Assalamualaikum....
Macam biasa lah...lepas trip..share citer..share photo..share cost...and now nak share my photobook pulak..hehehe. Saya selalu guna Pixajoy jer untuk buat photobook ni. Boleh ke website Pixajoy untuk more info macam mana nak buat photobook. Kemudian, kena la rajin tunggu promotion...so dapatlah murah sikit. Macam photobook kat bawah ni, saya spent dalam RM59 for 40 pages. Asalnya nak beli yang layflat..tapi mahal sangat.
Cover untuk photobook ni adalah jenis Ruff 'n' Debossed Hardcover. Cover yang jenis tebal ni boleh protect page kat dalam daripada terlipat atau rosak kalau kita simpan kat rak dengan cara menegak.
Yang bestnya buat photobook ni...boleh design gambar-gambar ikut suka hati..dan ada scrapbook yang pelbagai. Kadang-kadang confuse nak ambik scrapbook apa..hehehe. Gambar yang atas ni adalah di Keukenhof, Holland...tempat paling saya suka untuk trip ni...hehehe
Amsterdam...
Tempat yang amat sejuk ni adalah di Zaanse Schans, juga di Holland
Belgium....walaupun sekejap di sini, I fall in love with food kat sini dan juga kesempatan visit Gents and Bruges yang penuh bermakna. Sedikit rasa ralat sebab spent 1 day full kat Belgium. Kalaulah saya ni jutawan...next week kut dah boleh pegi lagi...hahaha
Pengalaman 2nd time di London...sangat-sangat bermakna.
creative tak I arrange photo....hehehe. Macam main susun jer kan..isk isk isk
Bila last-last page..macam dah fedup nak susun gambar...dah takde idea
Di Paris saya takde banyak photo diri sendiri sangat...asyik snap photo building dari HoHo bus jer...
Cara nak cepat habiskan 40 pages ni...letak 1 photo dalam 1 page...hahaha
Last page...kalo my sis tak desak suruh cepat-cepat siapkan photobook ni, sampai bilapun tak siap-siap lagi..hehehe. Thanks to you sis sebab sudi jadi partner travel dan juga snap photo-photo yang mostly ada dalam photobook ini :)
Photobook ni bukan saja saya buat untuk diri sendiri, tetapi untuk saya tunjuk kat makayah saya. Tak puas hati betul makayah takde hati langsung nak tengok photo atau tanya hal trip saya...so saya paksa makayah saya tengok photobook ni...hahahaha.
Untuk anda yang belum ikuti pengalaman trip saya ni, boleh click link mengikut kategori negara seperti di bahagian atas blog ni. Saya dah siap-siap letak link every part mengikut kategori negara. Semoga memudahkan anda membaca.