March 21, 2024

The Great Land of England (Yorkshire) - Part 2

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan kepada semua. Yang masih lagi mengikuti kisah trip saya kali ni, terima kasih saya ucapkan. Terima kasih banyak-banyak spend masa membaca celoteh saya. Jika ada yang memberi manfaat, Alhamdulillah. 

10 February 2024...2nd day di York dan hari ke 8 kami bermusafir. Pagi tu kami just breakfast di dalam bilik. Dah kenyang baru sambung explore York. Ada 2 lagi tempat yang belum kami terjah. Ayuh kita...

York berkabus tebal pagi tu. Maybe semalam hujan seharian.

Dah macam ghost city. Orang pun jarang-jarang nampak.

I have a lot of energy pagi tu. Nasib baik kami dah siap-siap breakfast. Nampak macam cafe kat sini bukak lambat. Time ni dah 8.30am. Jalan raya pun lengang jer.

Where are you spider??

Kami sedang berjalan menuju ke Clifford Tower sebenarnya...sambil-sambil tu layan lah suasana berkabus pagi tu. Kami lah kut satu-satunya tourist ketika itu hahahha.

Clifford Tower nun ha di atas bukit kecik.

Masih awal time ni...tower ni pun belum dibukak.

Very peaceful suasana berkabus macam ni. Photo ni sesuai buat cover page novel seram....hehe.

Kemudian kami berjalan menuju ke tempat terakhir iaitu York Museum Garden. Pukul 9am baru bukak. Berdirilah kami berdua di depan gate ni. 10 minit jugak lah menunggu. No entrance fee ye.

Suasana di luar garden.
 
Kami orang pertama masuk ke garden ni pagi tu..hehehe. Kecik jer garden ni. Dan kami pun limited time nak berlama sebab belum siap packing. Saya pulak plan nak masak nasi lemak.

Kedatangan kami disambut dengan bunyi riang kicauan burung dan tupai melompat-lompat.

Garden ni terletak di sebelah City Walls

Ada ruins...maybe part of castle wall

Ada jugak bunga yang boleh hidup ketika winter. Terima kasih Ya Allah beri kesempatan untuk saya tengok bunga dalam musim sejuk beku...hehe.

Tak sure apa function building ni.

Tenang sangat berada dalam garden ni. Tupai pulak jinak. Saya panggil dia datang. Kalau tahu lah ada tupai jinak macam tu, sure dah bawa apa-apa makanan. Sesekali geli jugak lah bila dia dok ikut belakang..hahaha

So beautiful

Kami meninggalkan York Museum Garden. Kami melalui classic bridge ni untuk balik ke hotel. Air sungai tu mengalir tenang jer.

Cute cafe yang berkembar dengan bridge.

Cruise ni rasanya start pukul 10am.

Sampai bilik, terus masak nasi lemak dulu. Sardin dalam tin tu terus tuang dalam bekas steam. Mudah kan? Heheh. Disebabkan kami akan ambil kereta sewa, kami biar jer nasi lemak dan sardin ni dalam rice cooker. Nanti nak picnic.

Sayang nak tinggalkan Travelodge dan juga York. Traevlodge York ni adalah antara bilik yang selesa sepanjang trip kali ni. Hotel ni tak sediakan free wifi yer. Kalau nak kena bayar 3GBP dan boleh share dua device.

Lepas semua dah settle, kami pun bergerak turun dari bilik. Ada taxi stand depan hotel tu. My sis try guna uber...harga lebih kurang jer naik cab. So terus book. Tak sampai 3 minit kereta sejenis mpv sampai. Allah petemukan kami dengan orang seagama. Pakcik uber tu orang Pakistan yang lahir di UK. Borak sakan lah dia. My sis tanya mana tempat di UK yang dia recommend kami pergi. Dia sebut Reading. Saya sebenarnya pun teringin nak pergi Reading tu. Semuanya gara-gara saya pembaca tegar sequel novel Norhafsah Hamid.

Pakcik tu bagi candies ni kat kami. Katanya adat orang Pakistan bagi sweet.

Syukur Alhamdulillah process nak sewa kereta sangat smooth. Just 5 minit jer semua urusan settle. Bila Tom cakap dia bagi Honda Jazz kami imagine Jazz macam saya punya lah..tapi tidak. Jazz crosstar namanya. Agak besar dari normal jazz. Seat belakang boleh lipat naik macam normal Jazz..so boleh letak 1 luggage di situ dan satu lagi di bonet.

