Belgium (Total Cost) - Last Part

June 19, 2014

Assalamualaikum..

Setelah lebih kurang 1 month balik dari Europe, saya baru berjaya update 2 negara iaitu Holland dan Belgium. Ada 2 lagi negara nak habiskan..hehe. Best la menulis ni..boleh share pengalaman, info dan imbas balik kenangan. 

Di Belgium saya tak sempat nak merasa public transportnya kecuali cab. So saya tak dapat nak komen sangat efficient atau tak transport kat sana. Kalau suruh komen makanan..fuhh..memang best!!! Hehe..

Ok..jom kita tengok overall cost kat Belgium nih...


Cost yang di control oleh my accountant a.k.a my sis. Cost di atas adalah cost untuk 2 ORANG. Makanya cost untuk SEORANG adalah RM573.81. Dan cost ini TAK TERMASUK PERSONAL EXPENSES. Tak salah saya, saya spent untuk diri sendiri dalam 30 EURO

Pada malam tu..bermulalah perjalanan kami untuk merentasi English Channel. Macam biasalah..my sis nak saya cepat-cepat untuk dapatkan seat depan dan dia akan uruskan luggage bags. Sekali saya naik..orang dah penuh. Maybe bus dari station lain dan singgah ambik kami kat Brussel Noord Station. Dalam bus tu 70% orang kulit hitam, 20% orang kulit putih dan 10% orang kulit tak gelap sangat tak cerah sangat iaitu kami dua orang..haha. 

Kami tak dapat nak duduk seat sama-sama tapi still bersebelahan dan dipisahkan oleh lorong. Kedua-dua orang sebelah kami adalah perempuan kulit hitam. Risau tul time tu takut orang curi duit saya. Nak tidopun tak nyenyak. Kami akan melalui sepanjang waktu malam untuk ke London. So kami save duit untuk hotel pada malam tu. 

Asalnya saya ingat bus yang kami naiki tu akan naik atas ferry tapi salah rupanya. Bus tu sebenarnya masuk dalam perut train pastu train tu akan melalui tunnel dasar laut sepanjang English Channel. Boleh bayangkan?? saya time tu takleh nak bayangkan camnerpun sebab tak nampak apa benda pun.

Sebelum bermulanya sesi merentasi English Channel tu..kami perlu keluar dari perut bus tu sebanyak 2 kali..perhhh. Giler tul time tu. Memula chop passport sebab keluar dari Europe dan 1 lagi chop passport nak memasuki UK. Bukan kami jer keluar..begpun kena keluarkan. Takde masalah sangat nak jalan ke imigresen tu sebab bus tu park tepi building tu jer..masalahnya..sejuk yang amat sangat. Angin kuat betul. Saya sejuk sampai tak boleh nak jalan..terketar-ketar. Bila masuk dalam building boleh la tahan sikit. Memang pengalaman tak dapat nak dilupakan time tu..haha. Agaknya tepi laut kut..dats why sejuk sangat. 


Saya sempat snap keadaan bus ni masuk dalam perut train yang akan melalui English Channel. Setiap kenderaan dimaksukkan mengikut compartment masing-masing dan ditutup pintu..setiap satu kederaan diasingkan seolah-olah 1 bilik 1 kenderaan. Semuanya automatic. Lepas setengah jam dok nganga tunggu apa seterusnya..tetiba train tu ada technical problem..makanya keluar pulak bus ni..masuk dalam train lain pulak. Tetiba sorang wanita kulit hitam nak buat susu untuk anak dia..dia gi la kat driver bus tu dan tak tahu lah cmner driver bus tu boleh panggil staff train tu. Rupa-rupanya pompuan tu pun fikir bus tu akan naik ferry..bukan kami saja fikir begitu rupanya..hehe. Malangnya dia tak dapat air panas. Kesian. Tapi tak dengarpun anak dia merengek lapar ke apa.



Course Channeltunnel en.svg
Tak sedarpun rupanya kami dah masuk France..dari situlah kami cross English Channel.

Saya berminat sangat nak tahu sistem tunnel tu. Memang mengagumkan. Memang tak sedar apapun dalam tu sebab tak nampak. Boleh Google untuk tahu lebih banyak hal tunnel ni. Kalau saya citer takut tak salah info pulak..hehe


The Channel Tunnel pic1
Cross section tunnel tu. Dasyat kan?? Ntah macam manalah construction tunnel ni. Construction tunnel ni bermula pada tahun 1988 dan dibuka pada tahun 1994. 13,000 pekerja involved dalam construction nih..fuhh. 

Berakhir entry ni maka berakhirnya cerita padal Belgium. Pasni saya nak share pulak experience saya kat UK. Walaupun dah 2 kali termasuk kali ni ke London..masih tak puas lagi..haha. Maybe nak pegi lagi.


