Setiap satu trip ada
kisahnya..begitu juga trip saya ke Sabah ni..ada kisahnya..hehehe. Macam
biasa, Air Asia jadi pilihan dan macam biasa..menapak untuk naik flight
di LCCT tuh...fuhhh..berpeluh walaupun pepagi buta..hahaha. Manusia dikala pagi buta jam 5am begitu ramai giler
berpusu-pusu ntah turun or naik flight. Sesetengah manusia yang
lain..beralaskan kain nipis dan ada yg beralaskan lantai LCCT...tidur
bergelimpangan luar dan juga dalam LCCT. Kaget jugak saya tengok..haha.
Orang yang berada di LCCT tu berganda dasyat dengan orang yang berada di
station bus express..
Flight saya pagi tu dalam pukul
6am lebih. Seawal 4.30am dah siap untuk diambil oleh cab..guna
application "My Taxi"..ok jugak la..dia lambat 5minit..haha. Cab ni
antar me and my sis di One Utama supaya kami boleh naik Sky-Bus ke LCCT. Save budget
tau..hahaha. Nanti saya share cost dalam entry yang last yee. Everything smooth..sampai jer LCCT tunggu jap je dah naik
flight. Kira my sis tu pandai budget masa..bila naik cab..bila naik
bus..tak perlu nak tunggu lama. 2 jam setengah dalam flight untuk sampai
ke Kota Kinabalu. Jom tengok apa kami makan dalam flight dan view saya
snap dari atas udara
matahari nak tunjukkan rupa..cantik sangat time ni
Beria2 saya minta my sis belikan pancake ni..last2 bukan saya makan..dia yang makan sebab saya lapar sangat saya telah ngap makanan dia..hahah
My sis tu sporting orangnya..tak kisah tukar2 makanan...
Saat-saat nak landing paling best...tempat landing betul2 tepi laut. Flight mendarat seolah-olah nak cecah permukaan laut..dan hasilnya dapat la saya snap view island apa ntah ni dari atas...suka sangat :)
Sampai
jer airport KK..mcm biasa la..cari toilet dulu sebab lepas tu nak jalan
jauh. So sad uols..toilet kotor. Kena bertenang menggunakannya ye..isk
isk isk. Untuk jalan-jalan sekitar Sabah ni, kami gunakan kereta
sewa..Viva. Info pasal kereta sewa akan saya kongsi di akhir entry...sabar ye. My sis yang drive la..saya nak drive dia tak bagi punya lah..haish.
Oh ye..sebelum saya teruskan cerita pasal trip saya ni, saya nak bagi kredit sikit untuk seorang blogger ni..Zura tuan punya blog http://jalanjalan-makanmakan.blogspot.com Saya nak ucapkan makaseh kepada beliau on behalf my sis sebab dari blog dia my sis tertarik dengan resort yang dia stayed time kat Kundasang dan juga info mengenai kereta sewa. Walaupun dia tak sedar saya refer blog dia, saya masih nak ucapkan terima kasih. Bila cakap hal refer blog org ni, saya rasa nak kongsi 1 cerita ni ..si A ni refer info dari blog B dan ditambah lagi si B ni tlg bagi dan bagi info..si A ni mudah la sebab si B ni dah tolong..last2 bila si A ni dah balik jenjelan wat entry dlm blog yang semua benda dari segi hotel, kete sewa dan sebagainya dia cari sendiri..sentap kan si B kan? Si B ni bukan kebulur nak nama diberi kredit ke apa..tapi sedih la bila si A wat gitu..macam xde moral pulak..hahaha.
Sepanjang di Sabah saya guna GPS dari hp jer..memang tak paham kalo nak
ikut signboard..hahaha. Dat day kami nak straight away going to
Kundasang. Untuk pengetahuan semua, on the way ke Kundasang kita akan melalui beberapa tourist attraction places..contohnya, Rumah Terbalik dan juga Jambatan Gantung Tamparuli. Nak ke dua tempat dari airport tak lah jauh.
Entrance fee..RM10. Hmm..agak mahal bagi saya. Benda yang bakal disaksikan adalah terbalik-terbalik belaka..hahaha. Pengunjung di asingkan 2 groups. Dalam 1 groups ada la dalam 10-15 orang gitu. 1 group akan dibawa oleh staf tempat tu untuk bahagian halaman rumah terbalik dan 1 group lagi akan dibawa masuk ke dalam rumah terbalik tu. Sedih jugak la tengok hanya kereta kancil yang terbalik dibahagian halaman rumah tu…hahaha…tu jer?? So ok la..nak tunggu group 1 lagi kuar dari rumah tu, relax2 dalam 5 minit gitu..si guide ni siap cter yang ada kisah disebalik umah terbalik tu..dan ceritanya adalah rekaan..haha..lawak la. 1 lagi...tak boleh snap gambar dalam umah terbalik tu, kang kena saman. Hmm..
