February 26, 2024

Freezing in Iceland - Part 2

Assalamualaikum..

Our 2nd day di Reykjavik. That day is 4 February 2024. Bila winter, daytime di Iceland lebih kurang 10am to 4pm. Adakah kami akan enjoy dikala waktu siang agak pendek? Teruskan mengikuti perkongsian saya. Disebabkan semalam tu tidur terlalu awal, pukul 5am saya dah terjaga. Tiada lagi snow storm. Saya luangkan masa menikmati view di balcony. Bilik yang kami stay tu antara tertinggi bangunannya dari bangunan yang lain. Tiba-tiba saya perasan ada suara ramai orang bercakap. Pelik lah. Tak kan awal betul breakfast. Bila sebut breakfast, perut saya mula minta diisi. Tak sabar nak makan bread yang di spreadkan dengan butter. Bila cakap dengan my sis saya nak prepare breakfast dah, dia minta tunggu jap lagi takut saya mintak breakfast 2nd time lagi nanti...hahaha. Akhirnya pukul 6am dia terpaksa mengalah untuk saya prepare breakfast. 

Hasil tangkapan di grocer yesterday. Telur tu tebal betul kulitnya. Kena hentak kuat sikit untuk pecahkan dia hahahah.
Our breakfast before start nak explore Reykjavik
Time ni dah pukul 9.30am...tak tahulah normal ke tidak keadaan sepi macam ni..sebabnya that day adalah sunday.
Cepat-cepat...matahari dah nak muncul tu.
Inilah jalan yang kami lalui ketika menarik luggage ke apartment. Mission kami time tu adalah nak menuju ke tepi laut..sikit jer lagi nak sampai. Sejuk pagi tu sehingga menyesakkan nafas. Nasib baik saya pakai tudung swimming yang jenis inner tudung tu..saya tarik yang bahagian bawah dagu ke hidung..hehe.
The sky is so clear..can't wait to explore the whole Reyjkavik..InsyaAllah
Kami sampai di area bus stop no. 14. Kami perlu cross untuk ke tepi laut tu.
Bahagian kiri tu adalah laluan kami ke apartment. Can imagine macam mana kami tarik luggage jalan berslope dan snowing?? Memang seksa. Kesusahan itu Allah gantikan dengan sesuatu yang penuh indah di Reykjavik ni...Alhamdulillah.
Akhirnya kami sampai di pantai yang dipenuhi batu-batu hitam. The sunrise is super beautiful.
Haaa...time ni baru nampak bangunan tinggi..maybe hotel...maybe apartment. Bangunan ni facing the beach.
Kicauan burung memeriahkan suasana. Agak terbatas nak record video lama-lama sebab tangan kesejukan. Asyik kena letak dalam poket jacket jer.
Glove macam nilah penyebab tak tahan sejuk...hehe. Flexible betul tudung swiming saya...siap boleh tarik ke hidung..hahaha. Surprisingly ..tak loose pun tudung ni.
Ala-ala shape viking boat
Facing the beach can see this mountain...pancaran sunrise cukup mengasyikkan. Di permukaan laut ni pun penuh dengan geese, swam, birds...very wonderful morning. Malangnya tak boleh lama kat sini. Sejuk kat sini unbearable.
Kami menuju ke arah lorong jalan terdekat dengan viking boat. Bila terdedah di tempat lapang, agak luar biasa tak tahan sejuk tu. Ketika melaui jalan ni, makin ramai tourist menuju ke arah pantai. Tourist paling ramai adalah dari China.
Sambil-sambil berjalan, snap lah sana sini bangunan cute-cute.
Tiba-tiba nampak church tinggi melangit tu. Kami teringin nak naik church tu nak tengok view dari atas.
Jalan punya jalan..ternampak bakery. Apa lagi...kenalah breakfast for the 2nd time...hahaha. Bakery ni tak boleh nak dine in pun. Hanya satu bar table dan 2 kerusi ada dalam bakery tu. Nasib baik time kami masuk takde orang, so bolehlah lepak jap dalam bakery tu. Dapatlah kami conquer bar table tu. Kesian tengok orang lain tercangak-cangak cari tempat duduk. Dan selepas tu, orang makin ramai berpusu-pusu masuk bakery ni. Pastries ni cost us RM60. Pengsan!!
