June 14, 2014

Belgium (Brussel & Gent) - Part 2

Assalamualaikum...

Seperti yang dijanjikan..saya sambung kisah trip di Belgium. Semua orang tahu Belgium ni famous dengan waffle and chocolate. Kedua-dua jenis makanan itu memang favorite saya. Nyum nyum..hehe. Pagi tu, kami perlu check-out dari hotel "mewah" kami dan standby untuk tour ke Gent and Bruges. Untuk seketika di Belgium ni, kami ketepikan soal transport cost. Selagi boleh reduce energy dan masa kami..selagi tu kami tak kisah duit mengalir sikit untuk transport. Oleh itu..kami mintak staff hotel tu call cab untuk bawak kami ke tour office. 

Tak sampai 5 minit dah sampai cab yang di call. Kami simpan luggage beg kat hotel..jenuh jugak nak usung beg besar-besar tu kan. Don't worry..beg tu sangat selamat di simpan di hotel. Pagi tu hujan jer..sepanjang perjalanan ke Brussel Center tak best nak snap sana sini..so takdelah gambar nak share ye. 

Driver cab kami that day adalah seorang lelaki kulit hitam. Tempat yang kami ingin tujui adalah same area dengan Grand Place yang terletak di Brussel Centre. Malangnya cab tak dapat masuk betul-betul depan pintu tour office tu sebab area tu kan khas untuk tourist attraction..jalan masuk diblock. Tak malang manapun sebenarnya…hahaha…ada la 10 langkah kut menapak. Terharu sangat bila driver cab tu tunggu sampai kami jumpa tempat tu..sampailah kami angkat tangan baru dia beredar. Baik betul dia. Oh ye..cost untuk cab adalah 11 Euro. Jarak dari hotel ke Grand Place tu lebih kurang setengah jam naik cab.

Lepas dapat pengesahan dari officer tour company tu..kami gunakan masa yang ada untuk round area Grand Place. Boleh dikatakan semua kedai semua belum bukak. Grand Place ni sudah menjadi kemestian untuk dilawati jika ke Belgium. Untuk more info pasal tempat ni...boleh click kat link ni --> Grand Place..jom tengok gambar




Tak sure ni tempat apa..



Saya snap di luar sebuah restaurant..nyum nyum


Inilah Grand Place..grand betul building ni. Kalau malam-malam lagi cantik sebab lampu-lampu kat building ni bertukar-tukar warna dan menjadikan building-building ni seolah-olah seperti crystal.



Memang tak muat camera nak bergambar kat sini..haha



Time tu baru pukul 8am..tour kami start pukul 9am..so kami tak boleh spend banyak masa sangat untuk round area Brussel. Nasib kami baik, ada sebuah cafe dibukak..so kami sempatlah breakfast. Breakfast kami adalah seperti di atas...minum kopi boleh kurangkan sikit rasa sejuk. Waffle pun saya just ambil yang plain..sedappppp!!! Dan pizza veggie tu sebijik rasa macam kami makan kat Amsterdam.

Bila siap breakfast, kamipun kembali ke tour office tu. Selepas tunggu sekejap, group yang join tour termasuk kami dibawa ke satu kawasan parking bus. Tak best betul sebab kena jalan..dah la dorang semua kaki panjang..kaki saya pendek..jenuh nak kejar..haha..dah la hujan pulak tu. My sis pulak dok rush nak duduk depan katanya. Memang tak cukup kaki lah melangkah..haha. Rupa-rupanya group yang ramai-ramai tu diasingkan pulak ke beberapa bus..ada yang pegi Paris..ada yang pergi Amsterdam..wahh..boleh buat day trip juga ke tempat-tempat tu. Malangnya tak sempat duduk depan..ada makcik dengan pakcik cepat lagi dari kami..sedih!!! Duduk 2nd row pun jadilah :(

Dalam bus kami tu penuh la dengan orang. 40 lebih rasanya. Tour guide kami tu kecian betul..dia kena cakap 2-3 bahasa..haha. Yang saya perasan dia cakap...English, France dan Spain. 1st destination kami adalah...GENT. Kalau nak tau detail pasal tour yang kami ambil ni..boleh click kat sini --> Tour Gent and Bruges

Sebenarnya boleh jer datang Gent ni sendiri..tapi kes kami memang tak sempat lah naik turun naik train bagai sebab malam pada hari yang sama kami akan naik bus lagi ke London. Bus kami malam tu ke London dalam pukul 9.30pm..panic jugak lah bila tour guide tu jangka kami akan sampai Brussel dalam pukul 7.30pm. Nantikan cerita seterusnya adakah kami mengalami masalah?? :)

Tak salah saya...dalam setengah jam kami sampai Gent. Keluar jer bus...wow..banyaknya building macam dalam citer Snow White..Cinderella..hehe. Kalo bagi pakai gaun kembang ntah-ntah dah perasan Cinderella..hehe. 

