September 19, 2013

Sabah Trip : Day 1 - KK Airport - Tamparuli - Kundasang

Assalamualaikum...

Setiap satu trip ada kisahnya..begitu juga trip saya ke Sabah ni..ada kisahnya..hehehe. Macam biasa, Air Asia jadi pilihan dan macam biasa..menapak untuk naik flight di LCCT tuh...fuhhh..berpeluh walaupun pepagi buta..hahaha. Manusia dikala pagi buta jam 5am begitu ramai giler berpusu-pusu ntah turun or naik flight. Sesetengah manusia yang lain..beralaskan kain nipis dan ada yg beralaskan lantai LCCT...tidur bergelimpangan luar dan juga dalam LCCT. Kaget jugak saya tengok..haha. Orang yang berada di LCCT tu berganda dasyat dengan orang yang berada di station bus express..

Flight saya pagi tu dalam pukul 6am lebih. Seawal 4.30am dah siap untuk diambil oleh cab..guna application "My Taxi"..ok jugak la..dia lambat 5minit..haha. Cab ni antar me and my sis di One Utama supaya kami boleh naik Sky-Bus ke LCCT. Save budget tau..hahaha. Nanti saya share cost dalam entry yang last yee. Everything smooth..sampai jer LCCT tunggu jap je dah naik flight. Kira my sis tu pandai budget masa..bila naik cab..bila naik bus..tak perlu nak tunggu lama. 2 jam setengah dalam flight untuk sampai ke Kota Kinabalu. Jom tengok apa kami makan dalam flight dan view saya snap dari atas udara



matahari nak tunjukkan rupa..cantik sangat time ni


Beria2 saya minta my sis belikan pancake ni..last2 bukan saya makan..dia yang makan sebab saya lapar sangat saya telah ngap makanan dia..hahah


My sis tu sporting orangnya..tak kisah tukar2 makanan...


 
 
 Saat-saat nak landing paling best...tempat landing betul2 tepi laut. Flight mendarat seolah-olah nak cecah permukaan laut..dan hasilnya dapat la saya snap view island apa ntah ni dari atas...suka sangat :)


Sampai jer airport KK..mcm biasa la..cari toilet dulu sebab lepas tu nak jalan jauh. So sad uols..toilet kotor. Kena bertenang menggunakannya ye..isk isk isk. Untuk jalan-jalan sekitar Sabah ni, kami gunakan kereta sewa..Viva. Info pasal kereta sewa akan saya kongsi di akhir entry...sabar ye. My sis yang drive la..saya nak drive dia tak bagi punya lah..haish. 

Oh ye..sebelum saya teruskan cerita pasal trip saya ni, saya nak bagi kredit sikit untuk seorang blogger ni..Zura tuan punya blog http://jalanjalan-makanmakan.blogspot.com Saya nak ucapkan makaseh kepada beliau on behalf my sis sebab dari blog dia my sis tertarik dengan resort yang dia stayed time kat Kundasang dan juga info mengenai kereta sewa. Walaupun dia tak sedar saya refer blog dia, saya masih nak ucapkan terima kasih. Bila cakap hal refer blog org ni, saya rasa nak kongsi 1 cerita ni ..si A ni refer info dari blog B dan ditambah lagi si B ni tlg bagi dan bagi info..si A ni mudah la sebab si B ni dah tolong..last2 bila si A ni dah balik jenjelan wat entry dlm blog yang semua benda dari segi hotel, kete sewa dan sebagainya dia cari sendiri..sentap kan si B kan? Si B ni bukan kebulur nak nama diberi kredit ke apa..tapi sedih la bila si A wat gitu..macam xde moral pulak..hahaha.  

Sepanjang di Sabah saya guna GPS dari hp jer..memang tak paham kalo nak ikut signboard..hahaha. Dat day kami nak straight away going to Kundasang. Untuk pengetahuan semua, on the way ke Kundasang kita akan melalui beberapa tourist attraction places..contohnya, Rumah Terbalik dan juga Jambatan Gantung Tamparuli. Nak ke dua tempat dari airport tak lah jauh.







