Showing posts with label Penang. Show all posts
Showing posts with label Penang. Show all posts

August 19, 2013

Ye! Ye! Ye! Raya :)

Assalamualaikum...


Bertemu lagi kita selepas dah raya sakan..hahaha. Tahun ni saya tak la raya sakan manapun..baju rayapun my bro yang belikan. My bro ni memang suka pilih2 kain untuk dibuat baju raya..banyangkan semua ahli keluarga saya yang perempuan dibelinya baju raya..hahaha. 7-8 pasang kain diletak untuk kami pilih, tapi yang bestnya saya org pertama pilih nak yang mana..haha. Kak ipar saya ckp time nak beli baju raya anak2nya..disuruhnya wife  beratur kat counter dan dia gi pilih baju anak-anak...hahaha. My bro tu memang creative..haha. 

Raya tahun ni saya pulang ke kampung awal..lagi 3-4 hari nak raya. Ye la..kesian mak prepare untuk raya sensorang..adik pulak keje. Takde orang nak tolong mak nanti. Lagi 3 hari nak raya saya dah borong barang basah bersama ayah sebab takmo berebut-berebut dengan orang ramai. Tahun ni saya masak tomyam yang dimakan bersama bihun dan juga spaghetti meatball. Syoknya sebab semuanya lincin..haha. Saya gunakan anak buah saya darjah 2 dan 3 untuk potong sayur buat tomyam..hancur sayur dorang potong..haha. Tapi best la sebab dorang happy. Meatball pulak saya buat sendiri dengan bantuan dorang..sorry ye xde gambar..bz smpai xsempat nak snap.



 Cantik tak samperit ai tekan ni?? hahaha..mak ai yang uli ye..



 Ni style lain pulak ye...letak chocolate chips..nampak tak macam garing skit bahagian bawah tu? ai dok berangan sampai tak sedar dah masak!!! hais



 Eh apa ni? Ini makanan tradisional ye..Agak susah nak masak ni. Makanan tradisional ni adalah resepi warisan nenek moyang saya. Ianya perlu dimasak dalam periuk tembaga. Periuk tembaga nipun warisan nenek moyang saya. Perlu 2 orang mengangkatnya sebab terlalu berat. Saya ada perhatikan cara ayah masak makanan yang diberi nama halwa ini. Memula..hari sebelum halwa ni dimasak, perlu basuh tepung gandum dimana airnya ditapis dan dibasuh berulang kali sehingga tepung tu menjadi doh yang bila dibasuh tidak mengeluarkan air warna putih lagi. 

Kemudiannya biarkan air basuhan tepung itu sejat semalaman. Hari untuk memasakpun tiba..perlu letak air dalam periuk tembaga tu bersama gula yang sangat banyak. Atas api lah ye..bila gula dah larut dalam air..air basuhan tepung tu ayah suruh saya buang airnya..akan nampak pati tepung dibawah dan air diatas..air tu lah perlu di buang. Bila dicampur dalam air gula tu..lama kelamaan akan pekat sangat2..kemudian masukkan warna kuning. Dan last sekali masukkan minyak. Kena kacau halwa ini sehingga 3-4 jam tau non-stop. Berganti-ganti la saya..jap ayah...jap mak..hahaha. Mostly orang tua suka makan halwa ni..saya tak suka sebab manis sangat.



 Kami masak ni kat luar umah..jangan terkejut tgk slipper tu ye..jauh tu..hahah




 Disebabkan saya dah settle kerja-kerja rumah, malam raya saya berjoli dengan anak-anak buah main bunga api dan mercun..oh bestnya..ahahah



Tema ari raya macam raya-raya lepas..bekas kuih yang sama,. Ketupat dan rendang ayam wajib ada 









 on the way balik KL, saya singgah rumah my bro di Perak. Macam-macam dia jamu...





 Antara anak-anak buah saya...yang kecik tu baru setahun lebih..yang lain2 tu..tadika, darjah 1, darjah 2 dan darjah 3..hahaa.



Hari ni saya dan opismate buat makan-makan kat opis..saya buat rendang daging. 


August 3, 2013

Puasa..Puasa..Raya...Raya :)

 Assalamualaikum....

Sempena nak raya ni kena la sapu segala sawang dah habuk. Dekat sebulan AkuLoveTravel tak bersiaran..hehehe. Entry kali ni bukan la apa sangat..just nak share activity saya sepanjang bulan puasa dan sempena nak raya ni. Best sangat puasa kali ni. Company lanjer buffet dua kali ouls..hehehe. Jom la layan photo.


 Sebelum bulan puasa saya dah berazam nak bawak mak dan ayah berbuffet di hotel..akhirnya tercapai. Ianya adalah 1st time untuk diaorang. Bangga saya rasa bila tengok mak dan ayah happy. Hotel Sri Malaysia adalah paling dekat dengan kampung saya kat Penang tu..sebab itulah saya pilih hotel ni.



 berbuka puasa kat sini memang terbaik lah. Yang spoilnya dorang hantar pancake yang atasnya 1 scope ice cream 15min sebelum berbuka..cair la..bengang saya time ni. Kat sini juga ada buffet ramadhan. Boleh order semahu-mahunya..hehehe




 Disini pun boleh order semahu-mahunya...memang terbaik. Menunya banyak seafood.



Kat sini pulak company sponsor berbuka. Alhamdulillah



Another 1 buffet boss lanjer..heheeh. Paling best lah nih...







