June 1, 2014

Amsterdam (Zaanse Schans & City) - Part 4 (Day 3)

Assalamualaikum...

Susah betul nak cari masa sesuai untuk menaip entry. Kalau time weekend jer nak menaip, sampai bila nak habis citer trip kali ni..hmm. Apa-apapun syukur ingatan saya ketika trip aritu masih segar dalam ingatan. Makanya boleh lah saya nak stori kat anda semua.

Dengan semangatnya pagi tu saya nak masak untuk bekalan trip kami. Tetiba my sis cakap takyah la susah-susah masak..tak tired ke seharian semalam berjalan. Pantang ditegur gitu terus masuk dalam selimut dan tidur semula..hahaha. Dasar pemalas. Pagi tu kami bawak sebungkus sambal ikan bilis..plan nak makan dengan roti ketika di Zaanse Schans. Bagi yang ke Holland pasti takkan lepaskan peluang untuk ke Zaanse Schans kan?? Begitu jugak kami. 

Dari Museumplein macam mana nak ke Zaanse Schans ni?? Senang jer..naik mana-mana tram yang nak ke Amsterdam Centraal. Tram tu akan berakhir kat area Amsterdam Centraal tu. Jalan ke platform C. Kalau kita facing building Amsterdam Centraal tu, platform tu terletaknya disebelah kanan ye. Don't worry..akan tulis Zaanse Schans kat kepala bus tu. Kami just show kat driver ticket kami yang kami dapat free dari Holland Pass dan dah diconvert kepada bentuk ticket bus. Driver bus tu akan chop date kat ticket tu. Sebelum ke platform C tu..kami masuk kedalam building Amsterdam Centraal tu..niat nak cari cafe nak breakfast..malangnya takde nampak 1 cafepun..kecuali sebuah mini market..kami beli roti kat dalam tu kemudian berjalan ke arah tempat tujuan.



 
Tunggu bus 391 kat area tiang ni ye. Nampak gumpalan awan tu?? Risau tu hujan turun lebat. Tapi my sis dah standby payung. Spring di Europe memang cantik tapi hujan akan turun dengan keadaan yang tidak menentu..memang kena sediakan payung je lah memanjang.


Sedap raisin croissant ni...saya buat breakfast dalam bus

Perjalanan ke Zaanse Schans ni lebih kurang 40min jugak lah. Di dalam bus kami disajikan dengan view perumahan. Teratur betul perumahan di sepanjang jalan kami lalu dan pastinya canal dimana-mana saja. Canal-canal ni memang dijaga rapi. Tiada lalang tumbuh meliar atau sampah-sarap di sana-sini. Sering kali saya ternampak dalam canal ni itik-itik berenang-renang cari makanan. Indah betul keadaan tu



Tak tahu tempat apa ni...saya snap time dalam bus. Banyak banglo ala-ala design gini. Kalau perhati betul-betul rumah-rumah tepi jalan ni..banyak menggunakan cat color hijau gelap..tema Holland agaknya :)

Bus ke Zaanse Schans tu bukanya seperti bus ke Keukenhof yang direct pergi ke Keukenhof..tapinya bus yang stop-stop. Kiranya macam bus biasa-biasa lah. Rasanya nak ke Zaanse Schans ni kalau drive sendiri maybe dalam 20-30 minit gitu. Kami turun di last bustop. Bersama pengunjung lain, kamipun berjalan menghala ke arah tempat tujuan. Kelihatan time tu hujan sudah mula menitis..angin pulak agak kencang. Sejuk mengedik time tu..lenguh mulut sebab mengigil. Rasanya oranglainpun boleh dengar gigi saya berbunyi..haha. Dari bustop nak masuk ke area windmill tu hanya berjarak 200m gitu. Time sampai tu..tudia..ramai giler bus bawak orang China...cocangconcang semuanya bahasa..hahaha.



Yeeeaaa...dah sampaipun. Senang tul nak kesini..hehe. Dekat sini macam open museum..dan tiada entrance fee dikenakan...free of charge ye. Bukan saja boleh tengok windmills kat sini..boleh juga masuk museum..rasa cheese..tengok demo buat clogs dan sebagainya. Kalau nak masuk dalam windmills tu kena lah bayar, begitu juga museum. Tempat ni dibukak dari pukul 10am hingga 5pm. Kalau rajin..baca history serta detail tempat ni kat sini --> click here


Makanya...time tu hujan turun..jacket yang saya tak dapat nak cover kesejukkan.Dari kejauhan dah nampak windmill..time ni tak sabar nak pergi lebih dekat.


