October 17, 2022

Summer in Egypt - Part 6

 Assalamualaikum...

That day adalah 30 August 2022. Kami bakal explore Luxor. Saya ni tak henti-henti berdoa agar my sis agree breakfast di resort tu. Oh ye, bilik kami tu tak termasuk breakfast ye. Saya pujuk my sis tengok dulu rupa buffet kat situ. Saya ni semua benda boleh makan...my sis agak memilih. Makanan memang banyak terhidang, tapi saya tengok mostly makanan yang bukan selera my sis. Separuh hati jugak la my sis setuju makan kat situ. 

Boleh makan sambil layan view Nile River. 

Butter cake ni very dry

Pelbagai jenis cheese.

Pelbagai jenis danish pastries.

Best ni, main potong-potong sendiri. I love bread so much!!!

Boleh makan crepe panas-panas. 

Dah terbiasa kat rumah hari-hari breakfast kena ada latte...lega kat sini pun ada latte. Macam di Giza, hanya disediakan nescafe. Nasib baik fresh milk pun ada....jadi jugaklah latte walaupun dengan nescafe. 

Tengok lah plate my sis...hahaha...ada tiga jenis makanan jer. Takde pulak dia teringin nak ulang-ulang amik makanan. Bayar 200 EGP seorang..makan camgitu jer...hahahaha. Macam saya adalah mesti rasa semua makanan kat sini...hahahaha. Hot latte tu rasanya 3 cups...hahaha. 

Deco dekat lobby ni so ancient 

Time ni rush nak keluar explore Luxor, so tak sempat nak snap Nile River kat luar tu.

Rupa resort ni dah macam building sekolah...hehehe. Nak withdraw duit senang sebab ada ATM machine kat sini. 

Ahmed pick up kami around 8am. Lega tengok kereta Ahmed ni baru dan bersih. My sis tugaskan saya communicate dengan Ahmed. Suka betul saya dengan Ahmed ni. Soft orangnya. Setiap soalan saya dia akan jawab dengan penuh hemah. Setiap kali dia nak inform something, dia akan start dengan....ok my friends, now we are at ..bla bla bla. Oh ye...untuk private tour tu, kami bayar company Ahmed sebanyak 1000 EGP. 

Suasana siang di Luxor membuktikan trafficnya jauh beza dari Cairo. Ahmed setuju cakap saya, dia cakap di Cairo tak bertenang nak drive..hahaha. Perjalanan kami disajikan dengan kehijauan. Subur tanah yang berhampiran Nile River. Kami mensusuri jalan yang mana kiri kanan adalah kebun, kelihatan juga Nile River di sebelah kanan. Indah sekali suasana kat situ. 

Kehijaun yang cukup menyenangkan mata memandang

Time ni saya snap sana sini tanpa sedar mountain sayup-sayup di sana. Mata saya lebih bertumpu kepada Nile River.

Ahmed explain...kami akan menuju ke arah West Bank. Kedudukan resort kami tu adalah di East Bank. Menurut Ahmed, East Bank tu dipanggil tempat bermulanya kehidupan, sebab sunrise di sebelah East Bank dan West Bank tu pengakhiran kehidupan sebab banyak ancient tombs dan sunset di sebelah West Bank. Tahukah semua yang Luxor ni antara the oldest city in the world? Ye..saya baru tahu...hehehe. Dikatakan 2/3 world's monument berada di Luxor. Ada beberapa temple di Luxor ni yang digunakan sebagai tempat menyembah matahari. 

Time ni saya tak boleh lagi imagine mana satu East dan West Bank. Blur blur lah. Sehinggalah kami sampai di satu jambatan. Ahmed cakap jambatan tulah satu-satunya menghubungkan East dan West Bank. Baru lah saya paham. Yang memisahkan East dan West Bank ni adalah Nile River. 

