September 2, 2019

Europe Trip - (Hungry- Budapest) Part 2

Assalamualaikum,


Sambungan dari cerita kita kat Budapest. Dah rehat bagai, kami pun bergerak untuk tengok sunset. Sambil-sambil tu kami tanya pasal river cruise..mak aii...pukul 9pm kut baru ada cruise. Kami dah sedia maklum yang waktu malam pasti sangat sejuk mencengkam..tak mampun punyalah kami nak tahan. Akhirnya kami terpaksa kuburkan harapan naik cruise susuri Danube River. Saya pernah tengok documentary river cruise di Budapest ni...cantik sangat bangunan yang dilimpahi cahaya lampu di sepanjang Danube River. Teringin sangat lah nak experience..hmmm. Takpe lah..bebila gi Melaka naik cruise Sungai Melaka tu...hahaha.

Kami berjalan menghala ke Parliament sambil menyusuri Danube River. Best jer rasa berjalan-jalan petang kat Budapest..walaupun view hanyalah bangunan, disebabkan suasana baru bagi kita..semuanya nampak best. Tapi kalau berhari-hari layan view yang sama..dah takde rasa pape dah..hehehehe. Contohnya macam saya, mula-mula duduk rumah baru...hari-hari layan view sunset sambil tengok kapal terbang landing dari tingkap rumah..ni dah setahun hadap view yang sama...dah tak rasa apa dah..hahaha. Tapi ada masa sunset yang mega merah menyala tu..memang saya layan view sampai hilang warna mega merah kat langit tu. Eh...lari tajuk pulak..hihihi.

Saya pelik la tengok orang ramai ni dok berkumpul buat apa..saya pergi dekat lagi

Lahhh..kasut apa yang bersepah kat sini??? baru teringat..my sis pernah cerita di sebalik kisah kasut ni. Nampak cam kasut biasa kan...sebenarnya buat dari metal ni. Terlekat kuat atas lantai ni. Seolah-olah memorial lah ni untuk 1 kisah. Kisah ni berlaku time World War II. Beribu-ritu orang ditembak kat sini. Boleh baca dari internet yerr 

Dah tengok kasut..so ke Parliament lah kita yer. Cantik betul building Parliament ni. Sebelum ni tengok dari Buda..sekarang kita tengok dari Pest pulak..means tengok dekat-dekat lah.

Zoom sikit..rupa Parliament building ni macam Parliament building kat London

Sisi tepi

 Side belakang pulak.

Statue the best Hungarian poets. Maybe Danube River ni memberi ilham untuk dia menulis, sebab tu statue dia dibina di sini. Kami tak berada lama area ni sebab tak tahan sejuk. Nak tunggu matahari hilang macam dah tak tahan. So, kami beredar dari situ.


Bila dah nak dekat sampai area apartment kami stay tu, saya berkesempatan snap sunset ni...tenang betul suasana ni.

Simbahan cahaya senja menjadikan bangunan ni keemasan

Matahari semakin hilang..sisa-sisa cahaya yang terhasil cukup menawan hati.


Photo terakhir sebelum kami meninggalkan Danube River.

Kami dah tak dinner apa dah malam tu. Masih kenyang dengan lunch kat restaurant Tractor tu. Macam biasa lah, kalau dah takde apa nak buat...my sis akan buat expenses record dan selepas update IG sikit..pastu layan movie..hehehe. 

Seharian kami dah explore Buda dan Pest..esoknya kami akan explore jauh sikit dari apartment kami stay tu. Kami masih ada 1 day full lagi untuk explore Budapest...2 days full memang lebih dari cukup kalau ke Budapest ni. 

Entry yang ni tak panjang sangat...tunggu next entry...panjang sikit..

Bai.....

1 comment: