November 15, 2022

Summer in Egypt - Part 8

 Assalamualaikum...

That day adalah 31 August 2022. Sempena hari merdeka di Malaysia, saya bakal memerdekakan diri saya untuk overcome the fear...amboii...hehehehehe. 1st time in my life nak naik hot air balloon. My sis punya idea lah tu.

Seawal 3am saya bangun ke toilet. So sad takde water supply. Bila call front desk dia cakap dalam half and hour akan ok. Bila call lagi half and hour dia cakap 10 minutes. Lepas 10 minutes pun takde lagi water supply. Last-last kami turun lah. Panic la sebab kami bakal keluar seawal 4am. Beberapa kali jugaklah telephone ringing time kami kat bawah tu. Maybe guess lainpun complaint. Saya agak pihak resort tu sengaja tutup air untuk cuci tank...maybe jerlah. Dah bagi pressure kepada front desk..maka dalam 10 minutes macam tu water supply back to normal. Legaaaa...

Maka bermulalah kisah untuk naik hot air balloon ni. Sebuah van pick up kami dan juga beberapa orang lain yang stay di beberapa hotel. Kami diturunkan di tepi Nile River. Beberapa orang staff guide kami untuk naik boat. Tempat nak naik hot air balloon tu terletak di West Bank. So, boat digunakan untuk cross the river. Di dalam boat, ada sikit briefing dan kami di serve minuman. Kami adalah group pertama akan berlepas nanti. Amboi belepas ye...dah macam naik flight hahaha. 

Keadaan awal pagi tu langsung tak terasa sejuk. Boat menghala ke West Bank. Ada beberapa boat yang sama-sama menghala ke same location. Tour leader minta kami stay bersama-sama takut termasuk group lain. Bila sampai di West Bank, kami turun dari boat dan masuk pula ke dalam van. Sebelum bergerak, tour leader akan berurusan dengan pihak polis. Dalam 10 minit macam tu, van bergerak. 

Kami sampai di satu tempat lapang. Terdapat tentera bersusun di satu side. Bomba dan ambulance pun dah sampai. Terus rasa gabra. Ada sorang ni beberapa kali melepaskan balloon ke udara. Menurut tour leader step tu nak check angin. 

Suasana menjadi bingit sekali. Fan digunakan untuk kembungkan balloon tu. Bila dah kembung, baru api yang terhasil dari gas nitrogen dihidupkan. Bunyinya macam api nak goreng char kuew tew tu..hahaha. Saya berkesempatan melihat step air hot balloon tu pasang hinggalah siap sedia untuk diterbangkan.
Lapang betul area ni.
The balloon is so huge!!!

Tour leader ajar apa patut kami buat ketika nak landing tu. Kami perlu hanging di tali yang terdapat di basket. Saya cuak habislah. Macam-macam dah dok imagine. Time imagination tak sempat nak habis lagi..tour leader dah suruh masuk basket. Di dalam basket tersebut ada 5 compartments. Pilot akan duduk tengah. 4 compartments lagi akan diisi para peserta berani mati termasuk saya...hahaha. Setiap compartment tu ada 3-4 orang. 

Tangga di sediakan untuk masuk ke basket. Tinggi jugak basket tu..setinggi bahu saya. Haba panas dari burners betul-betul tidak menyelesakan. Terasa seperti bakal di grill gitu. Badan saya start menggigil dah pabila pilot dah nak mula terbangkan balloon tersebut. Tak sangka secepat itu..saya belum ready..hahaha. 

Tengok api tu...its so hot. Slow jer balloon tu naik ke atas. Dari atas kelihatan beberapa balloon masih dalam process setup. Menurut tour leader, time tu bukan peak season, so tak banyak balloon sangat. 
 Jelas kelihatan Valley of the Kings..gunung-ganang tandus. Kelihatan jua Hatsepsut Temple. Sehari sebelum tu saya explore on ground tempat-tempat tu, dan ketika itu pulak, saya explore dari udara. Saya try selesakan diri. Setiap moment tu saya nak rakam dalam minda saya. Matahari belum menunjukkan rupa. Aman damai West Bank. Bunyi burung dan keldai memecah suasana. Ladang menghijau. 