Maybe sebab kesan dari caffien 3 cups hot latte, saya cergas betul dan begitu berminat dengan semua cerita yang Ahmed cakap. Apa jua dia cakap pasti saya response. Percayalah, orang suka bercerita jika kita begitu berminat. Kita akan ada banyak info benda yang kita tak terfikir nak tahu pun. 
Sebelah kanan adalah East Bank dan kiri adalah West Bank.

Ahmed stop di tengah-tengah jambatan yang cross Nile River tu. Subhanallah, the view is so great. I can see clearly the different of East and West Bank. The Nile River is so magnificent. I have never imagine can see this magical creation by Allah SWT. 

Perjalanan diteruskan. Saya nampak mountain yang serupa Jabal Uhud di kanan saya. Terus tanya Ahmed mountain apakah itu. Rupa-rupanya, mountain tulah yang kami bakal visit. Terbuktilah saya ni tak tahu menahu apa yang ada di Luxor tu....hahahaha. This is surprising me. Suka sangat dengan perasaan surprise ni.

Melalui West Bank memberi saya satu perasaan seolah-oleh berada di negeri Kedah. Sungai kecil seperti terusan di sebelah kanan saya, terletak jua pelbagai jenis kebun di sebalik saluran air kecil tu. Di sebelah kanan ada kampung. Very nice view. West Bank ada banyak ladang tebu. Ahmed tunjuk rail keretapi yang digunakan ketika nak angkut tebu. 

Ahmed stop di tepi jalan nak tunjuk kat kami typical housewife di West Bank...hahaha. Kelihatan seorang wanita sedang bake roti di halaman rumah. Terdapat traditional oven di halaman rumahnya. Menurut Ahmed, hari-hari macam tulah rutin wanita ni West Bank. 

Sedang menuju ke 1st attraction place, Ahmed ada sebut hal alabaster. Time tu saya busy snap sana sini, tak sampai apa yang dia nak explain. Berlalu gitu jer hal alabaster tu. Ahmed stop di satu tempat yang diberi nama Colossi of Memnon. Ada dua patung gergasi yang seolah-olah duduk bersanding...hahaha. Dikatakan patung itu diperbuat dari baru yang datangnya dari Cairo. Amboiii jauh tu. Function dua patung gergasi ni adalah sebagai guard di entrance nak masuk temple yang besar area tu. Tak perlu bayar entrance fee ye. Ada pelbagai jenis statue yang tak sempurna bentuknya area ni. Pernah berlaku earth quake. 

Dah tak nampak bentuk rupa dia guard ni.

Area ni boleh tengok dari jauh jer. Macam archelogy side lah tempa ni. Maybe dulu-dulu kalau nak masuk area ni perlu melalui dua guard tu.

Ahmed bercerita pasal rumah yang berada di pinggir mountain tu. Semuanya kena berpindah sebab banyak ancient tombs bawah rumah penduduk kat situ. Mesti goverment bayar pampasan lah. 

Ahmed ajar kami bagaimana nak handle orang yang paksa kita beli sorvenir. Dia suruh sebut "LA" means don't want. Beberapa orang yang jual souvenir approach kami. Mostly souvenir yang dijual diperbuat daripada stone. Ahmed teruskan perjalanan ke Valley of The Kings. 

Dari Colossi of Memnon ke Valley of the Kings tu dalam 2-3 minit perjalanan. Ahmed tinggalkan kami untuk kami visit mountain tu. Ahmed ni bukan tour guide kami ye, dia just driver. Time sampai di parking tu, mak aiii manusia ramai betul. Ada apakah di mountain tu?? 

Teruskan membaca. Kami terpaksa melalui street yang begitu banyak souvenir stall. Sikap penjual yang memaksa membeli membuatkan salah seorang dari mereka di jerkah oleh sorang tourist lelaki. Bergema suara dia. Saya terpaksa membeli topi yang sesuai, cap saya tu tak mungkin cover the heat. Sekali tengok jer dah jumpa yang bekenan. Harga pun ok. 