Very small and simple bakery.
Yang building berconteng-conteng tulah bakery tu. Rupa-rupanya bakery ni is a must visit kalau ke Reykjavik. Saya tahu selepas tengok tiktok keesokan hari..hahaha.
Pandangan saya tak dapat nak lepas pandangan dari laluan dari pantai ke town. Cantiknya keadaan ketika ini tak boleh nak diceritakan. Cahaya matahari pagi sememangnya cukup mempesonakan. And the mountain back there..undescripble beautiful!!!
Kami tak dapat naik ke church ni. Ditutup. Baru saya teringat, kalau christian, diorang ada gathering every sunday...maybe sebab tu ditutup. Kami meneruskan exploration kami ke next destination...lake...Reykjavik City Pond ataupun Tjörnin.
Very clear sky
Lake ni dah tak berapa nampak rupa lake. Permukaan lake ni 90% frozen dan dipenuhi dengan snow. Nampak beberapa orang kat photo ni? Itulah sebahagian permukaan tasik yang beku.
Saya memang dah standby biskut Hup Seng nak bagi makan dekat depa ni. Mesti sampai sekarang depa teringat-ringat biskut tu...hehehe. Saya pernah bagi makan geese dan swam di High Park London tu...aggressive sangat sampai kejar-kejar kita. Macam kat sini depa ni behave sikit.
Hanya sikit jer tinggal yang belum frozen permukaan lake ni. Dah habis biskut Hup Seng...tiba-tiba sorang Minah Saleh ni bagi sebungkus roti slice putih tu kat saya sambil cakap give to them...they are hungry. Saya siap tanya lagi free ke tak hahahaha. Berbungkus-bungkus roti dia bawa untuk bagi makan. Nampak saya tergedik-gedik sangat bagi depa makan...terus dia hulur roti kat saya...hehehe. Baik hati dia.
Sebelum sampai lake, saya terpaksa balik apartment tukar jacket dan tambah 1 layer lagi baju. Jacket ni agak labuh dan lebih tahan sejuk.
Cantik sangat suasana time ni. Layan suasana dan view tu layan jugak...hati-hati memijak...banyak tahi kat sini...hahahaha.
Cuba-cuba jugak saya pergi check frozen lake ni. Guna kaki kais-kais snow sampai jumpa ice. Ketuk-ketuk sini...hmmm....tebal...InsyaAllah tak crack..hehe. Saya teringin tengok lake yang dah frozen tapi transparent. Kenapa?? Nak main ski ke?? Hehehe...takde lah..sajer nak tengok.
Ada beberapa kedai halal di Reykjavik...saya lapar sangat time ni. Saya order kebab ayam bersama nasi dan my sis veggie burger.
 
Baru nak dekat 2pm kami dah lebih kurang explore Reykjavik ni...haha. Yela..attraction places yang kami pergi that day semuanya walking distance. Sebelum balik apartment, kami singgah tour office. Kami decide nak ambil aurora tour. Tour yang bakal kami join tu adalah in small group. Driver yang mana juga tour guide kami akan hunting sampai jumpa. Kalau kami tak berpeluang nampak aurora that night, kami boleh join for free in tomorrow tour. Agak risk bagi kami untuk ambil tour ni. Jika that night tak nampak, kami just ada 1 night lagi jer. Kalau ikut weather forecast tomorrow night adalah cloudy. My sis bersungguh-sungguh nak kan kepastian dari saya. Saya pun cakap dekat my sis...at least kita try daripada tak try dan saya sanggup tanggung risk duit burn gitu jer. Saya cakap begitu bersebab. Sebabnya saya asyik monitor iceland meteorology website...hahaha. Website tu show that night tak berapa cloudy. So ada possibility aurora akan muncul..InsyaAllah. 
 
