Showing posts with label Saariselka. Show all posts
Showing posts with label Saariselka. Show all posts

April 30, 2025

Frozen in Arctic (Finland) - Saariselka Part 6

Assalamualaikum...

30 January..our last day in Saariselka. Malam tu dah nak fly ke Helsinki. Disebabkan flight lewat malam for that day kami kena bayar dua accommodations yang berlainan...iaitu di Saariselka dan di Helsinki. Pagi tu kami decide nak join mana-mana snowmobile activity. Kami tengoklah snowmobile bersusun dekat 1 area ni. Rupa-rupanya snowmobile tu milik Safari Tour. Kami terus lah ke office tu. Ramai orang dah berkumpul nak buat snowmobile activity tu. Kami terlambat rupanya. Saya tak berapa nak suka layanan staff office tu..tak join dorang pun tak kisahlah. Saya bukak balik comparison table saya...Husky and Co lebih murah rupanya. Kami pergi lah nak book activity tu. Ahamdulillah dorang ada slot pukul 1pm. Sempatlah nak lunch semua kan. Nak menunggu 1pm tu kami pun pusing-pusing lagi area yang belum cover di Saariselka tu. Jom tengok rumah-rumah cute yang kami jumpa.

The whole day cuaca begini..then snowing.

Sepanjang di Saariselka, kami tak berkesempatan pun nak try heavy meal..asyik masak jer..hehe.

Comel building ni

Comel jer bus stand ni. Macam agak jauh dari pernempatan kut-kut nak berjalan dan tunggu bus dekat sini.

Kedudukan satu rumah ke rumah yang lain pun bukan main jauh. 

Menarik design rumah macam ni. Snowpun tak lah tebal sangat atas bumbung tu.

My sis sabar je kejap-kejap stop untuk saya snap photo. Suka sangat rumah color biru macam ni. Bestnya depa dapat stay tempat aman tenteram begini.

Saya dah lupa nama tempat ni. Bestnya duduk relax dekat balcony tu. Yang ni tak berapa jauh dah dari pekan Saariselka.

Yang ni pulak amat dasyat sebab guna batang pokok.

Dah puas pusing luar sikit dari pekan Saariselka, kami kembali semula area rumah kami stay. Saya keluar dari kereta suka-suka jer lah nak gongcang pokok-pokok yang penuh snow ni...hahaha. Tak sangka betul saya kesejukan. Jenuh berlari masuk kereta. Tangan saya merah. My sis buka heater kuat pun tak nak ok. Sampailah dia pegang dengan tangan dia baru saya ok. Cari nahas betul la..hahahhaha

View ni lah hari-hari saya tengok dari tingkap rumah kami stay tu. Snow tu dan macam sabun.

Kami lunch dengan ikan bilis goreng bawang..hehe. 

Ikan bilis bawang dan sambal tempoyak..nyummeh

Tengok keadaan kami akan menempuhi snowing ketika snowmobile. Saya time tu tak rasa pape pun nak join activity ni sebab my sis offer nak drive. So saya just plan nak snap dan record sana sini time activity tu. Alhamdulillah ahli yang join just 6 orang dan sorang guide. Kami diberi winter suit boleh masuk 2 orang tu. Lama jugak guide tu nak cari yang sesuai untu saya...haha. Akhirnya ada. Very comfortable. Diberi juga glove, boots dan head cover serta helmet. Saya nasihatkan bawa mask sendiri sebab head cover tu akan cover hingga ke hidung..hanya mata kelihatan. Sure dah bekas orang lain kan...haha. Kalau bawa sendiri head cover lagi bagus. Jacket dan boots kita boleh tinggal begitu saja..InsyaAllah tak hilang.

I'm ready...hehehe.

Bermulalah activity yang dinantikan. Kami perlu berjalan ke tempat snowmobile di park. Rupa-rupanya di belakang rumah kami stay tu jer terletaknya snowmobile...hahaha.

My sis inform lah guide tu untuk kami di bahagian belakang takut-takut nanti kami slow tak syok orang belakang kan. Sekali kami kena duduk belakang guide...hahhaha. Sebabnya adalah 2 snowmobile drivernya adalah lelaki. Dia macam nak protect kami lah. Dan dengar briefing dari guide. Dok dengar briefing, bulu mata saya dah mula terbentuk ice...hahaha

Bentuk snowmobile ni adalah di bahagian depan adalah macam ski tu..ada 2 pcs. Yang belakang pulak macam tyre kereta kebal tu. Boleh imagine? Hehe. My sis mula bergerak. Baru 10m dia stop...hahaha. Rupanya dia tak reti nak control. Maybe sebab dia dah lama tak naik motor. Semua orang terpaksa stop lah. Guide tu tanya nak ke dia heret kami dengan sled attached ke snowmobile dia. Then saya offer nak try. Bila try..ok boleh la tahan.

