Assalamualaikum..
Tibalah masa untuk kisah ke 3rd land iaitu England...hehe. Kami bakal explore beberapa tempat sekitar England..especially countryside dan small town. Inilah moment yang paling saya tunggu-tunggu sekian tahun.
Pagi tu saya request dekat my sis nak breakfast di cafe...Black Sheep Coffee. Ketika keluar dari hotel, hujan renyai-renyai disertai angin. Teringat payung yang belum lagi dirasmi...so bukaklah payung sambil heret luggage. Baru 3-4 langkah, eeeiii susahlah payung-payung ni. Akhirnya tukar fikiran untuk tidak berpayung. Alaaaa hujan pun bukan lebat...hahaha.
|
Trip kali ni tanpa saya sedar 2-3 kali jugak makan almond croissant. |
Kedudukan train station adalah opposite Black Sheep Coffee ni. Best lah breakfast sambil layan orang lalu lalang depan cafe. Disebabkan kami dah familiar dengan train station tu, mudah lah memilih entrance. Kalau pandai, carilah lift yang terus ngam sampai ke train station tanpa perlu melalui kedai-kedai dan escalator. Dari Black Sheep Coffee...cross jalan..nampak escalator ke underground...jeling jer jangan turun ikut situ. Straight lagi. Akan nampak lift seperti yang expose on the ground. Can imagine? Lift tu hanya boleh ke underground dan mustahil ke upper floor..hahahaha. Kena sampai awal sebab platform no. kena check dekat timetable board. Macam kami nasib baik awal, sebabnya platform agak jauh kedudukannya.
|
Seat kami berada lebih kurang di penghujung gerabak. Mudah lah nak monitor luggage.
|
Bergeraklah train tu towards London Cross Station dan kami akan stop di York train station. Ikut planning kami, di York train station kami akan mengheret luggage hingga ke Enterprise car rental company. Kami tak nak terikat dengan apa-apa commitment sewa kereta in advance. Yelah...sebab tak sure lagi nak spend berapa lama di Edinburgh. Bila dah puas baru nak gerak ke York. Risky kan?? Memang pun...hahaha. Jom baca kisah suspense kami....hehe.
View sepanjang perjalanan memang lawa. Ada juga lalu area bersnow. Kemudian padang ragut seluas-luasnya. Tidak lupa juga area pantai. Maybe ketika tu angin kuat, saya menyaksikan ombak tinggi menghempas pantai. Nasib baik rail train tu jauh dari pantai. Bila train ni melalui New Castle city, boleh lah juga jamu mata tengok kehebatan bridge dekat situ.
|
Ketika melalui bridge. Nampak macam castle kat hujung sana. |
|
Disepanjang perjalanan kami ditemani hujan. Tapi itu penghalang untuk saya tidak snap photo.
|
Sampailah kami di York train station. Wow...so antik lah train station ni. Baru jer beberapa langkah di train station tu, terus saya cakap kat my sis, kita naik cab lah...hahaha. Macam tak confident lah saya nak tarik luggage. Tak besar mana train station tu, comel jer. Keluar jer terus ada cab. Tak sempat nak cakap mana kami nak pergi terus diangkatnya luggage kami letak dalam bonet...hahahaha.
|
Perjalanan dari Edinburgh ke York lebih kurang 3 hours |
|
So antic. |
|
Station yang bagi saya agak bertenang keadaannya.
|
|
Ayuh kita |
Alahai, tak sampai 5 minit dah sampai Enterprise Car Rental tu...hahaha. 5 GBP tambang cab. Ohh ye..sejak dari Iceland hingga ke saat itu, tiada cash yang kami guna. Semua urusan menggunakan debit card termasuk bayar cab. Dan macam biasalah..my sis akan uruskan semua transaction.
