Showing posts with label Croatia. Show all posts
Showing posts with label Croatia. Show all posts

July 30, 2018

Balkan Trip - (Croatia - Zagreb) Last Part

Assalamualaikum..

Lama pulak saya biarkan blog ni tanpa new entry. Jom kita sambung...

Selepas dah puas spend masa di Rastoke, kami bergerak untuk kembali ke airport. Car rental perlu dipulangkan sebelum pukul 3.30pm. Sebenarnya my sis terlanggar road kerb sikit..ada calar sikit kat bumper. Dan time return kereta tu, takde pulak orang car rental tu check kereta....syukur. Oh ye..disebabkan kami ambil kereta dalam keadaan full tank, kena lah top up full tank juga. Style pump petrol tak sama macam kita kat sini tau. Kita perlu pump dulu then baru gi bayar. Staff petrol pump tu pulak tahu kami ni drive car rental, dia lah guide kami.

Bila dah settle hal memulangkan car rental, kami mencari shuttle bus untuk ke Zagreb City. Shuttle bus ni betul-betul depan airport main entrance. Nasib kami baik time tu sebab bus tu hampir nak tinggalkan airport. Boleh terus bayar kat driver. Fare adalah 30 kuna. Dalam 1 hour jugaklah nak sampai city. 


Timetable ni saya snap time sampai kat bus station Zagreb City.


Tercangak-cangak lah jugak mulanya..driver shuttle bus tu tunjukkan arah untuk kami naik tram. Tujuan kami ketika itu adalah untuk ke Apartment Cilindar. Baru jer nak kenal system transport dorang ni, so memang blur habis lah. Bila sampai tram station yang just bersebelahan bus station tu, my sis tanya kat sorang driver tram ni..yes, itulah tram yang bakal kami naik. Disebabkan time tu adalah peak hour, memang penuh lah tram tu. Kami dengan luggage lagi...memang jenuh gak lah. Syukur ada sorang mamat Croatia ni bangun dan bagi saya duduk..hehehe. Maybe tengok saya tak selesa berdiri dengan luggage asyik tak duduk diam..hehehe.

Dah sampai tempat yang di mana terletaknya apartment kami, kami pun turun dari tram. Meriah betul area tu..macam satu dataran. Manusiapun ramai. Lampu-lampu menarik sempena New Year dan Christmas celebration masih memenuhi jalan raya dan bangunan. Berpandukan google map kami dapat mencari arah ke hotel dengan mudahnya.

Taraaa...inilah accommodation paling selesa sepanjang trip Balkan kami...jom tengok bahagian dalam pulak...



Antara yang best kat bilik kami ni...kami boleh masakkkk!!!



 
Toilet pun sangat bersih

Luas betul bilik ni..tak yah nak rebut2 ruang letak luggage...hehhee. Siap ada wardrobe.



Punya selesanya katil ni sampai susah nak bangun...hahahaha


Lepas dah mandi semua...kami decide nak jalan-jalan area berdekatan sambil cari dinner. Sebenarnya kami tak berapa study pasal Zagreb. Tujuan utama port kat Zagreb adalah persinggahan untuk naik flight balik semula ke Istanbul. Kami ambil kesempatan di Zagreb just untuk rehatkan badan yang non-stop traveling dan juga sightseeing.




Central square in Zagreb...meriah betul tempat ni. Hanya tram dibenarkan lalu di jalan utama central square in.



 
Kemeriahan new year masih bersisa...kami decide nak masuk supermarket jer...beli roti dan salad. Agak susah nak cari makanan untuk di makan di Zagreb ni. Nak cari restaurant halal lagi lah susah. Memang tak ramai orang islam di Croatia.



 
Hasil kami bershopping..syukur



 
Apartment ni memang menyediakan peralatan memasak. Saya hanya guna dapur jer..semua peralatan memasak saya guna yang sendiri punya.



 
Taraaa...our dinner. Syukur..kekenyangan kami malam tu. Walaupun sudah lewat malam..kemeriahan deretan pub di luar bilik langsung tak dengar bising. Sound proof apartment kami stay tu memang terbaik!!!



View di luar bilik di waktu pagi. Activity kami bermula selepas breakfast roti dan scramble egg. Kami just plan nak round area berdekatan jer.



 
Central Square...



Cuaca agak gloomy that day. Jom cari open market!!! Just nak cuci mata jer...



 
Kami just berjalan 2 minit untuk sampai ke open market ni. Pelbagai buah-buahan serta sayur di jual. Untuk barang basah pulak..di jual di dalam building tertutup.




