November 14, 2019

Europe Trip - (Germany - Heidelberg) Part 5

Assalamualaikum...

Kisah trip saya and my sis akan berakhir dalam entry ni...huhuhuhu. Sambungan dari previous entry...saya and my sis decide esok tu nak ke Heidelberg. And the same time my sis beli online bus ticket. Disebabkan melayan mata yang ngantuk..kami terus tidur tanpa hirau untuk study apa yang ada kat Heidelberg...hahaha. Maklumlah..menjelang akhir-akhir trip ni badan sangat exhausted. Semangat nak jalan-jalan pun dah macam ala-ala..hahaha. 

Our bus pagi tu adalah pada pukul 7.30am. Tak salah saya kami naik bus yang paling awal. Oh ye..my sis beli return ticket yer. Tak salah saya dalam pukul 3pm kami akan balik semula ke Frankfurt. Pagi tu kami just breakfast dalam Hauptbanhof jer. Beli hot coffee dengan roti pastu makan kat mana-mana ada kerusi kosong. Tengah-tengah makan tu, tetiba ada announcement untuk berhati-hati dengan beggar yang berkeliaran dalam Hauptbanhof tu. Scary tau...dah la keadaan dalam tu crowded. Mata tu sambil breakfast meliar jer tengok keliling. 

View depan Frankfurt Hauptbahnhof...bahagian ground floor untuk train yang long journey serta kedai-kedai dan underground ada beberapa level lagi untuk underground train yang nak pegi serata Frankfurt.


Lepas abis breakfast...bermulalah kisah ketegangan..jeng jeng jeng...apakah itu?? Untuk naik Felxibus tu..kami perlu berjalan keluar sikit jer dari Hauptbahnhof. Time kami sampai manusia pun dah penuh. Takde proper station pun. Semua orang dok tunggu tepi building jer. Kalau lah hujan..cmner lah agaknya. Ada sorang jer Flexibus staff yang pegang walkie talkie kat area tu. Dialah akan memain peranan arrange penumpang naik bus. Dari pemerhatian saya, agak tidak proper service Flexibus ni. Sepanjang saya menunggu tu, 3-4 buah bus sampai berperingkat-peringkat. Jauh-jauh jugak bus-bus tu menghala. Ada ke Budapest, ada ke Munich, ada ke Berlin. 

Masa makin berlalu. Hati kami berdua dah gundah-gulana. Makin lama makin menjadi gundah-gulana. Dan kemudian semua ahli penumpang lain turut bertanya-tanya manalah bus nih. Pakat dok tanya mamat Flexibus tu..dia asyik cakap on the way. My sis decide untuk terus ke Flexibus office. Tak salah saya time kami berjalan ke office tu lebih kurang nak ke pukul 8am. Jarak ke office tu just 2 minit berjalan. Office tu just dalam cabin jer. Nak masuk cabin tu kena ikut turn. Time kami sampai tu lagi 5 minit pukul 8am. Betul-betul ikut working hour. Walaupun kat counter dah ada staff, pintu masih dibiarkan berkunci. Tunggu lah kami bersama-sama beberapa orang yang lain. Tetiba datang amoi chinese ni...panic jer. Dia tegur kami..lahhh...chinese Malaysia rupanya..hahaha. Orang JB. Mati-mati ingat dari China. 

Sembang punya sembang rupanya diapun macam kami...bosan dengan Frankfurt terus beli ticket untuk ke Heidelberg...hahaha. Sementara tunggu turn nak masuk dalam office tu, kami sembang-sembanglah dengan dia. Hebat betul dia..travel sorang dan siap drive untuk ke Hallstatt, Austria. Dah la 1st time drive di Europe dengan snow lagi...

Soalan dia kat kami.."sorry ye kak nak tanya, kat sini famous dengan kaki babi grilled..so macam mana kak makan?" Nak tergelak saya dengan soalan dia..hahaha..siap sebut kaki babi..hahaha. Dia ingat kat Germany ni ada kaki babi jer kut...hahaha. Sayapun explain la pasal halal food semua..teiba dia cakap "sayapun tak suka kaki babi...busuk" erkk...tup tup saya tengok FB dia beberapa hari lepas tu..dia share photo dia makan benda tu...hahahah..ntah pape.

