March 5, 2024

Charming City of Edinburgh (Scotland) - Part 1

Assalamualaikum...

Kisah seterusnya...

Dari Iceland kami ke Edinburgh, Scotland..to explore the next land. Kami landing lebih kurang 5pm. Kami terus menghala ke arah double decker bus yang hanya 20 - 30 langkah dari entrance airport. Tak tunggu lama pun untuk bus jalan. Besar juga space disediakan untuk letak luggage. Bus ni akan stop dibeberapa bus stop. Untuk 1 way GBP 5.50 dikenakan. Kalau beli return, GBP 8. Time ni lah kami berdiscuss nak beli return ataupun tidak. Sebabnya kami masih belum decide nak pick up car rental di Edinburgh atau York. Saya ada study route dari Edinburgh ke York takde sangat tempat yang saya nak singgah, so saya decide kami ambil di York sajerlah. My sis pun agree dengan idea saya.

test
Sampai akhirnya di city yang dikhabarkan selalu hujan.
Very convenience nak letak luggage

Kami stop di Princess Street, 2nd last bus stop. Dari bus stop kami berjalan lebih kurang 5 minit ke Premier Inn Hotel Rose Street. Hotel tu terletak di lorong deretan kedai. Nampak bersih lorong tu dan deretan building pun lawa dan unik. Tak sabar tunggu siang nak tengok lebih clear. Sejukpun sedap badan merasa. Selepas dah masuk bilik dan rehat-rehat kejap, kami keluar cari dinner.

Masuk jer bilik..amboiii comelnya..hehehe. Inilah hotel kami untuk 3 malam. Berbincang-bincang kami sekejap untuk bahagi space nak letak luggage. Console table kat bawah tv tu adjustable..boleh tarik secara memanjang. Ada drawer bawah katil tu..boleh la my sis letak barang dia.
Saya nampak space bawah katil, macam muat letak luggage saya. Adjustable jugak...saya boleh tarik keluar open space drawer ni..mudah nak ambil barang dari luggage. Nak adjust lampu ada remote kat dinding kepala katil tu. Terkejut sikit lah dari apartment luas bertukar bilik compact ni...hehe. Apa-apapun selesa sangat...tidur nyenyak jer..haha. Kami tak masak sepanjang di Edinburgh sebab takde pun space nak masak..hahaha. Tingkap pun tak boleh bukak.
Toilet sangat bersih. Mana nak sidai towel? Saya memang standby hook yang boleh stick ke dinding. Bila check out nanti boleh cabut. Hanger memang bawa setiap kali trip. So boleh lah hang towel. Tempat shower tu takde bathtub..yahuuu!!
Rose Street.
Nampak menarik Indian restaurant ni.
Ada halal cafe tak jauh dari hotel. Setakat ni beberapa orang yang kami berurusan seperti di hotel, kedai runcit dan cafe ni..mesti akan sebut cheers bila habis urusan..hehe. My sis pun balas yang sama...hehe. Iskk..hal ni pun nak cerita...hahaha.
Saya memilih beef kebab. Portion ni untuk 2-3 orang makan. Beef ni sejenis beef yang mixed dengan tepung..macam makan keropok lekor rebus...hehehe. Beli pula tanpa check harga..GBP9..sungguh terkejut. Nampaknya food cost Iceland dan UK tak banyak beza. Orang kata kalau ke overseas, jangan dok convert currency. Kalau saya, saya nak jugak convert. Saya nak jugak tahu berapa RM duit saya keluar.

7 February 2024, our 6th days away from hometown. My sis serahkan kepada saya mana satu tempat yang kami nak explore dulu di Edinburgh tu. Saya apa lagi...mesti nak pilih tempat paling nak pergi sangat dulu..iaitu Dean Village. 

Premier Inn menyediakan free coffee 24/7, so saya ajak my sis breakfast biskut jer lah. Saya nak cerita lagi pasal free coffee tu..bukan setakat coffee, tea juga ye. Coffee pun pelbagai jenis...latte, americano, cappucino, flat white..haa tu jer kut...hehe. Tekan jer coffee machine tu..mudah dan yang penting save duit coffee...hehehe.

