana sebab tak disediakan tempat duduk. 


Salah satu escalator nak menuju ke Victoria Station..macam comel jer..hehe


Keadaan bahagian dalam Victoria Station. Kami duduk kat kerusi stainless steel kat tiang tu untuk minum coffee


My sis planning nak bawak saya ke car boot sale. 1st time datang London dulu saya memang tak ambik tahu langsung pasal system transport kat London ni..tapi untuk kali ni saya sama-sama baca underground map bersama-sama my sis. Senang jer rupanya. Kalau bagi yang tak paham, boleh tanya staff yang bertugas.  




Pakaian yang tak bersalin since di Belgium..haha. Panjang kan tempat tunggu tube ni? Sepanjang tu jugaklah tube tu ye..memang gerun naik tube yang laju..apa boleh buat..ni jer transport terbaik untuk travel dalam London nih. Saya lebih suka naik bus tapi lambat pulak.


Orang tak berapa ramai, maybe sebab hari ahad dan hari masih awal pagi. Bila keluar dari Pimlico station, kami pun berjalan kearah sebuah kedai runcit. My sis Tanya tokey kedai tu kat mana car boot sale tu. Then dia cakap tak jauhpun…just belakang sebuah church yang boleh nampak dari situ. Tapi dia cakap car boot sale tu bukak pukul 9am..then kami tengok jam dah pun pukul 9am. Rupa-rupanya kami belum adjust jam..UK lewat sejam dari Belgium. Time tulah baru sedar…haha.  



 
 Ketika di Pimlico Station


Dari station boleh nampak church tu..belakang tu lah car boot sale tu



Nampak signboard ni..maka sampailah kita. 


So kamipun decide nak naik tube sampai ke hujung..macam nak kill the time. Kami pilih untuk ke Wimbeldon. Memang best lah duduk dalam tube yang tak berapa ada orang..macam tube tu kami yang punya..haha.



Perumahan di sekitar London. Aman tenteram jer keadaannya.

Bila dah travel jauh-jauh berjam-jam lamanya..memula tu takde hati sangat la nak explore London tu betul-betul. Kami hanya terbayang-bayang untuk segarkan badan dan makan makanan yang betul-betul. Makanya..lepas buang masa, kami pun patah balik ke Victoria Station dan berjalan ke hotel. Kami dapat bilik di lower ground. Nasib baik tak dapat level tinggi sangat sebab takde lift. Dan lagi nasib baik sebab hotel tu under renovation dibahagian luar, so pekerja renovation tulah tolong bawakkan beg kami kedalam bilik. Susah jugakkan nak bawak beg guna tangga walaupun 1 floor ke bawah. 



Ini 2nd time kami stay kat Easy Hotel ni..so tak terkejutlah tengok bilik kecik ni. Yang paling tension adalah..shower tu kalau bukak bukannya boleh kena terus ke badan tapi kena betul-betul kat tab shower tu..memang tak puas la mandi. Last-last saya potong botol mineral buat bekas untuk isi dari tab dalam sink tu..hahaha. 1 lagi yang tension..kalo bukak beg..sorang kena duduk atas katil dan sorang lagi baru boleh bukak beg. Then dah bukak kena tutup balik..haru betul lah. 1st time dulu bawak beg kecik..takde hal sangat la..ni besar gedabak..susah sikitlah.


Lepas mandi semua..sayapun masak nasi. Saya letak rice cooker tu jauh dari smoke detector. Alhamdulillah takde apapun berlaku. Memang puas lah makan nasi berlaukkan ayam masak merah berahim serta sambal ikan bilis. 

Bila dah segar..dalam pukul 12 kut kamipun keluar. lupa nak cter..jangan lupa beli Oyster Card ye..dan elak naik tube pack time..nanti mahal kena charge. Saya dah lama teringin nak tengok car boot sale kat UK. My sis cter best-best jer barang dia beli time dia duduk UK ritu. Tapi malangnya car boot sale yang kami pergi ni takde yang menarik sangat..biasa-biasa jer. Jom tengok gambar...