Dimana pulak kami nak landing nanti?? Menurut pilot..maybe di dalam ladang...maybe di East Bank dan maybe di dalam Nile River. Cuak lah saya...hahaha. Nile River tu bukannya river biasa-biasa..sangat luar biasa dengan luas dan dalamnya. 


Apa perasaan saya bila dah floating on the air?? Sangat amazing. Balloon tu stable tanpa goyang-goyangpun...hahaha. dalam awal 15 minit tu saya masih gabra. Lepas tu dah rasa ok dah....hahaha. 

Keadaan masih gelap ketika ini. 

Gunung tandus yang dalamnya terdapat 60 lebih tombs. Hatshepsut Temple sayup-sayup kelihatan di sebelah kiri tu. 

Balloon yang lain dalam process nak take off.

Kebun-kebun di sekitar West Bank

West Bank dan East Bank yang dipisahkan oleh Nile River.


Tiba-tiba semua orang teruja melihat view ni. Sayup-sayup kelihatan sunrise. Subhanallah cantik betul.

Ada island pun di Nile River ni.

Terusan untuk pertanian.

Pilot turunkan balloon agak rendah. Nyaman betul udara kat kampung ni. Saya agak ni dalah rumah petani. Ada bunyi perbagai jenis binatang kat rumah ni....hehehe. Ada kambing, keldai, ayam dan itik...Ya Allah bestnya lah lai suasana rumah ni. Keliling rumah pulak penuh dengan kehijauan.

Saat nilah perkara kelakar berlaku. Semua orang panic...ingat ke pilot dah nak landing..sebabnya basket dah cecah pokok tebu. Semuanya siap sedia hanging kat tali facing position yang tour leader explain tu. Saya pulak panic melampau...silap hanging position lain....hahahha. Kena gelak dengan orang lain..hahaha. Pilot gertak jer..tak landing pun. Cis. Ada kes kelakar no. 2. Tengah layan habis view kebun tebu tu...terdengar suara 2-3 orang di celah-celah pokok tebu. Cari punya cari nampak lah 2-3 orang tu terkinja-kinja. Syoklah dorang bila kami semua dalam basket lambai-lambat kat dorang...hehe.

Very beautiful sunrise. I love this moment so much!!!

Ladang jagung.

Kawasan penempatan di West Bank.

Balloon yang lain. Saya ingat pilot ni akan landing di area yang sama take off tadi. Rupanya tidak. Dia cross Nile River dan bakal landing di East Bank.


Tiba-tiba terdengan riuh-rendah. Rupa-rupanya ada pasar pagi area ni. 

Maka tibalah masa untuk landing. Saya perhatikan keadaan kat bawah. Agak menakutkan. Permukaan tanah penuh dengan batu-batu tajam. Macam-macam timbul di benak saya. Adakah saya bakal tercampak keluar dari basket??? Adalah kepala saya akan menghentam batu tajam bawah tu. Adakah itu?? Adalah ini?? Mata saya sempat menangkap lori dan van yang laju menuju ke ke arah tempat kami bakal landing. Saya pandang pulak pilot...muka pilot tak bertenang. Makin tak bertenang diri ini. Di celahan bawah basket boleh nampak dengan jelas permukaan tanah Tangan kejap memegang tali dan kekuda dipasang untuk support hanging process. Preparation nampak perfect noh..5 kaki di permukaan...4 kaki..3 kaki..2 kaki..1k kai..papppp...basket cecah tanah..para crew berlari ke arah basket. Agak tragis landingnya. Basket terbalik separuh. Beberapa orang crew bersusah payah tolak basket supaya tak habis terbalik.


Menurut pilot, landing process tu tak berapa smooth sebab tiada angin ketika tu. Syukur Alhamdulillah saya masih hidup. Tak sedar sport shoes saya tercabut...hahaha. Tapak tangan saya kemerahan akibat memegang tali terkuat kuat...haha. Minah salleh sebelah saya lagi teruk...tapak tangan dia sampai keluar kulit. Syukur sangat crew sempat sampai untuk selamatkan basket daripada terbalik. Time nak keluar dari basket, tiada tangga di sediakan. Kena panjat basket then crew standby nak support untuk turun. Saya orang last turun sebab taknak crew tolong....nak lompat sendiri...hahaha. Terkedek-kedek yang keluar basket pun...hahaha.

