March 30, 2024

The Great Land of England (Yorkshire) - Part 4

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik dah ke day-10 kami berkelana....amboi berkelana ye. That day 11 February 2024. Syukur cuaca that day tak berapa nak gloomy cuma cloudy jer. Kami bakal meneruskan perjalanan ke Haworth. My sis dari semalam kepelikan melihat petrol level...tak bergerak-gerak padahal berjam-jam dia drive semalam tu. Tengok meter level dekat kereta tu nampak macam olok-olok...hahaha. Maksud saya tak nampak real level....macam sticker. Punya belek lah kami berdua cari petrol meter level yang tak nampak olok-olok....hahaha. Kami plan nak pergi mana-mana petrol pump tanya orang kat situ nanti. Jom teruskan mengikuti kisah kami.

Sebelum meneruskan perjalanan, kami singgah kejap di Skipton small town tu untuk breakfast. Tak jauh pun dari travelodge. Lengang jer town tu. Maybe sebab sunday. Kami melalui sebatang sungai. Terus ajak my sis stop kejap sebab nampak menarik.
Ada apartment bersebelahan sungai tu. Saya paksa my sis park di visitor parking...hahaha. Berjalan sikit ke depan tu.
Macam ditelan bumi lagaknya.
Building kanan tu lah apartment kami tumpang park tu. Aman damai lah. Ternampak deretan narrowboat kat sana tu. Mesti best ada narrow boat ni...boleh layan macam-macam view sepanjang journey. Boleh sedut fresh air..relax-relax..bestnyaaaa.
Tenangnya kat sini. Saya harap 1 day saya boleh datang lagi small town macam ni, spend 1 or 2 weeks. Strolling around..duduk tepi sungai imbas memori hidup..and live like a local. It just a simple dream and will be meant a lot to me.
Peaceful small town of Skipton. Kami just park depan deretan kedai. Kami menuju ke cafe. 
Scone dekat sini biasa-biasa jer. Tapi syukur Alhamdulillah mengenyangkan.
Maybe sebab sunday banyak kedai tak bukak.
Kami meninggalkan Skipton bersama memori yang sekejap ini. 
Perjalanan ke Harwort adalah sesuatu yang cukup indah. Terpesonalah dengan ladang menghijau serta berbukit-bukau.
Ternampak satu small farm...my sis stop kejap untuk saya bertegur sapa dengan kambing biri-biri...hahaha.
Dari novel yang saya baca tu, kambing biri-biri jenis macam ni tujuan dibelanya adalah untuk dagingnya..kalau jenis muka hitam bulu putih tu untuk bulunya. Sempatlah layan satu show dekat tv..time tu dekat Travelodge York...step dari wool shearing hinggalah terjadi carpet. Menarik sangat.
No words can describe how peaceful this place and how happy I am.
Nasib baik tuan tanah tak keluar rumah marah kami..hahaha. Jom sambung journey.
Ladang sekitar Skipton.
Small town around Keighley
Inilah yang bestnya kalau roadtrip..boleh nak stop mana-mana tempat kita suka...hehehe. 
Deretan perumahan
Sebelum masuk lorong ni dah perasan ada public parking....tapi nak jugak follow GPS. Makin tengok makin berslope dan sempit jalannya, cepat-cepat suruh my sis u-turn dan park dekat public parking tu.
Dari parking kena menapak sikit ke Haworth tu...depan sikit jer.
Comel cottage ni
Sewerage pipe depan rumah...hahahaha.
Apakah Haworth ni sebenarnya? Macam ni kisahnya. Bila jer tahu nak ke UK, saya pun search lah tempat yang orang selalu pergi di countryside. So, saya masuklah dalam list saya seperti Knaresborough, Skipton, Harworth, Cotswold dan Lake District. Dan malangnya terpaksa lupakan Lake District sebab gantikan dengan Iceland. Terima kasih kepada my sis sebab follow pilihan saya..hehe. 