Hujan?? Memang hujan..sejuk mengedik tau!!! Tapinya mengedik tengok keadaan sekitar buatkan saya tak hingat sejuk..haha. Memang mengujakan. Dan rasa nak ketuk kepala tour guide tu..tunjuk itu ini...citer itu ini..cepat-cepat pulak tu..geram tul. Last-last saya langsung tak peduli apa dia citer dan snap sana-sini...haha. Tapinya mata sekali-sekala pandang group tu takut kena tinggal. 

Memang susah la follow tour..so nanti kalau ada yang nak kesana..try la pegi sendiri. Teringin nak lepak-lepak layan view building-building yang penuh dengan architecture yang unik..seolah-olah macam berada di zaman lain pun ada. Ada yang mintak nak jalan asing-asing tapi tour guide tu tak bagi sebab bus tu bukannya park di suatu tempat..bus tu akan ambil kami semua di kawasan lain. Jom layan view



tempat ni banyak church. Pakailah kasut yang sesuai..sebab jalan kat Europe ni mostly guna cobblestone..sakit kaki jugak kalo pijak jika kasut tapak nipis 


Area ni lapang sungguh..seolah-olah macam Grand Place 



Kalau tak silap saya..ari apa ntah ada pasar bawah building ni. Inilah kesannya..tak mau concentrate apa tour guide tu citer..hahha



Saya rasa inilah kawasan paling best di Gent ni. Building-building area ni seolah-olah trademark untuk Gent..memang mengagumkan. Jom tengok building di tepi canal ni..



Kalau ada banyak masa, boleh lah naik cruise susuri canal ni dan menyaksikan keindahan old town ni. Tak salah saya harga untuk cruise ni dalam 7 Euro.



Setiap building area ni memang ada nama dan cerita disebaliknya..kalau saya asyik dok dengar penerangan dari tour guide tu..memang tak sempat lah nak snap sana sini. Gambar saya berviewkan tempat ni pun di snap cepat-cepat oleh my sis..haha.



Cantik kan?? Banyak fridge magnet designnya seolah-olah bentuk building-building ni


Building di persimpangan canal :)


See?? Castle..my prince is waiting me inside there :P

Setelah lebih kurang sejam berjalan-jalan area Gent, saya dapat rasakan tour guide tu nak lepaskan kami untuk free activity..kaki saya dah nak start melangkah manakala mata saya dah target nak ke mana..hahaha. Agakan saya betul..dia lepaskan kami untuk beli souvenir di beberapa kedai area tu..tak cukup kaki saya melangkah masuk dalam kedai tu sebab masa yang diberikan adalah 10minit dan kami semua ada lebih kurang 40 orang dan juga kedai souvenir hanya ada 2..sempat kah?? Sebab tu lah saya giler punya kalut berlari masuk..hahaha. 

Untuk anda semua...jangan nak tiru perangai saya yer..sebab di Bruges ada lagi banyak souvenir shop..hahaha. Tak lupa jugak...dalam hati menyumpah seranah tour guide tu sebab kalut sangat bawak kami jalan dan kejap sangat nak beli souvenir..tapi jangan tak tau..ada sebab dia buat gitu..sebab masa yang lebih panjang dia beri kepada kami di Bruges..hehe. Kalau dari awal tahu..takdelah asyik nak tension kat tour guide tu..hahaha. 



Car wash..do it yourself..bestnya kalau kat Malaysiapun ada..puas hati sikit boleh basuh dan vacuum sendiri :)
Gambar ni saya snap time on the way nak ke Bruges.


Baca lah kisah Gent ni dulu ye..saya dah siap dah taip entry untuk Bruges..kalau combine takut panjang pulak. Mungkin penceritaan saya ni anda tak dapat nak bayangkan betapa bestnya Gent ni...mungkin anda anggap biasa jer bila tengok gambar-gambar saya share ni..hehe. Tapi kebenarannya..Gent ni memang best. Syok sangat tengok building-building yang unik dan environment yang menyenangkan. Nantikan entry terakhir mengenai Belgium pasni. Saya akan share cost kat Belgium jugak ye :) 

13 comments:

  1. Wahhhhh cantiknya semua building kat sini rasa x cukuplah satu hari je kat sini pastu klau follow tour gitulah gayanya kan. Ok ok noted nanti Jm spare lebih time kat sini ahaha dah start verangan nihhh

    ReplyDelete
  2. Yup ikot tour ni cam leceh sket..
    Bg yg jenis adventure.. better la gi sendiri je kan.

