June 29, 2014

United Kingdom (Oxford) - Part 2

Assalamualaikum...


Entry kali ni masih di UK. Ada orang tanya saya..kenapa nak repeat London? Saya just cakap memang saya nak repeat pun London..itu dah dalam niat saya selepas balik dari London dulu-dulu. Dan ada jugak tanya..nak repeat lagi ke London tu?? Saya cakap..yes. Hehehe. Impian saya and my sis untuk drive di UK masih tak tercapai..1 day kami berazam nak driver sehingga ke Scotland. My sis dah experience drive di UK dan dia cakap lagi best kalau boleh drive sama-sama dengan saya..maklumlah saya ni travel partner dia yang sangat best..haha..masuk lift tekan sendiri :P 

Hari ke-2 di London kami isi dengan 1 trip outside London. Dan kami guna khidmat tour lagi..hehe. Asyik nak senang jer kan?? Takde lah nak senang ke apa..kami bukannya banyak hari kat UK..nak cover 2-3 tempat di outside London memang mustahil kut. Kalau touch n go maybe sempat..tapinya takut penat kat perjalanan jerlah then tak enjoy pulak. Untuk takmo ambik risk tu..kami rasa better kuar duit sikit untuk kepuasan sesekali. Tour yang saya ambik tu cover tempat seperti Oxford, Cotswold dan juga Stratford Upon Avon. Untuk entry ni saya share dulu Oxford
Kenapa kami memilih area Victoria untuk hotel?? Sebab utamanya adalah..memudahkan kami ke hotel selepas sampai dari Belgium sebab bus kami stop kat Victoria Station. Keduanya..untuk senangkan kami bergerak di serata London dan ketiganya..tour office yang kami joint tu area Victoria Station jer..berjalan dah sampai. 

Awal pagi tu kamipun berjalan lah ke arah tempat tujuan. Banyak betul tour yang dikendalikan oleh http://www.goldentours.com. Tour kali ni best sikit sebab orang tak ramai sangat. Kami tak dapat nak duduk depan..tak sempat. 2nd row pun 2nd row lah..tapi make sure duduk belah kiri lah..senang nak snap view sepanjang jalan. Tour guide kami adalah pakcik botak berbangsa British. 

Jom tengok view sepanjang jalan ke 1st destination iaitu Oxford...


Cerah betul cuaca..suka sangat tengok view countryside.. padang menghijau ..binatang peliharaan meragut rumput..


Really fall in love with this view :)

Saya sebenarnya tak pernah nak ambik tahu pasal Oxford ni. Saya ingat Oxford ni ada university jer..ala..macam UiTM, UTM atau UKM lah..rupa-rupanya salah sama sekali. Oxford tu meliputi faculty pendidikan, perumahan, kedai-kedai, taman..sehingga tahap macam London (sikit-sikit la) sehingga ada sightseeing bus segala. Keadaan building kat Oxford ni memang tersusun lah. 


 
Geram betul tengok bunga kecik-kecik ni.. 


Kami melalui perumahan tersusun dan cantik-cantik


Keindahan sungai yang terjaga..di mana-mana saja nampak menakjubkan




Keadaan tenang dan tak crowded

Saya tak pasti dimana kami diturunkan..kami hanya mengikut langkah tour guide kami



Selepas turun dari bus..kami masuk ke War Memorial Garden..dengan matahari yang menyinari..udara yang segar serta keindahan taman yang mendamaikan..saya terpesona...


Taman ni taklah besar sangat..just lalu jer untuk ke...baca selanjutnya :)


Kami kemudian masuk ke dalam Bodleian Library iaitu salah satu tempat shooting Harry Potter..Tak salah saya kena bayar kut nak masuk..tapi tour kami ni dah termasuk semua..


Gigih orang yang buat design gini kat tiang..


Bila tengok view ni..tak sure pulak ada ke tak dalam cter Harry Potter view ni


Tapi bila tengok ni..baru pasti dalam cter Harry Potter ada...hahaha


Bila masuk dining hall ni..confirm memang cter Harry Potter buat dalam nih. My sis nganga jer bila saya citer pasal Harry Potter..sebab dia tak minat..haha. Dia asyik o..oooo dan ooo jer..haha

Saya ni bukannya peminat tegar Harry Potter..gitu-gitu jer. Tapi saya paling suka movie mengenai penulis citer Harry Potter ni. Ada yang pernah tengok movie tu?? "Magic Beyond Words: The J.K. Rowling Story". Nama penulis Harry Potter tu adalah J.K Rowling. Dalam movie tu menceritakan kehidupan beliau sebelum buku menulisannya diterbitkan. Sangat-sangat memberi inspirasi ketika layan movie ni. Kegigihan seorang wanita dan ibu tunggal membesarkan anak perempuan dia. Pergolakan rumah tangga. Ditunjukkan idea dia menulis citer Harry Potter tu yang dipengaruhi oleh kehidupan harian dia. Terasa ingin ikut jejak penulis tu jer..hehe. Bertahun dia tunggu buku dia dipublish..sambil menunggu tu dia jadi cikgu. Saya sampai tahap nak ngalirkan air mata sebab terharu dengan kejayaan dia. Dan akhir sekali dalam movie tu..penulis tu menjadi millionaire dan live happly ever after. Tepuk tangan semua :)

Rupa-rupanya saya bukan saja minat citer dongeng dan citer khayalan..tapi juga suka citer jenis inspiration dan juga kisah benar dan tak lupa pastinya citer Tamil :) 





Cantik bunga ni..


