September 24, 2012

Di hUjUnG BeNuA aSiA - Tanjung Piai, Johor

Assalamualaikum...

Apa khabar smua pembaca blog AkuLoveTravel? Mudah-mudahan sihat walafiat. Sekarang ni saya ada hobi baru..hehe. Keterujaan yang amat tak dapat dibendung. Hari-hari ada saya idea nak bake apa...haishh. Tapi hobi travel takkan diabaikan..hehe. Macam mana minatpun..career should be no 1. Jadikan career sebagai hobi jugak..then baru la ada fuluss nak travel..tul tak??

Ok..kali ni saya nak share experience travel at our country tanah tumpah darahku. Macam biasa..travel terkejut-tergempar. Bag semua dh pack..masuk kete..gi breakfast..decide dalam kete nak gi mana. Decisionpun dibuat..iaitu ke Johor. My sis gigih bawak magazine LIBUR dia. Tengok dalam LIBUR cam best jer tempat tu. 

Cara-cara nak kesana..ikut NKVE dan exit Simpang Rengang, Johor. Kemudian ikut signboard Pontian


Kuih2 ni boleh dapat di Pekan Pontian. Tepi jalan..senang nampak.


See karipap ni?? Giler besar..RM3. Kulit rangup dan isi cukup bahan. Ada daging, fish ball dan telur rebus serta kentang kari..memang terbaekk!!!



Donat ni pulak sangat lembut. 


Saya letak map ni senang utk refer. Tanjung Piai ni dikenali sebagai penhujung benua asia. Kalau dilihat dari map..memang kedudukannya adalah dihujung tanah besar benua asia ni. Hebatkan bunyinya?? Hehehe...jom tgk photo seterusnya..



Tempat utama kami nak tuju adalah Resort Tanjung Piai. Exitednya saya bila tahu saya akan stay kat resort atas air. 1st time in my life tau..hehee. Bila tengok 1st view ni..saya siap2 nasihat diri sendiri..don't expect to much special kat sini..heehe. Kereta kena park jauh dari bridge ni..ada la dalam 300m dari bridge ni. Kawasan Tanjung Piai ni adalah kampung. Time sampai sini saya agak terkejut la ada geng2 bikers..macam sesak pulak. Dan kemudian ada lagi 2-3 geng pelajar sekolah dan officer gitu. Dalam hati fikir..crowded pulak tempat ni nanti..



Sebelah bridge boleh nampak tempat parking boat nelayan :P



Ada lighthouse. Laut sini ada banyak kapal-kapal besar..ni la gunanya lighthouse ni 



Baru pukul 5pm..air laut tengah surut time ni. Nampak building ijau tu?? tu la bilik saya..




Lupa nak cter...bila sampai kat sini..memula sekali kita akan disambut oleh monyet :P




Harga bilik ni RM200/nite. Bila tengok condition bilik rasa cam tak berbaloi bilik camgini. Teruk sangat la keadaan bilik ni. Bau ubat gegat kuat giler. Bantal dah pecah boleh nampak isi dalam..haish. Call receptionist nak cancel. Dorang akan bayar half jer. pack2 semua nak keluar..tengah jalan jumpa budak perempuan reception tu..dia pujuk masuk bilik lain yang ok skit..kalau ikut hati nak keluar terus..tapi bila tengok cara budak tu yang ikhlas nak tolong..kami cakap ok la. 
Tempat ni cantik..tapi perlu improve sikit dari segi keselesaan dalam bilik.



Ni family room. Ada 1 double bed dan 2 single beds. Punya luas..gerun plak rasanya..hahah. Bilik ok..tapi toilet pulak tak memuaskan. Paksa gak diri duduk..haish


Dari bilik boleh nampak ni!!!



This place saya amat2 recommend kecuali bilik lah..hehe. Udara amat2 fresh. Duduk relax kat salah satu pondok memang best. Sambil bukak lagu..betul2 menenangkan!! Kelihatan dihujung bridge ni ada orang memancing. Time ni sikit2 air dan naik. Angan2 nak tengok sunset..tapi tak mulcul2 pulak. Maybe sebab jerebu teruk.