Dalam hujan masih sempat snap bunga yang cantik ni...i love daisy



Nasib baik hujan yang turun hanya rintik-rintik..sebelum teruskan perjalanan untuk explore Zaanse Schans ni, singgah bergambar kat sini dulu :)


Cukup susah nak bergambar atas bridge ni..ramai tui orang China..tapi akhirnya reda jugak la keadaan untuk bergambar.



 
 Deretan windmill di tepian Zaan River...kagum betul tengok windmill yang ada perbagai function ni. Dari yang saya baca..dalam windmill tu ada macam batu giling gitu..kalau angin bertiup, windmill tu berpusing..dan sistem dalam windmill tu pun turut berpusing dan batu giling tupun berpusing. Bila dah berpusing, sebagai contohnya..letak buah kelapa sawit..batu giling tu leh penyetkan buah kelapa sawit tu, makanya kuarlah minyak..amboi contoh, ntah betul ntah tak..haha. Takpe-takpe..gi baca kat web ni untuk more info click here



Unik kan bentuk bumbung ni..tak tahulah apa functionnya



Saya tak sure deretan building ni rumah ke apa sebab jauh ke seberang sana


Sukanya tengok bunga ni..kecik jer

Di salah sebuah windmill tu, kami stop untuk lunch. Ada kerusi panjang di depan windmill tu. Pengunjung-pengunjung semua asyik pandang kami makan. Dan tiap kali yang lalu area tu lepas tengok kami makan akan masuk dalam windmill tu..maybe dorang fikir kami beli dari dalam tu..hahaha. Sure ramai orang lapar sebab dah tengahari.



Saya dah lama geram nak snap bunga-bunga kecik ni since sesampai ke bumi Holland ni. Time dalam bus dari airport, seronok sangat tengok bunga-bunga ni berselerak atas rumput..cantik sangat.



Kat sini bukan saja boleh tengok windmill, tapi boleh juga tengok perkampungan Belanda. Dulu-dulu rumah saya kat kampungpun berdinding berlapis-lapis gitu, cumanya tak cat hijau la..haha.


Ada kedai runcit style zaman dulu kala..tapi saper nak beli kat sini?? Tak nampak orang kampungpun..orang kampung dari Penang ada la..haha.



Kalau ke sini..sila makan waffle ni ye..pastu minta tokey tu celup coklat..fuhh..best!! Waffle ni dijual dalam keadaan panas..time makan ni boleh rasa kerangupan waffle dan kemanisan caremel yang agak melt..




Ibu itik dan anak-anaknya.




 
 Sebelum tinggalkan Zaanse Schans ni..kami singgah ke kedai clog..dan my sis hadiahkan saya keychain clog yang berat ni. Mimpi apa ntah kali ni..kami dua orang asyik hadiah-menghadiahi souvenir..hahha. Kat Amsterdam ni saya dapat 2-3 jenis souvenir dari dia...dah dia plak dapat miniature Holland dari saya


Walaupun cuaca mendung saja..3 jam jugak la kami kat sana. Memang best kat sana..banyak benda boleh tengok. Cuma kami terlupa nak gi rasa cheese jer. Lepas dah puas kat Zaanse Schans, kami balik semula ke Amsterdam Centraal untuk buat next activity. Kami plan nak naik HoHo bus petang tu. Lagipun kami akan meninggalkan Amsterdam pada keeseokkan harinya..plan naik HoHo bus that day memang terbaik lah. Disebabkan limited time, kami hanya round-round city guna HoHo bus tu dan stop di Flower Market.

Bestnya Flower Market tu..satunya sebab banyaknya bungeeeee dan souvenir kat situ ada yang agak murah dari Damrak. Ada satu kedai india ni, dia jual FM 1 je. Borong sakan la saya time tu..hehe



Layan view ketika atas HoHo bus



Turun jer dari HoHo bus..kami berjalan ke Flower Market dan terjumpa satu cafe kebab..saya terigin nak makan..so kami order 1 meal jer dan share. Yang kami order tu adalah pizza arab, tapi yang sampai piza yang digulung gini..haha. Sedap sangat..


Sumber : Google
Inilah keadaan Flower Market. Building opposite market ni jual souvenir..Kami sampai kat sini hujan mula lebat..nasib baik ada tempat berteduh..kalau lah lebat time kami kat Zaanse Schans, tentu dah basah kuyup. 



