March 2, 2024

Freezing in Iceland - Part 3 (Final)

 Assalamualaikum...

5 February 2024, our day 3 in Reykjavik. Kami just santai-santai pagi tu. Seriously, kami cukup santai untuk permulaan trip ni...haha. Syok giler stay di apartment tu. View pun menarik. Curtain memang saya tolak jer ketepi supaya tak halang pandangan. Heater dalam apartment tu power giler sampaikan saya jemur seluar baju yang saya basuh boleh kering halfday jer...hahaha. Tapi bila suhu drop sangat, terketar-ketar kesejukan lah. Sampai tahap saya pergi melekat dekat heater tu. Satu hal lagi..pipe air di sink dapur dan sink toilet terlebih panas walaupun tap tu saya adjust yang paling sejuk. Berasap air yang keluar macam dah boleh buat teh o. Terpaksa pulak ceduk snow dekat balcony untuk campur dengan air pipe untuk basuh pinggan etc. Nasib baik shower function ok..kalau tak mau melecur satu badan...hahaha. 

View yang tak pernah jemu sepanjang berada di dalam apartment ni.
Ketika ni adalah 9.20am.
Sunrise di arah ini.

That day our last day nak round Reykjavik. Esok kami bakal fly ke Edinburgh, Scotland. Patutnya that day kami join satu lagi tour...iaitu Golden Circle. Dalam tour tu boleh la nak tengok glacier, waterfall etc. Malangnya, hari semalam tu kasut mysis rosak pulak. So, dia plan nak beli kasut baru , tapi dia belum ada chance jumpa kedai kasut kat Reyjkavik ni.

Dijadikan cerita, kami keluar apartment nak pusing-pusing sikit lagi street yang kami belum pusing. Time tu dah 11am lebih. Baru jer nak start explore satu street ni, ternampak satu kedai. Memang tak jauh dari apartment kami stay tu. Masuk jer kedai tu...wahhh kedai bundle dan ada juga kasut baru. My sis apa lagi..try sana sini lah. Dia hampir nak ambil kasut Adidas harga dlm RM900. Nasib baik saya bijak...hahahha...saya pusing-pusing kedai tu terjumpa kasut bundle...PUMA...tapi helokk jer. Macam baru. Siap pujuk dia ambil kasut tu untuk temporary...nanti jumpa kasut murah sikit, nak buang pun takpe. Kasut tu ngam dengan kaki dia. Just RM90...hahaha. Banyak barang berkualiti kat kedai tu.  

Inilah kedainya..yang ground floor tu.

Kasut ni nampak begitu baru. Rezeki my sis boleh beli dengan harga murah. Nampak dia cukup selesa sepanjang trip. Boots pun banyak lawa-lawa kat situ.

Syok lah my sis dengan kasut tu. Tapak pun sangat tebal. Terus dia cakap jom lah pergi Golden Circle tour tu...hahahha. Kami pun pergi lah menghala ke tour office dengan niat nak ambik halfday tour. Malangnya takde halfday tour...maybe time summer ada lah. Staff tu ada la recommend apa kami boleh buat time tu. Contohnya tengok ikan paus. Tapi kami tak berapa nak minat takut ikan paus tu tak munculkan diri. Lepastu snow mobile...risau pulak kami keras kesejukan dengan activity macam tu..hahaha. Akhirnya kami jalan-jalan buang masa sambil cari souvenir.

Harpa Concert Hall and Conference
Dah penat pusing-pusing, balik apartment pekena maggie goreng dengan jus apple. I miss this mable coffee table. I miss everything about this apartment. Everthing is very comfortable. Kami banyak spent masa dalam apartment dari buat activity luar. Penat mencari nafkah untuk sepanjang tahun, got return. We are so grateful.
Petang tu angin agak kuat. Langit berawan yang tak berapa tebal. Kami melawan arus tiupan angin untuk spend sikit masa yang ada di luar. Asalnya nak makan crepe untuk minum petang..masuk jer cafe..aduhai harga...macam tak berbaloi untuk makan yang mungkin tak akan mengenyangkan kami sehingga malam. So. kami decide makan heavy food.
Kedai ni di lorong rainbow street jer. Kami duduk di tingkat atas untuk sambil makan sambil layan view rainbow street.
Fish and chips ni coated with bread crumb..sangat sedap. But the winner goes to creamy seafood soup. Bun tu ngam betul bila cicah dengan soup tu. Dalam soup ni ada ikan, prawn, scallop dan crab meat.

