Saya nak sambung cerita di Amsterdam. Pada hari ke-2 di Amsterdam saya terjaga jer kepala saya berdenyut-denyut sakit tapi saya gagahkan diri untuk goreng nasi lebihan nasi semalam tu untuk tujuan bekalan kami hari tu. My sis lagi kesian...semalaman kaki asyik cram.
Saya guna perencah nasi goreng Adabi..dan tambah sikit sambal ikan bilis. Asalnya nak beli telur..tapi area hotel saya tu 1 kedaipun tak nampak. Lepas dah tapau nasi goreng dan bersiap..kamipun keluar untuk naik bus yang sama kami naik dari Schipol Airport tu. Untuk pengetahuan semua, dari pembacaan saya, kita hanya boleh ke Keukenhof dari airport sahaja. Keukenhof ni adalah tempat impian saya untuk visit setelah tengok tamil movie last year..hehe.
Disebabkan harga ticket bus sehala adalah €5.00 (mahal)..kalau return dah €10.00..makanya kami beli 1 day pass yang berharga €7.50..boleh tahan 24 hours. Untuk dari ke-2 di Amsterdam, kami dah rasa familiar dengan sistem transport kat situ..bustop untuk tram dan bus ada yang berasingan dan ada yang disekalikan. Untuk saya citerkan secara detailpun takkan membantu anda sangat, perlu laluinya sendiri. Kenapa saya cakap gitu?? Sebabnya saya dah baca study dari web tu web ni..bila sampai sini, macam blur pulak..hehe..cara terbaik, laluinya dan pasti akan paham sendiri.

Jom saya citer pasal Holland Pass ye. Saya beli Holland Pass dengar harga €52.00 with 5 free tickets. 5 free ticket tu kita boleh guna ikut apa yang kita nak. Kami dah discuss time kat Malaysia lagi nak gunakan untuk apa 5 free tickets tu..so kat bawah ni saya buat comparison antara guna 5 free tickets dan tak beli langsung Holland Pass. Cuma 1 jer saya masih blur..kata dapat 5 free tickets..tapi kenapa kami dapat 6?? Hmm..saper-saper leh explain..please explain ye :)
Bila saya buat comparison gini..kami untung dalam €21.50. Bagi saper yang nak convert to RM..agak-agak lah darab dalam 4.6 ye. €22.50 untuk Keukenhof tu adalah combi ticket antara transport ke Keukenhof dan juga entrance fee. Kalau yang datang selain musim spring, maybe tak perlu beli Holland Pass ni.
Dah beli Holland Pass, make sure suruh staf tu tukarkan tickets yang berkenaan dalam bentuk yang sepatutnya..apa kah itu?? hmm..memula tukarkan free ticket tu kepada bentuk ticket bus ke Keukenhof, bus ke Zaanse Schans dan 1 day pass untuk transport. Manakala untuk entrance Keukenhof, cruise dan hop on hop off tak payah tukar pape..bila nak gunakan just show kat tempat-tempat berkenaan.
Ini ticket yang kami tukar dari free ticket tu..semuanya untuk transport.
Ni lah bentuk Holland Pass card..kami tak gunapun..tujuan beli pass ni adalah nak dapatkan 5 free tickets tu jer..kalau rajin masuk museum yang banyak giler tu..lagi untung la pakai card ni..boleh la dapat discount sikit sebanyak. Sebelum pergi
tu saya tak berapa nak paham sangat pasal Holland Pass ni..lepas gi sana
dan dapat explanation dari staff Holland Pass tu..baru lah paham.
Jalan 10-20 langkah dari office tu..terus jumpa bus. Bus ke
Keukenhof kalau tak salah saya 30min 1 kali. Kami masuk kejap jer..terus jalan. Pagi
tu kepala saya sakit sangat-sangat. Nasib baik opposite GWK Travelex
office tu ada farmasi..saya terus beli panadol dan telan. Sepanjang
perjalanan ke Keukenhof yang terletaknya di Lissie tu..saya tido jer.
Terjagapun bila my sis kejutkan saya yang kami dah sampai. Turun jer
bus...fuhh..ringannya rasa kepala. Maybe panadol tu dah berkesan dan
saya cukup tido dalam bus..hehe.
Untuk pemegang free ticket dari Holland
Pass, tak payah que ye..guna jer laluan special..hehe. Kat entrance tu
jalan lupa ambil map Keukenhof tu :)
Tulips yang cute-cute berhampiran entrance..time ni saya tak sabar sangat dah nak masuk ke dalam taman tu
Brunch kami...hehehe
Bahagian ni kelihatan tulip-tulip yang makin berkurangan.
Makin ke dalam...makin hati dilonjak kegembiraan melihat pelbagai warna tulip..putih bersih..kuning menawan...macam-macam angle dok snap tulip-tulip ni dah lagak photographer dah..haha. Orangpun tak berapa ramai..terasa taman tu saya yang punya..hehe
Kemudian jumpa pula tulip yang boleh match dengan warna jacket saya..hehe..saya betul-betul fall in love dengan tulip-tulip ni. Time dok tunggu hari-hari untuk kesini saya sikit kerisauan kalau-kalau tulip ni dah dipotong..tapi Alhamdulillah tulip-tulip ni tunggu saya...
Dari atas ginilah rupa tulip-tulip tu
Hehehe...
Bukan saja tulip kat sini...berbagai jenis bunga lain pun ada.
See? Tulip yang dah layu di buang. Pakcik yang baju hijau tu muslim..dia bagi salam kat kami dan kami menjawabnya
Cantik kan??
Menghayati keindahan ciptaan Tuhan
Ini antara tempat saya teringin nak bergambar...akhirnya tercapai.
Angle untuk snap tulip yang saya idam-idamkan selama ini...hehe
Taman tu memang sangat luas..3 jam kami berjalan tapi rasa macam sekejap je. Kami langsung tak rasa letih ...haha.
Saya dan bermacam-macam jenis tulip..I really fall in love
Kami singgah makan pancake comel tu..sedap sangat. Kat Keukenhof ni ada free wifi..my sis asyik dengan handphone, akhirnya dia sempat makan 2 pcs je pancake tu sebab saya tak sedar asyik ngap-ngap sensorang...hahaha
Mungkin dah ada yang nyampah asyik gambar bunga je..hahaha.
Suka tengok bunga ni...
Satu jer yang saya kecewa..tulip field dah takde. Sedihnya. Semua tulip tu dah dipotong untuk dijual agaknya...dah gondol :(
Sumber : google
Inilah tulip field..rasanya masa paling baik untuk ke sini adalah bulan April. Every year Keukenhof ni dibukak untuk orang ramai pada March hingga May saja..Time saya pegi ni macam penghujung taman ni nak ditutup. Apa-apapun syukur ada kesempatan untuk ke tempat idaman ni :)

Lepas dah puas tengok tulip..kami naik bus yang sama kami datang untuk balik ke airport. Dan dari airport, dengan bus yang sama kami datang..iaitu bus bernumber 197, kami menghala ke Amsterdam City. Kami perlu merehatkan kaki kami yang dah berjam-jam berjalan..kami pastikan energy yang ada tak dibazirkan sebab terlalu banyak lagi kaki kami tu diperlukan..hehee...makanya, kami decide nak naik cruise untuk menghayati keunikan Amsterdam City dari canal. Untuk next entry..nantikan pengalaman kami di Amsterdam City.