December 31, 2013

Jakarta - Part 1 (Day 2) & Hepi New Year

Assalamualaikum...


Entry ni sambungan dari cerita mengenai Jakarta. 2nd day di Jakarta kami perlu guna sebaik mungkin. Ikut plan awal..kami nak ke Taman Mini, tapi malangnya terpaksa di cancel sebab tempat tu terlalu jauh. So, kami decide nak cover area Jakarta city jer.


Boleh tahan sedap breakfast kami pagi tu..penghuni hotel tu mostly adalah orang Indon ala2 makcik2 semua..kami dua orang jer orang Malaysia. 

Untuk memulakan activity nak explore Jakarta, kami menggunakan bajai untuk ke mana-mana. Terdapat banyak bajai di depan complex yang mana terletaknya hotel kami tu. Kena hati-hati ketika nak pilih bajai..agak terkejut kami sebab driver bajai yang kami cuba nego harga jadi kasar. Macam nak paksa kami naik bajai dia tapi kenakan harga mahal...akhirnya cepat2 kami naik cab yang berada tak jauh dari situ. Suspen betul saya time tu. Kami minta driver cab bawa kami ke MONAS. Dari hotel ke MONAS hanya 20,000 IDR dikenakan. Keadaan pagi tu tak berapa jammed..maybe hari minggu orang tak ke tempat kerja.



Perasan tak pintu bus ni? Tinggi kan? Sebenarnya lantai bustop pun tinggi satu level dengan bus ni. Yang terbaiknya bus di Jakarta ni, laluan special hanya untuk bus je.



Taraaa..ini lah MONAS (Monumen Nasional)
Entrance fee adalah percuma


Keadaan pagi tu panas terik sangat. Area MONAS ni memang lapang selapangnya..tak banyak tempat boleh explore sekitar MONAS ni..just monument belakang saya  tu jer..



Tempat ni dipenuhi pavement camgini..memang sakit kaki memijaknya sebab saya hanya memakai kasut yang agak nipis tapaknya. Nasib baik ada tempat yang ditengah2 ni tak bertexture..orang yang bersport shoespun menggunakan tempat yang tak bertexture ni..memang tak selesa memijaknya. 

Dari kejauhan kami sudah nampak kubah Masjid Istiqlal ...Kami berjalan ke arah tersebut. Nampak kubah masjid tersebut macam dah dekat..tapi agak jauh sebenarnya...so, kami gunakan bajai nak ke situ...just 10,000 IDR jer. Kami suka dengan driver bajai tersebut..kami nak gunakan dia sebagai transport tetap kami untuk hari tu..tapi malangnya dia dah janji untuk dengan someone yang perlukan khidmat dia. Memang terbukti dia baik..kalo org yang pentingkan duit..sure takkan lepaskan peluang. Dia siap advise berapa kos kalo kami nak ke Kota Tua. Sikit sebanyak kami dah boleh bayangkan kos yang betul untuk ke satu2 tempat menggunakan bajai. Amat penting hal ni sebab takut ditipu.


Masjid Istiqlal..masjib terbesar di Asia Tenggara. Seorang pekerja di masjid ini bawa kami berjalan-jalan di sekitar masjid ni. Ketika itu ada sorang lagi mamat jepun..so dia join kami lah. Pekerja masjid yang merupakan tour guide kami di dalam masjid tu agak pelik melihat kami datang hanya berdua sebab dia cakap..selalunya orang Malaysia datang dalam group yang ramai.

Macam-macam aktiviti dilakukan di dalam masjid ni..ada yang mengaji Al-Quran dan ada yang mendengar ceramah dalam group yang kecik. Menurut tour guide kami, masjid ini boleh menampung 200,000 jemaah..dan kadang-kadang parking lot pun digunakan juga..


Setiap 1 structure pembinaan masjid ini membawa maksud tersendiri..contohnya..
1) Ada 7 gerbang utama untuk masuk ke dalam masjid ni, di namai dengan nama-nama Allah yang Mulia dan Terpuji dan juga 7 lapis langit
2) Kubah pula..45m diameter..melambangkan tahun kemerdekaan Indonesia iaitu tahun 1945
3) 12 tiang yang dari gambar di atas tu...melambangkan hari kelahiran Nabi Muhammad iaitu 12 Rabiul Awal, juga melambangkan 12 bulan dalam satu tahun
4) Dan juga seperti gambar di bawah..ground floor dan 4 level balcony..melambangkan 5 Rukun Islam.





