Ahad semalam my sis ajak keluar breakfast..lebih kurang 8.30am gitu kami keluar. Memang menjadi kebiasaan kami akan breakfast pada setiap hari ahad di restoran pebret kami..Ali, Muthu dan Ah Hock. Menarik tau restoran tersebut. Locationnya adalah kat Ara Damansara. Tapi my sis tetiba dapat akal mana ntah..dia tukar arah pulak. Nak surprise sayalah kononnya. Dia selalu gitu..terkejut tergembaq gitu. Saya memang la tak bersedia apa sangat..pakaipun ala kadar jer..camerapun tak bawak. Papepun janji rock..hahaa.
Mana tempatnya tu?? Hmm..Bukit Tinggi, Pahang. Ala..dekat jer..dalam 1 hour dari Kota Damansara dah boleh sampai. Memang cun lah naik ke Bukit Tinggi pepagi gitu..takde kereta lain pun ketika kami naik ke bukit tu dari highway. So senang la nak bawak relax2. Tak salah saya, dalam 10 -15 minit kita akan melalui jalan simpang-siur tu..
Mana tempatnya tu?? Hmm..Bukit Tinggi, Pahang. Ala..dekat jer..dalam 1 hour dari Kota Damansara dah boleh sampai. Memang cun lah naik ke Bukit Tinggi pepagi gitu..takde kereta lain pun ketika kami naik ke bukit tu dari highway. So senang la nak bawak relax2. Tak salah saya, dalam 10 -15 minit kita akan melalui jalan simpang-siur tu..

Kena byr RM12 untuk bersuka ria kat Bukit Tinggi ni.



Takde lah pape cter sangat kat tempat yang dipanggil Colmar Tropicale Berjaya Hills ni. Target kami time ni adalah nak breakfast gitu. Takde byk choice sangat..akhirnya kami singgah kat 1 cafe bakery


Orangpun tak ramai..saya pernah datang sini sebelum2 ni..bertahun2 dah la..manusia punya lah ramai..maybe awal lagi ni sebab tu takde orang sangat. Tenang tul hati..hehe. Kelihatan takde apapun yang berubah..semuanya masih sama. Hmmm..

Memang seksa bersandal yang ada heel kat lantai gini..tak selesa


Aktiviti wajib..hehe

Caya tak...camgini costnya adalah RM30..hmmm..memang tak kenyangpun..haha. Diskas2 punya diskas mys sis nk ajak lunch kt Temerloh..fuhh...kecur air liur bila teringat patin goreng..ohhh. Syok arr bila tau plan my sis tu..hehe

Dengan berkereta kami naik lg bukit untuk ke Japanese Garden..dalam tak sampai 5 minit dah boleh sampai kat parking area..yang jenuhnya nak kena menapak naik tangga 3 tingkat gitu lah..pastu jalan berslope pulak untuk ke situ. Gerun gak la memikirkan cmner la nak berjalan2 kat garden tu dengan sandal ala diva tu..hahaha. Bunga ni macam jenis bunga kat Korea..cantik sangat..dengan titisan embun..ohhh..love it

See? dah la slope..berlumut..dan licin. My sis terpaksa jadi tongkat saya..hahaha..memang kesian dia la..dah la kurus kering dia tu..hahaha..tapi dia gagah perkasa gitu..haha..ampun beb wa ckp lu gini!!!

Tak lah terseksa manapun nak cover garden ni..kecik jer. Tenang tul kat situ..hirup udara segar..dingin..ikan ni besar sungguh..


Saya suka sangat keadaan ni..small waterwall yang cantik..bunyi yang mententeramkan..hijau yang menyegarkan..kicauan burung menyanyikan lagu yang mengasyikkan..ohhh

Embun pagi :)

Mungkin semua tahu kita boleh try pakai kimono kt Japanese Garden ni..ada sebuah rumah ala2 rumah lama jepun gitu..masuk dlm tu jumpa la sorang amoi dan nyonya yg wat service kimono ni. RM20 untuk sorang. Dia bagi masa 10minit untuk bergambar di luar rumah tu. Anak cina ni dah nampak mcm org jepun..saya suruh senyum nak snap gambar dia..see? senyum tak ikhlas..hahaha.

Haippp!!..sayapun tidak ketinggalan berkimono tau..hahaha. My sis la paksa..

Dah puas kat garden tu..kami lawati souvenir shop pulak..my sis beli FM yang 1 pack ada 3 pcs..harga nak dekat RM10. Cute2 kan souvenir kt atas ni :)

Tetiba kat bawah nu haa ternampak Japanese stall ni..gigih menurun slope tu haa..my sis jadi tongkat lagi..hahaha..sian dia

OMG..teruja sebentar tgk stall ni..

Kami pilih seafood tempura..aduhhh sedap bangat!!! murah jer 1 stick ni..RM3.00. Terliur sgt ni bila sy dok taip..hahaha. Dalam stick ni saya rasa ada sotong.. mussel dan fishball. Senang nak makan..tak tumpah yang merugikan pun..haha.
Ketika turun dari Bukit Tinggi..kelihatan banyak kereta nak naik. Pilihan kami naik waktu pagi amat terbaik..so pembaca semua kalau nak ke Bukit Tinggi..bagus la pergi waktu pagi :)
My sis dengan kegigihan beliau nak teruskan juga perjalanan ke Temerloh walaupun tengok kat highway signboard 75km lagi. Maksudnya dalam 1 jam lagi perjalanan. Semuanya semata2 nak makan ikan patin..haha. Dulu2 kami dah pernah merasa ikan patin ni siap beli yang mentah kt tepi jalan untuk dimasak di rumah. Isi ikan tu soft dan manis..Jom tengok gambar lg..

Taraaa..ini la ikan patin masak tempoyak..2 periuk besar ni tau. Ini kali ke-2 kami ke gerai ni. Kat mana nak cari?? hmmm..senang jer..cari Medan Selera Lurah Semantan..bersebelahan terminal bus dan juga petronas. Ada banyak gerai dalam medan selera tu..gerai ni duduknya bahagian belakang dan bersetentang dengan word "TEMERLOH" diseberang sungai Temerloh tu. Dan gerai ni paling ramai orang. Jangan nak harap orang serve ke apa ek..kena ambik makanan sendiri.

My sis ambik ikan patin bakar..besar sungguh!!!
Makcik yang letakkan nasi tu baik..siap ajar cmner nak makan ikan ni..di suruh letak air asam tu.

Saya pulak ikan patin goreng..hahaa. Jauh2 datang makan ikan patin gini jer?? haaha..memang la..kami xleh accept rasa tempoyak tu..ikan tu rasa muak bila makan lembek2 gitu. Dulu dah pernah cuba sekali..tp this time kami tobat tak makan..haha. Tapi setiap meja wajib ada masak tempoyak patin..kami je takde..hahah. Harga makanan kami dalam RM20. Okay lah kan!!!
Habis sudah activity seharian kami di Pahang. Walaupun simple tapi enjoy!! Dalam pukul 4pm gitu kami sampai kat rumah. Saya congak2..tak sampai RM200 la habis untuk trip seharian di Pahang ni..