August 22, 2019

Europe Trip - (Hungry- Budapest) Part 1

Assalamualaikum...

Lebih kurang 6 bulan saya tak travel mana-mana. Rasa macam tak lengkap hidup ni kalau tak travel dalam jangka masa yang lama..hehehe. Saper suruh terjerumus dalam hobi yang memerlukan belanja besar?? hahaha. Jom sambung kisah di Europe...


Lepas kami kenyang melantak nasi kuah kari bagai, kami bergerak untuk beli ticket Flexibus. My sis memang takde book pape bus ticket untuk ke Budapest, Hungary. Ada benda kelakar berlaku. Kami menuju ke bus stand yang tak jauh dari Vienna Hauptbahnhof. Kononnya ingat bus tu jenis saper cepat dialah dapat seat. Saya siap berdiri depan sekali nak naik bus tu..hahaha. My sis standby nak masuk luggage dalam bonet bus. Rupa-rupanya ramai-ramai yang ada kat situ semuanya dah beli ticket online..hahaha. Takde gunapun saya berdiri paling depan...wakaka. Kami berdua jer takde ticket. Menurut assistant driver tu, kalau ada seat kosong baru kami boleh beli ticket kat dia dan naik bus tu. Syukur masih ada 2 seat kosong..cumanya kami terpaksa berpisah duduk asing-asing. Perjalanan lebih kurang 3 hours. Disebabkan saya bukan duduk seat sebelah tingkap, so takde apa-apa photo yang boleh saya share.

Bila kami sampai Budapest, keadaan dah gelap. Sangkaan saya kami akan stop di main bus station. Tup-tup bus ni stop tepi jalan jer. My sis macam dah tahu...saya agak my sis memang dah siap-siap study. Semua penumpang bergerak ke tram station tak jauh dari situ. Time tu tak salah saya baru jer pukul 6pm gitu..gelapnya dah macam pukul 8pm. Bila tram sampai..kami naik lah. Eh...mana nak beli ticket?? Tadi kat tram station pun takde machine ticket..dalam tram pun takde...hah sudah. Kami bertawakal jer tak beli ticket..oranglain sama jer tercangak-cangak macam kami..hahaha. 

Syukur takde apa-apa berlaku...dalam 20 minit kut kami sampai ke area apartment yang my sis saya dah book. Nama apartment tu adalah The Post Apartment. Area apartment tu adalah di bahagian Pest. Manakala Buda di another side of river. Buda + Pest = Budapest...haaaa gitu. Kami berjalan follow google map. Kami melalui shopping street yang happening. Tak salah saya dalam 5-10 minit juga berjalan akhirnya kami sampai di depan gate apartment. Untuk masuk ke dalam apartment, kami kena follow arahan owner melalui email yang dihantarnya. Kami perlu key-in password untuk masuk ke dalam rumah. Bila dah masuk, saya tengok ada 3 bilik. Setiap bilik bernumber. Habis-habis saya ingat satu rumah tu kami yang punya...kena share rupanya..hahhaaha. Setiap bilik ada kunci yang disimpan dalam box berpassword. Bila putar password, terbukalah box tu..then baru boleh ambik kunci dan masuk bilik.



Katil memang selesa, bantal jer kempis sikit..hahaha

 
Wardrobe pun complete..boleh simpan banyak barang..kira luaslah bilik ni..


Toilet pun bersih...cumanya bila mandi air lambat turun..bertakung.


Shared kitchen..kami just guna sabun basuh pinggan


Malam masih muda...lepas pekena maggie lontong, kami keluar cari dessert..hehe. Bestnya kami jumpa trdelník yang kami pernah makan di Sarajevo last year. Adakah kami bakal ke negara asal roti ni iaitu Prague?? Adakah next year..muahahahha. Round sikit-sikit area shopping street tu, then kami balik bilik. Macam biasa, saya layan movie manakala my sis update record expenses kami.


Time tu explore Budapest. Sebelum mulakan exploration, perut kena isi dulu. That day Budapest agak glomy.


Tak jauh dari apartment kami stay ada sebuah bakery. Nasib baik bakery ni ada meja kerusi..so boleh lah kami breakfast disamping menghayati bau roti yang sedap di bakar. I love bread and the smell of fresh bread.



Our mission pagi tu...nak cross Chain Bridge dari Pest ke Buda. Berjalan jer..building kat atas ni masih di bahagian Pest.


Nampak railing besi kat belakang tu..kat situlah terletaknya rail untuk tram. Station tram dari our accommodation memang dekat giler. Tapi tujuan kami time tu bukan untuk naik tram lagi..kami nak susuri Danube River dan kemudian cross ke Buda. Main attraction di Budapest tu adalah building nu haaa kat sayup-sayup kat belakang saya tu..jom ayuhhh!!!



Jalan dalam kesejukan memang tak rasa tired sangat...jom ke Chain Bridge


Duduk kejap menghayati keunikkan Chain Bridge



Kami plan nak susuri Danube River ni dengan menaiki cruise diwaktu malam..hmm..adakah kami berkesempatan?? 

Ketika cross Chain Bridge


Bila dah sampai ke seberang iaitu Buda, kami boleh jer naik funicular untuk naik ke Buda Castle. Tapi kami memilih cara lain iaitu dengan menaiki electric bus macam kat atas ni. Bayaran sebanyak 8 euro dikenakan. Bus ni cover area Buda jer. Ticket boleh digunakan 1 round jer. Saya tak ingat berapa tempat bus ni akan stop. Kami memilih 2 stop jer. Bus kecik gitu hanya ada cover dengan plastic jer..memang menahan sejuk arrr.


Our 1st stop adalah di Fisherman's Bastion.


