May 14, 2024

The Great Land of England (Reading & London) - Part 7

Assalamualaikum...

Sikit lagi nak siap kisah untuk trip kali ni...cergas!!

Our day-11 iaitu pada 12 February 2024. Ikut discussion sebelum tidur malam tu, kami bakal return kereta sewa dan tamatkan countryside road trip. Pagi tu bila selak curtain, very gloomy dan hujan. Keadaan yang sama ketika kami nak tinggalkan Edinburgh dan York..keadaan gloomy mengiringi pemergian kami...amboiii...haha

Kami siap-siap breakfast di dalam bilik sebab tak nak buang masa cari cafe. Sayapun preparelah lunch kami dengan plan nak makan bila sampai Reading nanti. Bila masuk kereta, ada lapisan ice di windscreen. Nak tunggu kejap untuk defrost. Saya suka berada di Cotswold ni tapi takde alasan untuk ajak my sis stay lagi sebab semua tempat lebih kurang kami dah explore. Teringat pula Cambridge, tapi macam tak berapa kena route ke situ sebab kena menghala ke utara. Malas nak fikir banyak kami decide port di Premier Inn terminal 4 jer lah. Dekat-dekat nak berakhirnya trip kami tak nak lah merumitkan keadaan menarik luggage di kota raya London tu..bila stay dekat dengan airport rasanya pilihan tepat. Bila nak boarding baru check-out...hahaha. Eh, cakap banyak pulak..jom ikuti kisah seterusnya.

Alhamdulillah hujan tak lah lebat sangat.
Bai Cotswold...
Makin meninggalkan Cotswold, design rumah makin berlainan...nampak lebih moden dan menggunakan red bricks. 

Kami sampai Reading lebih kurang nak dekat tengah hari. Takde plan apa-apapun ke sini. Reading is very big town. Bila dah sampai, tak sure pulak nak park kat mana...hahaha. Entah instinct apa yang datang, kami park jer dekat satu parking bertingkat. 

View dari parking. 
Deras betul air sungai ni mengalir. Level pun macam ngam-ngam jer tu..kalau hujan lebat agaknya banjir kut.
Memang tak pernah study pasal Reading ni. Kami ikut kaki melangkah jer...kami menuju ke arah bridge tu dan cross the river.
View dari atas bridge. Orang Reading suka redbrick building agaknya...hehe.
Kami berjalan menghala ke depan ni
Nothing special...just shopping street.
Perut dah minta diisi. Bekal ada dalam kereta pulak. Jadikan dinner jer lah....hahaha.

Kami memilih Indian food...Royal Tandori. Restaurant ni sedang renovate. Kami di bawa oleh waitress ke dalam sebuah bilik. Bilik tu dah la agak gelap..sempit pulak tu. Ada beberapa orang pelanggan dalam tu. Sedang kami tunggu makanan sampai, sorang akak ni dari meja sebelah datang tegur. Syok dia jumpa orang senegara. Muka dia dah macam arab, rupa-rupanya orang Malaysia yang puluh tahun stay di UK. 

Kami memilih set meal. MasyaAllah the food is very delicious. Tak ingatlah nama lauk ni...saya punya yang atas tu...isi ayam. Rasa creamy gitu. My sis pulak mixed veggies curry kut. Setiap meal datang dengan rice dan nan...appetizer boleh ada beberapa pilihan. My sis pilih samosa dan saya spring roll. Samosa dan spring roll tu datang panas-panas...aduhaii nikmat betul. The winner adalah nan bread...hahaha. Tak pernah makan nan bread selembut ni. My sis dok menyesal pilih nasi dan nan...patutnya ganti dengan nan lagi...hahaha. Betul-betul royal food lah dekat sini...hahaha.
Tak lengkaplah tanpa dessert kan...haha. Pekena pulak sorang satu dessert ni. Sedapppp!!!

Dah kenyang, kami mula bergerak menuju Premier Inn Heathrow. Nothing special untuk saya share sepanjang perjalanan kami ke sana. Kami punya planning adalah, check-in hotel then simpan luggage dalam bilik. Kemudian terus keluar untuk return car rental.
 
Kami sampai di Premier Inn around 3pm. Ngam lah nak check-in. Disebabkan check-in memang 3pm, ramailah manusia nak check-in. Untuk hari-hari terakhir trip kami ni lega sekali dapat hotel seselesa ni. Punya empuk lah tilamnya. Bed sheet dan duvet pun punyalah soft. 

Dah simpan luggage semua, kami pun memulakan mission nak return car rental. My sis susah hati pasal kereta tu kotor dan petrol belum top up full. So, dia nak lah cuci dulu. Baru jer drive tak sampai 5 minutes ternampak Enterprise car rental sebelah jalan. My sis terus masuk. And know what...kami dapat return car rental tu dengan mudahnya. Tak perlu top up petrol dan cuci. Dan dapat 1 day refund. Dia ada deduct 20 GBP untuk petrol yang tak top up tu yang mana bagi kami very reasonable cost lah. Dah semua settle, kami berjalan meredah gerimis ke hotel.  