Structure yang melambangkan 5 Rukun Islam



Besarkan? 
Diperkenalkan..inilah tour guide dalam masjid ni..Inilah tour guide kami. Dia akan minta sedekah bila di akhir taklimat..sekian :)



Ruang2 lain untuk solat




Our next destination adalah Kota Tua..kami menggunakan bajai untuk ke situ. Driver bajai tupun ok..dia advise kami gunakan cab untuk ke ANCOL..iaitu our next destination selepas selesai di Kota Tua. Kat atas tu..tu la rupa bajai..berlambak kat Jakarta. 



Kesian kan ayam2 ni?? isk isk isk..saya snap ni ketika dalam bajai nak ke Kota Tua



Inilah rupa Kota Tua atau Batavia Lama...banyak stall2 kecik area ni.

ala-ala kat Queen Walk..kat London


Tengok jer..tak berani nak beli dan makan sebab tak yakin kebersihannya


Kami decide nak makan siap2 walaupun belum tengahari..Cafe Batavia ni adalah salah satu tarikan kat sini..mesti try

view bahagian dalam



Ice lemon tea...so fresh..



Saya order pancake..sangat lembut dan sedap..orang meja sebelahpun terbekenan dengan pancake ni..hahah



My sis punya..seafood porridge kalo tak salah..perasa untuk porridge ni adalah garlic yang digoreng sehingga garing dalam olive oil...walaupun simple tapi sedap



Inilah kos makanan kami



Lepas kenyang..kami round2 lagi area Kota Tua tu...boleh sewa basikal2 ni..



Saya beli 2 t-shirt Jakarta kat sini..kualiti kain sangat lembut



Diperbuat dari tanduk kerbau?? Hmmm..

Disebabkan entry ni agak pendek..saya campur sekali cerita sempena nak celebrate new year 2014..Untuk cerita Jakarta..maybe ada 2 entries jer lagi.. 

Alhamdulillah dah nak dekat 3 tahun saya menulis blog Travel & Food ni. Dalam 3 tahun ni sebanyak 200 lebih sikit jer entries yang saya tulis..hehhe..sikit sangat. Yela..saya menulis mengenai hal tertentu jer. Kalau blog ni dijadikan diari hidup..mau beribu-ribu entries dah publish macam orang lain tu. Papepun syukur Alhamdulillah saya rasa saya sikit sebanyak share info yang mungkin berguna kepada pembaca. Dan lagi amat bersyukur dapat mengenali beberapa kawan baru yang juga blogger dan juga bukan blogger.

Travel around the globe..I've never dream it before. Semua ni berpunca dari my sis yang suka buat benda baru in her life..dan now..saya ditariknya bersama. Sungguh tak sangka sebenarnya. Dalam banyak-banyak tempat yang kami explored..1 jer tempat yang saya bgtau dia saya nak pi..iaitu Korea...haha..yang lain-lain tu dia yang mula bagi idea dan kami sama-sama realitasikan. Dan incoming trips (InsyaAllah) pun dia yang bagi idea. Seriously...so far dia punya idea tak pernah mengecewakan..we enjoyed it!!!

Kalau ikutkan hati..saya nak lebih extream untuk travel. Tapi...apa yang saya buat sekarang my family tak berapa nak support. Bila saya bgtau family saya akan ke sana ke sini..asyik kena marah jer. Hmm..sebenarnya hati saya ni tak berapa nak tenteram bila kemana-mana. InsyaAllah saya yakin boleh survive kemana saja saya pergi..tapi my family tak yakin. So sad!!!  

Saya akhirnya entry ni dengan gambar makanan ketika Christmas & New Year party kat office baru2 ni..


I'm fall in love with this cake..geram tengok cherry tu...makanya I'm the 1st person ambik cake tu...hahha. Turkey panggang tu dorang beli kat Cold Storage..saya tak rasapun sebab kenyang makan benda lain



 Boleh agak berapa orang officemate saya?? Hmm..memang ramai.