    Gambar2 mmg cantek2

    ReplyDelete
  3. Terliur lihat wafer penuh ngan nutella tu..car wash basuh sendiri??kena bayar juga ke tu?hehe.yang pasti building kat sana cantik sangat..

    ReplyDelete
  4. Zila nampak ceria dalam gambar.

    Bangunannya cantik-cantik. Lepas tengok gambar-gambar ini, saya belek balik fridge magnet yang Zila bagi tu...sebiji macam dalam gambar di atas...barulah saya faham mengapa ada gambar waffles di atas FM bertulis GENT ini :) Terima kasih banyak-banyak Zila bagi saya FM mahal ni :)

    ReplyDelete
  5. salam Zila

    jumpa tak patung budak kecik tgh memancut tu hehehe

    Tu kira landmark dan trademark mereka, ada pernah baca sejarah berkaitan patung budak tu , tapi dah lupa

    Dedulu 2004, lalu je Belgium tanpa menyinggah dalam perjalanan ke Amsterdam , kali ni kalau ada rezeki sampai sana, kena singgah nampaknya hehehe

    ReplyDelete
  6. Bangunan kat Brussels memang cantik-cantik... ada yg macam coated dengan brass. Akak tak pernah sampai sana lagi tapi selalu belek2 gambar my mom masa dia posting sana zaman-zaman dia muda dulu... memang nakkkkkk sangat ke sana sebab kat sini lah berputiknya love story my mom dengan arwah ayah... nostalgia tu :) nanti tepek pic banyak2 ya, zila..

    ReplyDelete
  7. JM --> for me kat sini patutnya kena spend dalam 2-3 jam..jenjalan..makan-makan. Apa2pun syukur berpeluang datang :)

    Anakomak --> 1 hari je kat Belgium..tak sempat nak adventure2..hehe. Sebelum-sebelum nipun ada ikut tour kt negara lain..tapi kami dilepaskan ikut suka hati..tapi yang ni lain skit. Kami ikut tour ni sebab kisahkan hal transport

    Cik nun --> saya agak yang car wash tu kena masukkan syiling untuk bagi air keluar dan untuk vacuum. Building at europe semuanya cantik-cantik..unik gitu



    ReplyDelete
  8. Prof --> Mestila ceria..budget Cinderella lah katakan..haha. FM yang saya bagi prof tu adalah salah satu FM yang saya beli kat Gent ni. Berebut-rebut tau prof..hahaha. Sama-sama prof :)

    Rezeki --> Saya tahu pasal archa budak tu..asalnya nak pergi lepas tour ni selesai..malangnya tour ni habis lambat. Kami tak sempat :(

    Fayreen --> Wahh untuknya emak akak berkesempatan say kat Belgium ni dan ada love story lagi.hehe. Untuk gambar gi Gent dan Bruges banyak lah..kalau di Brussel..tak banyak sangat. Nantikan 1 lagi entry pasal Bruges pulak..tempat paling saya suka ketika di Belgium :)



    ReplyDelete
  9. Di Europe ni... kat mana-mana bandar pun banyak betul bangunan berbentuk klasik... cantik dan terpelihara pulak tu...

    ReplyDelete
  10. Memang suka tengok buildings kat Europe. Klasik & nilai sejarah tu diorang pelihara betul2. Xsabar nak baca cerita Bruges pula. Tapi ikut tour memang memenatkan, betul x Zila? Semua nak dikejar. Sebab yang pegi ramai, diorang pun risau gak kalau banyak masa free nanti ramai yang terpanjang langkah.

    ReplyDelete
  11. Mie --> betul tu mie

    Bibie --> Ikut tour ni walaupun memenatkan..hati rasa tenteram sebab takyah nak takut apa-apa. Tapi itulah..takde kesempatan nak wat apa-apa ikut kemahuan diri :(

    ReplyDelete

  12. Perasan tak bangunan2 di Europe ni kebanyakannya sama ajer. Bila tgk bangunan kat entry Zila ni sama mcm kat Amsterdam kan. Sangat cantik dan seakan-akan kita berada di dunia zaman Inggeris dulu-dulu kan...

    Nice photos.

    ReplyDelete
  13. Leez --> A'a betul ke Leez..sama je semua. Yang pastinya..tersusun. Kalo pakai gaun kembang dan payung kecik jenis renda2 tu..lagi lah rasa macam zaman inggeris dulu..hahaha. Makaseh puji photo yang biasa2 je ni :)

    ReplyDelete