Assalamualaikum...
Bersambung dari part 10 ini adalah entry hari yang sama. That day my sis tak berapa sihat, maybe sejuk yang melampau pada hari ke Nami Island tu. Badan dia dah start panas dan mula selesema. Lepas jer balik dari Namdaemun Market, saya advise dia balik rehat. Few hours jugak la dia tido. Bila bangun jer dia cakap nak ke Trick Eye Museum. Sebenarnya Trick Eye Museum tu kami buat option jer kalo ada free baru nak pegi and ianya bukan priority. Walaupun my sis demam, dia berdegil nak bertahan..kesian dia..hmmm. Kami pun ambil cab di tempat selalu..ajjhusi tu sebenarnya tak berapa nak tahu pergi tapi gigih nak pergi jugak. Gelisah la kami dalam cab tu..haish. Yang membuatkan kami gelisah adalah bila dia guna GPS dia kejap2 dia tukar macam tak confident gitu. Dah tu punya la jauh..dah tu dok explain ini university tu..itu university ni..hahaha. Dah lagak tourist guide pulak..hahhaa. Tetiba my sis ternampak starbuck yang pekerja guesthouse kami bgtau sebagai landmark sebelum kami keluar. Menggigil gak la kami tengok meter bila dah nak cecah 12,000 Won. Ajjushi tu bagi discount dapat la 10,000 Won.
Fuhh..nasib baik memang betul tempat kami stop tu. Dalam 1 minit gitu kami jumpa tempat tujuan kami tu. Underground yer museum tu. Kalau tak salah kena turun 2 floor ke bawah. Pengalaman sangat menarik dalam museum ni..penuh dengan gelak ketawa. Pengunjung lain akan sama-sama gelak dengan kita. Apa taknya bila tengok lukisan di dinding dan di lantai nampak biasa jer..bila kita snap nampak macam luar biasa pulak..hehehe. Jom tengok photo
Address Trick Eye Museum :
B 357-1 Seogyo Plaza Seogyo-dong,
Mapo-gu, Seoul
Guna voucher..refer entry saya yang sebelum ni cmner nak dapatkan discount voucher
Ketika kami kesini orang takla ramai sangat..kalau ramai sure lama nak tunggu turn
Nampak macam real kan saya pegang hadiah tu? Paling tak menahan tu..setiap kali wat action time nak bergambar tu..pengunjung lain dok tergelak-gelak..hahaha
Dah kena ngap dengan ikan nipun masih senyum..hahaha..kalau perasan saya duduk di penjuru dinding tau
Kalau perasan, saya duduk atas lantai..air semua tu atas lantai..bekas duduk tu dah pudar sebab banyak dah orang duduk..hahaha
Hamekk...besor bebeno sushi ni..hahah
area pemegang teko tupun dah berbekas
Saya begitu kagum dengan smua ni..sangat-sangat menarik bagi saya
House of mirrors. Perlu masuk dalam ni untuk ke next area ...confuse jugak la nak cari jalan kuar
Macam sedang berada di Santorini Island..heheh
Wahh,...macam tengok keluar window..
Hmmm...ada apa ek kat atas tu..
Saya sangat rekemen tempat ni. Ianya sesuatu yang berlainan. Tak perlu tenaga yang banyakpun untuk berjalan-jalan dalam museum ni sebab tak luas manapun.
Kami kelaparan..tekak dah tak dapat nak accept korean food lagi. Sunset ni saya snap time kat Itaewon
Kebab yang pemes kat Itaewon
Opposite restoran kebab tu ada baklava bakery ni..saya beli la dalam 5,000 Won dan balik makan kat bilik...aduhh manis sangat. Dessert ni terlalu penuh dengan air gula dan basah.
On da way balik bilik saya singgah beli stoberi kat 7eleven dan susu pisang ni. Besar2 betul stoberi ni..tak abis makan saya tinggal dalam fridge nak bagi kat cleaner guesthouse tu. Susu pisang ni rasanya 5-6 botol saya telan..hahaha. Memang sedap tau..patut cuba bila ke Korea
Malam tu kamipun berkemas-kemas sebabnya esok kami nak balik ke tanah air tercinta..hehe. Kami tak perlu nak amik masa lama berkemas sebab tak banyak bendapun kami beli. Dan percaya tak 15kg luggage sudah cukup bagi kami..hehehe. Macam saya, baju bukan tebal-tebalpun sebab semuanya adalah blouse dan jacketpun tak bawak. Ok..jom ke next day yakni our last day at Korea..Pepagi tu kami just keluar nak cari bag untuk my sis. Kami ke Namdaemun Market.
Rupa-rupanya ada lagi bunga yang saya belum snap dibahagian tepi guesthouse tu dan juga bunga milik jiran guesthouse tu...hehehe.
