June 21, 2022

Umrah Pertamaku (Mekah) - Part 5

Assalamualaikum...

Untuk entry kali ni saya akan ceritakan saat-saat terakhir di Kota Mekah. Tiada apa sangat activity yang kami buat that day iaitu hari ke-5 kami di kota suci ini. My sis pergi subuh berjemaah bersendirian that day. Demam menggigil saya datang lagi. Setelah my sis balik, saya request coffee dari dia. Dia pun keluarlah cari hot coffee. Bila dah pekena coffee dan telan panadol, badan saya agak ok time tu. Lalu kami decide nak berada dalam Masjidil Haram dari pagi sampai ke Zohor.

Hari pertama sampai di Mekah, saya dah berniat nak beli Al-Quran size B5 tu. Muat nak letak dalam bag dan bawa ke mana saja. Di dalam Masjidil haram memang banyak Al-Quran macam saya beli tu. Kalau saya pegang tanpa baca, mesti ada orang mintak....hahahaha..padahal banyak jer Al-Quran kat itu. Kejadian tu berlaku beberapa kali. 

Kejadian yang paling istimewa sekali, time nak tunggu Isya'. Saya tengah mengaji mengadap Kaabah, sorang hamba Allah berpurdah duduk sebelah saya. Lidah saya ni keras nak sebut ayat yang ada huruf 'kho' & 'qof'...hahaha. Ustazah mengaji saya pun selalu tekankan sebutan 2 huruf tu dalam sesuatu ayat. Ohh ye...dah half year saya belajar mengaji ye...video call ye dengan ustazah saya. Bukan tak pandai baca Al-quran, nak perbaiki mana yang salah dan belajar tajwid. 

Berbalik kisah istimewa tadi, hamba Allah yang berpurdah tu perbetulkan sebutan saya bila part ayat yang ada 'kho' dan 'qof'. Bila part saya baca betul...dia puji-puji. Bila part salah dia ajar sampai saya sebut betul. Hinggakan dia bukak purdah untuk saya tengok mulut dia time dia sebut...hahaha. Tanpa sedar, 3-4 pages jugak lah saya dia tengok saya baca. Kepala kami berdua hampir melekat...hahahha. Sebabnya Al-quran tu kan kecil...dia nak tengok jauh-jauh tak nampak. Saya stop baca time nak start azan. My sis cakap, time saya baca Al-quran dan bercakap-cakap dengan hamba Allah tu, kuat sungguh...macam suara kami berdua jer time tu...hahaha. Menurut hamba Allah dia cikgu mengaji. Dia tak pandai speaking. Dia tunjuk Al-quran dan sebut teacher. Esok tu dia dah nak bertolak ke Madinah. Saya ambil kesempatan membaca Al-Fatihah di depan dia setelah selesai solat jemaah Isya'. Syukur sangat bertemu insan tersebut. Dia dari Iran. 

Sampai sini dulu saya cerita kisah Al-Quran saya dan insan dari Iran itu ye. Kita berbalik kepada kisah di hari - 5 kami di Mekah. Di Masjidil Haram, kami memilih tempat bercarpet hijau yang mana Kaabah pun boleh nampak. Sementara tunggu masuk waktu Zohor, kami sembang-sembang dengan makcik sebelah kami. Dia dari Indonesia. Dia cakap macam orang Malaysia jer. Rupa-rupanya anak dia duduk di Malaysia. Dia pun beberapa kali datang Malaysia. 

Bila my sis cakap...'ini Zohor terakhir kita kat sini tau'..terus rasa sebak. Rasa tak puas lagi nak berada di Masjidil Haram. Tempat yang langsung tak rasa nak fikir benda lain. 

That day kami keluar dari Masjidil Haram ikut King Fadh Gate. 1st time ikut gate tersebut. MasyaAllah indah betul interior area nak keluar tu. 

Kubah area ni cukup cantik dan indah sekali. 