Kami dinner kat restoran resort tu..menu wajib la seafood kan!! Ni telur dadar sempoi..sedap walaupun rupa amat sempoi..hehe



Ada sotong goreng tepung..tak de gambar pulak. Ni sup ketam. Cayer tak harganya RM9? ada 4 ekor ketam besar2 pulak tu. Jenuh saya nak habiskan...hahaha

Malam tu saya tidur awal sebab tak tau nak watper. Kalo bawak novel sure best..suasana dah la tenang. Walaupun guest ramai..takla bisingpun.

Seawal 7am saya dah kuar bilik layan view. Angin pagi dan petang tak banyak beza..amat fresh sekali. Di hujung sana tu la Singapore. Hah..lupa nak pesan..yang ada internet plan tu..minta2 off yer..sebab nanti anda terpakai internet Singapore. Happen to me. Tetiba dapat sms saya dah pakai RM20 internet Singapore..adoiii!!!



Saya siap awal nak keluar bilik. Yang datang bergeng2 tu dah conquer makanan breakfast. Malu pulak nak join. Makanya budak perempuan semalam yang baik tu offer nak hidangkan kat kitaorg..syok2..hehe. Mcm VIP pulak..haha. Nasi goreng sebagai menu utama..



Apam gula hangus yang sedap sekali!!



Seperti datang..begitu juga balik..kami di hantar oleh monyet2 ni..haha. Cute sangat anak monyet tu..dok peluk2 mak dia..

Nantikan sambungan...

13 comments:

  1. haha..siyes saya pernah datang sini masa lawatan sekolah masa kecik2 dulu..nampaknya keadaan tak banyak berubah..hehe tapi masa dulu dapat tengok singapore dengan jelas dan yang bestnya dapat tengok sunset..

    ReplyDelete
  2. Pernah sampai ke sini tapi tak menginap. Memang chaletnya nampak sudah agak agak uzur...

    ReplyDelete
  3. me and my memoir (sori xtau nama apa)..thks tinggalkan komen. keadaan jerebu..xbeapa nak nampak pape. Dah lama ek tmpt ni?? saya xpernah taupun wujud..hahaha

    Mie..
    Try tgk dalam..leh mimpi ngeri..hahaha

    ReplyDelete
  4. Knew that Tanjung Piai nie hujung benua asia. It seems that the resort are poorly maintained. Teruk sangat biliknya. Anyway, i definitely gonna be there as well! Kena pergi jugak nie.

    ReplyDelete
  5. Zila,
    Saya ada tinggalkan komen di sini semalam, tapi kenapa tak keluar ek?

    Saya ulang baliklah komen tu.


    Harga chalet 200 tu utk org Singapura kot?

    Malam-malam tentu sejukkan tidur rumah atas air dgn pokok2 bakau keliling.

    Masa Zila pi tu, orang ramai tak?

    ReplyDelete
  6. Kagum dengan kebesaran karipap tu! heheh

    ReplyDelete
  7. Zara AB..pasal resort tu memang mnyedihkan. Kalo improve sikit quality..maybe rm200 tu berbaloi2.

    Prof..mmg sy byr 200. Ramai org..bilik penuh..cuma tinggal 1 jer bilik family yang ditukar tu..xtau la kut2 bilik saya tu yg plg xelok yg lain2 elok...ntah lah.


    Janggel..mkn half dh kenyang..bazir2..haish

    ReplyDelete
  8. ada tak tempat untuk berkhemah situ?view dah cantik bangat, tapi kalau kos bilik mahal and tak berbaloi, rasa lebih best berkhemah kot, hehe

    ReplyDelete
  9. Orga...takyah susah2 nak wat khemah..tumpang jer umah2 org kampang kat situ...hahaha

    Tapi xtau la boleh berkhemah ke tak..cuma ada space kecik jer kt tepi bangunan bilik saya tu

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah sekarang resort ni dh byk berubh. Puas hati dgn kebersihan bilik n toilet pn mcm dot hotel gitu! ^_^

    ReplyDelete
  11. I decided will Go there,,,,,nice place,,

    ReplyDelete
  12. Betul ke kalau sampai sana bole dpt sijil

    ReplyDelete