Assalamualaikum....
Entry kali ini adalah untuk day 3 di Sabah iaitu di Kota Kinabalu. Lupa nak cerita kisah makanan untuk makan malam day 2 in KK. Ceritanya begini..selepas tengok Rainbow Fountain me and my sis nak cari la restoran. Sebenarnya my sis serahkan kepada saya untuk cari tempat makan best. So saya bg plan untuk ke Pasar Philipina. Saya cakap saya teringin nak makan lobster. Dari pembacaan saya dari blog, tempat tu memang wajib pergi. My sis terus cakap.."tempat tu macam pasal malam..nak ke makan situ" hah sudah..time tu saya dah nak sentap..akhirnya my sis mati-matian tak mo ke situ sebab dia tak percayakan kebersihan kalau makan kat situ.
Dan akhir yang tak akhir sangat..kami bermasam muka dan balik hotel dalam keadaan perut kosong. My sis bukan tahan lapar dan cepat cool..so dia pujuk la untuk keluar makan..akhirnya saya mengalah. Dan dia ada plan bagus punya..dia nak bawak jugak saya ke Pasar Philipina tu. Dia nak buktikan kat saya dia betul rupa-rupanya. Memang terbuktilah tempat tu tak selesa untuk makan. Ianya adalah gerai-gerai. Kucing-kucing pulak bersepah sana-sini. So, tak makanlah di pasar tu. Dan yang paling akhir..kami makan di kedai melayu biasa..memang sedih arr malam tu..nak dapatkan seafood tak kesampaian.
Ok abis cter pasal tu. Pagi tu awal2 kami dah keluar hotel dan siap berpakaian nak ke island hopping. Tempat pertama kami singgah sebelum island hopping adalah Gaya Street..best sangat kat sini. Macam2 benda pelik boleh tengok..memang lain dari lain. Pasar ni hanya ada pada hari ahad ye. Memang crowded sangat tempat tu..sampai ke divider orang park kereta...haha. Dan my sis dia park kereta atas corridor 1 mini market yang belum buka..hahaha. Kami explore tempat tu dan make sure sebelum pukul 9am ada kat Jeseltton Point. Jom tengok gambor yooo..
Akak yang jual brooch ni ajar saya camner nak tahu mutiara betul atau mutiara palsu. Dia cakap mutiara ada 3 color jer..putih..hitam dan juga peach kalau tak salah saya. Dia tenyeh2 dua-dua mutiara, boleh nampak cam calar kan? lap2 sikit dengan jari dia akan balik ke asal..maksudnya mutiara ori la tu..hehe
Saya rembat 4 biji untuk anak-anak buah pompuan saya. Budak2..sebijik mutiara cukup lah kan..haha. Saya suka sangat bunga dalam kaca tu..lupa dah org pgl apa ntah..sebabkan saya ni 1st customer akak tu..dia bg discount baik punya..haha. Tak salah saya 4 biji RM10. Cengkerang itu digunakan untuk letak brooch yang kita dah pilih...menarik..hehehe

Banyak sayur dan lokan dijual gini-gini...takde mejapun
Kuih cincin..saya suka. Bahan2 yang digunakan untuk kuih cincin ni adalah gula nipah, guna melaka, gula pasir, tepung..fuhh punya byk gula..tapi tak lah manis sangat..ok ok jer
Sampai kat gerai ni...wow..kuih tradisional Sabah. Makcik tu punya bz sampai x sempat nak jawab soklan kami..yela kami tnya dalam ni ada apa..ni ada apa..tu ada apa..last2 pembeli lain yang cerita pasal kuih2 tu..bagus betul..hehe. Saya perhatikan daun yang digunakan untuk balut kuih ni macam sama je macam daun yang buat tikar mengkuang tu...hahaha
1 pack ada 6..saya survey2 boleh dapat paling murah RM13..tapi saya dah terbeli yang harga RM18
Semua ni dari dasar lautan..cantik2 sungguh!!
Ikan-ikan ni semua kena awet..kesian. Mata saja palsu punya..
Setelah lebih kurang 1 jam setengah di Gaya Street..kami bergerak ke Jesselton Point. Nampak counter depan tu? Boleh pilih nak guna service yang mana satu. Ada banyak company tau.
Okey..sampai sudah 1st island..dalam 15 minit juga la naik boat..tak jauh lah. Ini Sapi Island..panas sungguh time ni..kalo berjemur mau jadi ikan kering..hahha. T-shirt saya pakai tu beli kat Pekan Nabalu..ada gambar gunung kinabalu..lembut je kainnya..
Geram tengok air laut ni..tapi tak selesa nak mandi..manusia penuh sangat.
Malas nak fikir pasal kesesakan, kami lepak kat cafe. Tak sabar nak santap hasil belian di Gaya Street. Yang panjang lilit tu rasanya macam pengat...yang pendek sikit tu pulut udang...dan nasi lemak
baru ingat nak mandi-manda kat sini..sekali datang 1 geng bebudak muda dalam 20orang kat tepi port kami..argghhh benci!!! Dengan diaorang bising dan bakar ikan..merimaskan..pastu kami decide nak balik ke KK. Nak burn je 1 pulau tu..Manukan Island..memang mood dah xde nak island hopping.
Agent boat kami memang ada kat island tu..kami bgtau la kami nak balik..xmo pegi Manukan Island lagi..tak kisah lah burn ke apa. Then dia arrange la boat ambik kami..boat yang amik kami tu perlu bawa customer ke Manukan Island..akhirnya kami terpaksa ikut tapi tak turun boat la..so dapat la snap sikit gambar
Jeti Manukan Island
Kelihatan island ni lebih sesuai untuk relax..Sapi Island sesuai kalau nak wat macam2 activity..