Saya zoom lampu yang menghiasi ceiling...simple and unique

Ceiling pun lawa sungguh...Majidil Haram ni sentiasa dalam keadaan bersih. Cleaner boleh nampak di mana saja. Yang perempuan mostly adalah dari Indonesia dan lelaki dari India ataupun Bangladesh. Time keluar ni kami nak lunch. Tanya kat sorang cleaner Indonesia tu kat mana restaurant Indonesia. Dia just kalut-kalut cakap di Arabia Bank dan tunjuk arah keluar ke King Fadh Gate ni. Sebab itulah kami berkesempatan ikut gate ni. Malangnya kami tak jumpa Arabia Bank yang dimaksudkan oleh cleaner tersebut. Akhirnya kami makan di food court sahaja.

Saya snap ni setelah kami keluar dari King Fadh Gadh Gate. Gah betul gate ni.

Ada lagi gate-gate lain yang kami tak berkesempatan nak tengok. Maybe next umrah..hehe.

Maghrib terakhir kami di Majidil Haram. Baru tergerak nak record sepanjang azan berkumandang. Kemerduan alunan azan sungguh asyik sekali. 

Selesai solat jemaah Isya', kami berjalan-jalan area Masjidil Haram. Time tulah terjumpa lagi makcik indonesia time Zohor tu. Punya ramai manusia berjumpa lagi kami makcik tu hahahhaha. 

Esok pagi kami bakal bergerak ke Madinah. My sis dah deal dengan agency HQ untuk belikan train ticket ke Madinah. Menurut HQ, ada 5 orang lagi jemaah akan naik train. Kenapa my sis decide nak naik train? My sis risau jika terlalu lama duduk di dalam bus, slip disc dia akan worse. Dari Mekah ke Madinah jika dengan bus, perlu 5-6 jam. Jika dengan train, just 2 jam lebih. Luggage kami just letak di depan bilik student Mesir. Memikirkan entah pukul berapa luggage kami akan boleh diambil, siap-siap kami pack keperluan kami ketika di Madinah.

Tawaf wada' atau tawaf selamat tinggal kami lakukan around pukul 8.30am. Pukul 10am kami bakal bergerak ke train station. Sebak pertama saya ketika 1st time menjijak kaki di Masjidil Haram dan menyaksikan Kaabah di depan mata. Sebak kedua saya adalah saat nak meninggalkan Masjidil Haram dan kali terakhir menyaksikan Kaabah di depan mata. Saat tu langsung saya tak lepaskan pandangan ke arah Kaabah. Jammed bila melalui depan pintu Kaabah. Semua orang nak ambil kesempatan unutk berdoa di depan Multazam yang mana dikatakan mustajab doa. Habis tawaf, my sis tolak-tolak saya dan akhirnya saya berdiri betul-betul depan Multazam. My sis betul-betul dibelakang saya sambil bersuara...berdoa cepat. Depan Multazam ni agak susah nak ke depan. Saya pun tak sedar macam mana my sis boleh lolos ke depan sambil tarik tangan saya....hahahaha.

Mula-mula saya tak start berdoa lagi. Saya ambil kesempatan memerhati keindahan pembuatan pintu Kaabah. Indah. Dikatakan diperbuat daripada emas tulen. Beberapa hari saya di Masjidil Haram, inilah kali pertama saya berpeluang berada di depan dan paling hampir dengan Kaabah. Selesai berdoa kami bergerak meninggalkan Masjidil Haram. 

Group yang akan naik train berkumpul di lobby termasuklah kami. Sebelum bergerak, mutawif bagi sikit briefing. Seorang student (saya lupa university mana) diberi tugas untuk bawa kami ke station. Saya bayangkan memang dah di arrange transport ke sana....rupa-rupanya student tu bawa kami berjalan ke main road dan cari cab..hahaha. Student tu berjaya dapatkan mpv. 9 orang termasuk driver berada dalam mpv tu. Macam sardin dalam tin jadinya....hahaha. 

Group yang menaiki train adalah saya and my sis, suami isteri dan anak lelaki mereka dan juga seorang puan bersama anak daranya. Ketika itulah kami berdua berpeluang beramah mesra dengan jemaah lain...hahaha. Time berada di ruang boarding tu lah rancak bersembang-sembang dan interview orang tu orang ni. 

Saya akan ceritakan experience kami naik train dalam next entry.

June 6, 2022

Umrah Pertamaku (Mekah) - Part 4

Assalamualaikum...

