Assalamualaikum..
Our 2nd day di Reykjavik. That day is 4 February 2024. Bila winter, daytime di Iceland lebih kurang 10am to 4pm. Adakah kami akan enjoy dikala waktu siang agak pendek? Teruskan mengikuti perkongsian saya. Disebabkan semalam tu tidur terlalu awal, pukul 5am saya dah terjaga. Tiada lagi snow storm. Saya luangkan masa menikmati view di balcony. Bilik yang kami stay tu antara tertinggi bangunannya dari bangunan yang lain. Tiba-tiba saya perasan ada suara ramai orang bercakap. Pelik lah. Tak kan awal betul breakfast. Bila sebut breakfast, perut saya mula minta diisi. Tak sabar nak makan bread yang di spreadkan dengan butter. Bila cakap dengan my sis saya nak prepare breakfast dah, dia minta tunggu jap lagi takut saya mintak breakfast 2nd time lagi nanti...hahaha. Akhirnya pukul 6am dia terpaksa mengalah untuk saya prepare breakfast.
|
Hasil tangkapan di grocer yesterday. Telur tu tebal betul kulitnya. Kena hentak kuat sikit untuk pecahkan dia hahahah.
|
|
Our breakfast before start nak explore Reykjavik
|
|
Time ni dah pukul 9.30am...tak tahulah normal ke tidak keadaan sepi macam ni..sebabnya that day adalah sunday.
|
|
Cepat-cepat...matahari dah nak muncul tu.
|
|
Inilah jalan yang kami lalui ketika menarik luggage ke apartment. Mission kami time tu adalah nak menuju ke tepi laut..sikit jer lagi nak sampai. Sejuk pagi tu sehingga menyesakkan nafas. Nasib baik saya pakai tudung
swimming yang jenis inner tudung tu..saya tarik yang bahagian bawah dagu ke hidung..hehe.
|
|
The sky is so clear..can't wait to explore the whole Reyjkavik..InsyaAllah
|
|
Kami sampai di area bus stop no. 14. Kami perlu cross untuk ke tepi laut tu.
|
|
Bahagian kiri tu adalah laluan kami ke apartment. Can imagine macam mana kami tarik luggage jalan berslope dan snowing?? Memang seksa. Kesusahan itu Allah gantikan dengan sesuatu yang penuh indah di Reykjavik ni...Alhamdulillah.
|
|
Akhirnya kami sampai di pantai yang dipenuhi batu-batu hitam. The sunrise is super beautiful.
|
|
Haaa...time ni baru nampak bangunan tinggi..maybe hotel...maybe apartment. Bangunan ni facing the beach.
|
|
Kicauan burung memeriahkan suasana. Agak terbatas nak record video lama-lama sebab tangan kesejukan. Asyik kena letak dalam poket jacket jer.
|
|
Glove macam nilah penyebab tak tahan sejuk...hehe. Flexible betul tudung swiming saya...siap boleh tarik ke hidung..hahaha. Surprisingly ..tak loose pun tudung ni.
|
|
Ala-ala shape viking boat |
|
Facing the beach can see this mountain...pancaran sunrise cukup mengasyikkan. Di permukaan laut ni pun penuh dengan geese, swam, birds...very wonderful morning. Malangnya tak boleh lama kat sini. Sejuk kat sini unbearable. |
|
Kami menuju ke arah lorong jalan terdekat dengan viking boat. Bila
terdedah di tempat lapang, agak luar biasa tak tahan sejuk tu. Ketika melaui jalan ni, makin ramai tourist menuju ke arah pantai. Tourist paling ramai adalah dari China.
|
|
Sambil-sambil berjalan, snap lah sana sini bangunan cute-cute. |
|
Tiba-tiba nampak church tinggi melangit tu. Kami teringin nak naik church tu nak tengok view dari atas. |
|
Jalan punya jalan..ternampak bakery. Apa lagi...kenalah breakfast for the 2nd time...hahaha. Bakery ni tak boleh nak dine in pun. Hanya satu bar table dan 2 kerusi ada dalam bakery tu. Nasib baik time kami masuk takde orang, so bolehlah lepak jap dalam bakery tu. Dapatlah kami conquer bar table tu. Kesian tengok orang lain tercangak-cangak cari tempat duduk. Dan selepas tu, orang makin ramai berpusu-pusu masuk bakery ni. Pastries ni cost us RM60. Pengsan!!
|
|
Very small and simple bakery. |
|
Yang building berconteng-conteng tulah bakery tu. Rupa-rupanya bakery ni is a must visit kalau ke Reykjavik. Saya tahu selepas tengok tiktok keesokan hari..hahaha.
|
|
Pandangan
saya tak dapat nak lepas pandangan dari laluan dari pantai ke town. Cantiknya
keadaan ketika ini tak boleh nak diceritakan. Cahaya matahari pagi
sememangnya cukup mempesonakan. And the mountain back
there..undescripble beautiful!!!