Terus pendekkan cerita lah. Sepanjang hari tu cuaca cun macam semalam dan cumanya petang tu angin agak kuat. Saya check meteorology website pun dijangka malam tu tak cloudy di Reykjavik. Saya bagi idea dekat my sis untuk kami stay up malam tu untuk tengok aurora...hahaha. Dia agree lah. Curtain semuanya diketepikan biar tingkap lapang-selapangnya. Alarm saya set every 1 hour takut terlelap...hahaha. My sis tertidur dulu. Saya pula tidur-tidur ayam. Dah 10pm...takde rupa aurora..kemudian 11pm alarm berbunyi..takde lagi aurora. Dikuti 12am..pun takde. Tak lama lepas off alarm 12am tu saya bangun nak ke toilet..nahhhh....muncul pun dia. Cepat-cepat kejut my sis...terus dia sarung jacket. Saya pulak...terus sarung snow cap dan keluar ke balcony dengan baju tidur...hahaha. Tapi tu lahh...tahan beberapa saat jer cepat saya masuk bilik pakai jacket.

MasyaAllah..its so incredible magical of light. 

Sekejap sangat dah makin nak hilang...the stars blinking brightly!!

Lepas tu muncul pulak betul-beful facing balcony..memanjang begini. Bergerak-gerak gitu. Sejuknya time ni tak jauh beza dengan nothern light tour tu..hahaha

Alhamdulillah dapat saksikan keindahan aurora lagi sekali dengan keadaan yang lebih selesa. Memang boleh percaya lah meteorology website tu...InsyaAllah. Kuasa Allah juga yang bagi kebijaksanaan kepada manusia mencipta sesuatu yang dapat predict cuaca, awan ,angin etc. 

Kami tidur dengan kepuasan malam tu. Saya rasa bersyukur sangat akhirnya impian my sis tercapai. Sayapun tumpang impan dia...dan dia pun tumpang impian saya..hehehe. Apa impian saya?? Kena follow lagi entries akan datang...ada banyak lagi kisah berlaku untuk trip ni. Kisah di Iceland baru 20% - 30% macam tu.

6 February 2024. Our last day di Reykjavik. Special sangat 6 Feb sebabnya my birthday...hehehe. Last night aurora muncul say happy birthday to me..poyoo..hehee. Dan pagi tu saya bakal celebrate birthday di dua negara berbeza di hari yang sama...amboiii. Pagi tu kami berkemas-kemas lah nak pindah ke Scotland pulak. Ngam lah check out 10am tu then terus pergi airport. Sebelum check out, masak nasi goreng dan telur dadar tu. 

My birthday celebration food..hehe

Kami dah ada return ticket flybus. Macam biasalah, kena menuju ke bus stop no. 14 lagi. 3-4 hari dekat Reykjavik...sebati betul lah dengan bus stop tu hehehe. Kali ni tak seksa sangat menarik luggage sebab bertukar menjadi menolak luggage sebab menuruti slope...hehe. Cuaca haritu aduhaii...lawa jugak macam 2nd day and 3rd day kami kat situ.

Bus kami naik tu akan bawa ke main bus station yang lebih kurang 5 - 10 minit. Kemudian transfer ke bus macam bus express tu. Kali ni kami berjaya duduk seat belakang driver...yahuuuuu. Semuanya disebabkan konsep saya naik dulu then my sis uruskan luggage masuk bonet. Jom tengok view sepanjang jalan ke airport.

Bila turun dari bus terasa pilu bakal meninggalkan negara yang mungkin tidak mampu untuk saya datang lagi. Boleh dikatakan saya banyak relax di sini. Betul-betul freshkan minda dan perasaan. Tempat ni tenang, building colorful, tak crowded, bright blue sky, snow yang tak berapa tebal yang boleh menyebabkan kita jatuh terduduk seperti di Hokkaido....hehehe. 

Dinasour yang baru menetas??

