June 11, 2013

Light, Free & Easy Trip to Korea (Day 5&6) - Part 11

Assalamualaikum...

Bersambung dari part 10 ini adalah entry hari yang sama. That day my sis tak berapa sihat, maybe sejuk yang melampau pada hari ke Nami Island tu. Badan dia dah start panas dan mula selesema. Lepas jer balik dari Namdaemun Market, saya advise dia balik rehat. Few hours jugak la dia tido. Bila bangun jer dia cakap nak ke Trick Eye Museum. Sebenarnya Trick Eye Museum tu kami buat option jer kalo ada free baru nak pegi and ianya bukan priority. Walaupun my sis demam, dia berdegil nak bertahan..kesian dia..hmmm. Kami pun ambil cab di tempat selalu..ajjhusi tu sebenarnya tak berapa nak tahu pergi tapi gigih nak pergi jugak. Gelisah la kami dalam cab tu..haish. Yang membuatkan kami gelisah adalah bila dia guna GPS dia kejap2 dia tukar macam tak confident gitu. Dah tu punya la jauh..dah tu dok explain ini university tu..itu university ni..hahaha. Dah lagak tourist guide pulak..hahhaa. Tetiba my sis ternampak starbuck yang pekerja guesthouse kami bgtau sebagai landmark sebelum kami keluar. Menggigil gak la kami tengok meter bila dah nak cecah 12,000 Won. Ajjushi tu bagi discount dapat la 10,000 Won.

Fuhh..nasib baik memang betul tempat kami stop tu. Dalam 1 minit gitu kami jumpa tempat tujuan kami tu. Underground yer museum tu. Kalau tak salah kena turun 2 floor ke bawah. Pengalaman sangat menarik dalam museum ni..penuh dengan gelak ketawa. Pengunjung lain akan sama-sama gelak dengan kita. Apa taknya bila tengok lukisan di dinding dan di lantai nampak biasa jer..bila kita snap nampak macam luar biasa pulak..hehehe. Jom tengok photo


Address Trick Eye Museum :
B 357-1 Seogyo Plaza Seogyo-dong, 
Mapo-gu, Seoul 


Guna voucher..refer entry saya yang sebelum ni cmner nak dapatkan discount voucher



Ketika kami kesini orang takla ramai sangat..kalau ramai sure lama nak tunggu turn


Nampak macam real kan saya pegang hadiah tu? Paling tak menahan tu..setiap kali wat action time nak bergambar tu..pengunjung lain dok tergelak-gelak..hahaha


Dah kena ngap dengan ikan nipun masih senyum..hahaha..kalau perasan saya duduk di penjuru dinding tau


Kalau perasan, saya duduk atas lantai..air semua tu atas lantai..bekas duduk tu dah pudar sebab banyak dah orang duduk..hahaha


Hamekk...besor bebeno sushi ni..hahah


area pemegang teko tupun dah berbekas


Saya begitu kagum dengan smua ni..sangat-sangat menarik bagi saya


House of mirrors. Perlu masuk dalam ni untuk ke next area ...confuse jugak la nak cari jalan kuar




Macam sedang berada di Santorini Island..heheh

Wahh,...macam tengok keluar window..



Hmmm...ada apa ek kat atas tu..



Saya sangat rekemen tempat ni. Ianya sesuatu yang berlainan. Tak perlu tenaga yang banyakpun untuk berjalan-jalan dalam museum ni sebab tak luas manapun. 



Kami kelaparan..tekak dah tak dapat nak accept korean food lagi. Sunset ni saya snap time kat Itaewon



Kebab yang pemes kat Itaewon



Opposite restoran kebab tu ada baklava bakery ni..saya beli la dalam 5,000 Won dan balik makan kat bilik...aduhh manis sangat. Dessert ni terlalu penuh dengan air gula dan basah.


