September 29, 2019

Europe Trip - (Germany - Frankfurt) Part 4

Assalamualaikum...


Huhuhu..kisah Europe trip hampir ke puncak. Kami menuju to last destination iaitu Frankfurt. 1st day di Germany kami just singgah Frankfurt airport then terus naik train ke Munich. Tapi kali ni kami bakal explore Frankfurt pula. Our flight dari Budapest ke Frankfurt smooth jer.

Frankfurt airport ni amat busy. Time kami nak naik train ke city pun orang ramai giler sebab orang nak balik kerja kut. Sampai jer Frankfurt Hauptbahnhof saya terkejut bercampur panic. Sepanjang trip terasa aman damai jer kat mana-mana station, tapi sebaliknya berlaku kat Frankfurt ni. Untuk keluar dari subway station tu..dada saya berdegup kencang. Macam-macam perkara negative dalam fikiran saya time tu. Untuk tunggu turn naik escalator pun amik masa. Bila dah turn berada atas escalator, macam-macam jenis manusia berpusu berjalan naik dari side kanan escalator. Handbag saya kepit rapat. Manusia yang turun dari escalator berlawanan pun saya perhatikan..semuanya berpusu-pusu. Scary giler rupa-rupa setiap manusia yang saya tengok.

Dah sampai atas dan keluar dari Hauptbahnhof, peminta sedekah berkeliaran. Rupa setiap manusia luar Hauptbahnhof tu lagi sekali menakutkan saya. Saya perhatikan my sis pun macam cuak...hahaha. Dia berjalan dengan laju untuk ke hostel kami yang tak jauh dari situ. Terkedek-kedek lah saya ikut. Kesibukan area tu dah macam New York..tudiaaa...New York..macam dah pernah sampai..hahahah.

Suasana dah gelap time tu..kami berjalan mengharungi manusia yang ramai kat New York..eh...Frankfurt. Dalam masa yang sama nak mengelak peminta sedekah lagi. Kami follow jer google map untuk ke Five Elements Hotel Frankfurt. Gigih menarik luggage di laluan tepi kaki lima building. Terserempak pulak sekumpulan orang macam drug addict. Main dadah open gitu...ish. Pastu lalu pulak depan building yang macam sarang pelacuran. Ohh My God..scary sangat. Dalam banyak-banyak negara kat Europe saya pernah pergi..this is the 1st time saya rasa takut teramat.


Inilah bilik kami selama 3 malam di Frankfurt. Abaikan cartoon tak senonoh  tu..hahahha.



Puas hati dengan keadaan bilik..shower kat sini puas betul mandi..air laju..hehehe. Cuma lampu dalam toilet agak malap. Kami tak keluar kemana-mana dah malam tu. Dinner pun kami dah beli. Don't worry kalau stay area Frankfurt Hauptbahnhof, banyak halal food. Groceries jual bahah halal pun ada.


2nd day di Frankfurt..mulalah masanya untuk explore city ni. See the subway map..pening...hahhaa. Tapi dengannya ada my sis, InsyaAllah saya tak takut apa dah...hehehe.


 
1st tempat yang kami tuju adalah Old Town ataupun di kenali dengan nama Romer. Disebabkan masih awal pagi dan juga winter...orang takde pun time ni. Tempat saya bergambar ni bukan Romer tapi building berdekatan Romer.  

Sebelum explore Romer...kami breakfast dulu.


 
Taraaa...inilah Romer. Rasanya kat Frankfurt ni, tempat ni jer kut best sebab old building yang cantik ni. Time kami sampai area ni, satu group orang China pun sampai. Gaya dah macam pun satu group dengan dorang..hahaha.

Dah bergambar area ni, kami masuk kedai souvenir area ni. Kebetulan ada tourist information kat area tu..kamipun pergilah tanya tempat apa yang best untuk kami terjah..malangnya tak banyak. Museum2 tu memang kami tak layan.


Akhirnya kami decide nak berjalan kaki untuk bergambar di Euro sign yang besar tu. Sambil-sambil tu bila jumpa building cantik-cantik kami stop bergambar.


 
 Saya percaya pokok ni mengeluarkan bunga yang cantik time spring..adakah ini pokok sakura??


Rasanya building ni lagi cantik dari Romer tu.


 
Old Town Frankfurt


Berjalan punya berjalan, akhirnya kami sampai area building yang moden.


 
Here i am... 


Hehehe... 

Akhirnya kami berdua dah tak tau nak gi mana lagi..hahaha. Memang tak banyak attraction places kat Frankfurt..for me, Frankfurt ni agak membosankan. Me and my sis fikir punya fikir macam mana taknak akhirnya trip kami ni dengan perasaan yang bosan tu...nantikan kisahnya...jeng jeng jeng..

Kami balik ke area hostel kami untuk cari lunch. Akhirnya kami memilih untuk makan salad and falafel. Lupa pulak saya nam resturant ni. Just beberapa lot dari hostel kami. Set falafel and salad ni sedap betul. Kami just share berdua 1 plate ni dan tak abispun.


 
View senja dari tingkap bilik. 


Dinner kami malam tu kami plan nak makan makanan Pakistan. Malangnya semua lauk adalah lamb. Kami berdua ni memang tak makan lamb. Akhirnya kami just tapau nasi bersama veggie curry dan kemudiannya pergi lagi ke restaurant sebelah untuk beli falafel yang kami lunch tadi. Falafel tu kiranya macam lauk tambahanlah. Tekak macam tak lalu dah nak makan stock makanan kami..hehe.

Dah kenyang..kami mulalah discuss nak buat apa esok. Macam manapun kami kena dari tempat lain yang luar sikit dari Frankfurt. Saya memang dah buat note tempat-tempat yang 1 to 2 hours dari Frankfurt. Discuss punya discuss akhirnya my sis agree dengan idea saya untuk ke Heidelberg. Time yang sama my sis terus beli online ticket bus untuk ke sana awal pagi esok. Happy giler lah saya walaupun zero info pasal tempat tu. Note yang saya buat hanya nama tempat tu dari jarak masa dari Frankfurt...hahahaha. Nak study malam tu pun ngantuk sangat...so kami bertawakal lah apa yang akan kami lalui esok tu. 

Nantikan my last entry di bumi Europe ni ye...adakah kami enjoy our last moment di Germany??? Tunggu entry saya ye :)

Bai

8 comments:

  1. Around Frankfurt Hauptbahnhof, kedai2 makan halal terletak sepanjang Munchener Str. Penghujung jalan ni, will take you to the Euro Skulptur. Betul kata you, this part of Frankfurt tiada attractions melainkan Romer, which again is just a square. Heidelburg jika naik castle tu will be nice.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah bc ur entry pasal Frankfurt...rezeki yer dapat hotel free dan boleh jalan2 area Frankfurt

      Delete
  2. Kami di Frankfurt dulu 2 hours je stroll dlm city.. Rasa nak repeat nanti Insya Allah..

    ReplyDelete
  3. Syukor, keadaan yg membimbangkan menjadi rezeki tak diduga. Ialah, kita pun dr hari book tix dah mula berdoa supaya perjalanaan kita selamat & di permudahakan. Alhamdulillah, semua ok.

    ReplyDelete
  4. salam...

    Kalau tak keberatan, boleh share itineray tiga negara (jerman- austria - hungary) ni boleh termasuk kos? boleh emel ke mardhiyahmn@gmail.com
    tq in advance

    ReplyDelete
  5. Saya suka Frankfurt juga... lebih daripada London

    ReplyDelete
  6. Pernah pergi Frankfrut untuk bekerja dan tertarik dengan tempat tu..

    ReplyDelete