Lepas beli ticket, my sis ajak naik electric car. Dia macam agak tahu pasal tempat tu. Macam saya, menonong jer ikut dia. Mari kita cerita-cerita sikit pasal Valley of the Kings ni. Dikatakan, firaun-firaun dulu-dulu kalau meninggal, dikebumikan di dalam pyramid. Tersebutlah kisah seorang firaun ni, dia tak nak nanti dia meninggal dikebumikan di dalam pyramid yang mana perompak boleh ambil harta karun yang diletakkan bersama mayatnya nanti. Firaun tu tak sedar kut kalau dah mati tak guna bawa harta benda ke kubur...hahaha. Dia percaya segala harta yang di bawa tu boleh digunakan di dunia selepas mati. Kerisauan firaun tersebut memberi idea kat dia untuk dikebumikan di mountain tersebut.

Manarik ni cerita ni, so saya nak cerita lagi. Ditugaskan lah seorang ni untuk korek mountain tu dengan syarat "no one hearing and no one seeing". Adakah mungkin boleh senyap-senyap mengorek?? Dikatakan orang yang ditugaskan menjalankan kerja mengorek tu..selepas siap tempat tu...dia akan dibunuh. Disebabkan mountain itu batunya sejenis limestone, mudah la nak mengorek. Kikis-kikis dan polish sikit dah boleh jadi smooth surfacenya. Lepas tu boleh la lukis-lukis gambar alien, perempuan menari cak pong cak pong, lelaki memanah, ular melengkar dan pelbagai lagi. Di dalam mountain tersebut ada lebih dari 60 tombs.

Di Valley of the Kings ni jua terdapat tomb Ramses II yang dikatakan firaun di zaman Nabi Musa A.S. Mummy firaun tersebut pernah dikaji punca kematiannya. Disebabkan ada garam di body mummy tu, maka di simpulkan yang firaun tulah yang mati lemas di Red Sea ketika berlakunya peristiwa Nabi Musa A.S membelah laut.  Mesti semua orang tahu kisah ni kan??

Masuk dan keluar tempat ni kena melalui souvenir street ni. Terpaksa hadap penjual yang bersungguh-sungguh nak jual souvenir.

Kami diberi student price. Tak sure kami saja atau semua tourist yang lain. Ticket yang kami pilih adalah yang boleh visit 3 tombs sahaja. 

Selepas bayar electric yang berharga 5 EGP, maka bermulalah exploration kami melihat ancient tomb. Suasana perjalanan ke tomb seperti visit quarry site..hahaha. Begitu tandus sekali mountain tu. Tiada satu tumbuhan pun. Saya imagine kalau malam-malam ada hantu firaun berkeliaran di mountain tersebut. Maybe 60 lebih mayat firaun tu adalah sedarah sedaging...so, bermain-mainlah mereka sekeluarga. Imagination saya berakhir pabila kami sampai ke destination. Dalam 5 minit perjalanan. Nasihat saya, jangan nak pandai-pandai tak naik electric car ni..jauh tau!!! 

Bermulalah Indiana Jones expedition...eh..hahaha. Kalau pernah tengok movie Indiana Jones, The Mummy dan Tomb Rider...maybe akan jadi seperti saya...imigine macam-macam. 

Yang di depan mana adalah limestone yang bermountain...sebenarnya di dalam bumi masih limestone. Dikatakan berukuran 1km kedalam from the ground. Subhanallah!!!! Mountain ini ditebuk masuk kedalam berslope, bukannya flat with the ground. Can imagine?? Hope you can!!!

Kedudukan tempat ini seolah-olah di tengah-tengah valley.

Dekat sinilah kedudukan 3 tombs. Panas betul kat sini. 
Laluan ke dalam tomb. Laluan ini berslope. Kami mula masuk ke satu tomb. Kelihatan laluan ke tomb ni dalam 200m - 300m ke dalam mountain. Kedudukan mayat firaun adalah di bahagian hujung tunnel. Tiada apa-apa pun dalam tu walaupun keranda. Kosong jer. 