Hari ke-4 di Mekah. Saya bakal melaksanakan umrah ke-2 saya. My sis tak ikut. Saya decide nak join group agency just sebab nak berniat di Miqat. Rasa kekok pun tanpa my sis. Yela, orang lain semua ada geng, saya jer sesorang terkontang-kanting..hehehe.   

Bergaya dengan gelang Mekah....15 Rial jer...hahahaha.

Color building kat sini standard gini jer.

Sambil dengar mutawif bercerita perihal family dia...sambil itu saya layan view. Tertanya-tanya juga bila nak ada pengisian ilmu dari mutawif....hahahha. Dari SPM sampai lah sekarang kisah mutawif. Bila kawen dan berapa anak semua lah.

Another view

Sesekali jumpa juga pokok-pokok hijau

Ini bukan rumput betul yer...just rumput carpet.

Tempat pertama lawatan adalah museum sorang hamba Allah ni....dah lupa dah namanya. Dalam museum ni boleh tengok barang-barang collection hamba Allah tersebut. Nampak macam panas kan? Time ni sejuk jer...rasa udara sungguh segar.

Barang-barang lama. Pekerja kat sini boleh cakap melayu....dia akan bawa group by group untuk explain setiap barang-barang yang dipamer kan di situ.

Agak membosankan lah kat sini...hahaha...akhirnya saya berpisah dari group...snap sana-sini sensorang.

Saya perhatikan cara pembinaan building-building ni adalah dari mud + straw (jerami).

Bahagian dalam begini lah rupanya. Time ni ada group dari agency Andalusia. Beberapa orang makcik dok interview saya pasal pengalaman umrah saya.

Collection hamba Allah ni semuanya barang antik

Collection tombak dan senapang


Barang-barang hiasan pun ada

Ini bahagian belakang museum

Dapur gamaknya....hahaha

Pohon tamar

Tamar bakal berbuah lebat ni...pokok ni rendah betul.

Relax-relax sorang-sorang area ni. Tak lama lepas tu group dari Andalusia join saya. Bual-bual kosong dengan makcik-makcik. Bila saya hulurkan kurma kepada makcik-makcik tu, mereka agak teruja tengok kurma di pack sebiji-sebiji. Saya pun ceritalah nak beli kat mana.

Activity ziarah diteruskan...kami dibawa pulak ke Wadi Berkat Dato Ibu Hudaibiyah. Sebelum explore tempat ni, sorang ustaz di sini akan brief sikit tentang tempat tu. Kat sini ada kuda baka dari kuda Rasullullah SAW. Selesai briefing, ahli group semua menghala ke arah cafe untuk makan roti canai...hahaha. Saya buat apa?? Percaya tak saya gi buat activity memanah?? Hahaha. Pekerja kat situ ajar....2-3 kali try baru pandai. Sampai main tak sedar diri...hahahaha.

1st time tengok unta dekat-dekat gini...hehehe. Cute.

Selesai lawatan, kami meneruskan perjalanan ke Masjid Hudaibiyah. Dan di situlah kami semua berniat umrah. Perjalanan pulang ke hotel disusuli sambungan kisah hidup mutawif...hahahaha. Sabar jerlah. Saya lagi berminat menghayati view sepanjang perjalanan pulang ke hotel dari kisah hidup yang diceritakan oleh mutawif...hahaha.

Ketika sampai di hotel, dah masuk waktu zohor....hmmm...terlepas solat jemaah. Masuk jer bilik, my sis dah belikan lunch. Saya perlu jaga ihram. My sis cakap, lepas makan..then mandi..solat zohor di Masjidil Haram dan terus tunaikan umrah. Saya agree jer. Lunch kami that day MasyaAllah...sedap sungguh. Lapar hingga lupa nak snap. My sis beli kan 1 slice ikan yang digoreng dan mixed bersama terung yang penuh rasa rempah special. Selera betul saya time tu.

 
Kaabah view dari laluan saie berskuter.

Umrah ke-2 tu saya decide guna skuter untuk tawaf dan juga saie. Bayaran pun kena double untuk 2 ibadah tu. Walaupun takde orang check yang kita bayar untuk satu ibadah jer, sendiri-sendiri kena fikir lah kan....apa juga beribadah kalau kita buat salah. Sia-sia jer.