|
|
Kami tak dapat naik ke church ni. Ditutup. Baru saya teringat, kalau christian, diorang ada gathering every sunday...maybe sebab tu ditutup. Kami meneruskan exploration kami ke next destination...lake...Reykjavik City Pond ataupun Tjörnin. |
|
Very clear sky |
|
Lake ni dah tak berapa nampak rupa lake. Permukaan lake ni 90% frozen dan dipenuhi dengan snow. Nampak beberapa orang kat photo ni? Itulah sebahagian permukaan tasik yang beku. |
|
Saya memang dah standby biskut Hup Seng nak bagi makan dekat depa ni. Mesti sampai sekarang depa teringat-ringat biskut tu...hehehe. Saya pernah bagi makan geese dan swam di High Park London tu...aggressive sangat sampai kejar-kejar kita. Macam kat sini depa ni behave sikit.
|
|
Hanya sikit jer tinggal yang belum frozen permukaan lake ni. Dah habis biskut Hup Seng...tiba-tiba sorang Minah Saleh ni bagi sebungkus roti slice putih tu kat saya sambil cakap give to them...they are hungry. Saya siap tanya lagi free ke tak hahahaha. Berbungkus-bungkus roti dia bawa untuk bagi makan. Nampak saya tergedik-gedik sangat bagi depa makan...terus dia hulur roti kat saya...hehehe. Baik hati dia.
|
|
Sebelum sampai lake, saya terpaksa balik apartment tukar jacket dan tambah 1 layer lagi baju. Jacket ni agak labuh dan lebih tahan sejuk.
|
|
Cantik sangat suasana time ni. Layan suasana dan view tu layan jugak...hati-hati memijak...banyak tahi kat sini...hahahaha. |
|
Cuba-cuba jugak saya pergi check frozen lake ni. Guna kaki kais-kais snow sampai jumpa ice. Ketuk-ketuk sini...hmmm....tebal...InsyaAllah tak crack..hehe. Saya teringin tengok lake yang dah frozen tapi transparent. Kenapa?? Nak main ski ke?? Hehehe...takde lah..sajer nak tengok.
|
|
Ada beberapa kedai halal di Reykjavik...saya lapar sangat time ni. Saya order kebab ayam bersama nasi dan my sis veggie burger. |
Baru nak dekat 2pm kami dah lebih kurang explore Reykjavik ni...haha. Yela..attraction places yang kami pergi that day semuanya walking distance. Sebelum balik apartment, kami singgah tour office. Kami decide nak ambil aurora tour. Tour yang bakal kami join tu adalah in small group. Driver yang mana juga tour guide kami akan hunting sampai jumpa. Kalau kami tak berpeluang nampak aurora that night, kami boleh join for free in tomorrow tour. Agak risk bagi kami untuk ambil tour ni. Jika that night tak nampak, kami just ada 1 night lagi jer. Kalau ikut weather forecast tomorrow night adalah cloudy. My sis bersungguh-sungguh nak kan kepastian dari saya. Saya pun cakap dekat my sis...at least kita try daripada tak try dan saya sanggup tanggung risk duit burn gitu jer. Saya cakap begitu bersebab. Sebabnya saya asyik monitor iceland meteorology website...hahaha. Website tu show that night tak berapa cloudy. So ada possibility aurora akan muncul..InsyaAllah.
Kami cukup bersedia untuk tour that night. Berlapis-lapis baju, wind breaker dan jacket saya pakai. Takut orang fikir tong drum berjalan jer...haha. Kami perlu berjalan ke bus stop no. 14. Syok lah time berjalan tu...tak rasa sejuk pun...hehehe. Kami make sure awal sikit lah sampai dekat bus stop no. 14 tu. Syaratnya...kalau 8pm kami tak berada di situ...kami akan ditinggalkan. Fuhhh..takkan free-free bayar hampir RM1400 kena tinggal pulak kan. So kami make sure awal sampai situ. Bus stop tu kan facing pantai..sejuk menampar-nampar muka yang terdedah. Badan dah ok..muka pulak problem. Dan nasib baik van yang lebih kurang boleh memuatkan 10 orang macam tu sampai awal. Lega lah berada dalam van. Ketika tu ada dalam 3-4 orang jer. Van ni pick up lagi 1 group then full board.
|
Sebelum mulakan expedisi, tour guide kami explain pasal aurora activity malam tu. Dia akan try the best lah cari aurora. Semua orang dalam van time tu excited lah.
|
Van pun bergerak meninggalkan town. Makin lama makin gelap keadaan jalan. Makin meninggalkan town cermin di sebelah saya makin kabur. Lapisan ice rupanya di permukaan cermin tingkat tu. Bila letak tapak tangan, dia mencair dan sepantas kilat menbentuk sekali lagi lapisan ice. Last-last saya give up clearkan cermin tu. Sejukkkk!!! Tour guide asyik membaca suhu. Dari -ve 10 makin drop dan drop hingga mencecah -ve 20. Time ni tak fikir sangatlah sejuk tu macam mana.