Bila tengok design building ni..rasa macam feefeling kat Istanbul


Ada sebuah church sebelah Fisherman's Bastion ni


View dari Fisherman's Bastion...kalau tak gloomy sure lagi lawa view ni. Building di sebelah Pest tu adalah Parliment.


Tak besar mana Fisherman's Bastion ni..15 minutes pun dah cukup bergambar kat sini. Suasana sejuk sangat..tempat untuk kami panaskan badan pun takde..so kami decide nak masuk Hilton kejap sambil minum coffee untuk panaskan badan.


Asalnya nak minum jer..akhirnya terbeli cake. 

 
Punya pulun dok snap lily and rose kat meja bulat ni..nyaris-nyaris meja ni nak terbalik time saya tekan...hahha..haishh...kus semangat


Orang kaya leh arr stay hotel ni..orang macam kami ni mampu setakat minum coffee dan makan cake jer..hahahha. Lepas dah settle minum dan ke toilet bagai...kami tunggu tour bus kami untuk ke tempat seterusnya iaitu Buda Castle.


Saya snap Buda Old Town ni dari bus jer

Ini lah suasana persekitaran Buda Castle...

Panorama view dari castle ni memang cun..sampaikan my sis cakap, penat dah tengok view dari atas..hahaha. Semua building nampak sayup-sayup...maybe dia nak tengok building yang terpampang depan mata..hahaha


 
Castle ni luas..pegi lah arah manapun..pasti boleh berviewkan Budapest dan Danube River. Lawa kan lampu tu?? 


 

The great castle architecture


Chain Bridge dari Buda Castle

Dari Buda Castle kami naik tour bus untuk kali terakhir. Kami stop di tempat kami mula naik. Kami kemudianya cross Chain Bridge untuk ke Pest side. Perut dah mula minta di isi. 

 
Sayup-sayup kelihatan Fisherman's Bastion dari Pest side. Bila tengok photo ni, suasana macam di Istanbul pulak.


Kami hanya mengikut mana jer kaki melangkah..akhirnya sampai area ni. Kalau tak salah saya tempat nipun part of Shopping Street. Apartment kami staypun tak jauh dari sini. Tekak ni macam tak boleh nak accept nasi yang dimasak sendiri dah..hahaha. Terasa tekak ni nak santap makanan restaurant. Jalan punya jalan, kami termasuk sebuah souvenir shop. Pekerja kedai tu adalah islam, tak salah saya dia dari Labanon. Bila tanya pasal halal food, dia cakap takde halal restaurant. Menurut mamat tu, dia makan jer apa-apa..tawakal jer katanya..hahaha. Kami shopping souvenir sambil-sambil cari restaurant.


Syukur kami jumpa restaurant yang yakin untuk kami lunch. Makanan yang disajikan merupakan sayur dan seafood. Tractor Farmfood nama restaurant ni. Time order tu kami make sure dorang tak letak wine.


Taraaa....makanan kat sini so yummy..suasana pun cozzy.


Grilled salmon rasanya perfect. Tak over cooked..i like. Grilled potato pun lazat. Yang ada sayur hijau tu grilled cauliflower yang ditabur raisin..yang ni pun sedap. Makanan ni cukup mengenyangkan kami berdua.


Bila dah kenyang, matapun jadi berat...hahaha. Kaki pun dah tired sebab asyik jalan jer. My sis agree bila saya cakap jom balik rehat dulu, nanti time nak sunset tu keluar lagi. Ginilah kami berdua, boleh dikatakan perangai dua-dua time travel sama jer..tak boleh paksa time tired. Kalau tired masih juga nak pergi sana-sini sebab nak make sure cover semua attraction places..for me apakah gunanya. Enjoy kah nanti?? Ada orang cakap..."janji sampai..penat pun penatlah." For me travel ni bukan "janji sampai"...tapi..mesti enjoy to see around dan hayati suasana,  InsyaAllah bila balik Malaysia, perasaan tu akan kekal dalam hati. Saya still boleh feel setiap suasana serta perasaan di sesuatu tempat yang pernah pergi, the food i have ate, the people i met, the struggle i faced..and etc...InsyaAllah. 

Kita punya daily life kekadang memenatkan, kemudian masalah kerja lagi...time travel nilah kita nak cuba letak semua tu ketepi dulu. Kekadang saya boleh lupa apa masalah kat office..hahaha. Inilah pentingnya tak serabutkan kepala time travel..kurangkan untuk memaksa diri cover macam-macam yang over kudrat kita. 

Oh dah...next entry saya sambung lagi ya :)



11 comments:

  1. Yes bau kat kedai roti memang best. Sama lah kita Zila, hantu roti juga hah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. org cam kita ni letak mana2 negara just ada roti jer pun dah xpe..hihihi

      Delete
  2. Sedapnya salmon.
    Boleh lupa masalah bila berjalan-jalan. Bila balik kerja, bersemangat.

    ReplyDelete
  3. I really appreciate this wonderful post that you have provided for us. I assure this would be beneficial for most of the people.

    ReplyDelete
  4. betul ayat yg akhir tu..mmg akan lupakan sekejap masalah kerja kat ofis..x mau ingat time travel..

    ReplyDelete
  5. Betul, lau lama tak gi travel hati jadi tak menentu (hehehe) kan. Luas pandangan kalau gi melawat tempat owg ni. Ai punya turn entah bila lah hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. u pun apa kurangnya..merata-rata jugak ai tengok u jenjalan hihihi

      Delete
  6. ceritanya luar negeri terus, the best dah. Gua ikutin aja stiap kali ada yang posting baru, makasih dah berbagi kakak.

    ReplyDelete