Tak salah saya kami berjalan dalam 5 - 10 minit macam tu. 
Wild flower.
Syukur Alhamdulillah mudah segalanya...

Saya terus cerita our day 12 yer...iaitu pada 13 Feb 2024. Kami akan explore London City. Tanpa breakfast kami terus je tube station yang berada di Terminal 4 Heathrow. Dengan menggunakan Elizabeth Line kami akan terus sampai ke London City. Sedia maklumlah dari Premier Inn nak ke Terminal 4 just melalui walkway bridge...cukup mudah. Cumanya kena lama sikit lah dalam train tu...around 1 hour. 

Kami mulakan exploration kami di Picadilly Circus. Gloomy betul lah that day. Hujan macam baru stop.
Menapak ke sana sini mencari cafe yang sesuai. Akhirnya kami sampai ke Leicester Square.
Saya imagine dapatlah makan scone lagi...no choice terpaksa memilih crepe sebagai breakfast. My sis kalau dessert macam ni di suka makan waktu petang...saya pulak tak kira masa...hahaha. My sis memilih lemon crepe dan saya pulak nuttela crepe. Sedap betul crepe ni...pekena pulak hot latte...fuhh!!!
Kami menapak pulak ke Covernt Garden...kat depan deretan kedai ke Covernt Garden ni ada banyak pokok bunga.
Terpesona denganmu wahai rose.
Hyacinth yang menawan hati.
Sampai jer Covernt Garden, ada orang buat show...buang masa menunggu dia buat lagak ngeri..cakap jer banyak..hahaha.
2nd time ke London dulu saya pernah makan scone sedap dekat Covernt Garden ni.
Souvenir kat sini pelbagai betul tapi takde yang saya nak. Saya nak cari miniture.
Kami sambung explore London City. Hmmm...agak berserabut sebenarnya time ni hahaha. Dengan orang ramai dan kenderaan berpusu-pusu.
Pelik pulak tengok orang ramai berkumpul depan gate building ni. Polis bersenjatapun ramai berkumpul depan gate tu. Lawa la architecture building ni.
Tanpa sedar kami sampai area parliament. Orang teramatlah ramai dekat sini.
We can't find any peaceful here...hahaha
Ketika crossing London bridge ada ramai orang berjudi. Saya agaklah judi ni jenis main teka-teka bekas mana ada dadu...hahaha. Memang asyik lah saya dok perhati sehingga ada sorang mamat ni panggil saya on behalf dia pilih..panic saya...hahaha. Capat-cepat saya tarik my sis tinggalkan tempat tu.
Time for lunch...kami decide pergi Borough Market. Manusia time ni Ya Allah Ya Tuhanku...ramai giler lah. Saya perhatikan kedudukan market ni adalah di sebelah train rail. Dan stall atau kedai kedudukannya betul-betul bawah rail. Memang bisinglah bunyinya bila train lalu. Jom tengok ada makanan apa.
Saya pernah try sekali makan paella ni..dekat Tropicana Garden mall. I love it. Teringin nak beli time ni, tapi bila tengok line orang beratur terus tak jadi. Takpa takpa....nanti kita try yang original punya dekat negara dia..Spain...hahaha.
Tart, cake dan pastries...tak rasa nak makan.
Sourdough bread menarik minat saya untuk beli...nasib baik ada jual half jer.
Pelbagai jenis cheese.
So cute
My sis beli buah tin ni...tak manis.
Besar giler lah tomato ni
Lagi menu yang kami terpaksa lupakan sebab orang berbaris ramai.
Akhirnya kami decide makan fish and chips sajer...hahaha. Nak makan ni pun seksa jugak sebab nak berhimpit duduk satu meja dengan orang lain. Rasa nak tercekik jer..hahaha. Sedang berjamu selera mata saya macam selalunya melilau tengok orang..hahaha..Ternampak lah pakcik ni, macam tak sihat sangat lah..berkerusi roda automatic dan dipasangkan oksigen. Dia pun turut food hunting kat market. Terus terkeluar dimulut saya...laaa sampai dah macam tupun mai lagi...eh tak baik..kata my sis. My sis yang melarang saya komen macam tu turut tergelak sama.

Berakhir sudah our day 12. Keletihan saya ketika dalam train ke terminal 4 Heathrow tu...haha. Terlelap jugak lah. Lain betul big city dengan small town. Walaupun dalam satu hari more than 3 small town kami singgah..tidaklah seletih ni...hahaha. Saya tak suka Borough market. Saya tak suka enviroment market tu dan juga kesesakan kat situ. Kami masih ada dua hari untuk explore London City. InsyaAllah akan saya habiskan kisah trip ni di next entry.

Bai..