June 17, 2014

Belgium (Bruges) - Part 3

Assalamualaikum..

10th May 2014..kami masih di Belgium on this date. Selepas selesai spent masa dalam sejam gitu di Gent, tour bus kami tu bergerak ke Bruges. Si tour guide kami non-stop cerita itu ini. Katanya cuaca akan cerah bila di Bruges..best best best!!!

Setelah lebih kurang setengah jam..sampailah kami di Bruges yang juga dikenali sebagai "the Venice of the North". Tour guide tu cakap Bruges ni adalah tempat kelahiran dia. Dekat Bruges ni bus di park di 1 area yang senang nak cari..so kami dah plan nak keluar dari group tu..malas nak follow dorang. 
 

Bruges ni lagi best dari Gent rupanya..seolah-olah di sebuah pekan kecik..menarik sangat-sangat. Ada swam berenang-renang dalam canal ni..my sis dapat snap photo yang menarik kat atas ni


Yang paling tak disangka, kami turun dari bus..kelihatan suasana seperti taman yang ada canal dan pokok-pokok. Bila berjalan melepasi canal dan pokok-pokok tu..wahh..satu tempat yang sangat "hidup". Macam masuk dunia lain yang betul-betul seperti abad ke-13 ke-14. Tahu ke abad-abad camtu adalah macam mana?? Sayapun tak tahu...main sebut jer..hahaha. Ala..bayangkan lah tengok citer Robbin Hood..Merlin..haa gitulah keadaan tempat tu. Imaginasi kena tinggilah untuk bayangkan..haha


Kawasan kat atas ni macam dikhaskan untuk swam



Bruges ni agak besar..kalau nak round semua area, boleh naik kereta kuda ni..tapinya mahal. Dah lupa harga berapa..20 - 30 Euro kalau tak salah. Kami dibawa masuk ke sebuah restaurant exclusive. Agaknya tour guide tu nak tolong restaurant adik-beradik kut. Banyak-banyak restaurant kenapalah bawak restaurant mahai gitu...hahaha. Lepas guna toilet dan belek menu..kami decide keluar dari situ. Bila dah keluar dari situ..makanya kami keluar terus dari group tu dan berjalan sendiri-sendiri...hehe



Gluppp...tengok-tengok ada 1 cafe berganda murah dari restaurant tu..dan paling penting..takde pork



Minuman yang menjadi target untuk saya order..hot chocolate..terbaikk!!



Kalau letak topping chocolate macam tak kena pulak sebab minum hot chocolate..hehe..so saya order topping cream dan strawberry...sedappppp!!! Asalnya nak cari kat London..alang-alang dah jumpa..terus jer order



See?? Seperiuk mussels...come with fries..tak salah dalam 18 Euro. Ada 2 jenis masakan...1 yang tanpa wine dan 1 lagi with wine. Takkan lah nak order with wine kan?? Hahah. My sis yang order ni. Sedapppp!!! Wajib try bila ke sini..kalo taknak datang..boleh masak sediri..saya dah try masak..jadi!!! Senang jer tuan-tuan dan puan-puan. Memula tumis bawang besar, carrot..batang celery..tumis sampai layu..pastu masukkan mussels dan tutup periuk tu. Kalau nak ada sup sikit..masukkan air half dari mussels tu. Saya rekemen guna butter jika nak tumis. Letak garam skit jer sebab mussels tu sendiri dah masin. Lepas mussels tu terbukak semua..masak lah. Senang kan?? 



Lepas dah kenyang..bershopping sakan lah kami..haha. Ada jugak kesempatan saya beli t-shirt Belgium.



 Punya banyaklah kedai di Bruges ni...benda-benda kat atas ni diperbuat dari chocolate. Saya ni dah kenyang sangat...chocolate ni langsung saya tak teringin..balik Malaysia baru nyesal tak beli sikitpun :(


Menyesal tak beli ni :(



Dicelah-celah lorong..


That day adalah hari Sabtu..orangpun ramai jugak. Besar betul area Bruges ni..memang jenuh lah bergambar..haha. Rasa syok jer dok sini..nak naik boat susuri canalpun boleh..


Building lebih kurang macam di Gent kan?
Banyak betul restaurant kat sini...restaurant kebabpun ada yeee..tapi bukan area memula masuk tula..kena jalan ke dalam sikit.



Tak lama pastu cuaca bertukar cerah



Sangat cantik tempat ni..saya suka suasana dan keindahan building lama kat sini. Ada banyak kisah disebalik tempat ni..saya rasa banyak kalau nak share dalam entry ni. Yang berminat nak tahu lebih lagi, boleh google dari internet..saya yakin banyak info yang boleh dapat.



Titik-titik hujan di kelopak bunga yang sangat menawan hati :)


Canal di sebalik belakang building



Jalan berasingan dari tour group adalah paling terbaik kami rasa..lagipun tujuan follow tour adalah untuk senangkan kami bergerak ke dua tempat ni. Harga tour ni pun adalam 40 Euro lebih..dan saya rasa amat berbaloi. Building ni saya agak adalah menara tinjau..



Memula sampai akan nampak view ni..bila on the way nak ke bus..sempat snap lagi sekali. Menurut tour guide tu...tasik ni dipanggil Lake of Love. Ada cerita sorang suami hilang dalam tasik ni dan si isteri mencarinya..sebab tu nama tasik tu Lake of Love. Bila tengok dari website..photo yang saya snap ni sama jer rupanya...haha. Maybe ni position terbaik nak snap view ni :)



Dimana ada rumput..di situ ada bunga kecik-kecik ni..