Bermulalah urusan menyewa kereta. Si Tom yang entertain tu very helpful lah. Ada bad news...takde kereta available untuk kami. Tapi bukannya takde langsung, esok pagi baru customer return. Si Tom ni try the best lah nak bagi kami kereta, sampaikan nak bagi dulu manual car then esok tukar automatic. Dan lagi sekali malang takde juga kereta yang available untuk hari itu.
|
Di luar perkarangan Enterprise car rental |
My sis settlekan booking untuk kereta esok. Tapi belum buat apa-apa payment. Just serahkan lesen dan passport untuk dia scan. My sis decide ambil full insurance coverage. Harga tak jauh beza kalau kami book online. Dah settle semua, kami keluar dari office tu menghala ke bus stop. Nak pergi mana tu?? Hahaha. Kami belum book apa-apa hotel. At the same time lah my sis check harga Travelodge hotel yang berdekatan York. Papp...terus dibook dan saya pulak terus bagi idea naik cab jer...haha. Nasib baik ada cab lalu tak berapa lama lepas tu. Agak risau sebenarnya takut takde cab sebab area tu macam kawasan perumahan.
|
Around 5 minit kemudian kami sampai di depan Travelodge. Excited lah tengok environment situ. Baru 12pm, perut dah minta diisi. My sis uruskan hal check-in. Eh semua my sis semua my sis...saya buat apa? Hahaha. Check-in adalah 3pm, untuk earlier check-in perlu additional 10GBP. Hentam sajalah labu. Saya suruh my sis mintak bilik cun yang nampak city view. Staff tu cakap memang dia bagi special room untuk kami....hehe. |
|
Memang cun lah bilik kami dapat. Dari tingkap boleh terus nampak main road dan deretan building. |
|
Perfect lah bilik ni. |
|
No bathtub...perfect!! |
|
Masuk jer bilik, terus my sis keluarkan segala perkakas masak. Saya mulalah masak nasi. Risau pula tengok warning suruh tutup pintu toilet kalau mandi sebab takut wap shower menyebabkan fire alarm berbunyi. Terpaksalah buka tingkap dan letak rice cooker begini...hehehe. |
|
View dari luar...senget benget building ni...hahaha. |
Now...time to explore York. Can't believe it..attraction places tak jauh pun dari hotel. Kami perlu berjalan sikit jer. Syukur Alhamdulillah. Time tu hujan renyai-renyai dan kadang-kadang macam gerimis. Sejuk pun sedap badan merasa. Perut pun dah kenyang.
|
Deretan building depan Travelodge. |
|
Kami menuju ke The Shambles. Ini adalah bridge. |
|
View dari bridge |
|
Di York ni kami tak berkesepatan guna public transport sebab semua attraction places dekat-dekat sangat. |
|
So cute |
|
Banyak betul shopping street kat sini. |
|
Kiosk creep...nasib baik dah kenyang |
|
Begini rupanya York city...penuh dengan deretan building pelbagai bentuk dan rupa yang berbeza. Entry kali ni memang penuh dengan pelbagai building photo...hehehe. |
|
Akhirnya sampailah kami ke The Shambles. Aduhaiii sempit giler street ni dan itulah keunikan dekat sini. Manusiapun agak ramai. The Shambles adalah famous attraction di York. Jom kita tengok keunikan tempat ni. |
|
So cute la signboard ni |
|
Dejavu betul lah tempat ni...macam dekat Bruges, Belgium. |
|
Kalau tak sebab kenyang, dah ajak my sis makan scone. |
|
Comel lah The Shambles ni...macam building olok-olok dekat theme park..hahaha. |
|
Ada part yang macam ni. Tak boleh nak extend dekat ground floor...depa extend dekat upper floor...hahhaa. |
|
Pelik betul lah...queue punya panjang lah nak masuk kedai hantu ni...hahaha. Kalau tak salah saya kedai ni jual miniature hantu..eeeeiiii. Dah serupa beli dan bawak balik toyol...eh. |
|
Setiap sudut lawa kat sini. |
|
Saya pun tak sedar bila masa saya menari di depan York Minster..haha.
|
|
Memang rambang mata lah explore York city ni...eh..orang shopping baru rambang mata. Building senget-benget pun lawa. Konsep building kat sini macam si A dah siap satu lot kedai, datang pulak si B buat dekat sebelah...hingga lah CDEFGH bla bla pulak datang. Depa semua tu buat design lain-lain...so jadilah uneven deretan building...hahaha. Apa-apapun saya memang betul-betul fall in love dengan York ni.
|
|
Dah banyak cafe scone kami lalu...jeling-jeling jer sebab hentam makan nasi banyak..hahaha.
|
|
Walaupun tempat ni agak crowded, tak rasa pening kepala pun..maybe sebab menikmati sangat keunikan building dekat sini. |
|
Nak
dekat 4pm macam tu, mula terasa nak minum petang. Malangnya tak jumpa
apa-apa dah cafe yang sesuai kat area ni. Ada cafe yang dah start tutup.