Entrance fee..RM10. Hmm..agak mahal bagi saya. Benda yang bakal disaksikan adalah terbalik-terbalik belaka..hahaha. Pengunjung di asingkan 2 groups. Dalam 1 groups ada la dalam 10-15 orang gitu. 1 group akan dibawa oleh staf tempat tu untuk bahagian halaman rumah terbalik dan 1 group lagi akan dibawa masuk ke dalam rumah terbalik tu. Sedih jugak la tengok hanya kereta kancil yang terbalik dibahagian halaman rumah tu…hahaha…tu jer?? So ok la..nak tunggu group 1 lagi kuar dari rumah tu, relax2 dalam 5 minit gitu..si guide ni siap cter yang ada kisah disebalik umah terbalik tu..dan ceritanya adalah rekaan..haha..lawak la. 1 lagi...tak boleh snap gambar dalam umah terbalik tu, kang kena saman. Hmm..



Ni lah rupa kerete terbalik..hehehe


Halaman rumah..round-round sini tak sampai 5 minit dah boleh setel



staf rumah terbalik ni akan cerita asal-usul rumah dan mengawasi pengunjung. Rumah ni sebesar apartment je. Boleh tengok tv, perkakas ruang tamu, fridge, katil, meja kerusi dan sbgainya dibahagian atas...hahaha...manakala lampu dan kipas siling dibahagian lantai bawah..hahaha..kena gunakan imaginasi nak terbalikkan semua tu...hahaha. Baru setahun di bukak..ownernya pun orang sekitar tu jer. Kaya giler la owner tu..saya tengok non-stop orang datang sampai parking penuh.



Map kawasan sekitar..macam manapun kena masuk gak dalam ni sebab tak boleh nampak..pagar tinggi sangat. Kat sini yang boleh saya puji...toiletnya dan restorannya..hehe. Bila kita keluar dari rumah terbalik, kita akan masuk souvenir shop..pastu cafe..kami tak makan dalam cafe tu, sebaliknya makan di restoran bersebelahan rumah terbalik. Memang sebelum datang saya dah tahu ada restoran best kat situ..hehehe


key-chain ni ada discount 25%...dapat la dalam harga RM8..ok lah tuh!!


taraaaa...our lunch. Terbaik sangat layanan kat sini. Apa yang takde dalam menupun boleh order. Contohnya kami nak sayur..boleh jer chef kt sini buat!!! Nama restoran ni adalah Mango Garden Restaurant. Jalan-Jalan Cari Makan tv3 pun pernah datang.


Ini coffee yang diberi khas dengan nama tempat..Tamparuli coffee kalo tak salah saya..sedap!!


Sorry ye tak ingat nama menu ni..makanan ni recommended by waitress. Fish fillet yang digoreng tepung..sweet and sour sauce with mango gitu..wahhh...hehehe



Ni takde dalam menu..chef masak ikut selera kami :)



Sebelum ke Sabah my sis dah set nk order ni..spicy squid..



Dessert..sago mango..terbaik sangat..sagu tu cantik je. Ada sos kastard..dan isi mango. Perfect combination!!!



Modern and traditional concept restaurant 



Kami janji nak datang lagi restoran ni bila on the way balik dari Kundasang :)



Next destination..Jambatan Gantung Tamparuli. Dari rumah terbalik tu dalam 5 - 10 minit dah boleh sampai. Saya bayangkan jambatan ni dalam taman ke apa ke...rupa-rupanya di tengah pekan kecik. Jambatan ni digunakan oleh penduduk setempat rupanya..hahaha. Nampak tak sesuatu yang pelik kat depan tu? Jalan tu sebenarnya untuk muat sebuah kereta je..kena tunggu kereta arah bertentangan setel baru sebelah kitaorang boleh jalan..memang memerlukan toleransi. Jambatan tu ada sebelah kiri nu haa..nampak? Yang guna tour service, driver just drop dorang sebelah sini dan ambil dorang disebelah sana pulak..untung arrr...haha.



Tiba la turn side kitaorang melalui jalan kecik ni...wahh...jalan ni betul2 macam cecah permukaan air sungai tu..kalaulah banjir macam mana la orang nak cross...isk isk isk



parking kat sebelah kanan ni yee..bangunan tu adalah pasar..don't worry..ada banyak parking lot betul2 jambatan tu. 



Panas terik betul time ni..tapi syukur la tak hujan.


Betul-betul menakutkan bila ada orang berjalan..bergoyang-goyang jambatan ni..hahaha..menakutkan betul..hahah



View dari atas..pengunjung taklah ramai..