Syok jugak tengok sayur dan buah yang belum pernah tengok...menarik.



 
Kedai souvenir pun tak jauh dari open market tu. Susah betul nak cari fridge magnet tanpa ada gambar church.



Church ni antara attraction di Zagreb



 
Jalan yang hanya dikhaskan untuk tram..kami jalan-jalan tanpa arah untuk menghayati suasana bandar di Zagreb. Sambil-sambil tu saya tercari-cari cafe untuk minum coffee...tapi satupun tak sesuai nak masuk...



 
Tram ni macam dah uzur..hehehe.



My sis ajak try Zagreb Funicular. Sepanjang nak ke situ saya tercari-cari kat manalah bukit atau gunung..yela..kalau ada funicular pastilah nak naik ke tempat tinggi. Memang takde langsung rupa tempat tinggi area berdekatan. Bila jer sampai tempat yang dituju...tu ha belakang saya tu....tulah funicular..wakakakaka. Rasa kelakar giler..rendah jer. Naik tangga pun boleh sampai.



Jom naikkkk!!!



 
Kami bersama satu family mat salleh naik funicular ni..kejap jer...beberapa saat..hahahaha.



 
 View of Zagreb



 
Takdelah tinggi sangat pun...hahahha



Ada banyak museum atas tu..malas lah nak masuk. So lagi sekali kami berjalan tanpa arah tuju



Stop kejap kat taman yang apa ntah namanya...



Kemudian kami terjumpa pulak sebuah kedai runcit menarik ni...tak sangka betul ada jual maggie dari Thailand..siap ada logo halal. Disebabkan kami tak bawa langsung maggie..so terus jer beli maggie tu dan balik ke apartment untuk masak.


Macam takde apa sangat nak explore Zagreb ni..patutnya that day kami buat jer day trip ke Slovenia...sikit kekesalan di situ. Lepas kami makan maggie, kami hanya lepak dalam bilik hingga ke petang. Disebabkan kami langsung tak merasa makan apa-apa di cafe kat Zagreb ni..kami plan nak keluar minum petang..masih nak cuba nasib mencari cafe yang sesuai.



 
Nasib baik kami keluar petang tu. Rupa-rupanya masih ada tempat belum kami explore. Deretan building di jalan agak curam ni sangat menarik.




Bila berjalan makin ke atas..rupa-rupanya jalan ni menuju ke bukit tak berapa tinggi tadi yang ada funicular tu.



Akhirnya kami jumpa juga cafe yang sesuai. Ada cafe menjual fries dan sebelah tu bakery cafe. Kami beli fries dan menuju ke bakery sebelah. My sis hantu fries..memang syok lah dia


Saya ada perasan sorang customer ni tengah menikmati dessert ni dalam sebuah cafe mewah time jalan-jalan pagi tu. Teringin lah saya...akhirnya ada jual di bakery tu..terus saya order. Hahahaha. Pastry tu layer dengan custard cream...sedap sangat!!!


Zoom sikit..hehehe 



Dapat free croissant



Lepas dah makan..kami just shopping untuk habiskan duit. Kemudiannya kami balik ke apartment untuk mengemas luggage. Esok merupakan journey kami untuk kembali ke Istanbul. My sis suruh staff apartment tersebut bookkan cab untuk ke airport esok tu. Disebabkan flight kami pukul 9am, kami perlu keluar sekurang-kurangnya pukul 6am. Macam leceh pulak nak naik bus. Staff apartment tu cakap, kami just tunggu depan church yang besar tu..cab akan ambik kami.

Cerita keesokkan hari pulak. Terkedek-kedek lah kami berdua keluar meninggalkan Cilindar Apartment dalam kesejukan. Nasib baik peniaga market dah ramai time tu...so tak sunyi sangat lah. Kami pun tunggu lah cab yang dijanjikan tu..tunggu punya lah tunggu..tak datang-datang. Peluh panik mula muncul setitik dua. Nak ke station bus memang dah tak sempat. Setengah jam jugaklah kami berdiri...syukur sangat bila sebuah cab ni baru drop penumpang area berdekatan. Dan bersyukur sangat driver tu boleh hantar kami. Paling kami syukur...takde pulak dia nak scam ke apa..memang kami bayar ikut meter.



Kali kedua berada di Zagreb International Airport...



 
Pertama kali naik Turkish Airlines, kami dapat sandwich. Kali ni flight waktu pagi...dapat breakfast yang sedap. Saya paling suka bun atas flight...kena pulak suam2...siap tak malu minta dua pastu cilok yg my sis punya jugak..hehehhe.