 Taraaa..my meal..Alhamdulillah



Dapat hadiah tupperware..semua orang dapat..hehe. But my one yang best..limited edition katanya

Ok guys...Happy New Year...
Bye bye.....

December 26, 2013

Bye Bandung..Hai Jakarta - Part 5 (Day 4)

Assalamualaikum..

Baru ada masa nak sambung cerita pasal Bandung nih. Apa taknya..ada jer masa saya dok layan cerita Korea...isk isk isk. Patutnya saya target nak habiskan entry Bandung dan Jakarta pada tahun ni jugak..takmo sampai tahun 2014 pun lom habis.

Ok..hari ke-4 kami akan bergerak ke Jakarta. Asalnya Si Topan supir kami tu offer 200k IDR untuk bawa kami ke Kartika Sari dan train station. Bila difikir2 balik macam tak berbaloi jer...makanya kami decide nak guna cab jer. pagi tu seawal 9am kami diambil oleh cab untuk ke Kartika Sari. Dalam cab kami nego2 la dengan drive tu untuk bawa kami ke train station dan sebelum tu tunggu sehingga kami settle di Kartika Sari yang tak jauhpun dari train station. Driver cab tu ketika nak bawa kami ke destination..dia banyak gunakan jalan di kawasan perumahan..seolah2 nak elak jammed la.

Ketika sampai di Kartika Sari, driver cab tu cakap tak kisah la kami nak lamapun dalam kedai tu dan dia boleh jer tunggu. Wahh..syok la kami..hahaha. Masuk jer dalam Kartika Sari...wahh sana..wah sini..wah situ..semua benda belek tengok..semua nampak sedap..hahaha. Saya ni tak berapa gemar pegang beg lain selain luggage beg..so saya tak berani nak borong macam2 makanan sangat sebab confirm tak boleh sumbat masuk luggage beg..berkecai beg tu..hahhaa.



 Kartika Sari yang menjadi kesukaan orang Malaysia :)


 Nyummyy!!!


Ni lah rupa brownies yang menjadi makanan wajib orang Malaysia beli bila ke Bandung..termasuk saya la..hahha. Dan rasanya memang sedapp...Nampak potongan kek yang kat atas tu?? Haaa...semua tu dalam bentuk2 yang kecik2..saya beli yang nampak sedap jer..hahaha. Kalo borong semua jenis brownies dan kek lapis..maunya usung kotak la saya..haha..so saya just beli yang sepotong2 tu jerlah


 
 Topan ada pesan..masa terbaik nak ke sini adalah waktu awal pagi sebab makanan2nya baru disediakan dan masih fresh. Mungkin maksud dia untuk makanan2 yang begini. Saya tak belipun la



Bila ditanya kepada pekerja kat sini apa yang  sedap...dia tunjukkan makanan yang bahagian atas yang ke-2 dari kanan tu. Dalam tu ada pisang dan cheese katanya. Terliur jugak la saya..hahaha. Boleh tahan selama 3 hari. Ikut hati nak jer beli...tapi takut membazir sebab saya dah pilih 5-6 jenis potongan kek yang kecik2 tu. So, kami terpaksa pandang saja..hahah



Selain kek dan pastries..ada jugak gula dan coklat serta biskut..semuanya nampak menarik


 Kami belum breakfast..so kami naik ketingkat atas untuk menjamu selera..ada foodcourt kat bahagian atas

Sambil-sambil tunggu order sampai..saya cubit2 dulu kek2 ni..hahaha. Yang paling sedap adalah kek lapis prune tu..masam manis rasanya. Susah sikit nak beli kek ni sebab kena simpan dalam fridge. 


 My sis yang pilih ni..kami patutnya try makan dulu time kat sana...sebabnya biskut mocha ni terlalulah sedap..kalo tau awal2 memang sesedap sangat tu..kami pasti beli extra..haish


Saya pilih brownies chocolate..memang terbukti terbaik!!! Patut la orang Malaysia suka :)



Taraaa...kami order ni..pisang sangkuriang..makanan ni memang buatkan kami jatuh cinta kepadanya..


