Assalamualaikum..
Kisah Xi'an berakhir di post yang ni ye. Rasa macam tak puas pulak trip kali ni. Saya suka trip ni sebab relax jer..hahaha. Mission kami that day adalah nak explore dalam city jer.

Last day di Xi'an barulah nampak langit cerah sikit.
Jom kita pi Giant Wild Goose Pagoda
Tak berapa ramai orang. Saya suka suhu di Xi'an..sejuk yang menyamankan.
Metal statues di laluan ke entrance pagoda.
Jom beli ticket.
Pagoda yang berusia seribu lebih tahun.
Map area ni
Tempat ni relax lah..boleh tengok pelbagai landscapes menarik
Pond ni nampak biasa ja kan? Jom tengok in details.
So cute
Also cute
Wahh
Saper suka ootd, cun lah bergambar area ni.
Sisa snow menjadi ice
Ada loceng setiap level dan bucu..asyik pulak mendengar bunyi loceng tu.
Very simple and neat architecture.
So, berakhir sudah activity pusing-pusing Giant Wild Goose Pagoda. Jom ke tempat seterusnya.
Ada mall tak jauh dari Giant Wild Goose Pagoda. Just cross jalan. Pekena ice cream dulu lah.
Dah settle ice cream, kami ke Tang Paradise Theme Park pulak. Kami patut datang waktu malam lah. Banyak betul deco untuk lighting.
Waktu malam sure lawa sangat.
Macam kami berdua dan 2-3 orang lagi jer explore tempat ni..hahaha. So, jadi tenang lah.
Gold dragons
Jom tengok ada apa sini.
Ohh black swan. Ini second time saya tengok black swan. First time adalah di Perth.
Kami lepak lunjur kaki dekat tasik ni. Tenang.
Agak mahal lah entrance tempat ni. Lupa pulak saya berapa hahaha. Jom ke activity paling menarik...street foods..hahaha.
Depa ni jual ayam goreng dengan kepada ayam masih ada dan kuku ayam pun tak potong...hahaha.
Itik gantung
Roti ni saya pernah makan di Shenzhen. Agak keras lah.
Masjid di celahan street foods.
Penggiling cili gergasi
Kami kelaparan nasi. Macam susah betul nak cari nasi..hahaha. Kami lalu restaurant dimsum yang kami masuk first day time di Xi'an. Asalnya kami paham ada nasi, tup tup salah paham rupanya. Saya rasa nak try lah best seller depa.
Kami order 1 jer. Memang patut satu sebab portion besar.
Kami dapat free pickle..omg so crunchy. Oh ya, saya baru terbeli winter jacket baru..hahaha. Ada kedai murah time mula-mula nak masuk area street foods. Saya perasan la 2-3 orang pekerja dalam restaurant asyik pandang kami dan cakap-cakap sesama depa. Tup tup..
Salah sorang dari depa mai, rupa-rupanya dia nak tunjuk kehebatan makanan kami order tu...hahaha. Memang hebat. Dia kepit angkat tinggi-tinggi..fuyoo fuyoo lah saya...hahaha.
Akhirnya expert lah kepit tinggi-tinggi gini. Boleh puji lah mee ni..hahaha. Keadaan mee ni macam boleh tarik hingga ke kedai sebelah...eh.
Dengan ini berakhirlah kisah di Xi'an. Compare Xi'an dan Beijing, i love Xi'an more. Bonus datang Xi'an ni adalah snowing. Saya langsung tak terfikir Xi'an snowing. Snowing buatkan Xi'an more beautiful city. The street foods..saya suka tersangat. Rasanya lebih 3 atau 4 kali kami terjah tempat tu...hahaha. Impian saya, nak terjah lagi mana-mana city in China yang saya belum pernah pergi. Rasanya 3 China trips bersamaan 1 Europe trip. Suasana China pun ok la. Papepun ada beberapa tempat lagi di Europe saya teringin nak pergi. Yang pastinya, setiap trip menarik jika travel bubby kita is the best. My sis is the best travel buddy..forever and ever.
InsyaAllah, lepas ni saya nak share kisah di dalam Malaysia pulak.
Bai...






































