Bai Croatia...walaupun kami meninggalkan bumi Croatia, pengalaman berharga kami bawak balik...

Nantikan kisah di persinggahan terakhir kami sebelum balik Malaysia..see u

May 5, 2018

Balkan Trip - (Croatia - Journey to Plitvice & Rastoke) Part 4

Assalamualaikum..


Masih lagi bertahan untuk menyambung entry...hehehe. InsyaAllah belum bosan lagi untuk share kisah sepanjang trip. Bagi yang sabar menunggu sambungan seterusnya kisah Balkan ni...syabas saya ucapkan. Untuk entry kali ni...seharian kami di Plitvice memberi pengalaman indah, suspense, amazing, awesome dan banyak lagi..hehehe...poyonya.

Sebenarnya untuk ke Plitvice National Park (the largest national park in Croatia) boleh jer naik bus dari Zagreb. Tapi kami sesaja memilih untuk drive dan stay 1 nite area Slunj. Ada accommodation yang lebih dekat dengan national park yang bakal kami terjah itu..malangnya tempat tu sangat terpencil dan bahaya untuk kami yang sampai pada waktu yang dah gelap. 

Pagi tu kami berkemas-kemas nak keluar dari  Rooms Jana . Owner  Rooms Jana ni dah inform kami time check-in tu yang dia takde time kami nak check-out tu sebab dia gi kerja. Saya cepat-cepat bersiap sebab tak sabar nak tengok keadaan keliling. Saya keluar sorang-sorang sambil my sis bersiap tu. Saya masih ingat yang suhu pagi tu 0 degree calcius. 



 
 View pagi di luar jendela...rumah yg sebelah tu pun jenis macam Rooms Jana jugak.


Saya tahu pasal Plitvice ni dari my sis..kemudian saya baru teringat yang rakan IG saya pernah ke sana. Dia stayed di perkampungan yang dikenali sebagai Rastoke Village. Rastoke ni terkenal dengan perkampungan waterfall. Hotel yang dia stayedpun di bawah lantai ada waterfall yang mengalir. Mulanya saya request kat my sis nak duduk area kampung tu...malangnya ada hotel yang tak available dan juga mahal. Akhirnya kami pilih Rooms Jana yang tak jauh dari kampung tu. Lagipun nak stay untuk tidur jer..takyah lah mahal-mahal sangat..yang penting selesa dan selamat.

Bestnya suasana pagi... Rooms Jana ni dekat betul dengan hutan. Guess what?? Saya jumpa dua ekor rusa tengah meragut rumput. So cute. Bila rusa-rusa tu sedar kehadiran saya walaupun kedudukan saya jauh dalam 300m gitu, rusa-rusa tu stop meragut dan memandang arah saya. Bila saya gerak setapak dua, merekapun berlari kejap dan stop pandang saya lagi. Bila saya bergerak lagi, terus mereka berlari masuk hutan. Wahh...best la. Hehehe. Jangan harimau sudah keluar..hehehe.



 Dekat belukar tu lah saya jumpa rusa..maybe dalam hutan semua rumput dah takde yang hijau, sebab tu rusa-rusa tu keluar makan area sini kut..saya agak lah..hehehe



Rooms Jana  dari luar



Bila my sis dih siap...kami memulakan exploration kami di Plitvice National Park. Ada apa di sana?? Di Plitvice National Park kita boleh saksikan keindahan waterfall yang sungguh menakjubkan. Takpe...takpe..sabar dulu...kita cerita step by step...hehehe. Dari Rooms Jana , perjalanan dalam half and hour diperlukan untuk sampai Plitvice tu. Memula tu saya frust sebab takde snow. Sebenarnya ada hikmahnya...1st, jalan tak licin...2nd, kesejukan tanpa snow pun begitu teruk sampaikan kami tak tahan, bayangkan kalau ada snow. Ikut weather forecast, that day akan snowing waktu petang. Means, sempatlah kami tinggalkan Plitvice.



 Di sepanjang jalan, banyak betul accommodation yang di panggil Rooms bla bla. Mesti bila summer tempat ni penuh dengan pengunjung sebab banyak activity lasak seperti hiking & jungle tracking boleh dibuat.


 Dah agak2 nak sampai


Saya dapat info, bila winter..hanya Entrance 1 dibuka. Waze boleh cari entrance 1 tu katner..don't worry. Ada beza ke Entrance 1 & 2. Tak salah saya, entrance 1 boleh terus sampai ke waterfall dan Entrance 2 tu boleh sampai ke lake.