Bahagian luar hotel


Hari-hari sepanjang di London kami akan melalui sebuat private garden untuk ke Victoria Station..hanya boleh intai-intai dari luar jer :(



Antara yang dijual di Pimlico car boot sale. Takde apa sangat sesuai dibeli. Tapi saya ada jugak beli envelope. Itupun sebab nak gunakan envelope tu untuk post souvenir ke beberapa orang blogger seperti Prof Naramas, Mie, JM dan juga Nekcik. Agak murah la envelope yang boleh protect dari barang pecah ketika post. 1 pound dapat 6pcs



Lepas puas round car boot sale tu..saya mintak dari my sis nak ke Harrods. Ritu 1st time datang saya tak berapa nak minat ke Harrods tu. Tapi kali ni saya macam nak beli something untuk diri sendiri..hehe. Masuk jer dalam shopping complex tu..wahh mewahnya. Ada 1 show dalam astro channel 707..minah saleh tu cakap kalo ke Harrods wajib beli apa-apa yang murah kalau tak mampu..sebab cukuplah dapat beg plastic ada tulis Harrods tu. Hahaha..tapi sungguh tau..saya beli 1 ketui key-chainpun dapat plastic beg Harrods yang besar. Yang paling best..my sis hadiahkan saya beg Harrods ye...senyum ketelinga lah saya..haha. Jangan tak tahu..ramai jugak orang Melayu dok shopping dalam Harrods ni.



Harrods ni macam shopping complex lain la. Cumanya mahal-mahal lah. Perut masih kenyang..so takdelah hati tergugat dengan makanan-makanan di atas. Ladurée yang femes kat Parispun ada kat dalam ni. 



Bila keluar jer dari Harrods, nampak orang ni..ntah macam mana ntah dia boleh tertungging gini..haha




Dah dapat something dari Harrods..next nak jalan-jalan area Oxford Street. Nak imbas balik kenangan lalu..hehe



Kalau ke London, bersedialah untuk guna escalator yang mengerunkan ini..saya betul-betul gayat bila naik escalator ketika dalam underground tube station. Setiap kali ada escalator macamni..sure saya stay belakang my sis jika nak turun..kalau naik..saya duduk depan dia pulak..hahaha. 



1st time datang dulu semua gambar sendu-sendan..kali ni macam fresh gitu..sejukpun still boleh tahan. Dulu-dulu saya datang time winter..keadaan memang macam basah gitu dan takde matahari langsung. Dekat Marble Arch ni banyak jugak merpati.



Ayuh bershopping



Kebenarannya..kami sangat penat. Kami datang ke Oxford Street ni bukannya nak bershopping, tapi nak makan pizza serta buah cherry yang kami pernah beli kat situ dulu-dulu. Dalam keterpaksaan melawan penat travel dari Begium tu kami menapak ke destinasi. Apa yang kami idamkan dapat. Kat Primark ni saya sempat beli sikit barang peribadi :)

Layan gambar sekitar Oxford Street....



Double decker bus punyalah banyak kat sini



Wahh..dah macam tepi laut..hehe. Lebih bersih jika penjual kelapa muda kat Malaysia jual kelapa muda style gini..lagilah menarik minat orang nak beli



Akhirnya kami sampai ketempat tujuan. Masih tokey yang sama dan makanan yang sama. Mamat pakai spec tu cakap bos dia yang botak tu 4-5 kali dah pi Malaysia..sebab dia suka Malaysia..amboii. Cakap-cakap banyak..bukannya nak bagi discount pun..hehe

Tanpa hirau orang lalu lalang..kami makan jer kat kerusi tepi jalan..best betul suasana tu. Makan sambil tengok orang ramai…kalau kat negara sendiri macam segan. Jom tengok kami makan apa :)



Fish n chips..glupppsss



Tuna pizza....sedap sangat!!!