Balik apartment, rest kejap. Malam ni pukul 8pm kami bakal join northern light tour. Masa yang ada main-main jap snow dekat balcony. Snow ni tak mencair pun walaupun heater dekat tepi dinding jer.
Baru perasan balcony ni boleh nampak mountain yang kami tengok tepi pantai tu.
Tenang jer rasa time ni.

Kami cukup bersedia untuk tour that night. Berlapis-lapis baju, wind breaker dan jacket saya pakai. Takut orang fikir tong drum berjalan jer...haha. Kami perlu berjalan ke bus stop no. 14. Syok lah time berjalan tu...tak rasa sejuk pun...hehehe. Kami make sure awal sikit lah sampai dekat bus stop no. 14 tu. Syaratnya...kalau 8pm kami tak berada di situ...kami akan ditinggalkan. Fuhhh..takkan free-free bayar hampir RM1400 kena tinggal pulak kan. So kami make sure awal sampai situ. Bus stop tu kan facing pantai..sejuk menampar-nampar muka yang terdedah. Badan dah ok..muka pulak problem. Dan nasib baik van yang lebih kurang boleh memuatkan 10 orang macam tu sampai awal. Lega lah berada dalam van. Ketika tu ada dalam 3-4 orang jer. Van ni pick up lagi 1 group then full board.
 
Sebelum mulakan expedisi, tour guide kami explain pasal aurora activity malam tu. Dia akan try the best lah cari aurora. Semua orang dalam van time tu excited lah.
 
Van pun bergerak meninggalkan town. Makin  lama makin gelap keadaan jalan. Makin meninggalkan town cermin di sebelah saya makin kabur. Lapisan ice rupanya di permukaan cermin tingkat tu. Bila letak tapak tangan, dia mencair dan sepantas kilat menbentuk sekali lagi lapisan ice. Last-last saya give up clearkan cermin tu. Sejukkkk!!! Tour guide asyik membaca suhu. Dari -ve 10 makin drop dan drop hingga mencecah -ve 20. Time ni tak fikir sangatlah sejuk tu macam mana. 

Van stop di satu kawasan tepi jalan. Kami disuruh keluar. Ya Allah sejuknya tak dapat nak describe. Bila pijak snow...MasyaAllah...tenggelam sampai ke lutut...hahaha. Tour guide dah standby nak snap photo kami. Dia ada camera canggih. Saya pulak tercari-cari mananya aurora...hahaha.

Keadaan memang gelap gelita. Selalunya join tour boleh jugaklah recognize sorang-sorang muka ahli rombongan tapinya ni satu-satunya tour sorang pun saya tak boleh recognize kecuali my sis...hahahha. Ohhh ya pasal aurora..Saya dok amati lah...adakah yang putih tu aurora..hahaha...bukan lah...itu cahaya dari town hahhaa. Adoii.
Bila tengok tour guide menghala ke satu position baru lah sedar..oohhh ini aurora sebenarnya...tak macam yang kami imagine. Agak terseksa nak tengok aurora ni sebenarnya sebab suhu terlalu sejuk. Tak selesa berlama kat situ. Saya tertarik betul dengan taburan bintang di dada langit. Tak terkira jumlah bintang-bintang tu.
 
Nasib baik photo yang tour guide snap ni adalah free..
 
Tour guide tu sambung perjalanan untuk ke next spot. Time tu saya dah tak expect lebih. Maybe next spot pun tak jauh beza dari yang tadi. Jom tengok photo di next stop.
Photo dari camera saya.
This spot agak clear. Bintang-bintang pun makin banyak. Rasanya tak sampai 2-3 minit kami dah berlari masuk van. Sebenarnya...dari pandangan mata saya, rupa sebenar aurora ketika itu adalah lebih kurang seperti dalam photo saya tu. Bila tour guide snap, nampak cun. Nak cakap dia edit tak jugak sebab kami sendiri pergi check selepas dia snap. Maybe factor suhu effect pandangan mata saya? I don't know.