Kami dapat cab yang dipandu oleh mamat Korea..saat-saat akhir di Korea itulah 1st time jumpa driver cab muda..hahaha. GPSnya terus diletakkan ipad..fuuh..hehe. Kami cakap la nak pi sekian dan sekian..dia jawab "english please" erkkk...kami cakap english la tu..hahaha. Excited giler la mamat tu time kitaorang ada dalam cab tu...macam2 tanya. Mamat tu ok la..boleh cakap sikit-sikit english. Dan time kami dari Namdaemun balik ke guesthouse, dapat ajjhusi yang pandai speaking..fuh tabik hormat kami kat dia. Nape la saat-saat akhir baru nak jumpa diaorang..kalau awal-awal jumpa tentu kami akan jadikan diaorg tourist guide kami..hahaha. Sebabkan dia pandai speaking, kami suruh dia hantar hingga ke gate guesthouse sebab kami bergegas nak ke airport.
Yes..we are ready to airport.
Kami takde masalah nak ke station bus ke airport ni sebab kami dah tahu nak ke sini..just berjalan kaki dalam 5 minit. Time kami sampai sini..ada 3-4 orang mamat jepang dok tunggu bus macam kami. Seorang mamat jepang tegur kami..excited betul dia berkenalan sampai cakap bersembur-sembur air liur..hahaha. Yang sorang mamat lagi pandai pulak sebut "nama saya mamat" contohnya la. hebat!!! hahaha..diorang cakap negara diorangpun musim macam korea dan diorang datang sebab bisnes. Kami bersembang sampai la bus sampai pasal topic tsunami la..klcc la..macam-macam la. Time naik bus tu orang dah penuh dan kami duduk seat paling depan. Memang best duduk paling depan sebab boleh tengok view tepi dan depan.

See? ni bukan pilot yerr..tapi driver bus..heehe. Alhamdulillah kami dipermudahkan..sebab beberapa station driver bus ni terpaksa reject passenger sebab bus ni dah full. Bayangkan kalau kamipun alami nasib yang sama sure susah. Dah la station bus kami tu takde seat..just tepi jalan camtu jer...time tu kami berasa syukur sangat
Thanks cherry blossom because you wait for me..i will not forget all sweet memory with you..hope can see you again maybe at Japan :)
fresh lily di International Incheon Airport
sementara nak tunggu process sebelum naik flight, kami singgah minum kat cafe dulu. Pastry cicah coklat sos ni memang sedap.
Ada kisah lagi...time tu flight AA kami naik tu terhoyong-hayang nak landing. Suspen gak la saya..hehehe. Pilot tu macam teragak-agak nak landing..saya agak la..hahaha. Dah la panas dalam flight tu...saya langsung tak boleh tido. Dan ada masalah pula time kami nak ke parking. Kami perlu naik cab untuk ke parking depan Tune Hotel tu sebab jauh kalau menapak. Semua cab takmo tolong sebab dekat sangat. Dan nasib baik ada akak yang bawak cab tu nak tolong, tupun dia ada coustomer..memang dekat sangat kalau naik cab, adalah 2-3 minit jer, sekali akak tu pow my sis RM20..fuh..nak tolong ke namanya tu? Saya pulak jaga bag kat area airport. Dugaan pulak kat negara sendiri..hehhee. Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Makan dah kenyang dalam flight..makanya kami balik terus pengsan selepas mandi...hahaha. Dalam pukul 1 pagi jugak la kami sampai rumah. Dan pagi esok tu saya terus balik Penang sebab nak mengundi..my friend tanya saya ni tak jetlag ke? Saya tak terfikirpun hal tu...hahaha..


sesaja nak share photo biskut ni..hehe. Saya suka sangat drama Moon Embracing the Sun makanya saya terbeli lah biskut ni..hehe.
Baiklah..terima kasih saya ucapkan bagi anda semua yang sabar menanti hingga saya habiskan entry Korea saya ni. harap-harap ada info yang membantu untuk anda yang bakal ke Korea. Kisan keindahan negara Korea ni bukan dongengan tapi memang kenyataan. Saya amat kagum dengan keindahan bunga-bunga, nature, khazanah lama yang masih tersimpan dan dipelihara, bandar yang bersih dan cantik dan attraction places yang sangat berbaloi untuk dilawati.
For the next or the last entry, saya akan share itinerary dan juga cost mana yang patut untuk reference anda-anda semua. Dan bagi mereka yang sudah pergi, keadaan kita maybe berbeza dari segi cost dan juga tempat-tempat yang kita pergi dan juga cara kita menjadikan vacation kita paling bermakna. Maybe juga tanggapan kitapun berbeza tapi yang pastinya kita saja tahu bermakna atau tidak our vacation. Our trip kali ini sangat-sangat bermakna sebab kami mampu gembira walaupun my sis tak sihat dan itinerary saya yang tak 100% complete. Kami pernah mengalami keadaan yang mana local people yang tak pandai speaking iaitu ketika kami ke krabi, Thailand. Tak susah untuk communication kalau kita jumpa the right person yang nak membantu...percayalah!!