You Might Also Like

17 comments

  1. aaa rindu europe. bilalah nak ada kesempatan pergi lagi..
    saya ke belgium satu hari je hehehe..

    jemput singgah blog saya..
    saya da lama follow sini :D

    http://sitiyangmenaip.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Zila....
    Aritu sblom bertolak...abah ada tanya pasal tunnel ni. Ingatkan dia merepek je...rupanya wujud eh? Hahaha

    ReplyDelete
  3. - Bab total cost tu paling JM tunggu2 sebab senang nanti nak budget

    - English Tunnel?..mmg terpegun lah..bagaimalah cara dorang mula2 nak bina tu kan..dah le bawah paras air laut mmg tak tercapai dek akal nk pikir

    - Wowww...statment last tu membuatkan JM teruja kerana dh 2 kali ke London still nak pegi lagi?..kiranya mmg BEST lah..ok2..dh start menabung nih

    ReplyDelete
  4. Excited dengar cerita english tunnel tu...bila la nak merasa sendiri ni...hehehe

    ReplyDelete
  5. Suka sangat bila baca blog yg ada bajet2 ni.tringin sangat nak ke europe.doa2 satu ari nanti.

    ReplyDelete
  6. teringin nak travel ke europe..semoga dpt ke sini one fine day..

    ReplyDelete
  7. Saya pernah ke Dover dari Calais tetapi naik ferry. Kalau bawah laut tu hmmm....mungkin menggerunkan saya...Ferry Service masih ada lagi ke?

    ReplyDelete
  8. tenkiu for the info zila... boleh print info ni guna A3 paper pas tu tampal kat rumah... hahaha... cara yang sangat halus untuk beri hint kat hasben! :D

    ReplyDelete
  9. CT --> sayapun lebih kurang 1 hari kat Belgium..

    Syieda --> ada pulak ckp ayah dia merepek..hahha.

    JM --> Boleh dikatakan cost ni khas sy buatkan untuk JM..hehe. Memang tak tercapai dek akal memikirkan mcmana dorang bina tunnel tu. Ye JM..london memang best!!!

    DJ --> masuk dlm tunnel tu tak rasa apa2pun..haha...gurau jer :)

    Cik Nun --> i wish u can go 1 day :)

    Nohas --> i also wish u can go 1 day :)

    ReplyDelete
  10. Prof --> setahu saya masih ada ferry service tu.

    Fayreen --> serius bebenor tu..hahha

    ReplyDelete
  11. Boleh tahan kasar juga belanja untuk sehari semalam tu...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum zila, suka baca blog awak, seperti kita sendiri yang turut sama mengalaminya. Terima kasih zila. Zila, cuba lah travel ke Turki pula, cover Istanbul dulu dan buat perjalanan macam Sultan Muhammad II Al Fatih (The Conquerer). Sebab awak ada bakat menulis dan harap awak dapat kongsi dengan semua pembaca blog. Istanbul amat mesra pelancong, transpot naik metro dan tram seawal di airport lagi. Makanan halal. Toilet/Hotel sangat bersih. Masjid di mana-mana saja.Awak seakan-akan melawat eropah Muslim. Masukkan Istanbul dalam next list travel ya. ;) must visit: Muzium Panorama!

    ReplyDelete
  13. Zila, kz suka belgium...especially bruge..santeks amat!

    ReplyDelete
  14. hopefully ada rezeki pasni nak tour europe macam zila..thanks share expenses lepas nie boleh kumpul duit dan bejet iti sekali

    ReplyDelete
  15. Mie --> Begitulah nampaknya mie :)

    Anonymous --> Waalaikumsalam. Boleh tahu nama saper ni?? Saya ni suka bercerita tapi kadang-kadang ayat tunggang-langgang jugak..hehe. Kebetulan saya amatlah teringin nak ke Istambul. Sekarangpun tengah kumpul info pasal Istambul. Kalau tak keberatan boleh bagi saya email?? Maybe saya boleh tanya sikit sebanyak hal Istambul sebab saya nampak awk macam sangat-sangat tahu pasal Istambul :)

    Kak Zie --> Betul tu akak..sayalah sayapun :)

    Mrs Smile --> InsyaAllah kalau betul2 usaha..pastu ada rezeki. Saya share cost nipun sebagai reference untuk yang bakal ke sana..hopefully membantu :)

    ReplyDelete
  16. Seram duk dlm bas tp dlm tunnel.gerun sampai nak sesak nafas.lega lps boleh turun rest dan ke tandas dr duk dlm bas lama2.time blik cross kut ferry pulak.kiranya boleh rasa semuanyalah.

    ReplyDelete
  17. Betul tu..saya nak tidopun tak boleh..best la boleh naik ferry..hehe

    ReplyDelete