Inilah semua crew yang support basket tu tadi...hehehe. 

Apa-apapun...hot air balloon ni memang experience yang cukup meaningful. Terasa banyak betul perkara yang saya lakukan di dalam hidup saya yang tak pernah terlintas untuk dilakukan... Subhanallah!!! Alhamdulillah!!! Saya percaya dalam hidup semua orang lain jugak sama. Tak sangka bergaji besar..tak sangka berkeluarga bahagia...tak sangka berharta...tak sangka berumah besar dan sebagainya. Boleh dikatakan di dalam kehidupan seseorang tu... full of surprise. From where all the surprises came from?? of course from our Creator...Allah SWT. Always feel thankful and grateful to Allah SWT. Saya selalu remind diri saya supaya rasa bersyukur walaupun nikmat tu adalah small thing. Bila Allah SWT nak uji...saya akan remind diri saya untuk sedar yang ujian Allah SWT tu nak menjadikan diri saya lebih kuat..lebih mengingatiNya..menambah keimanan kepadaNya..serta mensyukuri nikmat-nikmat dariNya.

Ehh...sedih pula rasa...

Oh ye...lepas berjimba di atas udara, balik jer resort, terus breakfast dulu. Lepas tu naik bilik saya tidur 2 jam gitu..hahaha..tired. Next entry saya akan share experience saya ride felucca boat pulak. Esok tu kami bakal meninggalkan Egypt. 

Ok...bai 

November 3, 2022

Summer in Egypt - Part 7

Assalamualaikum...

Bersama lagi kita untuk sambungan kisah di Luxor. Jom baca experience saya di Hatshepsut Temple pulak.

Siapa pula Hatshepsut ni?? Dia ni 2nd wife firaun ketika itu. Next firaun sepatutnya adalah anak diri dia. Masih kecik budak tu. So, Hatshepsut ni macam pemangku firaun lah. Jadilah dia temporary firaun. Maju jayalah Egypt time pemerintahan dia. Dikatakan segala patung dan apa jua bukti yang menceritakan pasal Hatshepsut ni dimusnahkan time anak tirinya memerintah. Betulkah? Kalaulah betul, kira hebatlah pengkaji sejarah mencari kisah Hatshepsut ni.

Dekat sinipun kami dapat student price. Normal price sepatutnya double harga ni.
Step untuk ke temple ni sama macam Valley of the Kings. Perlu naik electric car. Lepas turun dari electric car..perlu berjalan dalam 500m lagi untuk sampai ke temple. 

Untuk masuk ke temple..perlu melalui laluan berslope tu. My sis terus give up nak naik. Saya pulak gigih naik sorang-sorang...hahaha.
Jom kita gi tengok ada apa kat dalam.

Zoom sikit rupa mountain kat sini.  

Nyaris-nyaris nak bertukar jadi Hatshepsut...hahahaha

Yang paling membuat saya excited ketika itu adalah view kehijauan perkampungan area tu. Sungguh indah sekali. Allah SWT yang Maha Berkuasa mencipta sesuatu cukup menakjubkan. Tempat saya berdiri adalah gunung kering dan tandus. Dan tidak jauh dari situ terdapat tanah yang cukup subur. Setiap satu ciptaan Allah SWT adalah untuk kita sebagai hamba berfikir dan renung kekuasanNya. Melihat semua kehebatan Allah SWT boleh menambah keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya....InsyaAllah....aminnnn.

Nothing special kat sini..just patung sana sini..lukisan pictogram yang tak memberi saya apa-apa hint treasure yang Hatshepsut sembunyikan. 

Tetiba terdengar sorang tour guide ni sebut yang Hatshepsut tu dulu-dulu berpakaian and bersikap seperti lelaki. Saya dok imagine lah rupa Hatshepesut tu..mesti pandai memanah, berlawan pedang, naik kuda..macam-macam lah. Sikap suka berimaginasi ni dah sebati dalam diri saya...susah nak ditinggalkan...hahahaha.