Building-building lama kat sini ntah kurun ke berapa ntah dah ada..saya tak pasti..boleh google untuk kepastian. Saya tak minat nak tahu..tapi saya minat dengan design building-building kat sini :)


Radcliffe Camera..hanya boleh dilihat dari luar jer. Tak salah saya dalam tu ada library 


Jangan betulkan monitor anda :P
My sis snap tersenget sikit..hehe


Jom discover Oxford's Architecture..hehe. Kagum tengok brickwall kuning dan smooth...tak usah plaster lagi

 
Kalau saya ada masa yang banyak kat sini..sure saya dah cover seluruh area Oxford ni. Pastinya Oxford ni bandar yang bersih dan mengekalkan senibina dahulu kala yang amat cantik. 


HoHo buspun ada..untuk yang takmo pakai khidmat tour...boleh lah google mcm mana nak ke sini..really recommended


Saya sudah ke Holland dan Belgium..architecture negara-negara tersebut ternyata lebih kurang saja. 


Selepas diberi masa dalam 20minit jitu..kamipun shopping lah sikit sebanyak souvenir. Walaupun tak berpeluang ataupun tak mungkin berpeluang study kat Oxford ni..saya tetap beli 1 t-shirt OXFORD untuk diri sendiri..itupun sudah cukup untuk saya :)


Rumah yang guna brick gini takyah nak risau raya posa nak boh cat color apa..raya haji nak boh cat color apa. Cam gini cantik what :)

Jika perhatikan penulisan saya..saya langsung tak sentuh hal history sesuatu tempat yang saya pergi sangat..hehe. Boleh jer nak tulis..tapi tak perlu kut sebab kat google penuh dengan info. Kalo tulis banyak-banyak kang jadi Wikipedia pulak..haha. Blog saya ni hanya share gambar, pengalaman,info, makanan, perasaan, dan juga sikit pendapat. Kata orang sejarah tu penting untuk kita tahu sesuatu hal..betul tu..tapi saya ni nape ntah tak minat sejarah. Time SPM nyaris-nyaris nak failed..haha. Bukan apa..bila baca buku jer sure ngantuk. Apa-apa subject jenis fakta..memang saya liat sikit. Tapi jenis logic ilmu...haaa..saya cepat..haha. Hal sejarah saya suka bila Prof Naramas tulis jer..sebab prof tulis dalam pemahanan sendiri dan diterjemahkan dalam bentuk ringkas yang menarik minat saya. 

Setakat ni saya suka sangat bila visit Gent, Bruges, Oxford dan ada lagi 1 tempat saya akan citer pasni. Bila visit tempat-tempat ni saya macam dalam movie atau drama yang saya suka tengok especially Merlin. Kalau dulu-dulu time saya remaja, lagi banyak movie atau drama ala-ala Merlin dan Fantaghiro, contohnya cter Cinderella la dan macam-macam lagi. Suka tengok castle, padang yang luas, suasana serta keadaan pekan kecik yang sibuk dan juga prince charming..haha. I missed citer-citer yang gitu. Kalau movie macam Harry Potter atau Lord of The Ring..movie-movie ni gelap-gelap jer..tak boleh lawan citer dulu yang saya layan tu. My sis suka cakap saya ni suka tengok citer tak logic...hehe. 

Nantikan 1 lagi tempat yang saya teringin sangat nak pergi. Keinginan ini terjadi pada awal tahun 2014 ni..saya bukak buku kepunyaan my sis yang dia simpan sudah lama. Buku tu bertajuk The Great Places in Britain. Sambil-sambil selak helaian buku tu sambil lah my sis cerita apa ada tempat itu apa ada tempat ini. Paling yang menarik minat saya adalah Cotswold. Hati saya melonjak-lonjak sangat nak ke sana. So my sis promised dia bawak saya..dan akhirnya impian saya tu tercapai. Dan kebetulan Saerah (http://whatever-lahno.blogspot.com/) ada pergi last year, dari dia citer tempat tu menarik..so lagilah buat saya nak pergi sangat. Nantikan pengalaman saya di Cotswold dalam next entry :)

14 comments:

  1. Bertuah betul dapat ke Oxford dan dapat pakai t-shirt Oxford yang dibeli di Oxford. Saya belum pernah sampai ke Oxford. Setakat London je. Keinginan nak jelajah sampai ke Wales, Scotland, etc tu memang ada, tapi kenalah tunggu cukup rezeki dan dapat cuti lama.