Nasib baik ada net besi bawah tu..rasa selamat walaupun ada kayu yang terkopak



View dari sebelah kanan..



dah puas bergambar kat jambatan gantung..kami teruskan perjalanan ke Kundasang. Agak was2 dengan jalan yang dilalui, kami tanya la kt sorang mamat Sabah nek moto yang tengah letak petrol dari pump station..dia bgtau la ikut mana dan mana..ok lah kan. Yang kelakarnya..sepanjang jalan asyik jumpa dia..bila jumpa je dia asyik hon..haha. Memula jumpa kat jalan..dia potong kami..pastu jumpa kt tepi jalan, dia stop gi rumah saper ntah...hon lagi...pastu dia teruskan perjalanan selisih lagi..hon lagi..hahaha..mcm excited cmner ntah. Yang lagi kelakar my sis pun nk hon dia gak la..selagi hon viva tu bunyik..prekk prekk prekk..wakakaka..mcm haper je..malu org dengar..hahah.

That day adalah 13 September 2013 (Jumaat). Jalan smooth jer..trafficpun kurang. Jalanpun macam gi Cameron. Bila ada lorry yang terpaksa bawak slow..dia akan tolong kenderaan belakang untuk pintas dia..bagus betul. Dalam 1-2 jam gitu memang line hp xde coverage...sabar jelah ek. Tapi bila sampai Kundasang, ada la jugak line..hp pun boleh la guna GPS. Sepanjang jalan ada jugak hujan lebat turun..putih jer view atas jalan..berkabus. Tapi bila dah sampai Kundasang..Ya Allah cantiknya tempat tu...bukit-bukau diselaputi kabus..matahari pulak bersinar..cuaca cerah dan segar sekali. Dengan keadaan hujan lebat kami ingat Kundasang akan hujan lebat jugak dan basah..tapi salah rupanya..



Ni salah satu view dari tempat kami stay..Kinabalu Pine Resort. Kami check-in dulu sebelum nak explore Kundasang..



Ni view dari Kinabalu Pine Resort (KPR) jugak..tercari2 saya Gunung Kinabalu..my sis ckp belakang bukit tu..tak nampak sebab diselaputi kabus..kena tunggu esok pagi..


Taraaa...our room dari luar..1 balcony ni ada 2 bilik yeee. Boleh parking kete bawah balcony tu. 


KPR ni berbukit..my sis book dari Agoda..murah la skit dalam RM20-30 gitu..kedudukan bilik kami tu mmg cun..lebih kurang bhgian atas sekali..memang cun la kalo nak tengok view


Syok relax2 luar bilik ni..tenang je


Tengok dalam pulak yee...luas bilik ni..selesa sangat2


Ni bahagian depan katil...


Perfect!!

Bahagian nak ke toilet...slipperpun disediakan..bagus tul


Toiletpun ok


Landscape yang cantik..



Kami mula explore Kundasang..tempat pertama nak terjah adalah Desa Dairy Farm. Tak jauhpun dari KPR. Dari jalan raya nak masuk sini kena guna jalan yang tak bertar ni. Entrance fee adalah RM4/person. Dari booth entrance ke dalam lebih kurang 1-2 km gitu. Ramai betul orang walaupun kt sini bau lembu dan lalat penuh...hahahah



Lembu yang dilepas tak banyakpun..xde feel lah!! hahaha



Cantik betul view bukit-bukau



Ada souvenir shop..kedai nak beli ice-cream, susu...



Saya beli 2 jenis kotak susu...yg satu tu susu dan satu lagi coklat susu..2 kotak ni dalam RM7 lebih. Sempat minum yang coklat je..yang susu tu dah rosak sebab tak letak dalam fridge



Taraaa...nilah kereta yang berjasa ketika kami di Sabah :)



Nyummy!!!



Macam kat oversea..hehehe



Gigih betul yang memanjat batu besar tu...hahha



Saya mampu dok bawah jer..haha



Gambar terakhir sebelum meninggalkan Desa Dairy Farm...tempat ni memang cantik..keadaan jalan je yang teruk sangat..takut jugak la tayar pancit..udara segar memang xde yee kat sini...hahaha. Jaga2 lalat senang masuk dalam kete.



Selepas pusing-pusing pekan Kundasang yang kedai2nya boleh dikira je..kami balik ke bilik..Taraaa...ni lah view dari balcony bilik kami...