 Dan juga ini..malangnya ini tak best!!! Pisang yang dicelup tepung dan digoreng kemudiannya ditabut cheese dan brown sugar..tak menarik rasanya :(

Lepas spent dalam 45 minutes dalam Kartika Sari tu, kami cari cab kami. Mencuka muka driver cab tu..haha. Dia bengang sebab kami lama sangat. Padahal memula sampai tu dia sendiri yang cakap kalau kami lamapun takpe..sentap la tu sebab buang masa dia..haha. Untuk parking, si driver cab tu suruh kami bayar..5,000 IDR.  Tak sampai 3 minit dah sampai train station. Ikut persetujuan, kami just dikenakan 80,000 IDR jer..disebabkan dia tunggu lama, dia nak 100,000 IDR..hmmm..hentam sajalah labu..tak kisah lah. Masuk jer train station tu..ada la pekerja mengangkut beg dok offer2 nak angkat beg. Dorang ni pakai uniform dan dibenarkan angkat beg kita hingga ke dalam train. Tapinya kami tolak la dorang offer sebab barang kami tak banyak. Untuk info anda..upah untuk angkut beg tu maybe around 20,000 IDR sebab saya dah tanya pekerja di station tu..dia cakap gitu la upahnya.

1st thing yang perlu dibuat bila sampai train station adalah...

Ini train ticket untuk 2 orang yang dibeli oleh my sis melalui website. Tapi tak boleh la guna ini sebagai ticket, perlu ditukar original ticket di counter..


Inilah original ticketnya. Keistimewaan ticket ni, kita tak perlu tunggu lama untuk beli ticket..hanya perlu tukarkannya saja. Dan masa yang diperlukan untuk pertukaran ini hanyalah 2-3 minit. Ketika my sis book ni..dia ada cakap dia book coach executive..tak sabar tul saya nak naik..haha..ketika tu saya bayangkan coach tu sure terbaik!!! Teruskan membaca untuk mengetahui keadaannya..hehehe

Ketika kami duduk di kawasan counter tu..kami ditegur oleh seorang lelaki dalam umur 40an. Dia tanya kami nak kemana dan kamipun explain la nak ke Jakarta..kebetulan diapun nak ke Jakarta tapi sedang tunggu turn untuk beli ticket. Kami banyak bertanyakan hal Jakarta kepada dia..menurut lelaki yang berkerja sebagai navy tu..Jakarta lagi dasyat jammed..ternganga kami..haha. Dia cakap orang Jakarta suka datang Bandung bila weekend sebab kepelbagaian makanan di Bandung dan ketika tulah Bandung akan lagi jammed dan Jakarta kurang sikit jammednya. Macam berita baik untuk kami..hahaha. Kemudian dia explain mana interesting places yang patut kami visit di Jakarta. Banyak sungguh kami bersembang dengan dia sampai tak tercerita saya di sini.. kami berpisah dengan dia selepas ke counter untuk beli ticket. Baik sungguh dia :) 


Keadaan dalam station

Sedih betul tengok executive coach..haha..kami tak berapa nak selesa duduk sini. Bantal biru tu geli nak pegang..hahaha. Macam tak caya jer tempat ni dipanggil executive coach. Kami tanya pegawai bertugas betul ke ticket kami beli tu ataupun ada lagi coach yang terbaik. Dia cakap betul la...siap suruh kami gi check coach yang lain..ye memang semuanya executive coach digerabak lain adalah sama keadaan di gerabak kami..oh no!!!

See? Nasib baik kami tak dapat tempat duduk nih..dipertengah perjalanan crack ni berbunyi..seolah2 crack ni makin teruk..penumpang kat sini terus tarik curtain sebab takut


Saya tak sure adakah setiap gerabak dapat layanan ni..kena bayar lah ye. Makanan2nya adalah heavy..macam2 jenis nasi. Agak pelik untuk order makanan ketika dalam tu sebab takde meja..haha. Dengan keadaan tak selesa lagi la tak lalu makan..so kami tak order apa2pun.


Inilah moment yang saya nanti2kan..keadaan hujan ketika ni..hasil gambar yang saya snappun tak berapa bagus..syukur sangat sebab kami duduk di seat sebelah kiri..kalau sebelah kanan rasanya tak nampak semua ni. Apakah ini? Inilah view sawah padi yang ditanam dilereng2 bukit. Best sangat layan view yang indah ni..sejuk mata memandang..ada small stream lagi tu haa..