Ni lah rupa kerete terbalik..hehehe
Halaman rumah..round-round sini tak sampai 5 minit dah boleh setel
staf rumah terbalik ni akan cerita asal-usul rumah dan mengawasi pengunjung. Rumah ni sebesar apartment je. Boleh tengok tv, perkakas ruang tamu, fridge, katil, meja kerusi dan sbgainya dibahagian atas...hahaha...manakala lampu dan kipas siling dibahagian lantai bawah..hahaha..kena gunakan imaginasi nak terbalikkan semua tu...hahaha. Baru setahun di bukak..ownernya pun orang sekitar tu jer. Kaya giler la owner tu..saya tengok non-stop orang datang sampai parking penuh.
Map kawasan sekitar..macam manapun kena masuk gak dalam ni sebab tak boleh nampak..pagar tinggi sangat. Kat sini yang boleh saya puji...toiletnya dan restorannya..hehe. Bila kita keluar dari rumah terbalik, kita akan masuk souvenir shop..pastu cafe..kami tak makan dalam cafe tu, sebaliknya makan di restoran bersebelahan rumah terbalik. Memang sebelum datang saya dah tahu ada restoran best kat situ..hehehe
key-chain ni ada discount 25%...dapat la dalam harga RM8..ok lah tuh!!
taraaaa...our lunch. Terbaik sangat layanan kat sini. Apa yang takde dalam menupun boleh order. Contohnya kami nak sayur..boleh jer chef kt sini buat!!! Nama restoran ni adalah Mango Garden Restaurant. Jalan-Jalan Cari Makan tv3 pun pernah datang.
Ini coffee yang diberi khas dengan nama tempat..Tamparuli coffee kalo tak salah saya..sedap!!
Sorry ye tak ingat nama menu ni..makanan ni recommended by waitress. Fish fillet yang digoreng tepung..sweet and sour sauce with mango gitu..wahhh...hehehe
Ni takde dalam menu..chef masak ikut selera kami :)
Sebelum ke Sabah my sis dah set nk order ni..spicy squid..
Dessert..sago mango..terbaik sangat..sagu tu cantik je. Ada sos kastard..dan isi mango. Perfect combination!!!
Modern and traditional concept restaurant
Kami janji nak datang lagi restoran ni bila on the way balik dari Kundasang :)
Next destination..Jambatan Gantung Tamparuli. Dari rumah terbalik tu dalam 5 - 10 minit dah boleh sampai. Saya bayangkan jambatan ni dalam taman ke apa ke...rupa-rupanya di tengah pekan kecik. Jambatan ni digunakan oleh penduduk setempat rupanya..hahaha. Nampak tak sesuatu yang pelik kat depan tu? Jalan tu sebenarnya untuk muat sebuah kereta je..kena tunggu kereta arah bertentangan setel baru sebelah kitaorang boleh jalan..memang memerlukan toleransi. Jambatan tu ada sebelah kiri nu haa..nampak? Yang guna tour service, driver just drop dorang sebelah sini dan ambil dorang disebelah sana pulak..untung arrr...haha.
Tiba la turn side kitaorang melalui jalan kecik ni...wahh...jalan ni betul2 macam cecah permukaan air sungai tu..kalaulah banjir macam mana la orang nak cross...isk isk isk
parking kat sebelah kanan ni yee..bangunan tu adalah pasar..don't worry..ada banyak parking lot betul2 jambatan tu.
Panas terik betul time ni..tapi syukur la tak hujan.
Betul-betul menakutkan bila ada orang berjalan..bergoyang-goyang jambatan ni..hahaha..menakutkan betul..hahah
View dari atas..pengunjung taklah ramai..
Nasib baik ada net besi bawah tu..rasa selamat walaupun ada kayu yang terkopak
View dari sebelah kanan..
dah puas bergambar kat jambatan gantung..kami teruskan perjalanan ke Kundasang. Agak was2 dengan jalan yang dilalui, kami tanya la kt sorang mamat Sabah nek moto yang tengah letak petrol dari pump station..dia bgtau la ikut mana dan mana..ok lah kan. Yang kelakarnya..sepanjang jalan asyik jumpa dia..bila jumpa je dia asyik hon..haha. Memula jumpa kat jalan..dia potong kami..pastu jumpa kt tepi jalan, dia stop gi rumah saper ntah...hon lagi...pastu dia teruskan perjalanan selisih lagi..hon lagi..hahaha..mcm excited cmner ntah. Yang lagi kelakar my sis pun nk hon dia gak la..selagi hon viva tu bunyik..prekk prekk prekk..wakakaka..mcm haper je..malu org dengar..hahah.