Bila dah tanya staff Flexibus dalam cabin tu, memang takde solution. Nak refund pun tak boleh. Nak tak nak kami decide tunggu jer lagi dan kemudianya beli ticket balik ke Frankfurt yang baru bila dah sampai Heidelberg. Kami kembali ke tempat menunggu bus. Amoi tu pulak ambik turn masuk office kecik tu. Sejuk giler lah berdiri kat situ. Nasib baik matahari bersinar terik, saya duduk berjemur area yang kena matahari baru lega sikit rasa.

Orang ramai makin bengang..kami bertabah jer. Selepas 2 jam menunggu kalau tak salah saya, bus yang dinantikan muncul. Kebetulan time tu kami baru nak start berjalan ke office untuk kali kedua. Dan bus tu pulak stop area jauh sikit dari tempat sepatutnya. Benefitnya kami berdualah..just cross jalan terus naik bus. Nape ntah driver tu tak bagi duduk depan. Cis. 

Pakcik dari India argue dengan driver tu..dia nak duduk depan sebab dia bayar extra untuk seat depan. Hah sudah...time tu kami fikir melepas lah nak pegi Heidelberg kalau dua orang bergaduh...hahaha. Pakcik tu siap tunjuk kat kitaorg ticket dia..memang tertera seat number depan. Driver tu menonong drive tanpa peduli pakcik tu. Pakcik tu asyik ulang.."I paid for front seat..I want to see the country". Ntah saper pakcik tu call, tetiba driver tu dapat phone call then diapun stop dan suruh pakcik tu datang seat depan...hebat pakcik tu..dia menang...hahaha.




Happy saya tengok cuaca that day...hehehe...tak sabar nak ke Heidelberg

Turun jer dari bus, my sis tanya saya...so sekarang ni kita nak gi mana?? keliling kami time tu hanyalah building biasa dan berdekatan Heidelberg Central Station. Saya ambil handphone dari my sis dan terus bukak apps google map. Dekat apps tu saya click "attraction"...1st attraction yang keluar adalah Heidelberg castle..click Heidelberg castle..pastu direction. Just cross jalan kami pun sampai bustop untuk memulakan journey kami ke Heidelberg castle. My sis tanya.."taknak ke ikut amoi JB dengan penumpang lain tu??" Saya tengok dorang semua naik bus number lain. Amoi JB tu pun dok panggil-panggil kami naik. Then saya reply kat my sis "takyah kut..maybe dorang gi tempat lain."

 
 Akhirnya bus yang ditunggu sampai. Saya just show kat driver photo Heidelberg castle. Then dia cakap ok sambil tersenyum. Dah bayar ticket semua..kamipun duduk. Penumpang lain pun tersenyum kat kami berdua. Perjalanan 30 minutes terasa amat singkat. Syok layan view bandar Heidelberg ni. Time bus melepasi deretan shopping street, saya perasan amoi JB dan yang lain-lain dengan berjalan-jalan area tu. Ohh dorang stop kat situ rupanya. Syukur tak ikut dorang, sebab nak perlu berjalan dari area tu ke Heidelberg Castle...jauh jugak tau..macam mana saya tau?? Teruskan membaca.

Harga ticket untuk 1 way adalah 1.40 Euro

Driver bus tu stop kami betul-betul kat Old Bridge Circa...kami just perlu cross bridge ni untuk ke old town dan juga Heidelberg Castle nun di atas bukit.

Sebelum cross, kami bergambar dulu kat sini.

Cantik lah haii building area ni. Rasanya ini residence area

Walaupun matahari memancar terik..cantik betul cuaca. Tapi sejuk tu tak boleh hilang lah.

Jom explore old town


Love the architecture.
Macam biasa lah..nak explore satu-satu tempat tu mestilah kena make sure perut di isi dulu..hehehe. Coffee is a must supaya minda cergas. Dari google map saya dapat cari halal food. Ada beberapa halal resturant..kami pilih restaurant yang paling dekat dengan kami time tu.

