Assalamualaikum...
Wahh..entry untuk day 2 pulak. Pukul 5.30 pagi kalau kat Sabah ni kita dah boleh nampak sikit2 sunrise. Bila baca dari pengalaman orang lain, awal-awal pagi je boleh nampak Gunung Kinabalu..kalau nasib tak baik tak nampak langsung. Bila keluar je dari bilik...wahhh..itu rupanya gunung kinabalu..Subhanallah..gahnya gunung tu. Hari masih agak gelap..cahaya matahari masih malu-malu nak tunjukkan rupa. Kami turun dari balcony bilik dan menghala ke salah 1 port yang cun..tak jauhpun dari bilik.
Pagi yang dingin tu macam kat kampung saya..saya still boleh tahan kesejukan pagi tu. Kesegaran udara memang tak dapat dinafikan. Saya tunjuk view saja lah ek..nak letak gambar saya tak berapa best sebab lom mandi..hahaha.
Saya snap view ni seawal 5.45am. Boleh dilihat jelas Gunung Kinabalu. Kelihatan dipuncak gunung batu-batuan gunung perlbagai bentuk..sungguh menakjubkan. Gunung-ganang yang boleh nampak memang hebat tak terkata dek perkataan. Hebat sungguh ciptaan Allah.
Ini pula selepas pukul 6am..credit to my sis
Ini pula selepas pukul 6am..credit to my sis
Tertarik dengan bunga-bunga yang ditanam
sekitar resort. Embun pagi masih kelihatan di atas bunga dan daun..syok
sungguh keadaan tu.
My sis asyik dengan activity snap Gunung Kinabalu di macam2 angle..hahaha..saya pulak gi mandi dan siap pack barang2 semua sebab lepas breakfast kitaorang nak terus explore Sabah lagi. Sedih arr tinggalkan KPR yang best sangat tu. Lepas selesai semua, my sis gigih pulak nak snap gambar saya berviewkan gunung kinabalu..hahaha.
Saat-saat akhir nak meninggalkan Kinabalu Pine Resort. I will miss this place
Memang tak lama gunung ni nak tunjuk rupa..lama-kelamaan awan makin menyembunyikan puncak gunung ni...yang kelihatan cumalah bukit-bukau
Dalam masa setengah jam gitu...Gunung Kinabalu memang totally covered by cloud..
Selepas puas bergambar semua, kami berjalan menuju restoran resort tersebut. Breakfast included. Makanan yang disajikan not bad. Selepas kenyang, kami balik bilik untuk angkat beg semua.
Selepas check-out kami decide nak singgah War Memorial Park. Ntah macam mana tersalah paham, my sis drive sampai naik bukit yang menghala ke Dairy Farm yang kami pergi sehari sebelum tu. Kemudiannya terus lagi naik bukit sampai ke golf club...haha..tak jumpa-jumpa. Akhirnya kami tanya seorang ahli club golf. Rupa-rupanya kami dan silap jalan. War Memorial park tu sebenarnya kat bawah...hahaha. Sian my sis kena patah balik.
Time sesat tu jumpa waterfall ni...suka sangat!!!
Dan masalah pulak bila patah balik. Alahaiii...ada excavator nak tergelincir dari lori yang membawanya. Sebabkan lori tu belok tajam gitu kut. Yelah jalan bengkang-bengkok. Dah la takde jalan lain..Kereta kami yang 1st Q tunggu kejadian tu
settle. Berjanggut jugak la..hahaha..Boleh caya tak 3 jam kami nganga
dalam kereta? Kejap hujan kejap panas..aktiviti mnyetelkan masalah
excavator tu tak settle2. Candy Crush saya
asyik divine..delicious.berlevel-level jugak la boleh sampai..hahaha.
Yela, xde mende wat dalam kete tu. Nasib baik bawak biskut..boleh la
makan. Yang bestnya kejadian tu ada agak menarik..rakyat Malaysia ni
baik-baik orangnya..ada mamat yang tolong bagi idea untuk membolehkan masalah itu selesai. Sanggup dia berhujan nak tolong. Mamat tu salah seorang yang stuck macam kitaorang la. Masalah tak setel jugak..akhirnya datang pulak mamat cina tolong bagi idea..akhirnya berjaya!!!