My sis dok puji-puji saya terer bawak snowmobile tu. Apa perasaan saya? Saya tak pernah terlintas naik benda ni...hahaha. Tak pernah berimpi pun. Untuk control snowmobile ni bagi saya agak susah. Saya berpeluh walaupun ketika tu saya buka cover muka helmet tu dan snow menyucuk-nyucuk muka. Tapi saya tak sejuk...hahaha. Kenapa saya buka? Sebab snowing agak heavy dan pandangan saya agak terbatas. Tangan dalam glove pun berpeluh. Bila part corner tu...haaaa...seksa. Memula tu ok lagilah dok turn dan turn. Dan bila sampai satu tahap tangan saya dah longlai dan akhirnya saya terbabas ke timbunan snow yang tebal. Nasib baik snowmobile ni tidak dicipta untuk buatkan kami tergolek hahaha. Dan nasib baik area yang kami lalui bukan bergunung-ganang dan bergaung. Guide tu nampaklah kejadian tu. Dia pun datang untuk tolong. Ahli lain pun terpaksa stop lah. Dia reverse kan snowmobile tu. Untuk button reverse saya nampak dia guna lock untuk buka. Maybe untuk safety lah kut-kut yang naik tertekan. 

Activity ni adalah 2 hours. 2 kali saya tak dapat control dan terbabas. Saya agak ahli group yang lain maybe benganglah. Depa kena paham lah...saya ni kudrat perempuan dan 2 snowmobile lain tu laki yang control. Bukan saja part turn tu susah...part berslope pun tak kurang mengerunkan...hahaha. Bersyukur kami join group ni sebab ada company lain group berganda ramai. Tak salah saya more than 10 snowmobiles. Bagi saya experience snowmobile ni buat saya stress....ahahah. Apa taknya, gerun bila part slope..tangan longlai bila part turn dan lagi stress bila fikir ada 2 snowmobile kat belakang yang entah-entah bengang saya bawa slow. Kalau tahu lah begini keadaannya pasti saya ambil private package...hahahhaa.
 
Ice yang terbentuk di bulu mata saya dah beku...hahaha. Rasa berat jer kelopak mata tu.


Antara view sepanjang activity snowmobile ni



View sepanjang snowmobile ni memang menakjubkan. My sis dekat belakang yang snap semua photo ni. 

Stop kejap sambil minum hot berries.

Kalau ada group snowmobile arah bertentangan, kami atau mereka akan stop bagi laluan. Macam dalam photo ni group kami stop. Time nilah setiap orang termasuk saya akan lambai tangan...hehehe.

Conclusion untuk activity ni..hmmm..enjoy 50% seksa 50% lah...hahaha. Lepas dah siap activity snowmobile kami pun pulang ke rumah nak packing. Disebabkan hazab heret luggage ke atas rumah tu, kami plan nak packing dalam kereta jer...hahaha. Nasib baik kami ada packing cube...mudah lah. My sis kat bawah, saya baling dari balcony packing cube tu. Dengan heavy snownya kami berpacking..hahaha. Sorang guna seat belakang sorang guna bonet. Kemudian saya vacuum satu rumah. Rumah tu kemas seperti asal. Lepas rest kejap dan gunakan moment tu untuk say good bai dekat rumah tu. Sangat best stay dekat situ selama 5 malam. Rasa sedih nak tinggalkan rumah tu. 

Kami perlu return kereta around 7pm. Sebelum tu kami isi minyak dulu. Pump station hanya di simpang jalan. Memang mudah. Agak mencabar untuk my sis drive ketika itu. Jalan ke airport memang tiada street lighting. Tetiba, eh lupa nak buang sampah..hahaha. Sampah kami ikat rapi ada di bahagian seat belakang. Terpaksa patah balik cari tong sampah. 

Snowing agak heavy. Part orang potong atau kenderaan dari jalan bertentangan sungguh menakutkan sebab snow berterbangan hingga menghalang pandangan. Sepanjang perjalanan ada beberapa kereta serta lorry hon. Kami ingat dorang nak potong, so my sis slow lah. Tapi tak potong. Pelik lah kan. Dan bila sampai aiport, dekat parking baru sedar yang kami tak tutup cover petrol tu. Concern betul lah pemandu-pemandu sepanjang jalan tu. Saya agak lebih dari 5 kenderaan nak tolong alert kami tu.

