June 5, 2014

Amsterdam (Albert Cuyp Market) - Part 5

Assalamualaikum...

9th May 2014..hari tu kami masih ada halfday gitu di Amsterdam. Tempat-tempat yang kami nak pegi mostly dah pergi. So pagi tu kami just nak visit market je…iaitu Albert Cuyp Market. My sis discuss la dengan staff hotel yang bertugas sama ada kami boleh check out lewat sikit. Malangnya kena bayar full untuk 1 day. So kami tak jadi la. Kami letakkan luggage beg kami di hotel kemudiannya kami berjalan menghala ke station tram yang berhari-hari kami gunakan.



Dengan jacket nipis ni..saya memang tak tahan sejuk..so saya decide nak cari jacket baru kat Albert Cyup Market

Senang jer nak ke Albert Cuyp Market tu..Amsterdam City sebelah utara dan Albert Cuyp Market sebelah selatan..so boleh agak kan nak naik tram sebelah mana?? Lebih senang..tengok tram yang menghala ke Amstel Station. Agak-agak dalam 3-4 stop gitu..turun lah dari tram tu. Kami tersilap kira stop..turun awal 1 stop..so menapak lah..hehe.



Disajikan dengan canal ni time turun dari tram..canal dan basikal..banyak betul kat sini. Me and my sis beberapa kali nak kena langgar dengan basikal..kalo nak ke Amsterdam..hati-hatilah dengan penunggang basikal ye..dorang kayuh basikal macam ada perlumbaan basikal..haha



Ada hikmahnya menapak..kami terjumpa 1 cafe untuk breakfast. Veggie pizza ni kami share berdua sebab agak besar. Roti yang digunakan sangatlah lembut. 

Lepas dah breakfast..kami teruskan perjalanan. Market tu just di belakang cafe kami breakfast tu. So, bermulalah perjalanan explore market tu. Jom layan photo...



Dalam bangunan tupun ada kedai-kedai..ada owner kedai yang letak gerai di luar kedai dorang



Nyum nyum...tergugat tul tengok cherry ni. Saya sabar dulu sebab saya masih kenyang..kalau simpan untuk makan bebila, takut terpenyet pulak cherry ni..nanti tak sedap. Saya yakin boleh jumpa lagi cherry ni kat negera lain yang bakal kami pergi



Cheese



Cili gergasi



Kalau lah rumah saya kat Amsterdam ni..pasti saya beli tulip ni buat letak dalam pasu..hehe



Pelbagai seafood..yang tak pernah tengokpun ada. 



Ikan salai agaknya ni...bau macam sedap



pokok-pokok bungapun banyak dijual…gerai tu dah macam taman bunga rupanya..hehe



Dan akhirnya..dapat jugak saya jacket baru..tak salah saya 40 jugak lah..what to do..so far ini jerlah jacket yang paling murah dah sesuai untuk saya



Disebabkan saya masih kenyang...semua ini dipandang sepi..hehe


Lepas puas dalam sejam gitu explore market tu..kamipun balik ke area Museumplein. Kiranya lastday di Amsterdam kami hanya bersiar-siar sekitar hotel lah..



Jalan-jalan buang masa...

Lepas dah puas jenjalan area tu..kami bergerak ke hotel untuk ambik beg. Kami perlu ke Amstel Station untuk memulakan langkah ke next country. Dengan luggage beg sampai 3..kami berjaya naik tram dengan jayanya. Kenapa 3 ek?? Hmm..untuk personal sorang 1 luggage beg..untuk rice cooker dan bahan-bahan memasak 1 lagi lagguge beg. Dan...backpack sorang satu..hehe.

Kali terakhir naik tram di Amsterdam..dan drivernya adalah wanita..wow!!

Kami sebenarnya akan bertolak ke Belgium dengan menggunakan Euroline. My sis dah beli secara online ticket bus tu..tak salah saya dalam harga 12 gitu. Kami agak macam jauh sangat lah station bus tu..so kami sampai agak awal lah kat station. Dalam 2 jam jugak lah menunggunya. Tapinya lebih baik sampai awal takut jadi apa-apa time perjalanan tu..kang tertinggal bus pulak.