 Dan berbuka di peberet restoran saya... 





Dan juga berpeluang shopping chocolate di Chocolate Museum



Duit raya dah tersedia...tak sabar nak raya. Shopping punya shopping...makan punya makan..tak sedar duit makin habis...wakakaka. 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Saya belum berkesempatan nak share rupa photobook saya..balik berbuka kat kampung ritu terus tertinggal kat kampung. Maybe next entry saya akan share kat sini. Nantikan entry travel pada bulan September akan datang..saya akan share 1 lagi travel location yang hopefully menarik..tapinya saya belum lagi sampai la....hahaha. Flight ticket semua dah beli...locationnya biar saya rahsiakan dulu..baru la surprise..hehe. Ok uols..ai mau balik kampung jap gi..see ya.

February 27, 2013

Pantai Kuala Muda, Penang

Assalamualaikum....


 Raya cina syok sekali,
Cuti lama leh makan masakkan mak banyaklah kali,
Ini ketam kari sedap sekali,
Mau tambah nasi berkali-kali
Hehehe!!!!



 Kuala Muda nama diberi,
Indah sekali di petang hari,
Aku dan anak buah berlari-lari,
Menikmati nyamannya udara tidak terperi.



 Penang island kelihatan dari sini,
Pertama kalinya aku di sini,
Hanya 15 minit dari rumah untuk ke sini,
Pastinya berbaloi untuk bersantai di sini.

 Eh..tak de idea bermadah lagi pulak..hahaha. Sesekali buang tabiat apa salahnya..hahaha. Sebenarnya entry ni just nak share activity saya dan anak-anak buah ketika saya balik kampung time CNY baru-baru ni. Kuala Muda, Penaga ni sebenarnya daerah yang sama dengan kampung saya. Kejap jer naik kereta dah sampai. Saya tahu dari FB kawan saya yang dia gi cari kerang area pantai ni. So saya nak try jugak la..


Anak buah saya ni jadi model kerang..hahaha. Bukannya nak cari sangat..just nak main2 kat pantai jer. Pasir pantai ni kasar-kasar. Sakit kaki bila pijak.



 Time tsunami dulu pantai ni agak teruk terkena tempiasnya. Abis rumah serta sampan dan bot rosak. Time saya gi ni air surut dan air laut mula nak naik. Sunset time ni. 




 3 beradik ni sungguh happy...time dalam kereta semuanya lapar. Nasib baik ada makanan. View yang belakang tu adalah hilir sungai untuk nelayan keluar ke laut. Dan tanah seberang sana adalah Kota Kuala Muda, Kedah. 



Bila dapat snap view sunset ni barulah saya nak balik. Memang best sangat. 


 2-3 hari pastu saya datang lagi dengan membawa anak-anak buah tambahan..hahaha. Penuh 1 kereta. Just main air dan pasir..bila nak balik, jenuh ajak balik..semua tak nak. 



 Ni saya snap time senja kat area rumah. Banyak burung beterbangan pulang ke sarang time ni. Tak sempat nak snap burung-burung yang terbang 1 geng ramai-ramai. Ohh...cantek sungguh suasana ni. Tenang teramat.





January 29, 2012

PeNaNg - Pusing2 at my hometown

Assalamualaikum....

Saya ni cukup hepi kalo Chinese New Year...mana taknya, cuti seminggu..dpt angpow lg...bonus lagi...hahaha. Maybe nila return utk stress bekerja :P

Seperti tahun2 lalu saya sure berholiday kat kmpg saya..kat Penang. Untuk pengetahuan smua, saya lom jalan2 lagi di negeri kelahiran saya ni. Thanks to my besfren Pidah yg temankan saya jalan2 dat day.Sebenarnya saya xplanpun nak jalan2 keliling Penang, tetiba jer hari khamis last week dlm kul 1pm cmtu saya tergerak nak contact kwn saya since tadika dulu...rumah kitaorg tak jauhpun, just selang 2-3 buah rumah jer. Time on da way nk ambik beliau kat rumah dalm kul 3p cmtu barulah terdetik nk gi Penang Island..hehee. Sebenarnya saya stay kt seberang bukannya island. Lepas je amik beliau..saya tnya pendapat dia idea saya, dia ok jer sbb diapun lom abis explore penang island tu.

Traffic smooth jer..tak sangka TouchnGo saya dpt discount jika gunakan Penang Bridge. Baru saya tingat yang my bro yg bagi card tu..dia pernah ckp yg dia applied time dia student maktad dulu. Dia ari2 ulang-alik ke penang. Dari harga RM7...saya hnya dikenakan RM5 lebih jer. 

1st location yg kami singgah adalah Batu Feringgi. Jom layan pic



1st time saya dtg Batu Feringgi ni..air xbersihpun. Ombak plak makin hakis pantai. Jalan area sini bahaya skit..byk sangat cona..










 




Keesokkan arinya..saya sakit perut..hahaha...apa taknya..campur mcm2 ma. Kat Batu Feringgi minum air kelapa..Balik Pulau plak durian...pastu seafood...kakakaka. Papepun saya tul2 enjoy kt negeri sendiri...boleh dikatakan saya baru explore 30% jer...later maybe saya nk sambung balik..hehe. Alamak!!!! Esok dah keje...mati la keje xsiap lagi...adoiii!!!