Melihat keadaan Pekan Kundasang, boleh bayangkan restoran2nya..makanya kami makan di KPR je..harga makanan kat sini memang sangat2 ok..makanan kami ni 1 meal gini dalam RM12-13..Kalo ke sini jangan lupa order teh Sabah...1 pot ni datang sekali dengan fresh milk..oh sedapnya jika letak fresh milk. Makananpun sedap!!



Sweet & sour fish..selalu orang guna fish fillet..tapi yang guna ikan yang boleh wat kari tu..haah..sedap!!



Ni my sis punya...butter prawn..pun sedap!!

Lepas kenyang kami hanya lepak kat bilik...Kundasang sunyi sangat bila malam..xde pape boleh buat tu..so kami duduk dalam bilik tengok tv..tido awal tau..esok nak bangun pukul 5 pagi. Sabah ni cepat siang ye..pukul 5.30pagi dah macam pukul 7pagi. Nantikan entry untuk part 2 yeee..saya akan share view Gunung Kinabalu dan lain-lain 

26 comments:

  1. Assalamualaikum kak, sheila baru booking flight pergi Sabah tahun depan. tak sabarnya nak honeymoon lagi! heeeeeeeeeee. kak, cepat update! sheila akan amik semua info dari blog kak Ziela tau :)
    *bestnya dapat kakak sporting dan baik ni....

    ReplyDelete
  2. mmg gigih yg panjat batu besar 2,dah rupa tugu negara sy tgk,hahaha...

    ReplyDelete
  3. thanks sis utk semua info :)..saya akan ke KK bulan depan 6D5N :) yeayy x sabar..saya akan catit semua info dr belog akak ni...

    ReplyDelete
  4. besarnya sotong. tengok menu pun tahu semua sedap2

    ReplyDelete
  5. besarnya sotong. tengok menu pun tahu semua sedap2

    ReplyDelete
  6. zila,

    same jer tempat yg sy pg dulu..rumah terbalik, jambatan timparuli n kundasang...

    ReplyDelete
  7. Suka baca orang tulis entry pasal Sabah...sungguh lawa negeriku. Ahaks.

    1. Rumah terbalik tu dah diambil alih by Sabah Tourism. Owner dia dah bagi hak milik tu xsilap last year. Masa saya pegi aritu, xde lagi restoran Mango Garden tu.

    2. Wah Zila dah merentas jambatan Tamparuli. Aah jalan nan sebatang tu memang akan banjir kalau hujan. Ada jalan alternatif, selalu local jarang lalu jalan tu kalau nak ke Kundasang. Kalau Zila berpeluang naik jambatan Tamparuli ori lagi best. Memang tergantung, tanpa net tu.

    3. Umur panjang, kalau Zila turun Sabah lagi bolehlah jumpa saya. Kita duk Kirams Village lak. Betul2 kat kaki gunung Kinabalu.

    4. Lembu2 tu ada jadual untuk dilepaskan. Kitorang dulu datang kebetulan diorang tengah ambil angin, makan rumput.

    5. Hahaha panjang betul komen Sabahan yang xpernah buat entry pasal Sabah kan. Ish taking things for granted betul laaa.

    Glad u enjoyed ur holiday to Sabah. Bangga sat!

    ReplyDelete
  8. Shiela --> Waalaikumsalam...wahh gi honeymoon..ok lah..kak zila akan share semua benda menarik nanti..heheh

    Zaza --> Tu arr pasal...hahaha

    Nieda --> A'a memang sedap

    Don't Afraid --> oh yeke..hehe

    Bibie --> wahh..panjang betul komen..hahaha. time balik dari kundasang saya lalu jalan lain..jalan elok. Ada jambatan gantung lain lg ka..oh..i don't know. Best la jd org sabah..bebila je leh tgk gunung kinabalu..lembu nz..

    ReplyDelete
  9. Was once in Sabah way back in 2007. Dah lama. Thought of going again. Masa pergi dulu, it was just a day trip to Kundasang and Kinabalu Park. Kena stay la nampak gayanya nie.

    ReplyDelete
  10. pada pendapat sy kita mmg wajib stay..rugi lah dtg jauh2 tak tengok gunung kinabalu..hehe..memang zaraab kena gi lagi!!!