My sis pulak akan berniat tawaf sunat. Tapi time saie dia jadi driver lah...hahahaha. Ketika saie, perasaan dah rasa sebak ada lagi dua hari saya akan berada di Mekah. Rasa belum puas lagi kat Mekah. Lagi beberapa round nak habiskan saie, azan asar kedengaran. Pihak askar yang berkawal di situ suruh kami stop dan parking skuter untuk solat jemaah. Lepas jer abis solat, kami sambung kembali saie.

Orang lelaki banyak dapat kelebihan. Bahagian atas pun boleh solat area yang clear boleh nampak Kaabah. Bahagian atas terus boleh dekat dengan Kaabah.

Reward my sis to me....mengopi kat sini...hehehe.

Ice latte kat sini double shot coffee....yahhuuu. Menarik bekas minuman sejuk kat sini...selepas siap..bahagian atas akan di seal macam rupa minuman dalam tin tu. Menarik.

Dekat sini ada pelbagai jenis makan...outdoor food court gitu. Ada kerusi meja batu disediakan di sini. Ohh ye lupa nak cerita...that day sand storm..mata rasa berpasir. View pun kelabu...gunung-gunung area tu pun sayup-sayup jer nampak.

Cahaya matahari senja pun dah tak terpantul di clock tower ni.

Ok...sampai di sini dulu kisah saya di Mekah Al-Mukaramah. Next entry akan saya ceritakan hari-hari terakhir saya di Mekah. 

Bai...

June 1, 2022

Umrah Pertamaku (Mekah) - Part 3

Assalamualaikum...

Day-3 di bumi penuh barakah...Mekah Al-Mukaramah. Activity kami hari ni just pusing-pusing area tempat kami stay. Safwah Tower ni dah macam port untuk orang Malaysia dan Indonesia. Nikmat betul kalau stay di Safwah Tower ni....1-2 minit dah boleh langkah masuk Majidil Haram. Jalan lagi 1 minit dah boleh dekat Kaabah...Subhanallah..nikmat sungguh. Kalau malas nak solat berjemaah...memang rugilah. Ada orang takde bilik hotel nak tidur. Saya perhatikan area toilet lelaki bahagian belakangnya..dah macam tempat tinggal. Kesian saya tengok. Maybe tak mampu nak sewa hotel.

Safwah Tower ni di bahagian underground hingga ke 3rd floor kalau tak salah saya penuh dengan kedai menjual jubah, nuts, kurma, sejadah, perfume, Al-Quran, survenir, dan etc. Bagi saya kalau nak shopping semua tu better di Mekah compare dengan Madinah. Sebabnya lebih lebih selesa di dalam building ber aircond...hehehe.


Jemaah makin ramai ketika ini. Meriah betul Masjidil Haram. Time ni adalah sebelum Subuh. Ohh ye lupa nak cerita. Selalunya selesai saja solat jemaah, tak lama lepas akan disusuli dengan solat jenazah. Janganlah lepaskan peluang ye...pahalanya adalah sebesar Gunung Uhud. Nanti sampai entry Madinah kita tengok Gunung Uhud tu besar mana ye.

Pagi tu boleh nampak half moon...lawa.


Nak simpan duit banyak-banyak...1 day nak stay bilik hotel yang paling atas dekat Clock Tower tu....aminnnn....hehehe.

Saya demam menggigil malam semalam. My sis cakap semalaman saya mengerang. Memang gitulah selalunya kalau saya demam. Alhamdulillah pagi tu saya mampu bangun untuk solat subuh di Masjidil Haram. Group agency saya hari-hari ada ziarah luar dan untuk haritu adalah umrah ke-3 mereka. Selesai subuh, kami singgah food court nak cari breakfast. Kami makan roti canai..hehehe. Roti canai tu standard yang frozen tu. Selesai breakfast di bilik, kami just round area Safwah Tower dan shopping sikit-sikit. Demam saya on off. Makan lalu jer....hahahaha. Saya dah lupa bila saya paksa diri solat jemaah di Masjidil Haram ketika demam. Alhamdulillah bila dalam Masjidil Haram saya cergas macam biasa. Patutnya tidur jer lah dalam Masjidil Haram..isk...silaplah.