Dalam sejuk-sejuk beku tu boleh pulak tour guide serve hot chocolate..haha. Kami memang diam dalam van bersama sorang lagi minah saleh. Yang lain-lain masih di luar tunggu activity aurora yang mungkin berubah. Tak lama lepas tu, semua orang masuk van selepas 1 bus group tour sampai. Tour guide macam serba salah jer cara dia bercakap. Maybe dia pun sedar aurora that night tak berapa strong activitynya. Dia nak try lagi ke next spot. Agak lama dia drive untuk ke next spot tu. Bila sampai, hanya dia sorang turun. Dan dia masuk balik van dan explain yang spot tu pun aurora tak strong. Perjalanan ke town menjadi sunyi sepi. Maybe semua dah tidur. 

Nak dekat 12am baru kami sampai di town. Kami perlu berjalan untuk ke apartment. Walaupun keadaan sunyi sepi, tak rasa menakutkan pun. Maybe sebab lampu jalan terpasang terang. Seksanya nak sampai apartment hanya Allah yang tahu ketika itu. Suhu ketika itu memang langsung tak sesuai untuk kehidupan. Saya terpaksa berlari tinggalkan my sis. Memang betul-betul maximum tak tahan. Gigi atas dan bawah berlaga-laga sebab menggigil. Bunyinya dah macam alat music...hahaha. Memang jauh jarak kami. Bila sampai depan apartment, pintu automatic kat lobby tak terbuka. My sis jer tahu password. Lega nampak my sis pun berlari-lari anak ke arah saya. Bila sampai bilik, tanpa buka segala macam lapisan pakaian dan jacket, terus lompat katil tarik selimut. Menggeletar satu badan. Beberapa minit lepas tu baru back to normal. 

Bila terjadinya keadaan macam ni, saya harap my sis dah takde lagi niat nak tengok aurora mana-mana negara...hahaha. Ngeri sangat keadaan sejuk tu. Ok lah..untuk next entry saya akan habiskan kisah di Iceland. 

Bai.


February 23, 2024

Freezing in Iceland - Part 1

 Assalamualaikum

Dengan ini...bermulalah perkongsian kisah travel yang terbaru. Patutnya saya share kisah travel Phuket dulu. Asyiklah bertangguh dan akhirnya tiada langsung entry Phuket. Takper lah, saya just share pengalaman baru saya. 

Travel buddy saya macam biasa lah...my sis. Kami berdua ni pening kepala memikir mana nak terjah. Macam-macam idea ada tapi takde feel untuk kami teruskan niat nak membeli flight ticket. Ada yang hampir beli flight ticket, tapi macam tak berapa ada feel nak pergi tempat tu...hahaha. Dan akhirnya saya bagi idea dekat my sis...jom lah kita buat road trip ke UK. Impian saya dah lama untuk road trip tu. Tapi bukannya ketika winter. Saya harapkan spring ataupun summer. Dah Allah beri rezeki lagi awal, so kami redha lah. Winter pastinya gloomy. Tapi betulkan sepanjang trip tu gloomy jer?? Teruskan membaca.

Planning asal kami adalah road trip sekitar UK. Setelah membeli flight ticket, kami cuma ada kurang dari 1 month untuk menyusun routes. Dan bila routes dah cun, my sis tetiba bagi idea untuk masukkan Iceland...haha. On the spot dia search flight dari Heathrow ke Iceland dan dari Iceland ke Edinburgh. Dalam process my sis beli ticket tu...saya dengan poyonya menamakan trip ni...the 3 lands trip...hahaha. Iceland, Scotland and England....amboi boi boi. 