Bila dah sampai di entrance 1, aduhhh...sejuk sampai ke otak. Camner nak jalan-jalan area national park tu?? Keadaan tempat tu memang hutan lah keliling. Ada 1 bus pelancong dari China dah habis explore tempat tu..fuhh awal betul dorang. Time tu tak salah saya dalam pukul 9am. Ingat ka kami dah awal sangat dah...dorang tu sampai dah siap explore dan nak balik dah.



 
Taraaa....sampai sudah!!!

 Jom masuk....

Jangan nak harap ada cafe ke apa ye...kami berdua langsung tak breakfast...sedihh!!! Bila dah beli entrance ticket, bermula cabaran nak turun ke waterfall.



Kami memilih laluan A sebab yang paling pendek...hehehe. Pilih yang ikut kemampuan!!!



 
Tak jauh dari ticket entrance tadi...wahhh...terus boleh nampak view waterfall. Ginilah warnanya kalau datang waktu winter..hehehe. Macam gambar hitam putih kan. Kalau nakkan warna alam lagi cantik..kenalah datang waktu spring atau summer. Tapi paham-paham lah waktu gitu...sure crowded.



 
Titisan embun membentuk ice


Baru nak start explore...henpon asyik hang. Tak tahan sejuk katanya...apa punya Apple..hahaha. Jom turun bawah!!!



 
Laluan begini disediakan sepanjang jalan kita nak turun bukit ke waterfall. Lebih kurang 4-5 tingkat jugaklah nak turun ke bawah tu.



Makin nak dekat ke bawah...lagi jelas kelihatan air yang kehijuan...cantik sangat!!!



Bila dah sampai bawah...aduhaiii...jernihnya air.



Jernihnya air sampai boleh nampak dasar.




 Laluan ini memudahkan pengunjung untuk explore tempat ini. Cumanya kena hati-hatilah takut jatuh dalam air. Kekadang terasa seram tengok belukar di tepi-tepi laluan kayu ni...takut ular yang keluar..hehehe



 Jom ikut laluan A



 
Untuk ke waterfall yang tinggi giler tu...perlulah melalui laluan ini..bunyi waterfall sungguh mengasyikkan.




Nasib baik bila laluan yang agak becerun disediakan railing...rasalah selamat sikit.



Taraaaa....akhirnya sampai jua di waterfall yang tinggi sungguh nih..Subhanallah...menakjubkan betul ciptaan Allah SWT.



Curahan waterfall ni kuat betul...



Walaupun saya duduk agak jauh dari waterfall ni, percikan air terkena saya...sejuknya memang tak dapat nak gambarkan. Henpon saya 100% tak boleh on..dia lagi tak tahan sejuk dari saya...hahhahh. Ngam-ngam saya setel bergambar kat waterfall ni...satu group tourist dari Korea datang..ramai giler. Cepat-cepat kami berlalu dari situ.



Kami mengahala ke arah lake yang tenang...asyik betul tengok view kat sini...tak jemu. My sis berbungkus..just nampak mata jer..hahaha. Saya cakap kat dia...jalan sikit jer lagi..pastu jom dah boleh beredar dari national park tu. Bertahan lah dia demi saya...hehehe.



Selepas sampai area ni...sayapun cakap kat my sis..jom lah kita ke next destination..sayapun dah tak tahan sejuk sebenarnya...hehehe.



Wild fruits 


Kami meniggalkann Plitvice National Park setelah lebih kurang sejam lebih explore tempat tu. Jika tidak disebabkan sejuk yang melampau...maybe kami masih lama di situ. Lega giler dapat duduk dalam kereta...bagi cair balik otak yang hampir beku..hehehe. Kami bergerak patah balik ke arah Slunj. Tujuan kami adalah untuk singgah sekejap di Rastoke Village yang saya teringin sangat nak pergi tu. Macam di Malaysia...sesetengah jalan ada papan tanda lembu melintas...di Australia pulak ada papan tanda kangaroo melintas. Jika di Plitvice ni...ada papan tanda rusa melintas. Di sepanjang jalan yang kiri dan kanannya tiada langsung pagar..memang boleh terjumpa rusa melintas. Terjadi kepada kami...my sis nyaris nak melanggar seekor rusa yang laju melintas. Berderau darah kami berdua time tu. Nasib baik my sis sempat brake dan tiada kereta di belakang...fuhhh...syukur Ya Allah. Start dari saat tu my sis just drive 60km/jam jer. Suspense betul...tugas saya sepanjang jalan memerhati kalau-kalau rusa lain pulak nak melintas..haishh.