    ReplyDelete
  11. Will arrive in KK November ni..
    so tolong cepat update trip sabah ni hahahhaaa.. :D

    Cantik jugak Kinabalu Pine resort tu.. boleh try hahahaa.. :D

    ReplyDelete
  12. TT --> oh yeke...Insyaallah saya cuba habiskan cepat2 :) selamat bercuti

    ReplyDelete
  13. menariknye trip zila... terus rasa teringin nak bercuti ke sabah...eh...zila kurusnya awak...congrats ye ;)

    ReplyDelete
  14. Cantik Dairy Farm tu ya. Nampak sejuk dan nyaman.
    Zila pula nampak slim sekarang.

    ReplyDelete
  15. FnF --> A'a menarik jugak sabah..eh FnF ni perasan pulak saya kurus skit..haha. Kalo puasa berat sy senang turun..hehe

    Prof --> a'a cantik tempat tu...nampak mcm nyaman kan..hakikitnya bau tak menyenangkan..hahah. Prof pun perasan sy kurus skit..hehe..sy tak perasan sgt, bila balik kmpg fmly tegur bru tau :)

    ReplyDelete
  16. Rumah terbalik : Mmg kreatif lah owner tu..kalau entrance fee RM10 per/person..cuba bygkan berapa income dia dpt sebulan kan

    Jambatan Gantung Tamparuli : kiranya kalau air naik..jambatan gantung jadi laluan alternatif lah kot..cuma maybe kereta tak lalu..hanya utk pekalan kaki je eh..klau bergoyang gayat jadinya :-)

    Desa Dairy Farm : Tak tahu pulak kat sabah pun ada ternakan lembu susu...festime dgr..dorang ada masuk pasaran di semenanjung tak..cam tak pernah nampak ke JM yg tak perasan

    Sabar je lah ye..komen dh spt tulis karangan

    ReplyDelete
  17. JM, saya nak nyebok jawab. Susu dari desa farm tu mmg x market kat Semenanjung. Hanya kat Sabah je.

    ReplyDelete
  18. JM --> sypun dok kira-kira jugak income dia..dlm 10-15minit dah boleh siap round kt tmpt tu..fuhh..yg jmbatan tu utk jln kaki je..kalo kereka naik kira hebat giler tu..hahah.

    Bibie --> amboi tlg jwbkan.. hahaha..bagus bagus!! letak susu segar dlm teh sabah..umpp sedap sgt!!!

    ReplyDelete
  19. terima kasey Zila sbb refer kat blog zura... fridge magnet satuuuuuuuuu !! hahahaahah !!

    ReplyDelete
  20. Sama-sama kasih..hehehe...email add zura kt ziela62@gmail.com :)

    ReplyDelete
  21. Salam Zila, thanks for the great travel review ke kundasang! :)

    Kalau nak cari homestay yg berdekatan dengan Desa Dairy Farm, boleh singgah ke http://soboroongcottage.blogspot.com/

    Thanks!

    ReplyDelete
  22. Zila, boleh bg contact kereta sewa tu? Tq

    ReplyDelete
  23. Salam,
    Jika perlukan Van + Pemandu (van charter) untuk trip ke Sabah atau Kundasang, boleh singgah diblog saya http://sabahtourpackages.wordpress.com atau Like FB Page: pakejpercutiankesabah .

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum...

    Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan homestay di Kota Kinabalu pada harga paling murah

    1. Viva RM90
    2. Myvi RM120
    3 Saga RM120
    4. Alza RM140
    5. Exora RM150
    6. Avanza RM170
    7. Vios RM180
    8. Urvan RM230

    Homestay RM100.00 semalam

    Hubungi sy Raziman utk pertanyaan lanjut 0129600702
    0129600702 (Whatsapp)

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum...

    Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan homestay di Kota Kinabalu pada harga paling murah

    1. Viva RM90
    2. Myvi RM120
    3 Saga RM120
    4. Alza RM140
    5. Exora RM150
    6. Avanza RM170
    7. Vios RM180
    8. Urvan RM230

    Homestay RM100.00 semalam

    Hubungi sy Raziman utk pertanyaan lanjut 0129600702
    0129600702 (Whatsapp)

    ReplyDelete
  26. Kereta Sewa Afra Kota Kinabalu
    Kereta Sewa Serendah RM70/day *terma dan syarat
    Whatsapp : 0128031380 untuk tempahan
    Whatsapp : 0128031380 untuk tempahan

    ReplyDelete