Jom Like :)

Followers

Monday, January 20, 2014

Ali, Muthu & Ah Hock Restaurant

Assalamualaikum...


IMG_7397 featured photo

IMG_7392
Ali, Muthu & Ah Hock nama diberi,
Tempatku lepak di weekend hari,
Pagi, petang serta tengahari,
Tak tentu masa tapi tak pernah pi di malam hari :)


Berbagai bangsa tempat ini dikunjung,
Penuhnya orang sampai ke hujung,
Tempat duduk ku pasti di pintu hujung,
Mendapat layanan bagus sebagai pengunjung :)


Nasi lemak ayam berempah sedap sekali,
Mealnya besar boleh la makan dua orang sekali,
Saya jarang order ni hanya sesekali,
Kalau korang pi cuba la makan sekali :)



Inilah menu kegemaran hatiku,
Set roti, half boil egss dan teh ais pilihanku,
Rotinya sedap half boil eggs amat sempurna bagiku,
Harganya murah berbaloi-baloi buatku :)

Semua gambar di atas saya copy paste dari website http://eatdrinkkl.blogspot.com dan http://brunsfieldrealestate.com. Kalau anda ke restaurant ni, jangan lupa try roti cicah kari ayam..saya sangat2 recommended. Ada juga dijual kuih2 melayu seperti pulut udang panggang, kuih jala dan juga cucur badak. Saya pernah juga order nasi goreng serta gorengan lain..hmm..tak berapa nak sedap. 

Alamat restaurant ni adalah...
Jalan SS2/67, Petaling Jaya.
Ali, Muthu & Ah Hock,
Block B, Oasis Ara Damansara, 
Jalan PJU 1A/7, Petaling Jaya.

10 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak zila, perghh terliur tengok gambar makanan. hehehe. kuih jala makan pepanas, pepagi. perghhhhh T__________T

Naramas Aman said...

Baru pagi ni makan roti bakar kaya dengan telur setengah masak di Union St Penang :)

farhana sinee said...

Bila tgk gambar, rasa mengidam nk mkn nasik lemak ayam berempahh tuu! Sedap nya..

nohas said...

kopitiam 1Malaysia..unik & sempoi namanya..nasi lemak ayam berempah tu nampak sedap..kenyang makan, besar portionnya..

Jari Manis said...

Amboi berpantun plak yer..so Zila dah pernah pegi ke belum restaurat 1 msia ni..Coz gambar dari blog orgl ain kan...mmg nampak sedap lah semua makanan dia tu..3 sekawan tu Ali, Muthu dan Ah Hock :-)

zila said...

Sheila --> Wsalam. Hehe

Prof --> CNY ni rasa nk jumpa prof jer..leh makan2 sembang2..saya balik penang :)

Farhana --> Mengidam?? uihhh

Kak Nohas --> mmg unik namanya..tu yg tarik pelanggan mcm2 bangsa ke sana

JM --> Sy mmg selalu ke sini..tapi tak pernah terfikir nak snap gambar :)

juadah said...

err.. unik la kedai ni. Menu pun 1 malaysia. Selalu juga ke area subang airport ni tapi tak pernah singgah makan2

:: Cik Viva :: said...

Unik kedai ni..satu Malaysia. Menu dia pun woww..especially nasik lemak ayam berempah tu..

zila said...

JM --> memang unik kedai ni..mesti singgah!!!

Cik Viva --> Betul tu!!

Pok Li said...

teringat buku bacaan Darjah 1 waktu saya belajar Ali Ramasamy dan Tong Seng.