Dah sampai airport, kami drop lah kunci kereta. Sunyi betul airport tu. Kami terpaksa berlama di airport tu sebab flight kami adalah pada pukul 11pm. Saya tak lah bosan sangat sebab ada tamil movie baru di Netflix...hahahaa. Pushpa 2....hahaha. Dah lah movie tu jenis lawan sana sini. best!!!

Beberapa jam berlalu. Hanya kami dalam airport tu. Cafe pun tak bukak. Pekerja airport pun tak nampak. Nasib baik movie tu menarik hingga buatkan saya tak fikir apa sangat....hahaha. Kami cuba nak drop luggage. Makcik yang entertain kami. Bila dah boleh drop luggage tu means kami boleh lah fly malam tu kan. Kemudian nak lalui imigresen. Masih kami berdua jer. Di imigresen sorang ni siap cakap nak random check handbag saya...hahaha. Macam lah ada ramai orang..hahaha.

Dah masuk area boarding tu ada cafe. Pekenalah saya bagel dan coffee sambil layan Pushpa 2. Sesekali saya jengok ke arah imigresen nak tengok kut2 ada penumpang lain. Oh ye ketika tu ada mamat sorang. So kami bertiga lah. 

Dah abis Pushpa 2 saya dok ulang alik ke area imigresen tu...hahaha. Memang sah takde dah orang lain. Bila flight sampai, para penumpang pun keluar. Makcik yang kami drop luggage tu macam tergelak-gelak dengan staff traffic tu. Bila nampak kami sambung gelak sambil cakap kami VIP malam tu sebab kami bertiga dalam flight besar tu....hahahha. Saya agak flight ni macam manapun kena balik ke Helsinki sebab esok nak fly bawak orang dari Helsinki ke Saariselka. Saya agak lah...hahaha.

Kami bertiga bersama cabin krew kalau tak salah saya dalam 5 orang. Disebabkan flight tu kosong, kami kena duduk berasingan dan setiap cabin crew pun duduk merata-rata untuk bagi balance. Dalam flight tu saya tidur jer.

Dah sampai Helsinki airport kami pun ambil luggage dan nak book uber. Bila nak book uber tak tahu pulak gate mana satu. Kami pun tanya dekat sorang mamat ni. Dia cakap jom lah naik dengan dia sebab dia pun uber. Kami macam 50-50 lah. Dia cakap dia nak cash. Then kami pun cakap lah kami hanya ada card. Dia pun pujuk lah yang dia ada machine card tu. Entah kenapa kami berani naik uber dia. Dalam Uber tu saya di seat depan sebab seat belakang ada my sis dan luggage. Banyaklah kami sembang. Muslim rupanya dia. Dari Iran kalau tak salah. Time perang mak ayah dia lari ke Finland. Dia lahir di Finland. Uber tu partime katanya. Dia cikgu ajar agama islam. Sambil drive sambil dia dok check card machine dia. Tengok gaya macam tak function jer machine tu. Dia tak cakap pape.

Tetiba dia turn ke jalan lain. Tak sama route dari waze tu. Saya tak tak sedap hati. Jam dah pukul 1am. Dia stop di depan K Market. Luas area tu. Seluas Lotus. Dia suruh kami guna card kami withdraw cash. Kami cakap tak boleh. Kami tak activate card untuk withdraw duit. Kami dah cakap dari airport lagi kami tak boleh withdraw duit. Akhirnya kami berkeras suruh dia tinggalkan kami kat situ. Rasa takut pun ada. Dia pun agree kami tak nak teruskan dengan dia. Semua luggage dah dikeluarkan. Terus tolak masuk ke building K Market tu. Walaupun dah 1am K Market tu masih buka dan orang pun ada jer keluar masuk. Kami berdua ni berani betul percaya mamat Iran tu. Pengajaran untuk kami lebih berhati-hati. Sebenarnya kami boleh jer withdraw duit, dia macam tak jujur takut pulak nak teruskan.

My sis cuba cari Uber...Alhamdulillah Uber sejenis Mercedes van datang. Perjalanan ke City Box Hotel agak jauh. Saya agak dalam 45 minutes. Rasa lega dengan keadaan bilik kami. Bilik luas dan toilet pun luas. Malam tu kami tidur selepas pekena hot drinks. 