That day adalah 13 September 2013 (Jumaat). Jalan smooth jer..trafficpun kurang. Jalanpun macam gi Cameron. Bila ada lorry yang terpaksa bawak slow..dia akan tolong kenderaan belakang untuk pintas dia..bagus betul. Dalam 1-2 jam gitu memang line hp xde coverage...sabar jelah ek. Tapi bila sampai Kundasang, ada la jugak line..hp pun boleh la guna GPS. Sepanjang jalan ada jugak hujan lebat turun..putih jer view atas jalan..berkabus. Tapi bila dah sampai Kundasang..Ya Allah cantiknya tempat tu...bukit-bukau diselaputi kabus..matahari pulak bersinar..cuaca cerah dan segar sekali. Dengan keadaan hujan lebat kami ingat Kundasang akan hujan lebat jugak dan basah..tapi salah rupanya..
Ni salah satu view dari tempat kami stay..Kinabalu Pine Resort. Kami check-in dulu sebelum nak explore Kundasang..
Ni view dari Kinabalu Pine Resort (KPR) jugak..tercari2 saya Gunung Kinabalu..my sis ckp belakang bukit tu..tak nampak sebab diselaputi kabus..kena tunggu esok pagi..
Taraaa...our room dari luar..1 balcony ni ada 2 bilik yeee. Boleh parking kete bawah balcony tu.
KPR ni berbukit..my sis book dari Agoda..murah la skit dalam RM20-30 gitu..kedudukan bilik kami tu mmg cun..lebih kurang bhgian atas sekali..memang cun la kalo nak tengok view
Syok relax2 luar bilik ni..tenang je
Tengok dalam pulak yee...luas bilik ni..selesa sangat2
Ni bahagian depan katil...
Perfect!!
Bahagian nak ke toilet...slipperpun disediakan..bagus tul
Toiletpun ok
Landscape yang cantik..
Kami mula explore Kundasang..tempat pertama nak terjah adalah Desa Dairy Farm. Tak jauhpun dari KPR. Dari jalan raya nak masuk sini kena guna jalan yang tak bertar ni. Entrance fee adalah RM4/person. Dari booth entrance ke dalam lebih kurang 1-2 km gitu. Ramai betul orang walaupun kt sini bau lembu dan lalat penuh...hahahah
Lembu yang dilepas tak banyakpun..xde feel lah!! hahaha
Cantik betul view bukit-bukau
Ada souvenir shop..kedai nak beli ice-cream, susu...
Saya beli 2 jenis kotak susu...yg satu tu susu dan satu lagi coklat susu..2 kotak ni dalam RM7 lebih. Sempat minum yang coklat je..yang susu tu dah rosak sebab tak letak dalam fridge
Taraaa...nilah kereta yang berjasa ketika kami di Sabah :)
Nyummy!!!
Macam kat oversea..hehehe
Gigih betul yang memanjat batu besar tu...hahha
Saya mampu dok bawah jer..haha
Gambar terakhir sebelum meninggalkan Desa Dairy Farm...tempat ni memang cantik..keadaan jalan je yang teruk sangat..takut jugak la tayar pancit..udara segar memang xde yee kat sini...hahaha. Jaga2 lalat senang masuk dalam kete.
Selepas pusing-pusing pekan Kundasang yang kedai2nya boleh dikira je..kami balik ke bilik..Taraaa...ni lah view dari balcony bilik kami...
Melihat keadaan Pekan Kundasang, boleh bayangkan restoran2nya..makanya kami makan di KPR je..harga makanan kat sini memang sangat2 ok..makanan kami ni 1 meal gini dalam RM12-13..Kalo ke sini jangan lupa order teh Sabah...1 pot ni datang sekali dengan fresh milk..oh sedapnya jika letak fresh milk. Makananpun sedap!!
Sweet & sour fish..selalu orang guna fish fillet..tapi yang guna ikan yang boleh wat kari tu..haah..sedap!!
Ni my sis punya...butter prawn..pun sedap!!
Lepas kenyang kami hanya lepak kat bilik...Kundasang sunyi sangat bila malam..xde pape boleh buat tu..so kami duduk dalam bilik tengok tv..tido awal tau..esok nak bangun pukul 5 pagi. Sabah ni cepat siang ye..pukul 5.30pagi dah macam pukul 7pagi. Nantikan entry untuk part 2 yeee..saya akan share view Gunung Kinabalu dan lain-lain


































.jpg)