Assalamualaikum...
Entry kali ini still di hari ke-2 di Amsterdam. Selepas bersuka ria dia Keukenhof, kami plan nak sightseeing di Amsterdam City. Sebenarnya bus no 197 dari airport tu tak menghala ke arah central..kami just nganga je dalam bus tu sampai lah ke last station. Just follow instinct gitu. Lepas sampai ke last station, kami tanya driver bus tu macam mana nak ke Amsterdam Central. Dia suruh kami cross bus station tu. Bus tu last kat mana?? Ntah..haha. Pelik-pelik nama-nama tempat kat Amsterdam ni..maunya nak ingat..haha.
Kami cross jalan dan tunggu bus dari arah ni. Canal kat Amsterdam ni mostly ginilah..takde langsung protection railing ke apa..kalau terjatuh...maunya lemas bagi tak pandai berenang.
Setelah naik bus yang tulis Amsterdam Centraal...makanya terus sampai ke tempat yang kami nak pegi nih..dasyat-dasyat...bodoh-bodoh naik buspun boleh sampai..haha.
Kami tukar salah satu free ticket dari Holland Pass kami dengan ticket canal cruise.
Nampak building tu?? Itulah Amsterdam Centraal. Tapinya bus kami stop di seberang sungai sini..bukan sana. Dan HoHo buspun sebenarnya di seberang sini..amboi..sana sini macam main tunjuk-tunjuk pulak..hope anda paham ye..hehe
Jom tengok view sepanjang kami naik cruise...
Canggih building nih..
Ni pun canggih
Houseboat..macam mana lah agaknya sistem pembentungan houseboat ni?? Hmm
Layan...
cruise muat masuk dalam tunnel ni
Parking untuk basikal..dasyat kan?? Maklumlah pengangkutan utama di Amsterdam
Sebenarnya banyak gambar saya snap..tapi tak berapa berquality sebab tak berapa pandai snap..yang ada kat atas jer saya sanggup share..ahaha.
Dah siap ber cruise...bergambar jap area Amsterdam Centraal
Kemudiannya kami plan nak beli souviner. Rupa-rupanya Damrak area tu jer..sepanjang jalan ni punya lah banyak kedai souvenir dan juga restoran. Kami berjalan sampai ke hujung dan berjumpa Dam Square. Wahh tak sangka tempat-tempat tourist attraction ni dekat-dekat jer (yang line color kuning tu...tu lah Damrak)
Kami makan berat time kat Keukenhof..my sis teringat-teringat sambal
ikan bilis dan bawang goreng yang saya buat..dia angan-angan nak makan
nasi kat bilik la. Saya pulak dah lapar time tu..so kami singgah kat 1
cafe yang yakin dengan makanannya. My sis gi order kat counter manakala
saya jaga beg dan barang-barang lain.
Ini kedai sebelah cafe kami makan tu..just jual fries sajer...see?? Ramai giler orang makan kat sini..dan semuanya berdiri sambil makan..maybe fries kat sini sedap sangat kut.
Shopping complex terbesar area tu - Magna Plaza (tak sempat masuk sebab tutup awal)
Sepanjang di Amstredam, kami agak familiar dengan tram No.2 dan No.5 sebab kedua-dua tram itu melalui area hotel kami.
Puas betul that day..dan tak sangka betul impian nak ke Keukenhof tercapai. Saya suka Amsterdam, keadaannya seolah-olah macam Melbourne..senang nak naik transport, tak perlu underground2 bagai. Lagi satu saya suka suasana Amsterdam city..building..orangnya..canal..bermacam-macam lagi. Dan juga rasa selamat bila berjalan kemana saja. Oppss..terbuat conclusion pulak padahal entry pasal Holland belum pun siap lagi..hehe. Ok lah..nantikan next entry mengenai 1 lagi tempat menarik di Holland :)
Pasal bas tu betul la..bus ke hostel kami pun berhenti di seberang centraal.