View dalam Amstel Station.

Amstel Station ni macam Amsterdam Centraal la..pusat segala public transport. Tapi taklah besar sangat. Orangpun taklah secrowded Amsterdam Centraal. Disebabkan masa masih awal, kami duduk relax-relax dalam station tu. Saya tinggalkan my sis untuk jaga beg dan saya ke Albert Heijn..lebih kurang macam Speedmart la. Best betul la tengok makanan-makanan dalam fridge kedai tu. Ada juga product makanan Indonesia. Salad pun nampak best-best. Banyak betul makanan yang boleh dimakan terus. Lepas dah belek satu-satu yang bekenan di hati, sayapun decide nak ambik 1 pack makanan. Sayapun ke counter mintak cashier check ingredient..betul-betul yakin, sayapun beli lah makanan tu.



Product dari Indonesia..ada lauk dan nasi yang terus boleh makan.


Lepas dah bayar, saya tanya la mana nak ambik spoon. Dia tunjuk 1 tempat yang ada semua spoon, straw, tissue, gula, susu dan sebagainya..wahh complete. Bila tengok spoon yang comel tu..saya cilok lebih sikit..haha. Kenyang betul kami makan tengahari walaupun share 1 pack  makanan.



Sangat lah sedap..time saya taip nipun saya asyik telan air liur jer..haha...gluuppp


Lepas dah kenyang, kami berjalan menghala ke arah Euroline Bus station. Kami perlu tukarkan online booking kepada real ticket. 


Dah serupa naik flight pun ada..luggage beg yang nak letak dalam bonnet bus kena lekatkan tag..pastu tulis sendiri nama semua. Lepas tu diberi pulak satu card huruf E tu..then gi lah cari bus tulis huruf E tu. Card tu akan diserahkan kepada driver bus time nak naik bus. Sementara nak naik bus tu..saya try la on wireless dalam fon kut-kut ada free wifi..tup tup ada 1 open free wife. Layan la dalam setengah jam gitu..tetiba hilang signal. Baru la perasan 1 bus yang nak ke France dah tinggalkan parking..rupa-rupanya dalam bus tu ada free wifi..hehe. Malangnya dalam bus saya takde pulak wifi :(


Bus kami naik ni penumpang boleh dikira jer..sikit sangat. Dan drivernya adalah muslim dari Morocco. Sepanjang perjalanan di bukak ayat Al-quran. Kami duduk depan sekali sebab nak layan view. Jom layan view..


Inilah view terakhir canal di bumi Holland..sebuah negara yang sangat cantik dan amat berbaloi dilawati


Windmill moden berderet-deret ditepi jalan..



Lembu-lembu meragut rumput


Kudapun meragut rumput...love this view


Windmill yang design dahulu kala..
Perasan tak rumput tu macam bentuk dipotong?? Saya rasalah kan..rumput-rumput tu dipotong dan dijual untuk makanan ternakan. Sebabnya sepanjang perjalanan ke Belgium ni..rata-rata tepi jalan adalah ladang berumput..ada yang rumput tumbuh segar dan ada rumput yang dah dipotong gini.

Sepatutnya saya nak akhirkan entry untuk Holland dalam entry ni, malangnya saya belum siap cost ketika di sana untuk di share. Untuk entry yang akan saya akan share cost yang saya spent untuk info kepada sesiapa yang bakal ke sana. 


23 comments:

  1. best la amsterdam ni.
    tak sabar nak tunggu entry belgium.

    ReplyDelete
  2. Tak sempat nak pegi Albert Cuyp Market tu... Sibuk jejak kasih Anne Frank!

    ReplyDelete
  3. Wah ... ke Europe lagi ya...seronok2...:) Seingat saya bln 5 pon masih sejuk di sana.. saya dulu pon sama, bwk jaket nipis..kononnya dah nak masuk summer...sekalik x tahan..kena belik yg tebal sket di sana...habis duitku...huhuhu....

