September 11, 2012

PeLBaGai OpEn HoUSe, OFFicE DaN SiTe (^_^)

Assalamualaikum...

Entry ni pasal raya lagi yerrr...hehehe. Selalu dengar "Open House" jer kan?? Haaa!!!!! Masuk blog saya ni boleh baca pasal perbagai open..hehehe. Ungkapan yang saya nak bawakan adalah... "Open House" (yg selalu2 kita tau kan) kemudian  "Open Office" ...haaa boleh meh?? Dan satu lagi "Open Site"..ni giler sikit kan?? Hahaha. Tapi ini betul2 terjadi yerr..bukan rekaan.

Sebenarnya saya ada ramai kawan di KL ni..cuma takde kesempatan nak jumpa. Syok kalo still contact dengan kawan2 lama. Pada 2nd week raya..saya dengan penuh excitednya arrange  "Open House" . Tak ramai saya jemput sebab rumah sempit dan pinggan mangkuk periuk belanga kecik2 belaka...hahaha. Sukanya saya bab2 masak ni walaupun taklah terer..papepun saya buat habis terbaik lah. Jangan cakap banyak jom tengok photo...



Open house saya ni adalah pada hari Jumaat, Hari Kemerdekaan. Search punya search kat google..jumpa la 2-3 blog boleh order tart dan cream puff..kebetulan antara blog tu rupa2nya jiran jer..hahaha. Senang sangat la nak ambik..berapa langkah jer dari rumah. Betul2 kebetulan...hahaha. Saya pilih makanan saya suka jer...haha. Just spent RM50 saya dapat makanan yang puaskan hati. Cream puff tu just 80 sen/pc dan cream puff RM1/pc


Spaghetti saya memula cair..saya ingat lepas letak cheese boleh pekat..rupa2nya tak..nasib baik sempat tambah sos bagi pekat.  

Ostolia salad ni saya dpt inspirasi time makan kat Melbourne..namapun saya letak sendiri...hahaha. Mixed of celery + carrot + prawn + nenas + crab stick + mayonnaise + pepper + serbuk cili. sayur2 tu mentah2 yerrr.  

  
Masak lemak ni makan bersama ketupat nasi dan dicampur dengan kuah kacang. 


Kuah spaghetti..saya suka guna sos brand Kimball Mushroom. Caranya just tumis bawang besar + bawang kecik + bawang putih + sikit pepper...selepas puas hati...masukkan carrot yg dipotong dadu dan tomato yg dipotong dadu serta daging cincang RAMLI...biarkan seketika...kemudian masukkan sos dan bottom mushroom dan green pepper. Senangkan?? 



Biskut rayapun ada lagi...hehe



Nasib baik Maxis pos angpow kosong ni after raya...boleh la saya letak duit raya yang xseberapa dalam ni...hehehe. 


Cantik x bunga rose ni?? hehehe



Yang atas ni "open" kat mana pulak?? hehee. Ini la "Open Site" yang berlaku kat project site saya handle sehari sebelum "Open House" saya. Site ni kat Seremban 2. Meeting dengan consultant, engineer, architect...keluar jer dari cabin meeting tu..dah tersedia makanan..hehe. Nasi ayam dan pizza hut. Sedap sangat nasi ayam tu. Kena pulak keluar meeting lapar giler...hehe. Syukur2

Abis sudah cter "Open House" dan "Open Site"...now "Open Office" pulak yerrr!!! Kitaorg melayu2 kat office bersepakat nak masak untuk jamuan hari raya office. Dengan confidence giler saya offer nak masak nasi tomato dan ostolia salad. Kat atas ni photo rendang. Ada sepeket lagi daging cincang dalam fridge..so saya wat rendang yang sama resepi dengan rendang kerbau saya kat kampung ritu..hehe. Dapat sambutan rendang saya ni..hehe

Nasi tomato saya....haha..

Ostolia salad ni saya potong2 dulu kat rumah then bila nak start jamuan baru masukkan bahan2 dan gaul.

Bekalkan untuk my sis..sian dia makan ostolia salad xde mayonnaise..saya lupa nak letak..haha

Ayam masak merah dari Dilla ni nak matchkan dengan nasi tomato saya

Ketupat2 ni Lily sponsor..pelopor asal project ni..hehe.

Cute2 jer blueberry cheese tart ni. Dispatch yg sponsor..tapi saya yang order dan gi ambik..dia bg duit jer  

Ni sponsor dari Dayah..pandai dia masak!!!

Kuah kacang dari Aida

Dessert ni dari Kak Maria dan Zai

Sempat ambik paha ayam...hehe

Semuanya bekas tupperware jer..hehe

Bangsa2 cina makan dengan happy dan puas hati..hehe



8 comments:

  1. Sedap-sedap masakan Zila...terliur saya dibuatnya...

    Yg saya suka sekali ialah tart tu.

    ReplyDelete
  2. FnF...

    Tak boleh lawan FnF nyer masakkan...saya kt malaysia tgk asyik telan air liur..hahaha.



    Prof...

    Simple sangat masakkan saya. Sy ni gemar tart..kalo fruit tart lg best. Skrg ni tgh berkira2 nak beli oven..nak masak kek...eheheh

    ReplyDelete
  3. Zila..

    boleh tak share rendang daging hancur tu? nampak macam best...sy nk try buat la...

    nnt sy share resepi tart buah yg sgt2 sedap...simple jer..

    ReplyDelete
  4. sangat meriah..!!!! mesti sedap & kenyang tu..

    ReplyDelete
  5. Wahhh...mcm sistem barter plak...kahkahkah. Sy wat rendang tu main agak2 jer bahan. Saya blend bawang merah + bawang putih + halia + lengkuas + cili kering. Tumis semua tu bersama bunga cengkeh, kulit kayu manis...jgn lupa letak serbuk kari skit yerrr!!!

    Kemudian..masukkan daging cincang tu..biarkan seketika..bila xpuas hati..masukkan daun kunyit yg dihiris halus..opsss...jgn lupa garam, gula dan air asam yerr..letakkan time masukkan daging ataupun sebelum tu..hehe

    ReplyDelete
  6. zila...

    sorry lambat...br berkesempatan nak post resepi tart buah tu..terima kasih jugak untuk resepi rendang daging cincang tu....nak try...

    selamat mencuba tau...sedap sgt...
    http://mytravelmyfood.blogspot.com/2012/09/fruit-castard-tart.html

    ReplyDelete