Laluan ke dalam jugak berslope. Saya agak lalaun tomb ini dikorek 300m - 500m ke dalam. Di kiri dan kanan diletakkan glass..maybe bertujuan nak protect ancient word. Archaeologist yang kaji wording kat dinding ni memang hebat lah. Gaya sepergi Angelina Jolie, saya meneliti setiap lukisan di permukaan dinding dan tiang. Mana lah tau ada lagi harta karun belum diusik. Kut-kut jadi milik saya...hahaha. Setiap satu lukisan ada maksudnya. Orang pakar jer paham. Kalau dari mata saya, ada yang macam menari cak pong cak pong, burung, monyet, alien, lembu and etc. Camel takde lah pulak. 
 
Makin mendekati hujung di mana keranda diletakkan..laluan makin curam. Di hujung tu yang tinggal hanyalah tapak di mana kerada ditempatkan. Kosong jer ruang tu. Maybe semua dah dikutip dan di display di museum. 

Badan orang serupa ular tu scary lah.

Creative sungguh.

Ramping..hidung mancung

Alien puan ada. Boleh dikatakan setiap satu image yang dilukis diukir di permukaan dinding dan ceiling. Kemudian diwarnakan. 

Menari can mangkuk cak pong cak pong. 

Can't imagine how they built this tomb. Setiap ruang penuh dengan lukisan. 

Yang ni pun scary.

Takde langsung hint pasal treasure...ohh nooo.

Building depan tu ada beberapa kedai. Ramai orang dalam ni sebab tak tahan panas di luar. Keadaan panas sehingga menyebabkan peluh pun kering. Hat yang saya beli tu boleh lah cover dahi saya yang lonjong tu. Muka memang sunburn habis. 


Seorang warga British approach kami. Dia on the way nak keluar. And he is a muslim. Peluh dia dah macam baru mandi kat water fall. Sembang-sembang kejap. Tak salah saya time di Valley of the King ni, orang islam adalah dia dan keluarganya dan kami berdua...hahaha. 

Kami keluar dan berlalu ke tomb ke-2. Itulah tomb terakhir kami masuk. Panas membahang membuatkan kami cepat tired. Lagipun lama-lama kat situ kena rasuk nanti...hahahaha. Kami berlalu dari situ. Electric car banyak jer, tak perlu tunggu lama. Air mineral sehingga habis saya minum. Tak pernah rasa panas sebegitu rupa. 

Penat belum habis, kami bakal explore satu lagi tempat. Masih di mountain yang sama cumanya side lain. Dalam beberapa minit drive dah boleh sampai. Ahmed sediakan tong ice di bonet. Dia serahkan mineral water. Mineral water yang beli tadi dah habis. Lega bila Ahmed offer mineral water sejuk. Kami bakal explore Hatshepsut Temple. 

Hatshepsut Temple ni akan saya cerita dalam next entry ye. 

Bai...

October 13, 2022

Summer in Egypt - Part 5

Assalamualaikum...

My sis asyik lah chase saya cepat sikit update takut saya terlupa memory di Egypt...hahaha. Rasanya dialah pembaca tegar blog saya..haha. Nama blog aku love travel ni pun my sis lah yang beri namanya. Sedar tak sedar dah lebih 10 tahun saya menulis blog....tepuk tangan semua!!!

29 August 2022 adalah hari terakhir kami di Giza. Kami bakal naik flight untuk ke Luxor petang tu. Terpaksa bayar 10 USD sebab nak late check out. That day saya asyik remind my sis untuk pergi lagi sekali restaurant area hotel tu. Saya nak makan kali terakhir roti canai Egypt tu. Adakah saya berpeluang makan lagi?? Teruskan membaca. 

Pagi tu selepas breakfast, kami just relax di bilik sambil packing. My sis susah hati betul dengan luggage dia...akhirnya kami decide nak pergi Cairo. Saya memilih Arkadia Mall. Mall tu saya agak-agak ada jual luggage. Kami try pakai Uber ke Cairo. 