Dari entrance. Kiri tu pintu toilet. Lantai hotel ni texture dia macam netball atau basketball tu.

Cun lah bilik ni, banyak tempat boleh hang baju. Cermin pun besar.

Syukur Alhamdulillah bilik ni best. Nyeyak betul tidur.

Toilet pun bersih

Untuk yang follow kisah saya ni, saya minta maaf sebab slow sikit update. Banyak hal berlaku sebulan dua ni. InsyaAllah saya akan habiskan kisah ni secepatnya. Jumpa lagi...

Bai...

March 19, 2025

Frozen in Arctic (Finland) - Rovaniemi, Sodankyla & Saariselka Part 5

Assalamualaikum..

Bertemu lagi kita. Kisah di Finland ni boleh dikatakan baru separuh ye. Kisah kali ni saya nak sambung moment indah di small cabin. Pagi tu walaupun keadaan masih gelap kami gigih lah explore. Saya pernah cerita dekat ahli keluarga pasal day light bila winter. Then abang saya reply..siang kejap jer pastu asyik tido lah? Hahaha. Then saya jawab, buat macam biasa lah. Pi keja..pi sekolah. Walaupun gelap orang buat macam biasa lah. Tido bila sampai waktunya. 

Sebelum explore tempat tu kami breakfast dulu. Best giler lah pekena americano bersama biskut. Kami duduk di luar cabin tu. Nak gunakan masa yang ada untuk menghayati tempat indah tu. Rasa bersyukur sangat kami ambil keputusan nak ke Rovaniemi ni. Memang dah over budget sehingga menggunakan emergency fund, tapi memories yang tercipta cukup indah sekali. Dan dimasa yang sama saya dapat kongsikan kisah saya kepada pembaca semua. Semoga memberi manfaat.

Ada bangsal tepi cabin kami ni. Selepas pokok tu adalah frozen lake.
Disediakan bench dekat luar cabin ni.
Orang lain masih dibuai mimpi...kami berdua pulak mengopi sambil menghayati keindahan pagi.

 Laluan ni membawa kami ke arah sebuah cabin yang lebih besar...just satu jer kat dalam hutan ni. Saya rasa part of this place jugak kut.

Rasanya minah yang stay sorang-sorang kat sini pun masih tidur.

 Kami just jalan-jalan dalam hutan ni..lagak macam bersnow shoeing lah.
 Pondok kecik tu untuk BBQ.
Building besar sikit tu adalah office dan juga tempat untuk breakfast. Korvalan Kestikievari ni betul-betul tepi main road. Sesekali dengar kenderaan menderu laju disuasana yang tenang.
Ada signboard ke sauna.
Begini rupanya sauna. Saya perasan ada alat bercabel dalam lake tu. Maybe nak jadikan lake part sauna ni tak beku. Dah rendam dalam lake tu terus masuk ke sauna. Begitula stepnya. Ada signboard show depth lake 1m. Agaknya silap rendam ntah-ntah termasuk dalam frozen lake tu..hah..stuck dalam tu...hehe.
Saya cukup syok vacation macam ni. Relax...enjoy view...relax lagi..hehe.
Best moment ni...burung berkicauan..the air very fresh.
Hehe
Time ni dah nampak guest lain bangun. Kami pun nak siap-siap tinggalkan tempa ni...oh so sad
Tengah letak barang baru perasan saya lupa tutup tingkap kereta. Nasib baik snow kan jenis powder, so tak lah basah seat kereta tu.