ReplyDeleteBus stop kat sini..kami nak pegi ke sana...sini sana sinun...JM pun naik pening ahahaha...tapi yg pasti JM tgk aman je suasana di armterdam nih..bila di kata basikal kenderaan utama ofcoz kurang pencemaran uada...ohh..nk simpan duit nk ke negara sebelah sana pulak
ReplyDeletepsstt : Zila...terima kasih byk!..byk!..byk sgt sgt tau..Hari ni JM dh terima ole2 dari arsterdam., london dan paris..Wowaa...terharu sgt..meh nk huge sikit...muah..muah..XOXO..siap masukkan dalam entri hiksss
Cantiknya negeri ini. Makananpun sedap nampaknya. Harap-harap saya dapat ke sini suatu hari nanti. Fridge magnet Amsterdam, postcard Holland dah dapat dari Zila, cuma badan ini je yang belum sampai di sana. Hadiah Zila bagikan melambai-lambai saya ke sana. Semua hadiah itu amat bernilai dan bermakna bagi saya. Terima kasih yg tak terhingga pada Zila di atas pemberian itu. Semoga Allah membuka pintu rezeki yang luas buat Zila dan keluarga. :)
ReplyDeleteHaahlah Zila...tersilap pos ni..nekcik pon konpiuuss...pasal nama sama xcept single l...ya ampuun
ReplyDeletesuker nekcik dpt cenderakasih dari zila...add up my collections...terimakasih atas ingatan kat nekcik ye...semuga sihat dan dimurahkn rezeki untuk mnjejaki bumi Allah ini..aamiin
seronoknya di keukenhof, sy pun dulu pernah ke Amsterdam, tapi tak sampai ke keukenhof sbb pergi bukan time waktu dia buka so bila zila nak p New Zealand, saya nak join boleh tak.. saya betul2 serius ni.. boleh kongsi satu kereta 4 orang...
ReplyDeleteSaya cuma pernah ke London. Negara2 Europe memang teringin nak pergi. Harap2 tercapai satu hari nanti.
ReplyDeleteSaya pun dapat souvenir dari zila tapi kena collect kat pejabat pos laju sbb takde orang kat rumah. Sabtu ni kena pergi nampaknya...
TQVM buat zila...
Rindunya kat tempat2 nih... Huh!
ReplyDeleteSyieda --> org yang dah pernah pegi je leh paham belah mana dan belah mana kan?? haha
ReplyDeleteJM --> Xpe JM..nanti dh ada sana sure xpening...haha. Bagus lah dah terima..lega sy dgr..takut posmen silap hantar..haha
Prof --> Sayapun tak sabar nak tunggu prof ke sana..mesti lagi syok membaca pengalaman prof. Alhamdulillah tercapai jugak keinginan saya nak bg hadiah kat prof..makaseh atas doa prof :)
Nekcik --> xpe lah pasal nama saya tu..ehehe..mesti nekcik kompius dgn sorang lagi blogger tu (Zilla). Nanti saya tambah lagi collection nekcik ye..hehe. Sayapun doakan nekcik sihat dan dimurahkan rezeki :)
ReplyDeleteBannister rd --> Macam mana awk tahu saya nak ke NZ utk nx trip nih?? heheh. Smlm my sis dok wat costing semua..eh..peliknya..haha. Ni email sy ziela62@gmail.com..tlg email saya nama ke apa ke untuk saya check kesungguhan awk nak joint kami :)
Mie --> macam prof..sayapun doakan mie ke sana nanti supaya saya dapat imbas kenangan saya time kat amsterdam bila baca blog uols..hehe. Lega saya dgr souvenir tu dah ada wlpn lom ambik :)
Scdha --> sayapun rindu jugak :)
zila temu banyak orang indonesia ga disana?
ReplyDeleteDede --> Ada jugak jumpa..ada sorang driver tram tegur saya. Dia lah yang tunjuk jalan ke hotel saya..baik sangat dia
ReplyDeletehang buat aku berkobar2 nak up entry Jepun lak tapi takleh lagi sebab bz dgn study. Kena tahan diri sat
ReplyDeleteTu ahh..dok tunggu2 bila la hang nk update stori..
ReplyDelete