Kempunan fikirkan scone...hahaha.
|
|
Energy masih ok..so kami teruskan explore City Walls pulak. Nasib baik anjing tak dibenarkan naik ke City Walls ni...kalau tidak, mau jadi kes macam dekat Dubrovnik.
|
|
Wall ni ngam sorang jer lalu...kalau selisih kena mengiring sikit bagi orang lalu. Wall ni menggunakan stone ni dibina berkurun lamanya masih utuh berdiri. Dikatakan dibina mengelilingi York City yang panjangnya more than 3km. Bertujuan protection dari orang jahat agaknya.
|
|
Part ni luas sikit...maybe tempat tentera berkawal. |
|
View dari wall ni tersebut. Agak sunyi lah berjalan atas wall ni..sesekali jer selisih dengan orang lain. |
|
Nice
garden...maybe sekolah. Suka pulak suasana berkabus di York ni.
Mendamaikan. Kami tak mampu nak berjalan keseluruh wall ni. Tak sabar
jumpa jalan turun sebab dah penat berjalan..hahaha. Saya percaya
pelbagai view menarik sepanjang City Walls ni. Walaupun tak sehebat
Dubrovnik City Walls, tetap menarik dan saya suka sangat.
|
|
Titisan
air hujan di ranting pokok sangat menarik perhatian saya. Dari dalam
cab di train station pun dah perasan. Nampak macam mutiara pun ada.
Macam dalam photo ni tak berapa clear.
|
|
Dah siap turun dari City Walls, kami berjalan menghala ke hotel. Tetiba lalu tepi satu church...melompat lah saya nampak tulips. Nyaris lah nak pergi snap. Sekali my sis cakap..nampak tak tu kubur..hahaha. Tulips tu meriah atas kubur. Haish....hahaha. Akhirnya layan jerlah lumut atas tembok batu church. Cantik sangat!!
|
Sebelum balik bilik, kami singgah kedai beli roti. Saya macam dah tak tahan tanpa breakfast roti...hahaha. Last makan roti time di Iceland. Dinner saya just roti dan butter spread. Dan my sis beli salad dan jadikan veggie sandwich.
|
Saya suka sangat yogurt yang macam ni..nyum nyum.
|
|
Tingkap ni dua layer...so boleh dijadikan sebagai fridge...hehe.
|
|
Rahsia tidur nyenyak di mana-mana hotel...bawaklah sendiri pillow case...haha. Seriously, saya selesa sangat dengan semua pillow dekat mana-mana hotel sebab kelembutan pillow case saya. Kalau yang hotel punya kadang-kadang bau sabun kuat dan berbulu. |
|
Sebenarnya ada hikmah sesuatu yang berlaku. Allah mudahkan kami check-in hotel. Kemudian kami enjoy betul dengan York ni. Bayangkan kalau kereta available ketika tu...mesti kami lapar..buang masa pulak nak cari makanan yang sesuai. Dan kami ingat nak explore York ni beberapa jam jer kemudian cari hotel luar dari York dan teruskan perjalanan ke tempat lain pula...tapi lain pula jadinya..kami explore this city so much until content...hehehe. Ada lagi hikmah yang ingin saya ceritakan...tapi kena tunggu lah next entry. Kami belum siap explore York ni. Esok tupun 11am baru car rental ready nak pick up. Nantikan kisah yang seterusnya. Apa pula tempat yang kami explore di York? Dan adakah kami berjaya dapat kereta?
Bai...
wah ada bantal busyuk juga ke. Kakak saya pun macam tu tapi dia bawa selimut busyuk dia. Kalau takde selimut tu tak leh tidur. Pi haji pun bawa. aduhaiiiii kakak aku
ReplyDeleteFuhhh....hahaha
DeleteTrain dia puncual kalau salah paltform huh babai le. Dah le tiket mahal. Bila beli barang otak automatik convert huhuhu. Best uk ni tapi duit mahal bila di convert huhuhu.
ReplyDeleteBetul tu sis...tapi rasa nak pergi lagi...hahaha
Deletecroissant kat uk memang sedap dan lembut. Bau bila baru bakar pergh semerbak harum
ReplyDeleteperrgghhhh
DeleteAwesome view, awesome semua nya. Thanks for sharing Zila. Excited nya nak pergi. Moga kami diizinkan.
ReplyDeleteAminnnn....must go mulan!!
ReplyDelete