Van stop di satu kawasan tepi jalan. Kami disuruh keluar. Ya Allah sejuknya tak dapat nak describe. Bila pijak snow...MasyaAllah...tenggelam sampai ke lutut...hahaha. Tour guide dah standby nak snap photo kami. Dia ada camera canggih. Saya pulak tercari-cari mananya aurora...hahaha.
|
Keadaan memang gelap gelita. Selalunya join tour boleh jugaklah recognize sorang-sorang muka ahli rombongan tapinya ni satu-satunya tour sorang pun saya tak boleh recognize kecuali my sis...hahahha. Ohhh ya pasal aurora..Saya dok amati lah...adakah yang putih tu aurora..hahaha...bukan lah...itu cahaya dari town hahhaa. Adoii.
|
|
Bila tengok tour guide menghala ke satu position baru lah sedar..oohhh ini aurora sebenarnya...tak macam yang kami imagine. Agak terseksa nak tengok aurora ni sebenarnya sebab suhu terlalu sejuk. Tak selesa berlama kat situ. Saya tertarik betul dengan taburan bintang di dada langit. Tak terkira jumlah bintang-bintang tu.
|
|
Nasib baik photo yang tour guide snap ni adalah free..
|
Tour guide tu sambung perjalanan untuk ke next spot. Time tu saya dah tak expect lebih. Maybe next spot pun tak jauh beza dari yang tadi. Jom tengok photo di next stop.
|
Photo dari camera saya. |
|
This spot agak clear. Bintang-bintang pun makin banyak. Rasanya tak sampai 2-3 minit kami dah berlari masuk van. Sebenarnya...dari pandangan mata saya, rupa sebenar aurora ketika itu adalah lebih kurang seperti dalam photo saya tu. Bila tour guide snap, nampak cun. Nak cakap dia edit tak jugak sebab kami sendiri pergi check selepas dia snap. Maybe factor suhu effect pandangan mata saya? I don't know.
|
|
Dalam sejuk-sejuk beku tu boleh pulak tour guide serve hot chocolate..haha. Kami memang diam dalam van bersama sorang lagi minah saleh. Yang lain-lain masih di luar tunggu activity aurora yang mungkin berubah. Tak lama lepas tu, semua orang masuk van selepas 1 bus group tour sampai. Tour guide macam serba salah jer cara dia bercakap. Maybe dia pun sedar aurora that night tak berapa strong activitynya. Dia nak try lagi ke next spot. Agak lama dia drive untuk ke next spot tu. Bila sampai, hanya dia sorang turun. Dan dia masuk balik van dan explain yang spot tu pun aurora tak strong. Perjalanan ke town menjadi sunyi sepi. Maybe semua dah tidur.
Nak dekat 12am baru kami sampai di town. Kami perlu berjalan untuk ke apartment. Walaupun keadaan sunyi sepi, tak rasa menakutkan pun. Maybe sebab lampu jalan terpasang terang. Seksanya nak sampai apartment hanya Allah yang tahu ketika itu. Suhu ketika itu memang langsung tak sesuai untuk kehidupan. Saya terpaksa berlari tinggalkan my sis. Memang betul-betul maximum tak tahan. Gigi atas dan bawah berlaga-laga sebab menggigil. Bunyinya dah macam alat music...hahaha. Memang jauh jarak kami. Bila sampai depan apartment, pintu automatic kat lobby tak terbuka. My sis jer tahu password. Lega nampak my sis pun berlari-lari anak ke arah saya. Bila sampai bilik, tanpa buka segala macam lapisan pakaian dan jacket, terus lompat katil tarik selimut. Menggeletar satu badan. Beberapa minit lepas tu baru back to normal.
Bila terjadinya keadaan macam ni, saya harap my sis dah takde lagi niat nak tengok aurora mana-mana negara...hahaha. Ngeri sangat keadaan sejuk tu. Ok lah..untuk next entry saya akan habiskan kisah di Iceland.
Bai.
Subhanallah cantik semuanya. Nak sangat pergi tapi tak tahan sejuk beku tu. Perut ni pun lepas Subuh mesti dah lapar. Sunyi sebab Sunday weekend kot. Sejuk semua duduk dalam rumah je. Beku betul tasik tu. Clear sky semua cantik. Best senang ada kedai halal kan. Alhamdulillah dapat tengok aurora akhirnya. Syok nya. Tumpang seronok.
ReplyDeleteSyukur dapat tengok aurora...tak dapat nak nikmati sangat sebab sejuk membeku. Separuh stock makanan dah habis di Iceland jer sebab asyik lapar...hahaha
DeleteOk tadi first baca part 3 excited ada aurora tu rupanya part 2 dia mmg amik pakej tgk aurora tu hahhaha.. lagi la den baca dgn penuh excited hahahah :P
ReplyDeleteHahaha
Deletewalaupun penuh memutih salji tapi cantik sungguh bangunan dia. Wah ada peminat biskut hup seng rupanya
ReplyDeletea'a saya suka biskut hup seng..hahaha. kalau cicah teh o..sedappp
Delete