April 22, 2024

The Great Land of England (Cotswold) - Part 5

Assalamualaikum...

Bertemu lagi kita di day-10 iaitu 11 Feb 2024. Perjalanan ke Cotswold diteruskan. Tiada apa yang menarik sangat pun sepanjang jalan tu sebabnya kami melalui motorway. Cahaya metahari memancar terik. Heater memang saya off lah. Menarik trip kali ni..kami dari utara iaitu Iceland...makin bergerak ke selatan. Dan suhu pun dari sejuk membeku makin berkurang sejuknya. Amazing lah..hehe.

Sepanjang perjalanan kejap-kejap cloudy kejap-kejap bright blue sky. Oh ye, tiada toll dikenakan ketika kami melalui motorway ni.
Kami sampai di Cotswold ketika hampir senja. Kenapa saya memilih Cotswold walaupun dah pernah sampai sini di trip yang lepas? Sebabnya time tu kami ikut tour dengan menaiki bus. Memang lawa lah sebab spring. Ladang dipenuhi canola flower yang menguning dan sesekali ladang menghijau terbentang luas. Malangnya tengok dari dalam bus jer. Saya teringin nak explore lebih lagi. Akhirnya saya menanam impian bertahun nak datang lagi. Patutnya nak datang time spring atau summer..tapi takpe lah rezeki time winter ni.
Travelodge yang my sis booked terletak di Cirencester. Sebelum check-in kami singgah dulu beberapa tempat. Kami decide untuk ke Upper Slaughter and Lower Slaughter. Kami melalui dua small town, yang pertamanya adalah Moreton-in-Marsh.   
Malu nak ajak my sis makan scone lagi sebab pagi tu dah makan di Skipton..hehe.
Kami tak spend lama pun kat sini takut tak sempat sampai tempat tujuan. Kehadiran kami disambut dengan gerimis halus.
Haunted cottage 
Kami melalui pulak small town kedua...Stow-on-the-Wold. Lengang jer town ni. Kami decide stop kejap.
Masih malu nak ajak my sis makan scone...hahaha.
Small town yang disimbahi cahaya senja
Kami meneruskan perjalanan. Agak terbatas nak tengok ladang terbetang luas dan kambing biri-biri meragut rumput. Setiap ladang dipenuhi pokok pagar macam ni.
Sampai lah kami di Lower Slaughter. Small village yang agak sunyi sepi...hehe.
Kalau sampai awal maybe boleh explore lebih lagi tempat ni. 
So beautiful
Pengunjung pun tak ramai. Orang kampung tak nampak sorang pun. Terdetik di hati...is this the real village? or just for show?
Kami bergerak ke Upper Slaughter pulak. Nothing special pun...just ada beberapa buah rumah kat sini dan hanya kami berdua jer dok bergambar..hahaha.

Kami bergambar sekejap jer sebab takut gelap sangat nak keluar dari sini.
Sebelum apa-apa berlaku kepada pinggang saya..ayuh lah bergerak ke travelodge..hehehe.
Kami menuju ke Travelodge yang terletak di Cirencester. 

Our day 11 on 12 February 2024. Saya request dekat my sis untuk keluar selepas subuh. Teringin nak tengok morning mist. Bila selak curtain, langit macam clear...ada possibilities tengok morning mist. Adakah saya tahu mana tempat boleh tengok morning mist?? Jawapannya adalah tidak...hahaha. Saya cakap kat my sis, saya set GPS ke Burford then kalau-kalau ada nampak mana-mana ladang, singgahlah sekejap. Dia pun ok jer. Saya tak senang duduk bila tengok ladang-ladang dihalang pokok. Tetiba nampak lorong kecik, terus suruh my sis masuk jalan tu.

Kami melalui lorong sunyi. My sis sabar tunggu instruction saya untuk stop. Suasana pun macam nak cerah dah...saya berdoa agar dapat saksikan morning mist.
Di lorong sunyi tersebut ada lah sikit ruang untuk jengok tengok ladang. Malangnya tiada sekorpun binatang ternakan. Tengah tidur dalam kandang lagi kut...hehe.
Moment yang cukup indah bagi saya. Asalnya saya impikan stay di mana-mana cottage di mana ladang terbentang indah di depan atau belakang cottage tu...malangnya harga agak mahal.
I love this view so much!!
Saya masih tak puas nak hayati keindahan morning mist...my sis teruskan perjalanan makin ke dalam.
Indah sangat. Inilah moment full of calmness. 
Kami melalui sebuah cottage yang sangat cantik. Bertuahnya owner ni boleh tengok sunrise  hari-hari. Rumah pulak dikelilingi ladang yang indah. Inilah impian saya...duduk di tempat macam ni. I just want to walk around and enjoy the moment calmly. Apa-apapun saya bersyukur diberi kesempatan menghayati moment impian saya tu walaupun sekejap.
Dah puas spent di countryside, kami bergerak ke small town iaitu Burford. Drive di Yorkshire dan Cotswold InsyaAllah selamat keadaannya...jalan tidak lah bengkang-bengkok yang teruk atau bergaung. Traffic pun sangat ok.
Kami park berdekatan sebuah church dan kemudian berjalan ke arah deretan kedai di main road. Tak nampak apa-apa sign untuk bayar parking.
Tak berani nak park di tepi main road ni sebab tak sure kena bayar ke tak. Mission ke sini disamping explore tempat ni, kami nak breakfast.
Scary betul pokok menjalar tu. Bila spring pasti keluar daun hijau dan bunga.
Apa-apa jua trip, saya suka sangat tengok tingkap atau pintu...hahaha.
That day adalah monday...tapi suasana seolah sunday. Building lama yang dikekalkan sehingga sekarang...saya pasti usia building di sini cecah ratusan tahun. Sangat classic dan unique.
Kami memilih untuk breakfast in this cute bakery.
Masuk jer dalam bakery ni...wahh..bau roti yang sedang di bakar memenuhi ruang. They have verities of breads, cookies and pastries...confuse nak pilih.
Hanya kami customer ketika itu. I love the interior. Walaupun tak boleh stay di cottage...duduk di cottage bakery pun jadi lah....hahaha. Kami memilih meja di tepi tingkap tu. Cozy betul lah bakery ni.
Kecik jer kan kitchen dorang...tapi boleh hasilkan pelbagai jenis makanan.
Taraaa...our breakfast. Saya dah lupa nama roti ni. Rasa dia tak jauh beza dari cinnamon bread. Sedap sangat. Dan scone always my favorite.
Dah kenyang, kami sambung explore tempat ni. Kamilah satu-satunya tourist ketika itu...hahaha. Beberapa tahun lepas, saya hanya berkesempatan tengok small town dari dalam bus ketika ke Cotswold by tour. Kali ni saya betul-betul boleh hayati keunikan small town dan juga countryside. Apa yang special sangat saya berimpian semua ni?? Rasanya sebab saya suka cerita dongeng...bila alami experience ni seolah-olah saya wujud di fairytale world..hehe.
Cakk...hahaha.
Banyak betul small town kami singgah sepanjang trip ni..and i love it so much!!
Sukanya tengok ceramic deco macam ni. Nak beli tak mampu.
Cottage di lorong.
Dah puas explore Burford, saya decide nak ke next location...Arlington Row. Tak jauh pun dari Burford..tak sampai setengah jam.

Saya akan share pengalaman di Arlington Row dalam next entry...macam terlalu panjang nak share entry ni. That day kami guna sebaiknya masa yang ada sehingga lewat petang. Cuacapun ok sangat. Nantikan kisah seterusnya...

Bai..