Dah selesai exploration kami di Hatshepsut Tample, Ahmed tetiba stop di sebuah kedai alabaster stone. Agak kepelikkan lah kami. Kenapa stop kat situ? Tapi dengan cepatnya saya dah paham kenapa Ahmed stop kat situ. Maybe dia atau agency dia akan dapat apa-apa commission bawa tourist ke situ. Saya layankan saja lah. Bak kata orang..bagi muka...hahaha. My sis pulak dah cuak takut kena scam ataupun dipaksa membeli barang yang dijual kat situ. So, saya soranglah bagi muka...hahaha. Tokey kedai tu mulakan explanation mengenai alabaster stone tu. Agak menarik stone ni. 

Inilah rupa original alabaster stone. 

Tokey kedai tu explain process pembentukan vase  daripada stone tersebut. 1st step adalah tebuk lubang di tengah-tengah stone secara manual. Next process adalah mengetuk disekeliling batu yang dah dibuat lubang itu sehingga nampak rupa vase. Saya rasa 2nd step tu agak merumitkan sebab kalau silap ketuk boleh pecah batu tu. Step terakhir adalah polish. Tokey tu akan ambil salah satu vase yang dah siap dan menghala ke mentol yang menyala. Tujuan dia nak tunjuk kat kami cahaya mentol tu boleh dilihat disebalik luar vase. Yang para pekerja buat demo tu akan sebut wahhhh ramai-ramai...terhibur saya..hahaha.
Kami diajak masuk ke kedai. My sis betul-betul tak nak masuk...hahaha....cuak betul dia. Kami bakal diberi welcome drink. Siap boleh pilih nak air apa. Time ni saya fikir positive betul. Time menulis ni baru saya sedar. Tak terfikirkah saya air yang saya minum tu ada dadah ke apa ke...hahahaha. Time tu saya pilih hot coffee dan my sis ice tea. My sis minum sikit jer..saya pulak dengan air saya sendiri dan air dia saya minum...hahahhaa.

Tokey tu tak paksa beli apa-apapun. Dia biarkan jer saya pusing-pusing kedai ni. Banyak benda yang tak mampu dimilik pun. Mahal-mahal sangat. Time saya pusing-pusing tu, tokey tu ajak tengok collection nenek moyang dia. Ada dalam bilik khas yang tertutup. Banyak ancient statue dan vase. 
Yang vase hitam bertutup tu dulu-dulu digunakan untuk simpan organ-organ firaun. Mumification process dimulakan dengan membuang segala organ ye. Rasa serba salah nak tinggalkan kedai tu tanpa beli apa-apa. Dah la diberi free drinks. Nak cover saya bersalah tu...saya gi hantar cawan kat kitchen...hahahaha. Saya rasa ini trick tokey tu nak tarik customer.   

Ahmed menuju ke East Bank. Kami bakal visit Karnak Temple. Saya ni panic jugak lah sebab asyik-asyik visit temple. Teringat time kat Bangkok haritu, demam selepas visit temple...hahaha. Kena tegur agaknya..hahaha. My sis begitu keletihan. Tertidur dia dalam kereta. Bila saya fikir energy kami berdua ni makin berkurangan, saya mintak Ahmed bawa kami pergi makan dulu. Saya highlight kat Ahmed untuk bawa ke restaurant yang bersih.

Kami tiba di depan sebuah restaurant yang bernama El-Hussein. Keluar jer kereta, budak-budak berlari ke arah saya. Around 10 orang macam tu. Ada yang nak jual tissue, nak jual bookmark. Kasut pun tak pakai. Kesian betul. Cepat tangan saya cari coklat dari handbag. Syukur ada coklat gambar udang tu. 

Most of customer adalah tourist. Kami menuju ke 1st floor. Cukup bersih restaurant ni. Menu semuannya adalah dalam bentuk set. Tak banyak sangat pilihan, tapi ok jer. 

Suasana dalam restaurant

Dalam set yang kami pilih tu include soup. Ada few soup. Kami memilih lentil soup. Sedap betul lentil soup ni. Creamy and rich of flavour.
Walaupun rupa roti ni agak tidak menyelerakan...saya try jugak cubit dan cicah dalam lentil soup. Tak sedap sangat roti ni. Agak liat-liat. 