    Kisah hidup J.K Rowling tu memang amat memberi inspirasi kepada orang untuk gigih dan berjaya macam dia. Saya selalu bayangkan yang dia order hanya secawan kopi di sebuah cafe dan duduk di cafe itu sepanjang hari untuk menulis buku Harry Porter yang pertama. Ini disebabkan dia miskin, tak mampu bayar bil elektrik pada musim sejuk. Duduk di cafe dia dapat panaskan badan free. Sekarang dia kaya raya hanya dengan menulis buku cerita. Mungkinkah kita boleh kaya raya hanya dengan menulis blog? :(

    Saya pun suka cerita Cinderella dan segala kisah orang yang miskin dan dihina/diseksa, akhirnya hidup senang dan bahagia.

    Menunggu entri akan datang.

    ReplyDelete
  2. Ya Cik Nun pun kalu tulis blog tak ada sejarah tempat yg pergi tu.bab memang dah tahu google blambak.just tulis apa yg nampak and terjadi pun kadang2 orang boleh bayangkan.semua cara tulis blog ada seni sendiri kan..
    Cik Nun suka tengok pic bagunan lama tu.nampak klasik..sah tempat gitue pengantin2 wat tempat posing2 kan..hehe

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa, Zila! Cantik-cantik gambar dalam entri ni (entri-entri sebelum ni pun cantik juga) ... macam postcard.

    ReplyDelete
  4. Zila
    Kita pun x suke sejarah. Tapi kat sekolah kena ajar sejarah. Camana tu??? Sedehhhhh

    Part fantaghiro paling x boleh blah. Sbb saya pun sukerrr citer tuh

    ReplyDelete
  5. Haha tak sabar nak baca cerita Cotswold...tempat tu memang nak repeat lagi sekali...nak melawat mamat Tesco kat Morenton-in-Marsj

    ReplyDelete
  6. saya dah sampai Oxford dah pada 2005. Oxford bandar student, memang ramai giler mereka masa saya sampai Oxford ketika itu.. memang cantik bandar dia, tersusun dan bangunan nya semua berbentuk sejarah ....

    ReplyDelete
  7. pernah ke Oxford and Stratford upon Avon..zaman sekolah dulu2...suka tengok bangunan2 lama mcm ni..

    Dlm citer Harry Porter, suka scene di dining hall ni dan quidditch'- main bola naik penyapu..

    ReplyDelete
  8. oh dalam mind saya pun sama..ingatkan oxford ni hanya ada university sahaja..tak sangka bandar dia sangat cantik dan tersusun..suka sangat!

    ReplyDelete
  9. saya suka oxford ni wlpn aritu pegi hanya untuk singgah bfast je kat satu cafe yg best! kalo next time pegi mmg akan tour kat oxford ni lagi. insyaALLAH. selamat berpuasa!

    ReplyDelete
  10. London one of my dream... He He He...

    ReplyDelete
  11. Prof --> Saya pasti kalo prof dah ada keinginan..satu hari nanti sure boleh tercapai. citer J.K Rowling tu memang byk motivation untuk kita. Tu lah prof..kalo kaya dgn menulis blog..hari-hari rasa nak tulis blog..haha. Tapi mana tau boleh buat duit..tak cuba tak tau :). Minat saya dgn prof sentiasa sama..hehe

    Cik Nun --> lg 1 cik nun..kalo tersalah explain pasal sejarah..mcm tak best lah kan. So better takyah tulis..hehe. Siang2 tengok memang cantik bangunan2 tu..kalo mlm?? huarghhh...

    Fayreen --> Selamat berpuasa fayreen. Kalo boleh buat postcard dgn gambar2 saya ni..sure leh kaya..haha..gurau jer

    ReplyDelete
  12. Syieda --> Hahaha..cikgu sejarah rupanya. itulah..cantik fantaghiro tu..tarabas pun hensem..haha

    Saerah --> amboii..gi jauh2 nk melawat mamat britis pulak.hahaha

    Bannister --> Ohh bagusnya pernah sampai..bagus bagus

    Nohas --> Time tengok harry potter sure nohas dah boleh agak kat mana shooting movie tu sebab nohas dah sampai dulu b4 movie tu keluar :)

    Mrs. Smile --> eh tak sangka kita tersama..hehe..

    John --> Dasyat tu..just ke oxford untuk breakfast...hehe. John senang la..bebilapun boleh ke oxford tu..selamat berpuasa to u too

    SS --> hope ur dream come true :)

    ReplyDelete
  13. Nak repeat juga london suatu hr nanti.yg pasti perlu cover outside london pulak.

    ReplyDelete