Small village in a narrow street..beautiful and unique.
Setiap sudut lawa lah tempat ni. Tak tentu arah snap sana sini...hahaha.  Walaupun dinding building kat sini nampak buruk dan berlumut....haaa....itulah keunikkannya. Tempat ni bukan saja bersih, malah takde bau yang tidak menyenangkan pun.
Very classic post office
Rasanya ini adalah pub
Setiap lorong pun lawa
Hilly and sloppy street..mencabar jugak berjalan kat sini. Rupa-rupanya boleh jer lalu dengan kereta street ni..cumanya takde proper parking lah.
Cute cafe
Kami just strolling dari hujung ke hujung street ni. Setiap satu lot kedai/ cafe/ rumah saya belek..hahaha. Memang menarik sangatlah datang sini. Bukit-bukau nun di sana nu...very very very spectacular view!!!
See how sloppy the road? Nasib baik cobblestone ni bukan seketul-seketul terbeliak tu.  
Guna sebaiknya betul laman secotet ni...hahaha. Admire sangat deco dekat tingkap tu.
Miniature cottage tu comeiiiii 
Curious betul lah keadaan interior cottage depa ni...tak kan nak ketuk pintu cakap nak masuk kan..hahahha.
Macam ini satu-satunya accommodation yang ada kat sini.
Si comel ni dok healing 
It should be beautiful view kalau langit tanpa awan. 
Kami stop di satu cafe yang serve baked potato. Memang tak habis makan walaupun ambil 1 jer. Tuna dan cheese tu bukan main banyak. Kami tak bazirkan lah..mintak tapau.
Makin lama makin ramai orang bawa anjing jalan-jalan.
Langit makin clear...kami tinggalkan Haworth dengan sejuta memori...sejuta ya...bukan sikit tau...hahaha. 
My sis drive melalui narrow street Haworth untuk kami menghayati village tu buat kali terakhir. Kemudian on kan GPS..kami bakal menuju ke Cotsworld.
Lawa bukit-bukau belakang tu...dan jeng jeng jeng..kami melalui jalan yang cukup luar biasa.
Kami berada di bukit-bukau yang kami tengok dari Haworth. Bila on waze pun route saya sama macam GPS tunjuk. Jalan hanya 1 lane. Bila selisih dengan kereta lain perlu stop dan bagi ruang.
Tidak cukup dari tu ada pula snow kat atas ni. Tak lah gerun sangat bila nampak deretan rumah area ni. Jalan ni pun berturap dan agak jauh dari gaung sebelah kanan tu.
My sis stop untuk saya snap view ni. Cantik sangat.
Ketika menuruni bukit. Saya agak kami melalui jalan ni around 15 minit camtu. Satu pengalaman yang menarik.
Bila jumpa jalan 2 lane macam ni baru jumpa banyak kenderaan. Maybe jalan tadi tu adalah shortcut.

Kami dah melalui more than 100km tapi petrol level macam tak berkurang pun..hahaha. Akhirnya kami stop di petrol pump dengan tujuan nak tanya pekerja kat situ betul atau tidak petrol meter tu. Bila dah sampai, cashier petrol pump yang merupakan indian macam tak paham apa kami cakap. Akhirnya terpaksa tanya seorang customer dan dia tolong tengokkan. Fuhhh dia punya slang langsung saya tak paham..hahaha. Dia cakap memang kena refer petrol meter tu lah. Means kereta tu sangat petrol saving. Nak dekat Cotsworld baru turun dua bar gitu. 

Perjalanan dari Haworth ke Cotsworld adalah nak dekat 4 hours. Nantikan next entry untuk kisah di Cotsworld pulak.


1 comment:

  1. Cantiknya semua foto. Betul kalau drive sendiri, boleh stop di mana2 kita nak.
    Fuhh baked potato tu mengancam sungguh tengoknya.
    Kalau sampai UK kena pergi Haworth ni jugak la Insyaa Allah.
    Kami dulu day trip je ke Lake District dari Manchester nun tahun 2000, sekarang mesti dah berubah banyak.

    ReplyDelete