On da way balik bilik saya singgah beli stoberi kat 7eleven dan susu pisang ni. Besar2 betul stoberi ni..tak abis makan saya tinggal dalam fridge nak bagi kat cleaner guesthouse tu. Susu pisang ni rasanya 5-6 botol saya telan..hahaha. Memang sedap tau..patut cuba bila ke Korea


Malam tu kamipun berkemas-kemas sebabnya esok kami nak balik ke tanah air tercinta..hehe. Kami tak perlu nak amik masa lama berkemas sebab tak banyak bendapun kami beli. Dan percaya tak 15kg luggage sudah cukup bagi kami..hehehe. Macam saya, baju bukan tebal-tebalpun sebab semuanya adalah blouse dan jacketpun tak bawak. Ok..jom ke next day yakni our last day at Korea..Pepagi tu kami just keluar nak cari bag untuk my sis. Kami ke Namdaemun Market.

Rupa-rupanya ada lagi bunga yang saya belum snap dibahagian tepi guesthouse tu dan juga bunga milik jiran guesthouse tu...hehehe.

Kami dapat cab yang dipandu oleh mamat Korea..saat-saat akhir di Korea itulah 1st time jumpa driver cab muda..hahaha. GPSnya terus diletakkan ipad..fuuh..hehe. Kami cakap la nak pi sekian dan sekian..dia jawab "english please" erkkk...kami cakap english la tu..hahaha. Excited giler la mamat tu time kitaorang ada dalam cab tu...macam2 tanya. Mamat tu ok la..boleh cakap sikit-sikit english. Dan time kami dari Namdaemun balik ke guesthouse, dapat ajjhusi yang pandai speaking..fuh tabik hormat kami kat dia. Nape la saat-saat akhir baru nak jumpa diaorang..kalau awal-awal jumpa tentu kami akan jadikan diaorg tourist guide kami..hahaha. Sebabkan dia pandai speaking, kami suruh dia hantar hingga ke gate guesthouse sebab kami bergegas nak ke airport.

Yes..we are ready to airport.

Kami takde masalah nak ke station bus ke airport ni sebab kami dah tahu nak ke sini..just berjalan kaki dalam 5 minit. Time kami sampai sini..ada 3-4 orang mamat jepang dok tunggu bus macam kami. Seorang mamat jepang tegur kami..excited betul dia berkenalan sampai cakap bersembur-sembur air liur..hahaha. Yang sorang mamat lagi pandai pulak sebut "nama saya mamat" contohnya la. hebat!!! hahaha..diorang cakap negara diorangpun musim macam korea dan diorang datang sebab bisnes. Kami bersembang sampai la bus sampai pasal topic tsunami la..klcc la..macam-macam la. Time naik bus tu orang dah penuh dan kami duduk seat paling depan. Memang best duduk paling depan sebab boleh tengok view tepi dan depan.



See? ni bukan pilot yerr..tapi driver bus..heehe. Alhamdulillah kami dipermudahkan..sebab beberapa station driver bus ni terpaksa reject passenger sebab bus ni dah full. Bayangkan kalau kamipun alami nasib yang sama sure susah. Dah la station bus kami tu takde seat..just tepi jalan camtu jer...time tu kami berasa syukur sangat



Thanks cherry blossom because you wait for me..i will not forget all sweet memory with you..hope can see you again maybe at Japan :)



fresh lily di International Incheon Airport



sementara nak tunggu process sebelum naik flight, kami singgah minum kat cafe dulu. Pastry cicah coklat sos ni memang sedap. 

Ada kisah lagi...time tu flight AA kami naik tu terhoyong-hayang nak landing. Suspen gak la saya..hehehe. Pilot tu macam teragak-agak nak landing..saya agak la..hahaha. Dah la panas dalam flight tu...saya langsung tak boleh tido. Dan ada masalah pula time kami nak ke parking. Kami perlu naik cab untuk ke parking depan Tune Hotel tu sebab jauh kalau menapak. Semua cab takmo tolong sebab dekat sangat. Dan nasib baik ada akak yang bawak cab tu nak tolong, tupun dia ada coustomer..memang dekat sangat kalau naik cab, adalah 2-3 minit jer, sekali akak tu pow my sis RM20..fuh..nak tolong ke namanya tu? Saya pulak jaga bag kat area airport. Dugaan pulak kat negara sendiri..hehhee. Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Makan dah kenyang dalam flight..makanya kami balik terus pengsan selepas mandi...hahaha. Dalam pukul 1 pagi jugak la kami sampai rumah. Dan pagi esok tu saya terus balik Penang sebab nak mengundi..my friend tanya saya ni tak jetlag ke? Saya tak terfikirpun hal tu...hahaha..



sesaja nak share photo biskut ni..hehe. Saya suka sangat drama Moon Embracing the Sun makanya saya terbeli lah biskut ni..hehe. 