Keadaan pagi di Rose Street. Deretan building kat sini cukup unik. Rasa macam di zaman dulu kala. Lupa nak lap lense hp, blur jadinya photo ni.
Primark pun just selang beberapa lot...mau sakan shopping ni hahaha.
The weather is so lovely..sejuk yang menyamankan. My sis dari sebelum sampai Edinburgh nak makan di mussel inn. Saya pun masuk website tengoklah menu. Memang menarik seafood kat sini...malangnya harga 2-3 kali ganda kebab daging macam keropok lekor tu...hahaha. Saya pun pujuk my sis, nanti balik Malaysia saya masak jer lah seafood pelbagai jenis....hahaha.
Bila keluar dari Rose Street..sampailah kami di Princess Street. Patutnya dah sampai sini, teruslah naik bus kan...ni tidak..teruja dengan suasana kat sini. Nampak pulak castle atas bukit tu...lagi lah rancak snap sana-sini
Kami sabarkan diri untuk tidak ke castle ni dulu...hehe. Snap dulu sikit-sikit.
Ada garden di sebalik pagar ni...Princess Street Garden. Ni pun kena sabarkan diri..i love garden so much.
Jom naik bus. Kami memilih 1 day pass. Just bayar GBP5, kami boleh menggunakan unlimited bus service. Beli dari driver. Dia akan print our resit biasa jer...bukan card ye. Bila naik bus show jer kat driver.
View dari dalam bas. Saya suka suasana di big city ni...tak crowded. Traffic pun smooth jer.
Kami stop ni Dean bridge
Inilah Dean Bridge...tapi mananya kampung?
Kami perlu berjalan sikit kat hujung bridge tu...then turn right. Maksudnya kena cross Dean bridge ni.
Dari hujung bridge tu...kena berjalan dalam 200m - 300m ke depan nuu...haaa...sampai lah kampung.
Inilah Dean Village. Unik sangat architectual building kat sini. And cobble stone is everywhere. Make sure kalau pakai sport shoes, mesti yang tapaknya tebal. Jom pergi bridge kecik akak tu tengah berdiri tu.
Tak payah nak risau hal cat..biar jer macam ni pun lawa..kalau nampak lumut-lumut sikit pun lawa dinding kat sini. Teringin pulak buat rumah dari ketul-ketul batu macam ni..haha.
View dari bridge. Rasanya level sungai ni boleh lagi tinggi kalau hujan lebat.
View dari satu side lagi dekat bridge tu. Ada sejarah di sebalik kampung ni. Kurun entah keberapa tempat ni adalah industrial area.        




Wow the piping

Kami berjalan dalam Dean Village ni mengikut instinct. Dan akhirnya sampai di sini. Air dari sungai mengalir ni seperti berwarna hitam. Sebenarnya air dari sungai ni sangat jernih. Jika waktu hujan, air ni akan bertukar menjadi seperti teh ais.
Very peaceful. Time ni hanya kami berdua dan satu group tourist dalam 4-5 orang gitu. Ada juga sekali sekala selisih dengan local
Very unique architecture. Dulu-dulu ada satu rancangan house renovation di tv. Menarik sangat rancangan tu. Semuanya mengenai renovation rumah yang asalnya adalah factory, barn, old countryside house...dan macam-macam lagi. Dari rancangan tulah saya teringin sangat tengok uk countryside dan building dari berkurun-kurun lamanya. My sis pulak suka cerita experience dia stay di small town di uk, buat sayapun nak rasai experience tu. So trip kali ni ke UK salah satunya adalah untuk saya merasai apa yang saya teringin sangat!!!
This is peaceful place to seat and admire all around. Tengok air sungai yang mengalir perlahan, udara fresh, burung berkicauan...ohh....very very peaceful!! Kami meninggalkan Dean Village dengan memory indah..next destination adalah nak strolling satu street..Circus Lane.
Inilah Circus Lane. My sis kepelikan, dia study Edinburgh tak pernah pula tahu Circus Lane...hahaha. Tempat ni antara tempat yang orang tak datang sangat sebenarnya...maybe lah..haha. Saya tahu pasal tempat ni pun dari Tiktok. Time ni hanya kami berdua jer kat sini...hahaha. Ni bukan kampung ye. Dari mata saya, saya nampak ni adalah lorong belakang rumah orang..hahaha. Tapi lawa ja. Tak bau busuk pun. Bila tengok tingkap, ehh office. Maybe deretan building ni adalah rumah ataupun office.
Setiap lot rumah/ office kat sini lawa. Saya tunjuk beberapa jer lah ye. Lorong ni dalam 200m - 300m jer.
Dah nak spring..nanti kembanglah bunga pokok menjalar tu.
Kalau jumpa anjing tanpa tuan...mana nak lari ni...hahaha.
Alamakkk jumpa bunga..tq lah sebab you blooming beautifully
And you also...your beauty is out of imaginable.
And i know, you will come out beautifully.
And you daffodils...always beautiful wherever you are.
And you my dear...you are not just beautiful but your smell is fantastically good!!
Sabar my sis dok tunggu saya snap bunga...hahaha. Akhirnya kami sampai ke hujung lorong dan jumpa main road. Kami bakal ke main attraction in Edinburgh..Victoria Street.
Comel cafe ni...bila fikir kejap lagi nak makan thai food, saya menahan diri ikut nafsu masuk mana-mana cafe.
Setiap side, sudut, junction, and every mata memandang cantik betul building di Edinburgh ni. Tak ter snap lah kami berdua...haha.

Sampai sini dulu ye. Nak share Victoria Stree agak panjang entry ni nanti. Jumpa di next entry.

Bai


10 comments:

  1. Kdg2 kena convert jugak nilai duit di sana dgn duit kita..sbb kita pengguna duit RM hahaha..

    ReplyDelete
  2. Cantik jer bunga mekar di situ.. mungkin sebab cuaca tak panas mana bunga pun tak rosak dek kepanasan.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdg2 sejuk pun boleh rosakkan bunga...maybe duduk tepi building, dapat sikit haba kut...hehe..saya agaklah

      Delete
  3. Cantiknya semua. Best tu Zila, free flow coffee macam2 jenis.

    ReplyDelete
  4. Rasa macam masuk citer mat saleh dolu2 je dia punya bangunan. Tapi unik kan

    ReplyDelete
  5. Macam takde orang je kan bila lalu Dean village tu. Rasa macam nak tinggal kat salah sebuah rumah je. hehehehehe. KAt dalam dia mesti cantik deko rumah dia. English deko memang suka tenguk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama jer kampung..takde pun orang kampung...hahaha

      Delete