Kami singgah kejap di tourist information tak jauh dari main road...staff dari tourist information explain la kat saya nak park kat mana.  Bila kami tiba di Rastoke Village...suasana totally berkabus. Oh ye...perlu bayar parking yee...mesti sediakan syiling. Dan masalah kami time tu tak tahu nak guna machine parking tu..sebab semuanya dalam bahasa Croatia. Kemudian sampai pula couple dari China...dorang sama-samalah godek-godek machine parking tu. Kami berempat blur lah nak guna machine tu. Nasib baik ada sorang pakcik yang maybe stay area Rastoke Village tu lalu...dialah ajar kami berempat. Akhirnya berjaya bayar parking.



Tak nampak rupa kampung dahh...hahahha.




Boleh lah sikit-sikit nampak waterfall yang melalui bawah-bawah rumah...



Keadaan Rastoke Village dari parking...jom masuk dalam kampung



Sunyi betul kampung ni...jangan zombi keluar sudah...hahahaha



kampung ni dikelilingi oleh sungai dan waterfall...menakjubkan betul



Saya rasa banyak accommodation dalam village ni ditutup akibat winter season sebab tak banyak pengunjung

Kami tercari-cari manalah restaurant yang jual ikan trout bakar...kebetulan kami jumpa sorang mamat ni...diapun bagitau lah kat mana restaurant tu...dia jugak recommend kami try pizza di restaurant berhampiran. Kami lagi berminat nak makan ikan trout...so kami berjalanlah ke arah restaurant tu.



Excited giler lah jumpa restaurant ikan trout tu...hehehe. Saya paling jalan depan sebab tak sabar..hahaha


Lagi excited tengok restaurant ni comel jer dan ada sungai kecil dikelilingnya. Tapi sunyi pulak...macam tak bukak pun ada.

Tetiba saya baru perasaan seekor anjing sedar kehadiran saya...terus lah dia follow saya. Saya macam nak luruh jantung..takde lah anjing tu setinggi pinggang...setinggi lutut jer..tapi dia masih anjing dan saya takut akannya....huarggggghhh. Saya jalan dengan laju ke arah my sis dan bagitau dia anjing ikut..dia cakap jangan lari. Dia boleh nak selamatkan saya, dia gi panggil anjing tu macam panggil kucing. Peluh jantan betina semua mula keluar...anjing tu dah follow my sis pulak. My sis suruh saya jalan slow...sambil-sambil tu saya kutip seketul batu. Haishhh besar jugak batu saya kutip tu...kalau baling kat anjing tu..ntah-ntah pitam. Syukur kehadrat Ilahi...Allah menghantar pertolongan dengan couple warga emas. Slowly kami berjalan ke arah mereka yang leka bergambar. Anjing tu tak bertindak ganas pun...tapiiii dia masih anjing...binatang paling saya fobia. 

Bila kami mendekati couple tu...anjing tu beralih arah mendekati mereka pulak. Dihidu-hidunya handbag makcik tu. Apa lagi...berlari lah kami..semput tau!!! Dah lah jalan berbukit. Dan anjing tu tetiba nampak kami lari...dia berlari-lari nak ikut kami. Dia agak ketinggalan...kami sempat masuk dalam restaurant pizza yang di recommend oleh mamat tu tadi. Macam nak putus nyawa berlari...nasib baik anjing...bukan zombi...hahahhaa. Saya rasa anjing tu lapar...maybe owner dia tak bagi makan. Eh....cerita dah macam cerpen pulak...hehe. Dah terlanjur sampai restaurant tu..kami decide makan kat situ jer lah.



 
Mamat tu ada recommend lasagna...sayapun try lah order veggies lasagna dan my sis order tuna pizza. 



Keadaan dalam restaurant



Taraaaa..my lasagna..tak muak...tapi terlalu banyak..tak mampu saya habiskan



Pizza tuna my sis pun sedapp..besar pulak tu



Bila kami keluar dari restaurant..kabus tadi menghilang...jelas sikit rupa Rastoke Village ni.



Sekitar Rastoke Village



Kami meninggalkan Rastoke Village dengan kekenyangan



Keadaan tadinya yang berkabus sudah mula hilang...



Rastoke Village...inilah tempat yang mana ada kisah kami dan juga si anjing...hehehe



Love this view



Good bye Plitvice..Slunj dan juga Rastoke Village..i enjoyed every moment here..the memories i will never forget..InsyaAllah.

Ok pembaca semua...jumpa lagi in next entry. Saya kan kongsi kisah saya di Zagreb pulak.