Baiklah..terima kasih saya ucapkan bagi anda semua yang sabar menanti hingga saya habiskan entry Korea saya ni. harap-harap ada info yang membantu untuk anda yang bakal ke Korea. Kisan keindahan negara Korea ni bukan dongengan tapi memang kenyataan. Saya amat kagum dengan keindahan bunga-bunga, nature, khazanah lama yang masih tersimpan dan dipelihara, bandar yang bersih dan cantik dan attraction places yang sangat berbaloi untuk dilawati.

For the next or the last entry, saya akan share itinerary dan juga cost mana yang patut untuk reference anda-anda semua. Dan bagi mereka yang sudah pergi, keadaan kita maybe berbeza dari segi cost dan juga tempat-tempat yang kita pergi dan juga cara kita menjadikan vacation kita paling bermakna. Maybe juga tanggapan kitapun berbeza tapi yang pastinya kita saja tahu bermakna atau tidak our vacation. Our trip kali ini sangat-sangat bermakna sebab kami mampu gembira walaupun my sis tak sihat dan itinerary saya yang tak 100% complete. Kami pernah mengalami keadaan yang mana local people yang tak pandai speaking iaitu ketika kami ke krabi, Thailand. Tak susah untuk communication kalau kita jumpa the right person yang nak membantu...percayalah!!

23 comments:

  1. Kim Soo Hyun..ada juga souvenir the Moon Embracing the Sun..

    Akak pun suka tengok cerita ni, download and tengok berkali-kali scene yg best-best..

    ReplyDelete
  2. Ruginya tak sempat nak ke trick eye museum ni...

    ReplyDelete
  3. Ada byk jual kt myeongdong..aa cerita tu memang best..sy layan online dlm seminggu jer sampai limit internet habis hahahaha.

    ReplyDelete
  4. Mie --> Banyak sngat la tu nak cover tu yang x sempat tu :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak zila. subhanallah. bestnya baca entri ni. best gila dapat masuk trick eye museum tu! hihiii tak sabar sheila nak baca itinerary ke korea.. bolehlah mula berangan sekali. hihiih +___________+

    ReplyDelete
  6. Cute le Zila posing-posing macam ni :)

    ReplyDelete
  7. Sheila --> Waalaikumsalam..trick eye museum tu ada kat I-city..try gi tengok best ke x..hehehe. Tq yer dik baca entry korea yang tak seberapa ni :)

    Prof --> Hahaha..malu la prof ckp gitu..hhaahaha

    ReplyDelete
  8. salam zila...kak eni suka sgt2 tgk zila tulis psl Trick Museum tu...teringin nak bawa anak2 kesana...hehe...and I totally agreed dgn Zila " keadaan kita maybe berbeza dari segi cost dan juga tempat-tempat yang kita pergi dan juga cara kita menjadikan vacation kita paling bermakna. Maybe juga tanggapan kitapun berbeza tapi yang pastinya kita saja tahu bermakna atau tidak our vacation."
    mcmana nak add zila dkt facebook...sbb byk nak tanya psl travel travel ni...or blh dak add kak eni @ zalini osman(gambar bunga-dooddle)

    ReplyDelete
  9. Salam Zila

    Alhamdullilah,

    Pasti byk kenangan dan pengajaran dr trip ke korea ni di bawa pulang bersama.