Banyaknya tulip yang diukir dari kayu dijual disini...



Malam tu kami makan nasi bersama sup sayur. Dan malam tu juga kami dah packing semua sebab esoknya kami akan check out dan memulakan perjalanan ke negara lain pulak. Tapinya...exploration kami di Amsterdam belum siap ye…esok sempat lagi kami ke beberapa location sekitar Amsterdam. Kami still ada half day di Amsterdam. Masa yang ada tu kami plan buat something..so nantikan next entry ye.

15 comments:

  1. Salam kenal, terjumpa blog u. I pun nk pegi amsterdam soon..ada baca jugak ttg zaanse schans ni. Tq bg tips sounvenir FM 1 euro tu.. Jengukla blog saya jugak sbb baru blk kyoto :)

    ReplyDelete
  2. Wah cantikla kampung holland tu...tengok waffle tiba tiba rasa nak makan benda manis....best best..

    ReplyDelete
  3. Pelancong bangsa Cina ni boleh jumpa di merata rata di Europe nii dari dulu lagi...Zila, saya ada hantar email, tolong baca..

    ReplyDelete
  4. Ahahaah...kelakar betul...gigi berbunyi sampai org keliling pun dgr ..mmg sejuk betul tu..

    Suka tgk design rumah di Holland tu..comel2..bestnya Zila..kalau ada rezeki lebih JM nk jejak jugak kaki ke sana Aminnn :-)

    ReplyDelete
  5. Lawa gak view Zaanse walau masa Zila gi mendung. Masa saya sendu sangat cuaca. Windmill pun banyak tutup. Tapi sempat ah bedal rasa cheese kat factory tu. Siap borong bawa balik Msia. Berat beg xyah cakap ah.

    Lawa kan design rumah kat sana. View pun tenang je sebab jarang nampak kereta kat sana. Mostly basikal.

    ReplyDelete
  6. windmill, clogs, tulips..icon Holland..

    cantik view Holland's city and country...the air is fresh and crisp..

    ReplyDelete
  7. Besar betul clog tu... boleh buat bersiar-siar kat canal... hehe

    ReplyDelete
  8. Nurin --> Salam kenal..banyak sungguh blogger gi japan sampai saya tanpa sedar dpt byk info pasal japan..hehe..InsyaAllah saya jengok blog nurin

    Saerah --> Eh..awk x gi situ ke ritu?? memang sgt best!!

    Bannister --> Saya dah reply email

    JM --> Saya doakan JM ada rezeki pasni..hehe

    ReplyDelete
  9. Bibie --> Wlpn mendung saya pegi ni..orang bukan main ramai lagi. Fuh bawak balik cheese..hebat!! hehee. Saya suka betul design rumah2 kat sana..macam nak mix semua design rumah2 kat europe jadi 1 design pastu nk wat umah sendiri..hehee

    Nohas --> u described holland very well lah nohas..

    Mie --> Buat bersiar2 kt canal atau tenggelam dalam canal sebab sebab sy berat?? haha

    ReplyDelete
  10. Bestkan pergi ke kampung Dutch ni. Kat situ ada penduduk yg stay tau....siap bukak cafe meniaga pakai loceng.
    Zila tak pergi tempat buat cheese ke? Sya borong sakan cheese kat situ...sedap sangat.

    ReplyDelete
  11. Akak tak pergi ke Zaans tu sebab dah ke Irene Hoeve...sama jugak buat clog ngan cheese cumanya view kat tempat akak pergi tu tak banyak windmill. Cantik view kat Zaans tuuu kannn..

    ReplyDelete
  12. Leez --> Kami terlupa nak singgah kedai cheese tu..teringatpun bila kami dah patah balik ke kedai clog tu..tnya org situ dorang tunjuk la kedai tu..nak kena patah balik..adoii..memang xlarat lah time tu

    Kak Rozita --> Oh..saya tak tahu ada tempat nama Irene Hoeve tu..kalo tau sure terjah jugak..hehe

    ReplyDelete
  13. Sy tak sempat g ke Zaans..byknya windmill.huhuhu

    ReplyDelete
  14. Kembara Destinasi --> rasanya kelana convoy tak bawak ke Zaanse Schan ni..gi tempat lain seakan2 Zaanse Schan kan?? Lupa dah saya nama apa ntah tmpt tu

    ReplyDelete
  15. Ye..ada clog gergasi dan windmill tp tak byk.adoii sy pun lupa nama tempat tu.tengok cara buat clog dan cheese gak.

    ReplyDelete