Kedai yang menjual perfume..saya bukan sejenis orang yang sukakan perfume..bila pak arab bagi bau...pening kejap..hahahhaa.
Escalator yang kami guna hari-hari untuk berulang-alik dari hotel ke Masjidil Haram. Ini floor yang menjual jubuh etc. Setiap kami masuk waktu solat, kesemua kedai-kedai ni akan tutup. Ada satu waktu solat tu, saya pergi Masjidil Haram selepas selesai solat jemaah. Ketika tu saya rayau-rayau atas food court ni. Ada kedai yang belum tutup, akan dipaksa oleh guard untuk tutup. Pekerja-pekerja kedai-kedai ada yang bawa sejadah dan menghala ke atas..maybe dorang solat jemaah di surau di dalam building Safwah Tower.

Ada satu insiden yang kelakar time kami nak beli nuts...mamat arab ni arahkan kawan dia gi pecahkan duit kami untuk bagi balance. Boleh pulak mamat tu kutuk kawan dia dalam bahasa melayu...dia ckp...bodoh punya orang...bodoh bahalul...hahahaha. Giler lah. Semuanya disebabkan kawan tak dapat nak pecahkan duit di kedai sejadah...hahaha.

Must try....jus. Jus dia pure giler lah. Rugi pulak try sekali jer.

Our lunch....dah macam jemu pulak nak makan makanan arab....hahaha...salad tu membantu betul..selera sikit nak makan.
Petang tu selepas asar kami jalan-jalan area yang belum kami pegi. Tak jauh pun dari hotel. Plan nak cari cafe untuk minum petang. Kami decide masuk Jabal Omar Hyatt Legency. Keadaan dalamnya nampak mewah seperti dalam Clock Tower. Ada hotel juga dalam tu serta kedai-kedai menjual nuts, pakaian etc. Dalam ni pun ada Bin Dawood.
Memula tu plan nak naik area ni...sebelah kiri escalator tinggi melangit. Sebelah kanan tangga tinggi melangit jugak....jenuh jugak nak menapak turun...kang tergolek..hahahaha. Kami decide takyah naik lah.

Bahagian luar Masjidil Haram....tak pernah takde orang.

Building keliling Masjidil Haram semuanya nampak mewah.
Dok jalan-jalan dalam abal Omar Hyatt Legency, tetiba nampak cafe ni...wahh menarik. Lama tak pekena lattte.

Sepanjang di Mekah, tak jumpa cafe atau restaurant yang complete dengan kerusi meja...semuanya macam food court. Ini satu-satunya cafe yang kami boleh dine-in.

The best drink sepanjang kami di Mekah.

Snap sana sini hahahha.

Memikirkan harga makanan kat sini...gerun saya nak order ....hahahaa. Sebabnya my sis yang berlanja..hahaha. Akhirnya dia pilih vegies pizza. Nyum nyummmm...Oh ye..sepajang di Mekah my sis yang tanggung all my food expenses....yahhhooo...syukur Alhamdulillah

Dah kenyang, kami pun menuju jalan pulang. Orang ramai menderu-deru nak ke Masjidil Haram untuk solat jemaah maghrib. Tetiba jalan yang perlu kami lalu tu ditutup. Ada beberapa jalan untuk kami balik ke hotel pun ditutup. Ramai askar berkawal time tu. Jemaah dari pelbagai negera semuanya merayu-rayu nak masuk...semua tak boleh!!!! Berdebar saya time tu. Macam mana ni???? My sis relax jer...hahaha. Dia terus tarik tangan saya menyelinap masuk dalam crowd. Di tunjuknya kunci hotel...we want to go back to hotel. Jerit my sis. Pegawai yang kat depan tu maybe askar pangkat biasa..askar macam pangkat tinggi sikit nampak kami...akhirnya kami saja yang berjaya dibiarkan masuk....yeeeaaaa!!! My sis always the best!!!! hahahaha.



Sinaran matahari senja yang keemas-emasan. Indah sungguh.

 Sampai sini dulu yer....nantikan pengalaman umrah ke-2 saya ye....bai!!!