Dah selesai pembelian flight ticket ke Iceland, barulah nak tengok hotel...hahaha. Terkejut beruk lah dengan harga-harga hotel kat sana. My sis sampai tahap berkata....nak burn jer flight ticket tu and back to original planning? Hahaha. Saya tak setujulah main burn burn camtu. Reason my sis bertanya macam tu sebab kami bakal berhabis lagi duit untuk harga hotel yang sangat mahal dan transport cost dari airport ke hotel yang harga yang tak masuk akal...hahaha. Then saya pujuk my sis....tak pe tak pe lari budget sikit. Kita on jer Iceland tu. Dia pun lega dapat green light dari saya. Saya tahu niat dia tak nak bebankan saya. 

Finally bermulalah our journey selama lebih kurang 2 weeks. Saya asyik mengomel dekat my sis yang saya tak suka flight yang perlu transit. This time...hamikkk. 14 hours direct flight...hahahaha. Dan nanti balik ke Malaysia pun 14 hours. 

Lembah tandus bersalji sekitar Turkey

Makanan yang disajikan oleh Malaysia Airline. Pergi dan balik stewardnya adalah abang-abang. Layananpun bagus. Maybe pengalaman yang panjang sebagai steward. Beza sangat dengan steward dan stewardess yang muda-muda cun melecun...Hehehe. 

Turbulence agak teruk ketika melalui India. Seingat saya lebih dari 1 hour flight tu bergegar. Kami landing di Heathrow terminal 4 around 3.30pm. Kami overnight di Premier Inn yang bersebelahan dengan Terminal 4 dan esok pagi baru fly ke Iceland. Hotel ni my sis book sebelum kami decide nak ke Iceland. Ikut original plan, kami rest dulu that day dan start sewa kereta the next day. Untuk ke Premier Inn, ada flyover walkway khas. Flyover walkway ini juga connect ke Hilton Hotel dan Holiday Inn. Kalau tak salah saya, kami berjalan ke hotel around 5 minutes.

 Dari terminal menuju ke hotel

Airport trolley pun boleh digunakan sehingga sampai pintu hotel

 Hotel lobby. Saya akan cerita lebih panjang pasal hotel ni di akhir-akhir entry. Kami stay lagi di hotel ni dihari-hari terakhir kami London.

Amat selesa sekali hotel ni
 Jenis nak kena shower dalam bathtub tu yang tak berapa nak syok...hahaha. 
 Melihat keluasan dan keselesaan hotel ni menyebabkan kami stay lagi untuk hari-hari terakhir di London.
Terdapat restaurant di dalam Premier Inn ni. Waiter and waitress semuanya indian. Oh ye, hotel staff pun mostly adalah indian. Time tunggu makanan siap, saya rasa macam masih dalam flight....hahaha. Pening kut. Malam tu, 7pm kami berdua dah pengsan. My sis terpaksa book cab untuk esok. Kami perlu ke Terminal 5. Terdapat juga bus yang boleh ke Terminal 5, tapi kami tak nak ambil risk. Yelah...silap naik bus nanti terlepas flight pulak. . Seawal 5am kami perlu bergerak ke Terminal 5.
Maka tibalah esok hari. Cab yang datang adalah mercedese benz. Fuuuiiii. Dia datang ngam-ngam masa yang dijanjikan. Melayang 25 GBP. Jarak Terminal 4 dan 5 around 10 minutes jer. Ini 1st time saya naik British Airways. Saya bakal menjejak negara yang takde dalam wish list saya....hahaha. Adakah saya akan enjoy? Macam Germany...not in my wish list. Tapi saya happy giler explore negara yang satu itu. Let's follow me....kita tengok apa jadi di Iceland pulak.
Di sebalik awan tu macam pelik lah apa yang bercahaya tu. Jom tengok apakah ia.
Bai bai Heathrow Terminal 5 
Rupa-rupanya inilah line-line bercahaya tu...laluan flight. Bersimpang-siur. MasyaAllah. Tebal betul awan kat bawah tu.  
Kami belum menjamah breakfast. Saya time nak boarding tu dah mula pening-pening. Dan syukur Alhamdulillah, kami diberi mineral water dan biscuit ketika di dalam flight. Oat bite tu saya return dan minta tukar dengan biscuit sebab ada gelatin.