    ReplyDelete
  4. Saya gi summer aritu pun sejuk juga. Berjalan waktu senja, siap bungkus badan dalam sweater. Ok, entry Belgium next. Hihi.

    ReplyDelete
  5. wahhh...cantik2 viewnya.. ala2 kampung sikit

    ReplyDelete
  6. dh hari terakhir? susu tu mmg unik 2 dlm 1 klau Jm akan ambil lebih buat souviner

    nk kongsi budget? ni yj Jm tunggu2

    klau dh kebanyakan berbasikal mesti badan dorang slim dan berketul2 kan

    ReplyDelete
  7. ramai jg org Islam di sana..view countryside memang awesome..

    ReplyDelete
  8. tak sempat nak gi market tu sebab kesuntukan masa dulu.
    Nice photos.
    Amsterdam mmg cantik dan wajib pergi kann.

    ReplyDelete
  9. Supermeng --> :)

    Syieda --> A'a memang best..terasa-rasa macam masih di sana. Cter Belgium saya start next week ye

    Scdha --> Dh lupa dah..awk ada masuk ke x kat Anne Frank tu..tgk org que bukan main panjang

    Farikica --> itulah..sayapun riak tak sejuk..ingat ala2 macam kat korea jer...sekali hamik..sejuk mengedik..haha

    Bibie --> wahh...summerpun sejuk ek..

    ReplyDelete
  10. Cheq Sue --> itulah, view memang menakjubkan

    JM --> maksud JM sudu ke?? hehe..a'a ..malu gak nak amik byk..kang kena kejar ngn tokey kedai..haha. Tak sempat nak perati betul2 body2 org masterdam..haha..gurau jer ye.

    Nohas --> dalam 2-3 tempat jugalah kami disapa oleh orang islam yang memberi salam.

    Leez --> Yang bestnya amsterdam ni..tak perlu nak travel 2-4 jam ke sesuatu tempat..mostly interesting places kat sana dalam setengah jam ke sejam perjalanan..so taklah rasa memenatkan.

    ReplyDelete
  11. Norh suka la dengan suasana amsterdam ni...nak kena plan p sana ni... :)

    ReplyDelete
  12. Cantiknya pemandangan di sana. 4 gambar terakhir tu sangat menambat hati saya :)

    ReplyDelete
  13. Tak masuk pon Anne Frank tu... Beratur panjang sampai jalan raya... Tiket plak mahal... Tapi dapat jumpa dia kat Madame Tussauds...

    ReplyDelete
  14. I love the amazing view! Alamak, rasa nak beli terus tiket flight. Haha

    ReplyDelete
  15. Norh --> Sy baru share gambarpun norh dah suka..bayangkan kalo tengok sendiri..ntah2 jatuh cinta macam saya..hehe

    Prof --> :)

    Scdha --> Sayapun ada nampak org que giler panjang time naik cruise tu..rumah Anne Frank tu plak nampak kecik jer..xleh nak banyangkan cmner keadaan dalam rumah tu. Jadilah leh jumpa kat Madame Tussauds :)

    NotaKembara --> Amboi..terus nak beli flight tic..haha

    ReplyDelete
  16. Rindu dengan Amsterdam.. huhuhu..
    Suka pergi countryside dia.. cantik hijau dia memang bersih sgt2 kan.. :D

    ReplyDelete
  17. kikiki saya penah jumpa nasi goreng babi panggang :P

    ReplyDelete
  18. Rindu kannn..alangkah bahagianya kalu ada rmh sebiji kat sana.panas2 kat sini,kita rest santai rmh penginapan kita.perghhhh

    ReplyDelete
  19. KD --> jangan nak berangan sangat..boh jer aircon dalam umah tu..rasa la sejuk..hahaha..gurau je ye..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...memang sedap cherry.pemandangan yg sgt menakjubkan spjg perjalanan.rela tahan mata dari tidur.

      Delete