 Taraaa..inilah restaurantnya...


Tengok semua ni langsung tak terasa nak makan camgini semua. Jom tengok kami order apa.


 
Roti tu diberi free...selalunya retaurant arab memang camgitu.

 
That day my sis asyik sebut nak makan ommelet dengan sup..so kami decide nak order ikut selera my sis. Ommelet tu memang sedap giler sebab lama dah tak jumpa...nikmat betul makan ommelete tu. Disebabkan nak sangat sup...kamipun order tomato sup..tu jer sup yang ada pun. Yang grilled potato tu saya yang teringin. Bila selesai makan...apa lagi...let's explore Heidelberg.


 
Bila sampai kat Heidelberg ni, sila lah ushar setiap lorong..banyak betul view building cantik. Boleh dikatakan setiap sudut kat Heidelberg ni cantik-cantik belaka. Banglo atas bukit pun dah macam castle.

Tengah-tengah berjalan tu, kami nampak signboard tunjuk arah untuk furnicular untuk naik ke castle. Apa lagi..cepat-cepat lah kami pergi. Bila sampai kat furnicular station, kami diberitahu furnicular tu tak dapat nak function..dan good news nya...dorang ganti dengan free shutter bus. Saya bayangkan nak kena panjat bukit tu untuk ke castle...hahaha. Naik shutter bus tu dalam 10 minit kalau tak salah saya.


Kami diberhentikan di area ni...berjalan sikit jer untuk ke castle tu.


Inilah view dari castle...the view is so incredible. Tadinya kami berjalan-jalan kat bawah tu...dan sekarang kami boleh tengok lorong-lorong yang tadinya kami berjalan.

Bridge yang tadinya kami crossed. Kalau cukup masa, saya teringin nak naik bukit di other side..mesti cantik.

Rasa sangat-sangat bersyukur dengan nikmat Allah bagi. Di saat akhir trip ni kami diberi kesempatan explore tempat yang kami tak pernah tahu pun menarik..hahahaha. Kalau datang Frankfurt...mesti datang sini yerr..berbaloi sangat!!!

Sisa-sisa Heidelberg castle yang dah musnah...kami tak spent banyak sangat masa explore kat atas ni...sebab kejar masa.

Lepas turun dari castle, kami sambung explore shopping street pulak.

Very satisfied...

Lalu pulak area bakery ni...nasib baik kenyang..hahaha

Bila sampai area shopping street ni, manusia makin ramai.

Layan architecture :)

Bila kami berjalan makin ke depan, tahulah kami yang amoi JB dan yang lain-lain tu akan melalui shopping street dulu then baru sampai area castle. Syukur kami tak follow amoi tu..kalau tak pasti kami keletihan berjalan...bila sampai area castle mesti kami dah lembek..hahahaha. So nasihat saya, naik bus yang boleh stop di Old Bridge Circa. Dari area bridge ke arah shopping street ni lebih kurang 45 minit kami berjalan..termasuk singgah bershopping lah. Bila agak-agak puas explore Heidelberg, my sis pun uruskan beli ticket bus online. Kemudian kami naik bus untuk ke bus station Flexibus.

Bus kami naik tu stop area Heidelberg Central Station. Punya banyak basikal depan station ni. Orang Heidelberg ni gi kerja naik train lah tu.

Untuk kill the time, kami pusing-pusing dalam Heidelberg Central Station. Kat sini kami just minum petang dengan pelbagai biskut dan pastries ni.

Menjelang senja kami meninggalkan Heidelberg dengan menaiki Flexibus. Ketika perjalanan pulang ke Frankfurt ni, saya masih tak percaya kami boleh sampai ke Heidelberg. Memula tu saya rasa macam takde harapan dah nak ke sana dan terpaksa hadap Franfurt yang membosankan tu.

Sampai jer Frankfurt, kami terus cari halal food yang tak jauh dari hostel kami stay tu. Sebelum pulang ke negara asal, ada chance lah makan kebab. Saya order kebab ayam dan my sis order kebab farafel. Saya cukup suka kalau kebab yang pakai roti macam ni. Yang jenis wrapped tu tak berapa gemar sangat..hehe.