Macam carpet yang rumah sayapun ada..hehe..padi ni kekuning-kuningan..macam dah masak. Ada 1 kawasan tu saya nampak para petani sedang menuai padi ni secara manual..yela..keadaan penanaman padi yang macam ni tak sesuai menggunakan jentera penuai. Saya nipun anak petani..dulu2 kecik2 pernah tengok macam mana ayah tuai padi..memang 1 process yang perlukan kesabaran serta tenaga.


Ini pulak macam dah tersedia untuk ditanam semula padinya. 


Gerun tengok jalan ni..tinggi sungguh kan?


Dah macam farmville dalam facebook tu kan?? Hehehe..

Kami sampai Gambir Station selepas 3 jam perjalanan. Keadaan station di Jakarta lagi bz berbanding Bandung. Nasihat saya..jaga beg elok2..gunakan Blue Bird cab jer. Station Blue Bird tu ada di luar station. 

Keadaan di Jakarta seolah2 keadaan di KL..bangunan2nya tinggi. Dari train station ke hotel kami iaitu Amaris Thamrin City Hotel adalah lebih kurang setengah jam..kalau tak jammed maybe cepat lagi. 


Taraa..bilik kami..my sis dah book ni dari booking.com. Hotel ni amat selesa..layananpun bagus dan breakfast yang agak ok

Yang penting toilet adalah bersih

2 malam kami stay sini..dapatlah benda yang kat atas ni 2 sets..

Hotel ni berada di dalam mall..untuk cari makanan memang mudah sangat. Ada banyak restoran dan foodcourt kat situ. Kami ada pusing foodcourt yang berada di 3rd floor mall tu..ada tak sesuai sebab mostly makanan yang disediakan macam sejuk. Dan banyak kedai yang jual ayam penyet dan nasi padang. Kami nak cari makanan yang panas..so kami jumpa 1 restoran di bahagian ground floor. Dah lupa nama menu yang kami order tu..

My sis order ikan mas..sayur asam tu memang sedap...

Lepas je kenyang..kami pusing2 mall tu. Banyak sungguh lot2 kedai dalam mall tu. Pakaian yang dijual semuannya ala2 indon..baju kebaya transparent smuanya..haha. Yang bestnya saya dapat beli shawl yang murah harganya..lepas puas pusing2 mall tu, kami berjalan ke mall yang lain pulak. Tak jauhpun mall tersebut. Mall tu macam The Curve. Saya tak bawa banyak baju sebab angan2 nak nak shopping kt Bandung..malangnya tak jumpa baju bekenan..so terpaksa la beli baju baru di Jakarta.

Kami kemudiannya nak pusing2 Jakarta waktu malam..hujan turun mencurah2 tapi kami tak peduli...haha. Kami dapatkan bajai iaitu transport yang muat2 untuk 2 orang. Keistimewaan transport ni, dia boleh lalu dia lorong2 kecik dan boleh cilok2 di dalam jammed. Driver bajai kami malam tu merupakan seorang lelaki yang agak kasar. Kami kautim 50,000 IDR untuk bawa kami pusing2 Jakarta. Memula laki tu agak kasar..lama2 terlebih ceria pulak. Siap jadi tourist guide...tunjuk itu tunjuk ini..cerita itu ini..bagus betul..haha. Yang menakutkan, dia bawa kami melalui lorong2 gelap dan kecik..suspen betul la. Yela..hujan lagi..jammed teruk sangat..dia macam pandai guna short cut road. 


MONAS..ketika snap ni tempat ni dah tutup..dah tak boleh masuk. Kami snap dari pintu pagar..hujan time ni. 

Malam tu kami tak buat banyak activity sangat..lepas si driver bajai tu hantar kami ke hotel..kami just relax sambil discuss apa nak dibuat keesokan harinya. Kami cuma ada 1 day full untuk cover Jakarta..sempatkah kami?? Dengan bantuan receptionist hotel, kami dapat sini gambaran mana tempat sesuai untuk kami cover keesokan hari. 

Ok guys..nantikan cerita saya di Jakarta dalam entry seterusnya..