Kat area parking ni juga adalah bus stop. Area tu jugak ada toilet yang bersih. Sekali orang guna toilet..terus cleaner masuk cuci..dan berterusan. Siap cakap thank you lagi..hahaha..maybe sebab kena bayar kut..50 sen

Cuak gak la time tunggu bus, bus tak muncul-muncul..ahli group sorangpun tak nampak lagi. Yang ada cuma group dari tour lain. pastu ada la 2-3 orang duduk area kami..lama jugak la. Hati saya ni tak tenteram..terus saya tanya minah-minah saleh tu.."Are you in the group from Brussels?" lega tul bila dorang cakap yes. Maybe sebab kami dua orang jer muka lain sikit, dorangpun duduk dekat-dekat kami lah sebab dorang tau kami ni group dorang..kami ni pulak nampak semua ahli group sama jer muka sorang-sorang..hahah. 

Lepas naik bus, tour guide kami tu datang kat sorang-sorang dan tanya nama hotel, bus akan hantar kami terus ke hotel..syukur. Dia juga sempat tanya adakah kami enjoy kat Bruges tu sebab dia sedar kami tak follow tour group tu. Kami just cakap yes..tapi dalam hati ni suka sangat sebab jalan sendiri-sendiri..hahaha. 

Sampai je area hotel, kami gi makan dulu. Lepas makan, kami ambil beg dan minta staff hotel tolong call cab. Masa yang ada memang elok-elok jer untuk kami. 



Our dinner..fish burger dan kebab ayam.


Ikut plan asal kami nak round Brussel time hari 1st sampai, malangnya kami tangguhkan hasrat tu sebab saya tired sangat that day. Pastu kami plan nak tunaikan hasrat kami tu time pagi sementara nak tunggu tour Gent and Bruges start, tapi kami hanya sempat ke Grand Place. Lepas tu kami plan lepas siap tour nak sambung kejap jalan-jalan lagi area Brussel, malangnya tour tu sampai Brussel agak lambat. Beberapa tempat yang oranglain pergi kat Brussel tu memang kami tak sempat pergi..hanya sempat pergi ke tempat yang jarang pulak dengar orang pergi..hehe. Apa-apapun kami puas hati sangat boleh merasai pengalaman di Gent dan Bruges yang lain dari lain. 

Untuk next entry...saya akan ceritakan hal cost di Belgium dan juga pengalaman travel ke London

10 comments:

  1. 1. Comeinya Swan tu beraksi
    2. Damainya Zila kawasan si Bruges ni..pokok2 hijau...sejuk je mata memandang..Ya Allah...terdetik nak buat rumah akt sini hahaha
    3. ahahaah....lawak lah.sempat lagi tu kongsi resipi kat sini..nyum..nyumm...tak sejuk ke pakai t-shirt je..ke dalam kedai tu rasa suam2 kuku :-)
    4. Ya Ampun kesimpulan Bruges mmg sangat cantik...nak..nak..nak..pegi sini jugak...teruja mehh
    5. Panjangnyer komen..

    ReplyDelete
  2. cantiknya Bruges..byk pilihan waffle, bestnya..

    ReplyDelete
  3. Cantik Bruges...macam kawasan luar bandar eh ! Haha...betul tu JM ..terasa nak buat rumah kat situ ek !

    ReplyDelete
  4. Cantik betul tempat ni. Tenang je tengok. Bolehlah pergi nanti kalau ada rezeki.

    Ada bangunan yang macam Gent.
    Hot Chocolate tu tentu sedap diminum waktu cuaca sejuk.

    Kasut tu nampak amat berkualiti...Opps...choclate rupanyanya he he he ingatkan kasut tadi...tapi nampak macam real. Besi karat tu pun..

    ReplyDelete
  5. Subhanallah lawanye tempat ni. Tenang je jalan2. I envy u! Insha Allah kalau ada rezeki lebih nak juga jejak ke sini. Jarang nampak orang cerita pasal tempat ni. Waffles tu betul2 mengundang lapar tau, nak lagi kalau geng ngan hot choc.

    ReplyDelete
  6. Setuju Bruges lebih cantik dari Gent. Wah... angsa tu berposing untuk Zila. Petanda baik tu... :)

    ReplyDelete
  7. JM --> Amboi siap ada 123..haha. kesimpulan untuk JM..Bruges ni memang mendamaikan..cuaca time tu hujan dan sejuk teramat. Nasib baik saya bawak shawl..bolehlah balut leher. Dalam cafe tu ada heater.

    Nohas --> byk pilihan waffle dan boleh makan di dalam cafe dengan selesa.

    Kak Rozita --> Memula lalu kawasan perumahan elite gitu..pastu jumpa taman tmpt parking bus..tempat tu kat situlah.

    ReplyDelete
  8. Prof --> Betul tu prof..saya rekemen sgt prof singgah kalau ke Belgium. Kat situpun banyak cafe dan restorant yang sesuai untuk kita makan. Ada macam2 bentuk chocolate lagi yang saya tak masukkan dalam entry ni :)

    Bibie --> hehehe..my sis decided nak gi tempat ni pas dia tengok tour package..pastu dia study tempat ni dan ternyata menarik. mcm tulah ceritanya.

    Mie --> ada pulak macam tu..hehehe

    ReplyDelete
  9. Cantiknya kota ini. Seperti Amsterdam tapi lebih sepi. Tampaknya menyenangkan berlama-lama di Bruges.

    ReplyDelete
  10. Design building lebih kurang macam Amsterdam. Patutnya stay 1 night di Bruges ni..pastinya berbaloi :)

    ReplyDelete