Sampai jer area Cairo, jammed giler. Nak kata time tu orang keluar gi kerja, macam tak mungkin  sebab dah nak dekat pukul 10am. Tak lama lepas tu barulah tahu kenapa. Satu area ni penuh dengan orang ramai. Tak tahulah apa yang terjadi. Di satu side jalan orang ramai berkumpul. Satu side lagi orang ramai berbaris entah kemana..seolah-olah dah kena tangkap. Maybe dorang buat perhimpunan haram.

Sampai jer Arkadia Mall..eh..kenapa muram jer mall tu?? Apa dah jadi?? Rupa-rupanya mall tu bukak pukul 11am. Jenuh juga nak menunggu. Akhirnya kami decide balik jer lah ke hotel. Buang masa betul lah. Di dalam uber, kami decide nak naik horse carriage pusing-pusing Giza. Ada horse stable sebelah hotel. 

Sampai jer area hotel, kami terus menuju ke horse stable. Lepas discuss harga, kami just tunggu beberapa minit, horse carriage sampai. Driver horse carriage ni adalah seorang pakcik. Pakcik tersebut mula bercakap..mak aii..dah serupa orang Mexico slangnya...hahahaha. Rupa diapun dah ala-ala Mr. Potato..hahah. Bila ditanya mana dia belajar speaking english, dia cakap melalui horse carriage lah. Dan dia tahu beberapa bahasa. Hebat pakcik tu. 

Horse carriage ni boleh naik dua orang

Kiri dan kanan ni adalah horse stable.

Penuh dengan horse stable area ni.
Rupa donkey ni macam sedih jer.

Sedih sungguh tengok donkey ni diseksa sebegini. Dia kecik jer tu. Aduhaiii.
Lorong berdekatan pyramid penuh dengan kuda. Macam tempat melepak mereka kat sini.
Area ni bukanya ada tourist pun..tapi horse carriage merata-rata kat sini. Suasana kat sini busuk dan berhabuk. 

Yehaaaa...hehehe.
Dasyat mamat depan ni...4 ekor kuda sekali di handle. Saya perhatikan ekor kuda saya naik ni..kesian..berbirat kepas tali yang disambung dari ekor ke part yang atas badan dia tu. Bila bergeser di badan dia..sakit kut. Kadang-kadang dilibas-libas oleh pakcik tu kat body kuda ni...kesian dia. 

On the way nak ke restaurant..tak sabar saya nak makan pie with cream tu...saya panggil roti canai Egypt lah ye..hehehe

Stall menjual pelbagai jenis buah-buahan.

Disebabkan masa yang lama diambil untuk masak pie ni..pakcik carriage tu terpaksa pulang ke stable. Saya time ni dengan muka tak malu masuk kitchen. Nampak chef ni sedang prepare order saya tu. Mamat yang pandai speaking english join saya. Tanpa di suruh, dia explain lah macam mana process roti canai Egypt tu. Doh dia lebih kurang macam roti canai. Doh tersebut ditarik dengan cukup nipis sekali. Kemudian di lipat-lipat dan letakkan cream. Dan lipat lagi. Dicurah pulak olive oil..menurut mamat tu, olive oil tu dari Egypt. Kemudian dimasukan ke dalam oven batu. Sekejap jer, dah masak. Mamat yang dok explain tu nak snap photo saya bersama chef..saya on jer..hahahaha. Semoga restaurant tu maju selepas jadikan saya sebagai duta..hahaha.


Di permukaan roti canai Egypt ni ditabur dengan castor sugar. Mamat tu tambah pula nuts dan raisin. Nikmat betul makan ketika panas. Nipis betul lapisan roti canai Egypt ni. Saya tak kan lupa kesedapan roti canai ni...miss this roti canai so much!!!