My sis dok pujuk saya...xper2..kita dah pernah pergi island hopping yang jauh best dari Sapi ngn Manukan tu...hahaha. Time balik ke KK hanya kami dan driver boat jer..menakutkan betul..yela boat tu kan dah xde orang sangat..ringan loh..fuuhh. Yang si driver boat asyik ini kali lah ini kali lah..hahaha..kelakar tul.
Untuk mengubati frust, kami pekena lokan bakar kat Jesselton Point. Lepas dah setel..makan ice-cream pulak..hahaha. My sis ajak balik hotel dulu untuk tukar baju yang basah. Kemudian kami round-round KK je. Motif adalah nak beli souvenir. Pasar Kraftangan KK yang kami pergi tu mmg rabun mata..aduhhh...mutiara merata-rata. Bangunan setingkat yang panjangnya saya rasa setengah kilometer dan didalamnya ada kedai2 3-4 deret...dan setiap kedai tu luas 4-5 kaki..boleh bayangkan? Amat lah banyak..semuanya jual benda yang sama. Saya spent sikit je untuk souvenir..memang gitu lah selalunya kalau travel...hahaha. Lama jugak la saya dalam tu..tak lah panas sangat..maybe tepi laut kut. Jom layan photo...
Best sangat bagi rusa makan..dengan batang rantingpun dia
boleh kunyah..fuuhhh..
Untuk mengubati frust, kami pekena lokan bakar kat Jesselton Point. Lepas dah setel..makan ice-cream pulak..hahaha. My sis ajak balik hotel dulu untuk tukar baju yang basah. Kemudian kami round-round KK je. Motif adalah nak beli souvenir. Pasar Kraftangan KK yang kami pergi tu mmg rabun mata..aduhhh...mutiara merata-rata. Bangunan setingkat yang panjangnya saya rasa setengah kilometer dan didalamnya ada kedai2 3-4 deret...dan setiap kedai tu luas 4-5 kaki..boleh bayangkan? Amat lah banyak..semuanya jual benda yang sama. Saya spent sikit je untuk souvenir..memang gitu lah selalunya kalau travel...hahaha. Lama jugak la saya dalam tu..tak lah panas sangat..maybe tepi laut kut. Jom layan photo...
Ushar2 jer...tak belipun
Rumpai laut betul2 nih!!!
ni semua guna mutiara...saya just beli untuk ipar2..untuk diri sendiripun xde..huhuh..bukan taste sy pakai gini2..haha
Untuk mummy..saya beli yang simple2 jer macam yang bahagian atas tu
Key-chain gini murah..singgit je 1 nih..
Ini lah keadaan bahagian dalam Pasar Kraftangan KK.
Lepas
dah shopping, kami lapar..kami ke Tanjung Aru. Ada foodcourt yang
menunggu kami kat sana..hehe. My sis dah terer jalan KK...dia dah boleh hafal semua jalan..tak perlu lagi guna GPS..kecik ke KK tu...hahaha
Terjumpa ikan todak ni...wow..besarnya!!!
My sis termasuk dalam 1 jalan ni sebab nampak sebuah restoran ditepi jalan..dia macam nak wat U-turn la..ketika itu terjumpa rumah atas air ni...wahh cam best kan?? Ni saya snap dari atas kereta..tapi amatlah terkejut bila nampak part lain..sila tengok bawah
Terkedu saya tengok keadaan ni..akhirnya my sis ckp lupakan lah restoran tu..jom pegi restoran yang kita nak pegi tu..
Nak makan lobster tak kesampaian..dalam 1
gerai ni ada sekor je lobster, tanya harga..adoi mai aii..rasa nak
pitam...hahaha. Sebesar lengan saya berharga nak dekat RM200.
Gluppp...diskas punya diskas kami setuju nak ambik udang galah dan ketam
nipah...RM80++ . Yang lagi best..my sis boleh tawar-menawar dengan
mamat gerai tu..senang betul dia kurangkan harga makanan
kami..hahaha..syukur!! Meja kamipun cun...boleh nampak laut..anginpun
segar jer..
sementara nak tunggu order siap..kami makan satay ayam ni dulu..sedap!!
Taraaa...agak lama tunggu..dan berbaloi tunggu..hehe
Perkenalkan Mr. Udang Galah masak 3 rasa..ohh sedap dong!! Udang ni sangat fresh
Ini pula saya kenalkan Mr. Ketam Nipah..masak butter..dah biasa makan ketam bunga, rasa pelik sikit makan ketam ni..tak suka tak suka habis jugak ngap..hahah
Lepas
makan kami dah xde hala tuju..hahah..akhirnya kami ke Lok Kawi Wildlife Park.
Entrance fee RM10..ok lah tuh. Tak jauhpun dari KK..dalam 20minit dah
boleh sampai.
pastu tengok gajah berkasih-sayang dengan mak
dia..hahaha.
Ketika balik ke KK kami akan susur tepi pantai ni..tempat ni sangat cantik..kami just stop kereta tepi jalan
Lepas puas snap sunset kami teruskan perjalanan
Gambar terakhir sebelum kami balik ke hotel..Atkinson Tower area Padang Merdeka
Satu entry lagi maybe saya boleh habiskan cerita pasal Sabah ni..hopefully dapat share info pasal kos.