 Cute pulak warning ni...hehe
Clear sikit nampak lake covered by snow...
Thank you small cabin be part of our journey..our memories...our stories.
Kami meninggalkan tempat ni dengan sejuta senyuman....ha sejuta naaa.
Perjalanan untuk kembali ke Saariselka diteruskan. Tak jemu betul saya dengan view sepanjang jalan walaupun keadaannya sama jer dan warna sama jer...haha
Sesekali jumpa rumah, my sis pun slow lah drive untuk saya snap.
Bus stop comel betul. Ada didepan sebuah rumah...seolah-olah bus stop ni untuk orang rumah tu jer...hahaha.
Suasana nampak berseri walaupun warnanya adalah grey.
So beautiful...colour grey tu macam menyerikan view sepanjang jalan.
 Akhirnya kami sampai di small town...satu-satunya town yang kami jumpa sepanjang perjalanan dari Rovaniemi ke Saariselka. Nama small town ni adalah Sodankyla. Perut kami minta diisi lunch...hehe.
Very small and peaceful small town.
Kami just order satu seafood pizza dan share. MasyaAllah sedap giler pizza ni. Topping pun penuh dengan mussel, prawn kecik, crab dan tuna. Kekeyangan lah kami. Dalam restaurant tu ada 1 table penuh dengan lelaki dalam 6 orang gitu..macam pekerja construction..bagus betul tengok depa. Cakap pun slow tak huhahuha..makan pun penuh sopan sampai tak dengar pisau dan garfu berlaga-laga dengan pinggan. Dah siap makan kemas meja. 
Dah habiskan pizza lebih kurang 24 inch tu, kami round dekat area restaurant. Mata saya meliar lah cari kot-kot ada cafe untuk saya beli latte. Hmm...takde pun. Tetiba saya nampak orang asyik masuk dekat pintu Kahvila Smak tu. Time tu jugak saya google...hahaha. Cantikkkk...cafe rupanya. Terus saya ajak my sis masuk lah.
Excited lah saya...hahaha. Saya tak rasa nak makan cake ke pie ke...saya nak pastries atau roti.
Kena Q sikit time ni. Bila sampai depan counter happy lah saya nampak ni. Bila tanya staff tu iaitu seorang makcik..dia tak paham english. Ada makcik belakang kami tolong translate untuk dia. Saya tanya roti bulat-bulat tu buat dari apa..apa fillingnya. Makcik belakang kami pun tolong lah jadi translator. Roti bulat tu bun biasalah tapi punya sedap. Ada rasa lemon dan sikit rasa cinnamon.
My sis pulak pilih ni. Makcik translator tu puji-puji kami sebab pandai pilih. Semua pilihan kami kata makcik tu adalah traditional food di Finland.  
Kami masih kenyang. So take away jerlah bersama coffee. Dah berapa kali masuk cafe di Finland akhirnya saya faham satu perkara pasal coffee. Jika kita nak black coffee, coffee ni akan tersedia dalam electric pot yang perlu dituang sendiri dan latte mesti di brewed. Masuk jer kereta saya termakan pulak bun tu sampai habis sebab memula rasa lepas tu sedap sangat..terus habiskan..hahah. Jom sambung explore small town ni.
Sled ni bukan saja boleh dijadikan support untuk makcik ni tapinya boleh jugak letak barang shopping
Saya suka sangat small town ni....cute betul rumah depa dah la colour pun menarik hati.
Gara-gara teruja dengan design rumah kat sini saya sampai keluar dari kereta nak snap..dan natijahnya dua-dua kaki saya terjerlus dalam snow tebal. Entah la apa sebabnya..maybe longkang? Frozen longkang? Jangan frozen septic tank sudah....hahaha. Saya termasuk dalam snow tu sampai ke pinggang...jenuh la jerit sambil menyelamatkan diri. My sis sedar keadaan saya tu bila saya dah berjaya keluar...hahaha. Cari pasal betul. Hopefully takde lah orang perasan...hahaha.
Design rumah kat sini very simple but nice.
Putih bak snow...
Ni rumah besar berpagar..
One day saya pun boleh buat rumah cute begini..Aminnnnn.
Baru pukul 1pm...keadaan dah nak macam senja. Tengok weather forecast malam ni langit bakal clear se clearnya...saya dah plan nak ajak my sis ke Top Saariselka untuk tengok aurora.
Jumpa reindeer di tepi jalan. Ohh ye lupa nak cerita..time kami on the way ni kami menyaksikan reindeer mati dilanggar. Kejadian tu macam baru jer berlaku. Driver kereta yang melanggar tu time tu tengah di sisi reindeer yang malang tu. Besar betul reindeer tu..tanduk pun cantik betul. Teringat pula kisah time kami drive di Crotia. Reindeer melintas jalan dengan laju dan hampir nak kena langgar. Fuhh semangat.

Sampai jer rumah di Saariselka..saya terus check nasi dalam rice cooker yang kami masak sebelum gerak ke Rovaniemi..Alhamdulillah elok lagi...hehe. Terus saya buat nasi goreng. Plan asal nak jadikan nasi tu nasi goreng bila day trip dari Rovaniemi..malangnya kena overnight kan. Malang tak malang lah sebenarnya...kenikmatan kut..hehe. 

Inilah dryer yang saya cerita dalam kisah sebelum ni. Dijadikan cerita saya basuh long john saya. Apa lagi....sejuk ngeletar lah atas Top Saariselka tu.