Bila balik bilik, berhempas pulas pulak kami packing. Esok dah nak fly balik Malaysia. Kami ada coupon breakfast free. 3 malam kami stay kat hostel tu dan kami decide nak guna coupon tu untuk last day kami kat sana. Lagipun kami nak kena keluar awal untuk ke airport, sesuai lah breakfast kat hostel.

View dari luar bilik di awal pagi.

Saya masih ingat insiden di Frankfurt Airport. Satu area dalam airport tu di tutup oleh polis. Polis penuh kat area tu. Counter untuk kami drop luggage tupun terdapat dalam area tu. Time tu saya fikir macam-macam dah..hahaha. Saya ingat ada orang pasang bom dalam airport tu..hahaha.

Kami terpaksa berjalan jauh untuk ke counter Condor yang baru. Time ni my sis ckp hal yang mencemaskan saya...hahaha. Dia cakap make sure simpan sikit baju dalam backpack serta berus gigi semua. Dia pernah baca kes takde seat dalam fligh. Condor ni macam ada konsep first come first serve. Yang takde seat kena tunggu next flight. Pihak airlines akan provide hotel semua lah. Panik saya bila tahu ada kes camgitu. Yela, bukan hari-hari kut flight Condor ni pergi Malaysia. Jenuh pulak nak explain dekat office saya nanti. Tapi syukur takde kes sebegitu happen to us. Kami berjaya naik flight dengan jayanya. 


Untuk flight pulang ke Malaysia, takde stewardess yang layan kami seperti dalam flight Malaysia-Frankfurt. Best betul bila teringat layanan stewardess yang tahu pasal makanan halal. Nasib baik dalam flight untuk balik Malaysia, ada viggies meal. Nikmat betul makan pasta ni.


Ok...habis dah cerita trip Europe kami ni. Lepas ni my sis baca entry ni...bersedia lah saya nak dengar planning dia untuk next trip..hahaha. Dia sebenarnya bengang dengan saya, sebabnya saya tak boleh nak travel sehingga bulan 2 next year. Ada benda lain saya perlu uruskan.

So, jom tengok sikit conclusion dari Europe trip saya ni...

Trip kali ni memang cukup puas hati. Semuanya smooth mengikut planning. Semua tempat yang kami explore best-best kecuali Frankfurt. Frankfurt tu bukanlah tak best sangat..maybe attraction dia tak banyak sebab tu macam boring sikit. Yang paling best..kami dapat rasa suasana bersnow, nature, city serta old town..pengalaman yang cukup berharga. 

Bila trip demi trip success...lagi berani untuk bermimpi dan berangan. Bila ditambah dengan usaha..mimpi mahupun impian pasti jadi kenyataan. Angan-angan saya nak sangat spend beberapa hari di countryside. Tak buat apapun takpe. Just duduk sambil tengok view. Cari port cun untuk sunrise serta sunset. Lagi-lagi countryside tu ada ladang terbendang penuh dengan kambing biri-biri serta kuda...ohhh indahnya. Nilah akibatnya suka sangat layan drama dan movie mat salleh..hahaha. Tak salah berangan kan..ehehehe.

Itu saja perkongsian saya untuk Europe trip kali ni. Masih ada europe coutries yang saya perlu explore. Kalau umur panjang dan rezeki murah...Insyaallah..sampailah saya. Thanks semua yang sudi follow cerita saya...yang elok, molek serta sempurna tu dari Allah dan yang terkurang, tersilap cakap tu dari saya...

Bai

4 comments:

  1. Waahhh best best.. Kami ke Heidelberg dulu hujan & cuaca kelam tapi Alhamdulillah awesome sgt.. Syok baca post ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh sis mulan pun pernah sampai Heidelberg...tq spent masa membaca :)

      Delete
  2. Puas hati tgk gambar.
    Style bus express sama gak cam malaysia ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. puasnya hati saya bila Kak Yan puas..hehehe
      aa lebih kurang sama jer akak

      Delete