Our food. Saya memilih beef dan my sis pilih ikan. Beef saya tu masak di dalam bekas clay. Ada rasa pelbagai herb dan tomato. Beef tu lembut betul dan quantity beef pun bukan main banyak sampai tak habis makan. 

Lemon juice sangatlah sedap. Kami memula order sorang satu. Tak cukup..order lagi satu dan share. 

Dah kenyang, kami menuju ke Karnak temple. Time ni saya dah mula tired. Sebab terlalu kenyang...hahaa. My sis pulak energetic...hahaha. Kamu dua orang ni selalu opposite...hahaha. Ketika nak beli entrance ticket tu, ada sorang perempuan approach. Dia offer sebagai tour guide. Saya macam teringin nak tahu pasal Karnak temple tu. Tengok duit saya masih banyak, so saya agree nak bayar dia tanpa kacau our sharing. 

Perempuan depan tu lah our tour guide. Agak jauh nak berjalan ke arah temple tersebut. Ditambah dengan panas lagi. 

Lawa bunga ni.

Laluan untuk memasuki temple

Rasanya ni sisa tiang gergasi kat temple ni.

Laluan ke salah satu ruang di dalam temple tersebut.

Agak standardised shape ukiran yang saya agak soldiers ni. Yang membezakan adalah ukiran di permukaan shield    

Main purpose kat sini adalah nak saksikan tiang gergasi. Cukup mengagumkan lah construction skill lebih dari 2000 years ago. Di zaman sekarang jika tiang setinggi ini, perlu bertan-tan steel reinforcement dan concrete high grade. Tak lupa juga steel mould untuk menbentuk shape tiang ni. So impressive!!!

Siap ada beams...fuhh. Saya agaklah asalanya ada bumbung ni.

Sebahagian dari ukisan di giant column ni seperti dimusnahkan. Oh ye...tour guide kami tu terpaksa berpisah sebab macam membosankan pulak kisah Karnak Temple ni...hahaha. Macam tak sesuai untuk dengar cerita dia dalam keadaan panas membahang tu...akhirnya free-free jer bayar dia..haha. 

Dengan adanya giant columns ni, boleh lah berteduh dari panas matahari.

Sebelum meninggalkan Karnak Temple...saya persembahkan tarian cak pong cak pong. 

Kami bakal berpisah dengan Ahmed. Ikutkan hati nak gunakan lagi Ahmed esok tu. Tapi apakan daya...mahal costnya. Ketika Ahmed bawa kami balik ke hotel, my sis tanya dia pasal hot air balloon. Dia call boss dia untuk my sis deal harga. Cuak nak naik hot air balloon dah saya terasa...hahaha. Saya asyik pujuk diri sendiri...saya dah berjaya naik unta walaupun takut..naik horse carriage walaupun takut...so try to overcome the next fear...hahahahaha.

Memang kepenatan sungguh lah that day. Tapi petang tu saya teringin sangat nak layan sunset di belakang resort. Jom tengok view menawan hati itu.

Inilah rupa belakang resort ni. Our room facing other side.

Subhanallah cantik sungguh sunset kat sini. Nyaris-nyaris lagi matahari nak jatuh. The other side adalah West Bank yang kami explore tadi. Sayup-sayup kelihatan Valley of the Kings. Boleh naik boat atau felucca ride kat sini.  

Inilah rupa felucca ride..adakah kami akan naik?? Teruskan membaca di entry akan datang ye. Walaupun suasana makin gelap, kepanasan masih terasa. Sesekali angin menghenbus dan datang sekali habuk berpasir. 

View ni cukup mententeramkan jiwa. I'm really fall in love with Nile River.

Kami takde pilihan untuk dinner di resort ni. Paling best dorang serve ice latte gelas besar tu....puas minum hahaha. Saya order dried tomato pasta...yang datang rupa seperti di atas..dried tomatonya adalah sepotong dua...hahaha. Saya imagine pasta sause dibuat dari dried tomato. Sangat plain rasa pasta ni. Akhirnya sandwich my sis kami share.

Nantikan next entry untuk experience saya naik hot air balloon.