Saya rindukan jua view dari balcony..rindu bunyi yang asyik terhasil dari pokok-pokok yang ditiup angin. 
View inipun saya rindu..rindu suasana senja kat sini. Burung-burung akan berterbangan pulang ke sarang. Warna senja kat sini cukup luar biasa. Apa bila sunrise pula, pantulan matahari di pyramid menghasilkan warna keemasan....cukup indah sekali.

Saya cukup enjoy moment di Giza. Di Cairo pula, saya rasa sikit berserabut..hehe. Apa-apapun semuanya adalah satu pengalaman. Ohh ye, lupa nak cerita kes ice latte...haha. Malam semalam tu kami naik ke roof top sebab saya nak minum ice latte. Bila waiter ambil order, saya explain rupa ice latte macam mana saya nak. Saya tak nak barista tu buat ice blended lagi. Saya explain, please put ice, pour the coffee then milk..done. Macam blur-blur jugak lah waiter. Lepas tu saya tunjuk video macam mana saya buat ice latte kat rumah. Ingat ke dah paham...hahaha. Lepas 15 minit, sekali yang datang adalah  ice latte shake pulak..hahaha. Last-last owner restaurant perasan yang saya tak bekenan dengan ice latte tu, dia datang tanya. My sis explain pulak. Owner tu bagi idea, we put coffee and milk, then you put ice by yourself....hahaha. 2nd time tu barulah saya dapat ice latte yang saya nak...hahaha. Ada coffee machine bagai, ice latte pun tak tahu....oh nooo!!!

Kami minta hotel arrange transport untuk kami ke airport. Next destination kami adalah Luxor. Macam Alexandria, saya tak berapa study hal Luxor ni. My sis lah bagi idea ke Luxor. 

Sementara nak tunggu boarding, kami lepak di satu cafe ni dulu sambil minum petang. Cheese cake tu my sis order...manis meleting. Sandwich ni besar giler lah...boleh makan sampai ke dinner.

Penumpang dalam flight ni mostly dari satu group travel. Kalau tak salah saya orang Spain. 

Luxor airport ni kecil jer. Keluar dalam flight, teruja lah tengok rupa building airport ni...ancient sangat..hehe.

Nak tunggu luggage bukan main lama lagi. Padahal flight tu jer satu-satunya baru landing. Si driver nak pick up kami terpaksalah menunggu depan entrance. Kalau tak salah saya, lebih dari half and hour kami berdiri kat sini.

Luxor airport ni begitu bercirikan kepurbaan Egypt. Tak sabar betul nak explore Luxor. Perjalanan ke hotel just half and hour. Lain betul suasana di Luxor ni. Lapang dada melihat keadaan yang agak bersih dan traffic tak seteruk Cairo.

Sampai jer main gate Steigenberger Resort Achti, security check bonet kereta semua dan benarkan driver masuk. Dah sampai entrance resort tersebut, kena pula scan luggage dan handbag semua. Di main gate kelihatan 2-3 orang security, di entrance resort pula 3-4 orang security. Dah siap check-in, seorang pakcik bawakan luggage ke bilik. 

Luas bilik ni. Muat nak solat depan katil tu. Buka drawer untuk tahu arah qiblat. Ada balcony yang luas ye. Tapi saya tak suka pijak lantai balcony tu sebab berhabuk. My sis try nak upgrade bilik facing Nile River, malangnya mahal sangat additional charges dia. 

Ada counter top, boleh la nak bancuh air untuk supper...hehehe. 

Toilet pun sangat puas hati!!!

Malam tu saya just sambung makan sandwich besar kedabak tu. Nak keluar cari dinner macam tak sesuai. Resort tu jauh dari kedai. Nak keluar berjalan ke main gate pun saya agak dalam 200m - 300m. Tak sabar saya nak tengok suasana siang di Luxor. Malam tu juga my sis deal dengan sorang tour agent untuk provide driver kat kami esok. Nantikan surprise apa menunggu saya di Luxor ni ye.