Satay House @ Kota Damansara

April 05, 2013

Assalamualaikum....

Entry kali ni pasal jalan-jalan cari makan yerr!! Kalau saper-saper yang stay kat Kota Damansara ni sure tahu Satay House. Hmm...sebenarnya restoran ni wujud dari last year. Entah kali keberapa saya ke restoran ni baru semalam tergerak nak snap rupa satay kat situ...hehehe. So hari ni saya nak share la sikit pasal Satay House ni. 





Restoran yang ada trademark memang boleh maju!!


Satay House ni sangat dekat dengan rumah saya. Restoran ni hanya bersebelahan dengan San Francisco Pizza. Nak order satay ni ada syarat-syaratnya...amboi..over pulak bunyiknya kan!!! hehehe. Kalau saya lah kan..5 cucuk satay dah cukup sebab secucuk satay banyak isinya..takde lemak langsung. Malangnya kat sini minimum order adalah 5 cucuk. So, kalo saya nak 5 cucuk dan campur-campar ayam dan daging..makanya tak boleh la. Kena order 5 cucuk daging dan 5 cucuk ayam..tak larat nak habis. Tapi nasib baik la pegi dengan my sis..boleh dia 5 cucuk daging dan 5 cucuk ayam..share-share gitu. 




Nyum nyum..terbaek lah satay ni!!!
Saya suka satay daging lagi dari ayam sebab dagingnya sangat lembut dan manis..penuh dengan rasa. Ayam macam kering sikit dan bahan-bahan perap macam tak serap ke dalam. 
Harga satay ni lebih kurang RM1.20 - RM1.50



Taraaa...ini lah mee rebus. Harganya RM6.00
Nampak simple kan?? Tapi kalo gaul semua sekali...fuhh best!!!



Yang teringin nak ke sini..kat bawah ni addressnya. Kalau ada yang nak saya bawakkan..contact2 lah yer..hehehe. Kalau sorang dua boleh la saya belanja sambil kenal2. Kedudukan restoran ni betul-betul berhampiran Segi Kolej. Kalau ke sini..terus ke counter untuk order dan terus bayar. 


Satay House 
No.7 Jln Teknologi 2/1C , 
Kota Damansara Signature Park 
47810 P.J Selangor




You Might Also Like

15 comments

  1. oh ada minimum order pula rupanya..dekat juga ni.mau terjah lah.tq zila

    ReplyDelete
  2. mee rebus tu nampak sedap. tp satey dia nmpk mcm kering skit. sy suka yg jenis nmpk juicy baru ummpph kalo makan. penah try satey urat ketin kt bangi? mmg terbaekkk wooo...

    ReplyDelete
  3. aku setuju dengan si henry, satay uk dekat restoran uran ketin tu memang bestlah...tapi harga 1.20 secucuk, macam mahal sikit, tapi kalau sedap, tak kisah pun kan :)

    ReplyDelete
  4. Salam Zila,
    Alamak terliur saya dibuatnya...nanti bolehlah Zila bawa saya makan di situ. Boleh share-share. Mee rebus tu pun nampak sedap mmmmm :)

    Teringat pulak Satay Haouse di Vietnam. :P

    ReplyDelete
  5. Dekat area segi kolej tu dah byk restoran yg baru di buka tapi tak pernah singgah. rupanya ada satay di situ. Boleh la cuba nanti. Harga RM 1.20 tu utk secucuk ke..?

    ReplyDelete
  6. GreenJade --> A'a ada minimum order..ada byk lagi menu2 lain berasaskan kuah kacang cicah satay tu.

    Henry Fox --> Rasanya satay kat sini tak juicy..tapi sy paling suka satay daging sebab lembut..nak ke bangi jauh gak tu. Kalo ada apa2 hal kat sana singgah try

    Orga --> Makanan mahal tapi sedap memang berbaloi.

    Prof --> Teringat pulak time prof mkn bercucuk2 satay kat china dulu..hahaha. Bila prof kat area sini..inform saya ok..nanti sy email fon no saya.

    Juadah --> A'a byk dah restoran kat area situ. Saya selalu gi San Francisco mkn bread pudding. Bahagian belakang pulak ada De Myra..western & local food..custard pudding kat situ sedap sangat. Juadah area2 sini jer kan..jom saya lanjer..hehehe

    ReplyDelete
  7. zilla, buat laporan dh spt maria tunku sabri heeee nampak sedap leh try nanti lg sedap klau zilla yg belanja heeeee

    ReplyDelete
  8. JM --> over kau jah..hahah. Mai la..sy lanjer..tui

    ReplyDelete
  9. I stayed nearby as well. Seksyen 10 (you stayed in Kota Damansara as well? Hi Neighbour!) tapi tak pernah makan kat sini lagik.

    ReplyDelete
  10. SALAM PERKENALAN..
    BESTNYA U NYA BLOG..NNT FREE KITA BACA BACK END STORI..STORI LELAMA TU.PASAL FOOD MMG CIKU SUKA.HIHI

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum awak. saya sheila salim, nak tanya total bajet awak ke krabi dulu tu berapa ye? terliur tengok satey ni. sedapnyaaaaa

    sheilashahfiekry@gmail.com

    ReplyDelete
  12. Zara AB --> wahh jiran pulak kita yerr..heehe. mesti try..boleh tengok photo artis2 yang dtg situ..tak pun terjumpa artis...hheehe

    CIku --> Salam perkenalan ciku..hobi saya makan dan makan..hehehe..ada la skit2 pasal tmpt makan saya share kat sini..luang2kan lah masa baca yer..mana tau leh refer apa yang patut.

    Sheila --> Waalaikumsalam..sori sebelum ni tak share pasal budget..nanti saya sharekan ok!!!

    ReplyDelete