Setelah nak dekat 3 hours...mulalah nampak muka bumi Iceland. Ketika nak landing...mencemaskan betul. Tapi tidak kepada stewardess British Airways. Makcik stewardess yang dalam perkiraan saya around 60 years old steady jer berjalan ketika flight tu bergegar-gegar melanggar awan tebal. Berpeluh-peluh lah saya time tu. Rasa macam body flight tu bakal hancur...hahaha. 
Syukur kami landing dengan selamatnya. Weather nampak cun. Matahari bersinar di sebalik awan tebal. Flight tu slowly menuju ke terminal. Awan makin menutupi matahari dan tetiba snowing diikuti dengan angin kuat. Kecundongan pergerakan snow menunjukkan ribut berlaku di luar. Cukup mengerikan. Nasib baik tidak berlaku ketika landing process..I can't imagine!!!
Setelah collect luggage, kami menuju ke fly bus counter. My sis dah beli in advance bus ticket tu. Kami just collect physical ticket. Ticket bercolour diberi. Kami dapat green colour. Time tu tak fikir apapun maksud colour tu. Kami dengan susah payahnya menarik luggage di dalam snow yang sudah bertukar menjadi ice yang pecah-pecah dan sikit mencair. Nasib baik bus tak berapa jauh. Ada banyak flybus tersusun depan airport tu..kami menghala ke arah bus yang ramai orang sedang naik. Tak sure schedule bus tu macam mana. Maybe concept dah penuh then jalan kut.

Tiada photo untuk saya share sepanjang perjalanan dari Keflavik Airport ke Reykjavik. Window bus tu tak clear sangat. Hanya cukup untuk diri saya sendiri melayan view sepanjang jalan. Muka bumi Iceland tidak lah bergunung-ganang sangat. Ketul-ketul batu hitam yang agak tajam merata-rata. Tiada tumbuhan di sepanjang jalan. Hinggalah mendekati town, baru nampak sikit-sikit pokok. Ketika dah masuk town, kami panic...macam mana kami nak tahu mana satu stop kami? Ada beberapa orang turun tanpa apa-apa enouncement. Hah sudah. My sis on google map. Time tu kami ingat kena tahu sendiri-sendiri mana satu stop kami hahaha. Rupa-rupanya bus tu stop di main bus station. Dan di situ kami perlu turun kemudiannya naik normal bus. 1st bus tu macam bus express lah. Normal bus tu macam rapid bus tu. Di situ lah baru kami tahu function ticket bercolour tu. Depan normal bus tu akan ada card bercolour..haaa..ikutlah colour yang sebetulnya. Baru lah betul-betul paham system dorang ni. Hahaha. Tak tunggu lama pun untuk normal bus tu. Bus tu akan stop di beberapa bus stop. Dan kami stop di bus stop no. 14. Time beli ticket online kita boleh pilih mana satu hotel kita dan dia akan mentioned sekali bus stop no.

Inilah bus stop 14 tu

Bila dah turun dari bus..kenalah menapak sikit. Patutnya 4-5 minit jer. Dengan keadaan jalan berbukit dan snowing, agak siksa untuk kami berdua. Masa masih awal time tu. Tak salah hampir pukul 1pm. Our accommodation check-in adalah pada pukul 3pm. Bolehkah kami early check-in? Kami stay di apartment yang bernama Room With A View.

View sepanjang jalan untuk ke Room With A View. View apalah bakal kami saksi dari bilik kan...hehehe.

Tiada staff bertugas. Just follow step by step dari email untuk masuk ke hotel. Key-in password main door dan masuk ke lobby. Kemudian naik lift untuk ke bilik. Nak masuk bilik pun kena key-in password. Jika ada apa-apa nak tanya, just turun ke lobby dan guna phone dekat lobby tu untuk call staff bertugas. 