Takde kesempatan nak makan waffle sebab dah kenyang..orang tamak selalu rugi..ingat tu!!! Hehe


Tak perlu nak memaksa diri..itulah ayat saya untuk my sis yang kelihatan sangat penat dan kaki sakit. Memang hari masih awal..tapi kami tak kisah semua tu..tenaga perlu dipulihkan. So kami decide nak balik jer ke hotel. Keesokan harinya ada trip yang sangat saya idamkan selama ini..iaitu countryside di UK. Ok semua..jumpa lagi di next entry yang lebih menarik :)

You Might Also Like

21 comments

  1. Jangan risau tentang siapa yg tak minat tentang apa yg kita rasa..yang pasti di sini semua pcinta travel...apy selalu...btw cantik r..teringin nak pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tambah ayat...Cik nun pun nak main snow tak dapat2 agi. All the best to u mengejar snow..hehe

      Delete
  2. hiba lak baca part atas tu.. dont worry.. just go and fullfill ur dream.

    insya allah satu hari nanti dia org akan realized la tu...

    p/s part org tertonggang tu la jadi port aku tunggu org berjam jam ( sebab malas nak masuk harrods )

    ReplyDelete
  3. ala biasala mana sama minat semua org kan zila...mcm saya la muka herot berot dgr org beli gadget mahal, pakai tak sampai setahun dah tukar...tu blm lg yg duk beli brg umah, besar kan umah...hahaha pelik je pada sayaaa abes duit camtu....tp rasanya diorg pun pelik ngn saya sbb buang duit pi travel je, apa pun tak dpt kata mereka...hehehe masing2 punya minat...as long as tak kaco orang, ok la tuuu.... =D

    ReplyDelete
  4. Setuju dengan DJ, teruskan je hobi Zila tu... Dalam pada itu jangan abaikan tanggungjawab kita pada orang tua... rasanya cukuplah... orang lain peduli apa...

    ReplyDelete
  5. Bila dah travel byk hari dan lama2 ni bila smpai destinasi terakhir msti dh rs kene perah giler2 tenaga kan? Huhuhu

    ReplyDelete
  6. Zila,
    Bab orang lain tak sudi dengar cerita pengalaman travel kita tu biasalah, berlaku pada saya juga. Akhirnya tengok gambar sorang-sorang, senyum sendirian je. Tapi mujur ada blog sekarang ni, bolehlah kita ceritakan pengalaman kita pada orang yang berminat. Lagipun Zila ada kakak, boleh teman Zila travel. Itu pun dah satu nikmat. Boleh je cerita dengan kakak, kan?
    Oh envelope yang diposkan pada saya tu Zila beli di London? WAH mahal tu....kena jaga elok-eloklah kalau macam gitu.

    Orang yang tertunggeng tu dah berama jam dia tertonggeng gitu? Tujuannya untuk dapatkan duit ke? Hebatnya..

    Betullah...gerai jual kelapa di Malaysia kalau dihias cantik-cantik macam gitu, tentu lebih berminat untuk membeli.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah rasa boring dgn blog awak Zila. saya pun nak ke UK satu hari nanti Insyaallah.

    ReplyDelete
  8. Mmg tertunggu-tunggu entri London ni dari Zila. Uurgh... tiba-tiba rindu pulak kat London! Gambar food tu memang betul-betul menggoda... telan2 ailio dibuatnya... hahaha.

    ReplyDelete
  9. Xpe Zila share je apa je cerita travel kat sini, ramai orang nak baca. Sambil tu orang lain boleh jadikan panduan. Kalau tengok gambar pun dah cukup bagi feel, apalagi baca cerita. Tengok gambar2 awak, terus rasa rindu ngan London. Tapi buat masa ni belum ada plan lagi nak repeat.

    ReplyDelete
  10. Saya pun peminat filem Tamil.
    Dah tanam angan2 dan azam, satu hari nanti nak ke Kochi sebab nak naik houseboat hehe..

    Salam kenalan.
    Lompat dari blog Kak Kiah :)

    ReplyDelete
  11. Cik Nun --> Ye Cik Nun..appreciate ur komen :) jom sama2 mengejar snow dimana jua ia berada..hehe

    Supermeng --> sampai hiba tuh..hehe. Tak boleh jugak nak ikut sendiri punya impian..redha mak ayah kena dpt juga supaya takde apa2 tak diingini berlaku. Sampai berjam2 nunggu? fuh..sakan bershopping org yg berkenaan tu

    DJ --> i like ur komen..hehe. sy pun geram jugak bila fkr my bro tuh..umah asyik besar sana-sini..tv beli makin besar..adik dia minat benda len mcm skit..dia dh sound2..geram tui lah.