Oh ye, kereta ni complete with GPS. So boleh lah save internet data. Bermulalah exploration by car. Drivernya macam biasalah...tentunya my sis. Saya takde kesempatan nak drive. More than 15 years saya drive, my sis masih cakap saya tak cekap so dia tak percaya untuk saya drive..haish. Tugas saya adalah sebagai orang yang setkan location di GPS...hehe.

Untuk roadtrip menjelajah beberapa tempat di England, my sis serahkan untuk saya pilih. Syok lah saya. Saya memilih countryside dan juga small town. Pada mulanya saya teringin gila nak ke Cotswold. Bila saya study Yorkshire...lagi menarik rupanya. Untuk memulakan roadtrip ni, saya memilih untuk ke Knaresborough dulu. Tak sabar tengok kehebatan railway sejenis bridge ber arch. Jom tengok dulu view sepanjang perjalanan.

Menarik bistro ni.

Nampak gayanya suasana berkabus ni bukan saja di York, malah di seluruh tempat sepanjang perjalanan. Kabus tebal ni betul-betul menghalang pandangan untuk melihat kehijauan padang rumput luas.

Perjalanan hanyalah setengah jam. Kami tidak melalui motorway. Sepanjang perjalanan lebih kurang macam ni jer keadaan jalannya.

Akhirnya sampailah kami ke Knareborough town. Kami explore town ni dari dalam kereta jer.

Keadaan town ni tak jauh beza dari York. Agak heavy traffic time ni. Maybe sebab hari sabtu, ramai orang nak ber leisure di sini. Kami perlu mencari car park yang hampir dengan Knaresborough Viaduct

We supposed to explore more tempat ni. Nampak menarik betul.

Bila sampai jer town ni, GPS tu akan keluar nearest carpark notification...just pilih mana satu. Ikut instinct lah...dan akhirnya kami sampai carpark yang luas. River Nidd bersebelah carpark tersebut. Kita perlu ke machine untuk bayar parking. Resit kena letak di dashboard. Untuk ke tempat tujuan, kami perlu berjalan around 5 minit.

Hai halooo

Dari carpark, cross jalan...then jalan lagi.

River Nidd. Bridge tu bukan Knaresborough Viaduct ye...hehe.

Melalui lorong ni agak mencabar sebab ramai betul bawa anjing.

We almost there. Rumah-rumah ni facing River Nidd dan juga Knaresborough Viaduct.

Cantik sangat bunga-bunga ni

Antara deretan rumah facing the river. Kalau peak season sure tempat ni penuh dengan tourist.

Akhirnya sampai lah di Knaresborough Viaduct ni. Railway bridge ni bukan sekadar tatapan mata...memang ada train melaluinya. Railway bridge yang berusia more than 100 years berdiri teguh sehingga hari ni dan masih berfungsi adalah hebat. Nampak macam buruk jer hahaha. Dari segi engineering, arch shape macam ni adalah salah satu sebab menjadikan bridge ni dapat menanggung heavy load.

Patutnya kami jalan lagi ke depan dan naik ke bukit yang mana adanya castle...view dari atas pasti menarik. Sedang memulis sekarang ni ada satu perasaan...apasal lah tak lama sikit dekat sini. Patut jalan-jalan sikit dekat town. Apa laaa...hahaha.
 
Sisa titisan hujan ni cantik betul lah
 
Kami kembali ke kereta...nasi lemak masih dalam keadaan suam-suam. Nikmat betul lah makan ketika tu.

My sis uruskan semua hal barang-barang atau perkakas masak. Tugas saya hanya masak...hehe. Air panas dalam thermos dan pun dia uruskan....saya hanya bancuh air apa yang saya nak. Kami buka bonet dan duduk sambil makan dan menghayati keindahan River Nidd.

Suasana sekitar carpark

Kami menyambung perjalanan.

Nantikan kisah seterusnya untuk tahu kesudahan hari kami that day. Mana lagi kami terjah? Adakah kami selamat mencari hotel?

Bai...

6 comments:

  1. Bestnya piknik nasi lemak dengan sambal sardin. peberet ni.

    ReplyDelete
  2. Sayangnya berkabus kalau tak tentu lagi cantik suasana dia. Bersihkan kawasa dia. Kalau lah dapat duduk rumah yang hadap sungai tu. perghhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan saja bersih, takde bau tidak menyenangkan pun

      Delete
  3. York Museum Garden tu bestnya. Semua pun awesome. Masak sendiri dan picnic memang syok kan, boleh makan di mana2

    ReplyDelete
    Replies
    1. garden tu walaupun kecik jer, tapi lawa sangat. Picnic bentang tikar lagi best!!

      Delete