Sebenarnya orang2 ni nak turunkan excavator ni dari lori. Kalau tak turunkan mungkin excavator ni boleh terbalik. Hebat sangat orang yang kendalikan excavator ni...ainya dapat diturunkan dengan penuh skill.
Lepas dah diturunkan, excavator ni tolak belakang lori untuk senangkan ia bergerak. Saat-saat akhir kejadian ni memang ramai la orang kerumun..hahah. Alhamdulillah, boleh jugak kami bergerak. Masa kami dah habis banyak sebabkan kejadian tu..so, kami decided nak bergerak terus ke Kota Kinabalu. Ada beberapa tempat kami terpaksa tak pergi untuk kejar masa ke Kota Kinabalu
On the way balik kami singgah Kinabalu Park. Sekejap je kami kat sini...just pusing-pusing taman dengan kereta dan bergambar sikit2...kemudiannya kami sambung perjalanan
On the way ke Kota Kinabalu juga kita boleh singgah kat sini...Pekan Nabalu. Saya nasihatkan jangan beli souvenir kat sini...mahal yang amat...aduhhh. Better beli kat KK. Saya berhabis kat sini dalam RM70++ beli t-shirt dan FM...bila tengok kt KK lagi murah dong...aduhhh!!!
Kami singgah lagi Mango Garden Restauran seperti yang dijanjikan. Lapar benar time tu...hahaha. Saya pilih mee tamparuli kalo tak salah..ohh sedap sekali. Setakat 2 kali makan kat restoran ni, memang tak mengecewakan..
My sis pilih nasi goreng ikan masin. Ikan masin byk diletak tapi taklah effect masinnya...memang perfect rasanya. Setiap suapan akan rasa ikan masin
Dessert tu mesti..haha..banana chocolate...wahhh terbaikkk!!! Waitress restoran ni baik sangat...happy dia bila nampak kami dtg lagi..hahhaa.
Perjalanan diteruskan. Saya tak dapat nak beri gambaran sangat untuk ke sesuatu tempat di KK. Sebabnya adalah..sepanjang di sana kami hanya bergantung kepada GPS. Motif kami selepas lunch adalah..mencari hotel yang telah dibooked. Yang peliknya, GPS dah show sampai destination, tapi Switz Paradise Hotel tak nampakpun. Bila call pihak hotel baru lah tau rupa-rupanya hotel itu di dalam complex. Kena pulak naik ke parking tingkat 3. Memang tak sangka ada hotel style gitu..hahaha. Time my sis booked pun dia tak sedar gitu..haha. Bila difikir2kan balik, selamat kalau nak parking semua..park kete, jalan sikit je dah leh masuk hotel. Jom tengok rupa bilik..
Saya suka kebersihan bilik ni..cumanya kecik lah..tapi no hal..bukannya nak wat tarian ballet pun...hahaha
Ni bahagian depan katil..yang pintu tu pulak menghala ke toilet
Semuanya bagus-bagus!!
Selepas selesai semuanya kami mula nak explore Kota Kinabalu. Kedudukan hotel kami ni berdekatan dengan Center Point KK dan kawasan-kawasan shopping yang lain. My sis membuat pilihan untuk sewa kereta selama kami di Sabah. Memang mudah jugak la ketika nak jalan-jalan. Nak parking pun senang je walaupun dimana kami pergi. Yang paling best, traffic di KK ok sangat..tak lah jem sangat dan pemandu2nya berhemah..honpun jarang dengar. Bila kita tanya jalan ke apa ke..mereka jawab dengan berhemah..setakat di sana, takde pun jumpa orang yang menyakiti hati..wahh bagus betul kan.
Tempat pertama kami tujui adalah Pantai Tanjung Aru..dari town hanya 10-15 minit je sampai. Jalannya adalah menghala ke airport KK. Ada signboard, so tak payah risau ye. Kalau silap jalanpun takpe..sana banyak roundabout..silap jalan senang nak pusing..haha. Serius saya cakap..byk betul roundabout..sekecik dan sebesar-besarnya..hahaha. Ketika kat sini hari nak hujan..so kami duduk kejap je lah..nak ke pantai dari parkingpun agak jauh..so kami decide nak ke tempat lain.