Kami agak awal sampai di airport, masa yang ada kami lunch dulu dekat satu cafe. Crossaint ni giant size..very buttery and fluncky..love it!!
Pekena nasi goreng

Tiba masa untuk nak check in luggage. Dua-dua luggage berjaya checked in. Tetiba staff yang uruskan hal check in tu cakap, hanya boleh carry 1 bag. Saya ada backpack dan tote bag letak jacket. Dia suruh saya pakai jacket tu...hahaha. Jenuh berpanas la hakak oiii. Muka diapun jenis tak boleh tolak ansur. Pakai lah saya jacket. My sis punya turn pulak...dia ada backpack dan sling bag. Dia nak suruh my sis bayar untuk extra hand carry tu..mahal pulak tu dlm EUR40. Patutnya cakap la time luggage masih dengan kami, boleh lah adjust bag. Bagpack saya tak full, saya letakkan bagpack my sis dalam bagpack saya. My sis sumbat-sumbat isi backpack dalam sling bag. Dia minta my sis timbang bag tu. Nasib baik tak sampai 7kg. Pastu suruh masukkan dalan cabin size scale tu...bersusah payah la nak sumbat dalam scale..ngam-ngam scale tu selepas keluarkan Ipad. Saya dah berpeluh sebab suspend bercampur panas jacket tersarung. Lepastu bertambah suspend takut backpack saya kena ukur size dalam scale tu...agak kembung bag tu...hahaha. Dalam backpack saya ada beberapa barang yang dah tak muat nak letak dalam luggage.

Alhamdulillah dia tak suruh saya masukkan backpack saya dalam scale tu. Siap warning my sis..i will remember your face. Maybe dia fikir lepas masuk boarding nanti my sis keluarkan balik backpack dia kut. Akhirnya kami terselamat dari extra charges. Kami berjalan ke boarding. Dekat luar airport kelihatan snow storm berlaku. Tapi on off lah. 

Ketika kami queue nak boarding, perempuan tu datang bersama hand carry scale dan payment machine. Gerun lah tengok dia...hahaha. Gaya macam tu kut boleh cepat naik pangkat..hahaha. Jacket yang saya pegang cepat-cepat sarung balik hahahha. Jenuh berpanas disebabkan dia. Bila difikirkan logic...ada logic lah dia bawa semua tu. Maybe ada passenger yang time check in tu pergi sembunyikan hand carry tak show dia. So dia datang untuk final checking saper-saper yang seludup hand carry...saya rasa logic...hahaha.

Dipendekkan cerita, Easy Jet berjaya landingkan kami di Edinburgh dengan selamatnya. Nantikan kisah seterusnya di Scotland pulak.

Bai

11 comments:

  1. Subhanallah cantiknya nya semua, thanks for sharing Zila. Memang tenang sungguh. Cuma tengok salji tebal tu macam tak tahan je. Murah nya kasut di kedai bundle tu ya. Condition pun ok lagi. Paling seronok tengok aurora dari balcony je, Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama mulan...nanti turn mulan share aurora ye. Nasib baik sangat jumpa kedai bundle tu. Syukur sangat kami tak perlu stay di countryside untuk tengok aurora.

      Delete
  2. Waaa untung la dapat tgk aurora hihii.. Air sinki panas boleh buat teh o.. uishhh di luar sejuk sgt di dalam air panas sgt .. nasib la shower tu ok utk mandi.. Kasut bunlde dri 900 ke 90 alhamdulillah banyak juga beza nya tu huhuu.. Seronok tgk view salji dari apartment tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 900 tu kasut baru, yang 90 tu lah yang bundle. kedai tu banyak jual barang bundle tapi ada juga yang barang baru

      Delete
    2. Huhuhu..okla dpt juga yg sesuai utk dibuat berjalan menapak semasa travel..

      Delete
  3. Aduhai suspen jer bab luggage ni kalau kena bayar.. tapi kat europe mmg strait sikit dan perkeja dia mmg gitu nak charge ajer memanjang.. pernah lalui juga especially kalau naik low coast airline diorang .. mmg keje nak charge jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengajaran yang kena ingat selalu lah lepas ni..haha

      Delete
  4. YA Allah syioknya tenguk aurora depan balcony tak yah pi kejor-kejor. Depan mata nampak. SubhanaAllah. Nampak tenang bandar dia tapi sejuk ya ampun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelakar pulak kejor-kejor....hahaha. Sejuknya memang luar biasa

      Delete
  5. Selamat ulang tahun zila. Terima kasih gambar2 yang ohsem. Walaupun belum sampai rasa bagaikan dah pijak bumi Iceland

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ sis...hehe. Bersyukur sangat saya sis boleh hayati :)

      Delete