    Mie --> saya cuba slow talk dgn my parent..dorang mcm nyampah je kat saya..haha..kdg2 terasa nak diam2 jer pegi mana2 tanpa dorang tahu. Tapi mcm rasa bersalah sangat pulak

    ReplyDelete
  12. John --> belum lagi distinasi terakhir ni john..ada 1 lagi..hehe.

    Prof --> Prof dok senyum sorang2 tu pandang kiri kanan ye..takut org fikir lain pulak..hahah..gurau jer. Betul ckp prof saya ada akak sy tu..sampaikan bila saya start imbas balik hal travel2 ni..dah xleh stop pulak dia punya imbas..haha. Kalau dia tak soh sy cepat2 menulis..lambat lah keluar entry kat blog ni..haha. Amboi prof..envelope pun nak jaga..haha. Banyak aksi2 pelik2 kat London untuk dptkan duit

    Fidza --> Alhamdulillah ada orang tak boring dengan blog saya yg biasa-biasa je ni :) Saya doakan Fidza dpt ke UK satu hari nanti :)

    Fayreen --> Hehehe..makaseh sebab tunggu entry tak seberapa ni :)

    ReplyDelete
  13. Bibie --> Ramai orang support nih..rasa best pulak..hehe. Tq ye awk atas komen membina nih :)

    Mya --> Amboi..minat cter tamil sampai nak ke Kochi..haha. Kalo jumpa vijay ke..surya ke..yang lupa mintak otograf..hehe. Salam kenalan :)

    ReplyDelete
  14. Setiap orag kan ada minat yang berbeza..da org sanggup habiskan duit beli gadjet..ada org habiskan duit makeup kete..bagi yg minat travel macam kita ni pulak rasa berbaloi habiskan duit tuk travel dan lihat dunia luar dan pada masa yg sama lihat melihat kecantikan Allah dan sngt bersyukur..

    JM pun pernah kena sound..nko ni asyik travel ke sana ke mari..tak rasa nk pegi mekah ker...gurlppp...dia je lah..huhhu

    JM pun terima ole dari London tu...siap letak kat kunci umah so hari2 tgk ingat pada Zila...terima kasih ye jauh dtg nya tu...XOXO

    ReplyDelete
  15. mak saya pun bising kalau saya gi travel2..tapi bak lagu CNBlue 'can't stop me now'..

    London..mengimbau kenangan lama..

    Hero Tamil yg saya kenal cuma Vijay seorang je..suka tengok dia berlakon dlm filem Kushi..

    ReplyDelete
  16. SS tak ada apa nak komen utk 1st paragraph tu... Cuma SS nak kata... Kita senasib...

    ReplyDelete
  17. JM --> itulah JM..my fmly taknak paham..tu yang payah tu. Takut jugak jadi anak derhaka..so saya nak pujuk lagi my parent. My bro tu suka pengaruhi my parent :(. Tq JM sebab appreciate pemberian saya yang tak seberapa :)

    Nohas --> Amboi..nyanyi kat mak..haha. Filem Kushi memang best..banyak kabus kan?? Sejuk jer tengok..hehe. Vijay kalau berlakon action movie lagi best!!

    SS --> Oh senasib rupanya..haha. Kirim salam kt HH :)

    ReplyDelete
  18. Nasib kita sama Zila, cuma family tak lah cakap tak boleh travel cuma cakap dari travel baik beli rumah ke/kawin ke....sabar ajala...

    ReplyDelete
  19. Waktu sy g harrod tgh sales..cpt jer tgn menyambar.hihihi...dulu mak sy pun bising2 kalu g travel tp lps g mekah,baru dia senyap.org tua2 camtulah kan..

    ReplyDelete
  20. wahh..bestnya harrod tgh sale time awk pegi!!!

    ReplyDelete