Dah settle nasi goreng yang kononnya nak makan sambil tunggu aurora..kami pun keluar dari rumah dan bergerak ke arah Top Saaariselka. Instinct saya mengatakan aurora akan muncul di sana. My sis berani drive sampai ke puncak...dia cakap tak licin. Tunggu lah kami. Tetiba tempat tu sunyi. Cafe pun tetiba tutup dan kereta yang ada semua turun. Sunyi sepi...gerun lah pulak...hahaha. My sis pun turun ke area bawah sikit yang tak jauh sangat dari resort. Saya ok sikit.  

Tunggu kejap jer tetiba dah nampak kelibat aurora. Bintang-binting yang bemerlapan cukup indah.
Boleh imagine keindahan bintang-bintang yang bertaburan dekat sini?? MasyaAllah tak tercerita indahnya. Aurora ni setiap saat berubah-rubah warna dan bentuk. Saya menangis kesyukuran.
Tempat tu tetiba jadi meriah dengan kedatangan beberapa orang. Saya agak guest resort kat situ. Kami di approach oleh seorang akak dari Switzerland. Dia show photo kami yang dia snap. Cun lah photo tu. Terus dia airdrop ke phone my sis.

Saya time ni sejuk menggeletar sebab tak pakai long john. Gedik gi basuh...hahaha. Kereta tu pulak kalau start engine akan keluar sekali lampu. Tak best lah effect photo terhasil nanti. Menahan lah sejuk saya..haha. Lepas dah puas layan aurora, kami bergerak balik. Nasi goreng pun tak rasa nak makan lagi...pekena pizza sampai kekeyangan kami..haha.
Dah sampai rumah tengok tingkap macam amat dasyat cloudy. Entah kenapa instinct saya mengatakan aurora akan muncul lagi malam tu. Tak puas-puas ni..haha. Saya asyik lah jengok tingkap. My sis dah tired lah malam tu sebab drive seharian dan ditambah naik lagi ke Top Saariselka tu. Dia asyik offer untuk kami keluar malam tu. Saya macam kesian dia lah. Lagi kesian kalau aurora tak muncul nanti. So saya cuba tenangkan hati saya sendiri.
Entah berapa ribu kali menjengok tingkap finally muncullah aurora ni. So strong!!! Terus saya menjerit dan my sis bukannya nak datang tengok...dia kalut pakai jacket untuk kami keluar dari rumah tu.
MasyaAllah the color is so beautiful. Impian saya nak tengok aurora dri accommodation saya stay finally came true. Saya layan this maricle with my full heart. Allah's power is beyond our imagination.
Aurora ni takkan bertahan lama..slowly saya menyaksikan dia berlalu pergi dan terus hilang. My sis dan standby nak keluar. Saya cepat jer bersiap...hehe.
Tengah nak turun tangga..MasyaAllah muncul pula di sini.
Tak berapa nak clear dekat sini. Ni tak jauh dari rumah kami stay tu.
Jumpa pulak di tengah-tengah small town Saariselka ni. So beautiful. Ada sorang mamat China atau Korean join kami. Time ni dah tengah malam. Ada jer orang berkeliaran di mana saja.
Area yang tadinya tak berapa clear dah makin clear. My sis sabar jer ikut saya nak kemana...haha. 
Ni area belakang rumah kami stay tu. I'm so excited. Sebenarnya saya just pakai 1 layer jacket. Seriously saya tak sejuk..hahah. Excited adalah saya perasaan yang akan membuatkan kita active dan berpeluh sehingga kekadang lupa diri....hahaha.
Bukan berdua jer ada kat sini...akak-akak entah dari negara mana pun ada jugak. Depa pun sama excited macam kami...hahaha.
Esok kami bakal tinggalkan Saariselka. Alhamdulillah kami berkesempatan aurora hunting walaupun hanya di small town yang cukup indah ni. Thank you Allah for all the nikmat dan hikmah.
Untuk kali terakhir kami pergi lagi area nak ke aurora hut tu. Beberapa orang yang keluar dari hutan tu saya interview untuk kali terakhir. Salah sorangnya saya agak dari UK..dia macam frust sebab nampak hijau jer. Isk..dasar tak bersyukur...hahaha. Then saya pun cakap lah..tadi kita orang ke Top Saariselka...nampak colourful...hehe.
 
Sampai di sini dulu perkongsian saya. Jumpa lagi di next chapter untuk saat-saat terakhir kami di Saariselka. Walaupun nak berakhir di Saariselka ni...kami still experience satu activity amat dasyat..hahaha. Stay tune ya!!
 
Bai..