Kami syok lah boleh early check-in. Bila jer masuk bilik...ehh..tangga dalam bilik?? Hahaha. Bilik kami ni terletak paling atas. 5th floor. And the view from balcony is super amazing. Tired mengheret luggage hilang. Excited dengan keluasan bilik. Bukan bilik sebenarnya. Dah macam studio. Jom tengok accommodation kami selama 3 malam di Iceland.

Ni bahagian bilik..best giler railing hang baju dan shelves tu. Siap 2 sets lagi...hahahaha. Lepas tu dua-dua orang kejap-kejap turun ke bawah kutip barang dalam luggage dan isi dalam shelves hahahha. Memang tinggal luggage kat bawah..tak larat lah nak bawak ke atas.
Our beds for 3 nights.
Ni pulak view dari living room. Oh ye, ada 2 tv yer...hahaha. Satu lagi bahagian belakang dinding ni..iaitu facing katil. 
Saya paling syok lepak kat sini. Heater dari hujung sofa ni all the way ke katil. Basuh bajupun cepat kering bila hang kat heater tu...hahaha
The kitchen is perfect!!    
View dari balcony. Next entry saya show yang clear sikit. 
Kami lunch sebelum explore Reykjavik. Tiada lauk pun. Just sambal hitam dan bawang goreng..hehe.

Inilah tangga di dalam bilik. Ngam-ngam jer bahagian bawah tu untuk letak luggage.

Apa sebenarnya mission kami ke Iceland yang sekejap ini?? Hehehe. Sebenarnya my sis teringin sangat tengok aurora borealis. Dan lagipun, ntah bila boleh sampai Iceland ni kan. Dah alang-alang tak jauh dah dari UK, kami decide singgah jap pun jadilah...buat rasa-rasa..hehe. Dapatkah kami menyaksikan aurora borealis dengan mata sendiri?? Teruskan mengikuti kisah saya ye. Dah kenyang, kami mulakan mission untuk explore shopping street.

Kalau tak salah saya time ni around 3pm...gelapnya hampir seperti 7pm. And it's snowing. Snow yang letak di jacket saya tidak halus seperti selalu yang saya tengok, tapi seketul-seketul gitu. 
Biasa dengar Laugavegur street? Saya tak pernah...itulah 1st time nama street tu. Dan di street ni lah terletaknya Room with a View kami tu...hehe. Dan street ini jua merupakan shopping street yang kami explore that day. 
Menarik deretan building di shopping street ni...very colorful. 
Very nice..buat orang tertarik nak beli.
 Uihh apa tu macam roket tu...next entry saya share ye.
Snowing yang biasa-biasa bertukar snow storm. Agak tidak selesa berjalan dalam keadaan snow storm. Pedih muka dicucuk-cucuk snow tajam.
Kami singgah di kedai untuk membeli barang keperluan sepanjang di Reykjavik. Saya recommend sangat roti dan butter spread ni..sedap sangat. 

Kami terpaksa balik ke bilik sebab snow storm makin teruk. Sepanjang malam pukulan angin kuat menolak pintu dan tingkap di balcony. Dan malam itu beberapa kali saya terjaga terpandang my sis yang masih berjaga. Dia dok tunggu aurora muncul...hahaha. Saya yakinkan my sis tak kan muncul aurora malam tu. Jika langit tiada setompok awan pun, InsyaAllah munculkan aurora tu. Dari katil memang jelas boleh memandang langit. Angin masih kuat di luar tapi awan terdapat beberapa tompok. Bintang bergemerlapan. Laju betul pergerakan awan. Sekejap beberapa tompok kemudian dia heret angin hilang dari pandangan dan datang pula awan yang amat banyak...diheret lagi angin. Cukup mengasyikkan moment tengah malam tu. 

Weather forecast berubah-rubah setiap masa. Asalnya esok cloudy kemudian bila check balik, sunny. Maybe tak boleh dah predict weather sebenar di Iceland. Saya asyik juga monitor website yang menunjuk taburan awan di Reykjavik. Malam tu memang malang sekali awan agak tebal. Adakah kami berpeluang menyaksikan aurora? Teruskan mengikut entry demi entry.

Bai