Kami menghala pula ke Jesselton Point. Kami nak booked island hopping untuk esok. Kalau dari town untuk ke sini tak jauh manapun..dalam 5-10 minit boleh sampai. Semuanya berpandukan GPS ye..susah nak cerita jalan apa dan apa. Dekat sini menarik sangat..suasana sangat bersih dan sedap mata memandang. Nampak bot-bot belakang saya tu? Bot-bot tu digunakan untuk Island hopping. Tempat ni lagi senang boleh disebut jetty..ada ferry yang terus boleh pergi Brunei.
Boleh tengok sunset dari sini..suasana nyaman dan tenang..tempat ini juga boleh memancing..
Diwaktu malam pulak..kami menghala juga ke arah airport untuk tengok Rainbow Fountain.. locationnya adalah Perdana Park. Perlu masuk dalam 1 kawasan building..manusia time tu teramatlah ramai. Ada beberapa restoran dalam kawasan tu..semuanya western food. Time kami sampai ni show tu dah start..kami sempat tengok dalam 5 minit je..setiap show berjalan selama 10 minit jer..dia akan mula balik setiap setengah jam..kami decide cukup lah tengok gitu..show ni menarik sangat sebab ada music..pergerakkan air tupun ikut music!!
Ok guys..see uols in the next entry..baibai!!
La kesian nyer sesat.. kalau sket tak pe.. ni sampai ke atas bukit nun hahaha..
ReplyDeletetapi nasib baik jumpa water fall..
Berapa price Switz Paradise Hotel tu ..??
Itu lah Sabah famous - roundabout. Hahaha.. Selain Gunung Kinabalu, banyak kawan yang datang dari Semenanjung Malaysia cakap Sabah memang banyak roundabout. Hahahhaa.
ReplyDeleteTT --> psl cost tu sy akan share entry terakhir..tp sy bgtau yg awk nk tau dulu..RM79/nite :)
ReplyDeleteDiana --> Tu lah..seriously mana2 jer pergi ada jer roundabout...dlm area airportpun ada..hahaha
Pic ke 2 tu mmg awesome..pengalaman 3 jam tggu dalam keta..argh..tak boleh bygkan..betapa bosannya..kalau 30 min pun..dah haru biru sib baik ada Candy Crush kan heeee
ReplyDeleteTerpegun tgk Rainbow Fountain tu
Kenapa Zila tak sambung trip ke sg Moroli dan air panas Poring... rugi tu...
ReplyDeleteJM --> memang bosan JM..hahha..saya jap tido jap main game jap tengok kejadian berkenaan..hahaha.
ReplyDeleteMie --> tak rasa rugi sgt mmg kitaorg xplan nk gi situ..
zila apa kata awk tukar blog ni jd food,flowers&travel,,
ReplyDeletesuka amik gmbo bungaaa,huhuhu
Cantik2 gambar Mount Kinabalu dgn pokok pines..mcm kat Swiss..
ReplyDeletePekan Nabalu lg mahal ke?..byk jg akak beli t-shirt di sini, qualiti bagus, design menarik..dapatlah RM15 - RM20 sehelai..
Pergi makan seafood tak? Kat Gayang ke Kampung Salut?
ReplyDeletegmbr2 zila ni buat zura rindukan kundasang... kundasang mmg indah sgt2....
ReplyDeleteZaza --> hahaha...camtu pulak..haha
ReplyDeleteNohas --> Mahal akak..byk anjing kt situ..so saya g sebuah kedai jelah..x survey2 dulupun..kena pulak yg mnjual layan ok..terbeli la. Bila compare kt KK..jauh lebih murah pulak..t-shirt sy beli harga RM28..kalo kat KK RM20-23 gitu. a'a kain mmg kualiti dan cantik
Saerah --> nanti sy cter kisah sedih hal makanan..hahaha
Zura --> ye mmg indah..sypun dah jatuh hati :)
Assalamualaikum kak zila. bestnya! ekk beli dekat KK murah? okey will remember! hehehe
ReplyDeleteWaalaikumsalam..
ReplyDeletePemerhatian kak zila gitu lah. Benda yang dijual sama jer kt KK..nanti kak zila share tmpat2 best shopping souvenir
alahai tgk n3 sis ni mmg menggamit rindu saya pada Sabah la...huwaaaaa...
ReplyDeleteSabah mmg cantik kan...serius rasa nak kembali ke sabah