    Hehehe tolong je 20 hengget dia paw,
    Kalau kata tak tolong, mau sekali ganda
    Tu tolong ada makna hehehe

    ReplyDelete
  10. Tak kisah lah berapa kosnya zila...asalkan kita enjoy dgn trip kita sendiri.

    Bestnya kat trick museum tu! Trick museum kat i-city tu pun macam trick museum korea ni jugak...tapi sama macam mana ,tak taulah sebab akak baru baca kat blog orang jer..

    Dahsatnya...nak tolong ke nak ambik kesempatan tuuu ?

    ReplyDelete
  11. syabas mere bete leh habiskan entry ni. Aku bz gila nak final exam ni. Doakan aku exam ni, lepas exam baru nak continue buat entry day 3 hehehe. Dah usha2 ka tiket flight utk next trip?

    ReplyDelete
  12. ishh nmpak real la awk bergmbar tu :)

    best ke korea? *cari mood suka korea hehe

    ReplyDelete
  13. Kak ini --> Trick eye museum Seoul ni saya x rekemen la akak bwk anak..byk juga gambar2 tak senonoh..hahaha. Rasanya dalam 20% gitu gambar tak senonoh. Ada gambar londeh seluar la..pakai baju seksi la. Sampaikan dalam toilet penuh gambar tak senonoh..haha. Jap gi saya add akak..saya kt opis ni kul 1pm jer boleh bukak FB smpai kul 2pm. TQ baca blog saya tak seberapa ni :)

    Rezeki --> ye betul tu..byk benda untuk dibuat taladan..dibuat memori indah..dan dibuat pengalaman. Si akak driver cab tu ckp kalo kami booked cab dr dlm airport tu mau kena RM40 lebih..means dia maksudkan RM20 dia kenakan tu berbaloi la untuk kami..haish wat to do

    ReplyDelete
  14. Kak Rozita --> Satu lagi akak..biarlah berbazir sikit kalo enjoy tu untuk 1st and maybe akan jd last time :P

    Firdaus --> Mere finish kiahe..tum? hahaha. okokok gud luck for exam. Flight ticket akan diushar bila nak pergi ke mana2..hehe. So far belum decide nk kemana..

    Emy --> Best la Korea..ada orang 10 kali pergi sampai dipgl balik kampung halaman gitu..hahaha.

    ReplyDelete
  15. setuju dengan mie, rugi rasa sebab tak ke trick eye museum...nampak sangat best and sanga kreatif!

    ReplyDelete
  16. Uik..dah masuk part 11..lama betul JM tak singgah sini..tak boleh lepas peluang ni..perlu baca sampai habis :-)

    WAhhh..mmg menarik betul lah Trick Eye Meuseum nih..frustnya dulu JM tak pegi sini..terimak asih Zila..kalau mcm ni JM nk repet lagi tak kiraaaaa...

    semua gambar ohsen lahhhh

    ReplyDelete
  17. Orga --> Saya tengok cik anne pegi tu saya pun teringin :)

    JM --> Haishh bz sgt la JM ni sampai boleh mis entry saya..hahahha. Rasanya sebelum saya gi korea JM la pesan saya ambik gambar..hahah saya pulun arr snap sana sini..hheehhe. JM patut repet..mcm2 la gambar saya dalam trick eye museum tu..tapi malu nak letak..hahahaha

    ReplyDelete
  18. Wah bestnya...saya pun dah pergi trick art museum, tapi kat Jeju Island punya...

    ReplyDelete
  19. salam kenal..

    bestnya pegi korea!nak pegi lagi...=)

    ReplyDelete
  20. Saerah --> a'a yala jejupun ada..hehehe. Best kan!!!

    Norharyati --> Salam kenal..wahh dah pernah pergi ek?? mmg best

    ReplyDelete
  21. handsomenya pemandu bas tu, Kacak SEGAK! *hehehe

    ReplyDelete
  22. muzium ni sm x dgn muzium kt i-city tu?

    ReplyDelete
  23. salam...bestnye da smpai korea..hehe...sye bru je tmpah tiket pi korea tdi...nk travel jan 2015...jom3 sape nk ikut..hehe

    ReplyDelete