July 24, 2019

Europe Trip - (Austria - Vienna) Part 4

Assalamualaikum...

Berjumpa lagi kita di day-2 dia Vienna. Saya akan habiskan kisah di Austria dalam entry Vienna ni. InsyaAllah next entry saya nak mulakan kisah di Budapest, Hungary pulak. Motif pertama kami pagi-pagi tu adalah, nak terjah sebuah cafe untuk breakfast. Saya tahu pasal cafe ni bila tengok V-blog couple mat salleh ni di youtube. Cer taip "travel nest" kat youtube. Dari Malaysia lagi saya highlight kat my sis saya mesti ke cafe tu...hahaha.

Kami decided check-out dan terus letak luggage dalam locker di Vienna Station. Kenapa?? Sebabnya adalah, kami akan ke Budapest pada petang tu. Dan kami belumpun beli apa-apa ticket ke Budapest. Betul-betul gambler kan?? Hihihi...tapi hotel semua tu dah book dah pun.

Locker simpan luggage...kalau tak paham macam mana nak guna..ada jer staff yang akan membantu. Saya dah lupa rate per day berapa..kalau tak salah 5 Euro

Lagi sekali saya repeat...kami tak berapa study pasal attraction places di Vienna. Kami just set dalam fikiran...nanti2 lah fikir..hahaha. Apa kebendanya nak fikir..lagi beberapa jam jer nak explore Vienna..hahaha. Dan syukur..pilihan untuk breakfast di Cafe Central adalah pilihan terbaik. Camni ceritanya...

Kami just refer google map untuk ke cafe tersebut. Kami perlu naik subway dan turun di Stephansplatz Station. Bila jer keluar dari Stephansplatz Station, baru sedar yang tempat tulah central of Vienna..macam main attraction places di Vienna.

Keluar dari station terus nampak church ni..snap2 sikit


 
Central Square of Vienna..orang pun tak berapa ramai lagi time ni.


 
Perlu berjalan lebih kurang 10 minit untuk ke Cafe Central...dari 10 minit menjadi setengah jam gara-gara melayan building kat sini..hehehe


 Perlu jalan ke depan lagi..ehh..kubah apa tu??  jom-jom tengok.

Building ni dipanggil Hofburg Palace..nampak pintu di tengah-tengah building ni?? Ada lagi banyak attraction places di sebalik pintu tu. Xper..jap gi kita pergi...jom makan dulu..kata my sis..hehehe.


Taraaa....sampai jua akhirnya setelah asyik stop sana-sini bergambar..hehehe. Hmm dari luar nampak cam biasa-biasa jer..jom masuk..ayuhhh!!!


Cafe yang saya baru jer idam-idam nak masuk...akhirnya tercapai..hehehe. Baru idam-idam sebab baru jer tahu..hahaha


See the interior...classic and fancy kan?? Jelas terdengar bunyi sudu garfu berlaga-laga..orang bercakappun bisik-bisik jer. Dengan kami berdua cakap berbisik..hahaha. Yang bestnya kami dapat meja tersorok dan tepi tingkap. Cukup privacy.


Ceiling mewah nih...fuh!!


Rupa minah ni langsung tak mewah..hahaha. Jom tengok kami order apa


Roti jer pun...hahaha. Tapi untuk hantu roti macam saya...ni kira best giler tau. Roti my sis yang tak habispun saya habiskan...hahaha. Motif ke sini bukan nak hayati keenakan makanan..tapi nak hayati ke unikkan interior cafe ni. Ohh ye..kalau ada rezeki ke sini, jangan lupa masuk toilet...cun giler. Ok...makan pun dah kenyang..jom jalan-jalan..attraction palaces tak jauh dari cafe ni.


 
Ni pintu gerbang yang saya cakap tadi. Ada beberapa building di sebalik pintu ni..sayapun tak sure tempat apakah ini.

National Museum


Cun jugak building ni.


Macam agak bosan dok tengok building jer..saya tengok note saya..then saya bagi idea kat my untuk pergi satu tempat ni..tapinya jauh sikit lah dari situ..kena naik tram. Bestnya saat-saat terakhir di Vienna boleh naik tram dan sightseeing. Tram station pun tak jauh dari National Museum ni.


Hehehe...macam buruk jer..tapi ok jer..better dari tram yang kat Bosnia tu..



Taraaa sampai...nama tempat ni adalah Hundertwasser House. Building ni adalah apartment. Kesian owner apartment ni sebab tak boleh nak bukak curtain...heehehe. Bila saya tengok kat depan mata...apartment colourful ni nampak biasa jer. Bila dah snap..tgk dari hp..eh...cantik dan unik pulak...pelik pelik!!


Berhadapan dengan apartment tersebut ada cafe dan beberapa souvenir shop.


Kami rasa cukup kut jalan-jalan area Vienna..kami perlu bergerak ke next destination. 24 hours pass kami pun bakal berakhir..worth betul 24 hours pass tu. Kami ni kami naik tram modern sikit.


Rupa tram yang memula kami naik tadi


Inilah subway station...kami perlu menukar dari tram ke subway untuk ke Vienna Hauptbahnhof


Saat-saat nak tinggalkan Austria..saya beli lagi donut ni..tapau untuk ke Budapest..hehehe



Vienna Hauptbahnhof ni banyak halal food..so don't worry. Sedap giler nasi dan kari ayam ni..puas betul makan.

See uols in next entry in different country :)

16 comments:

  1. Thanks for sharing Zila.. Kami tak sempat masuk Vienna dulu.. Memang best Vienna ni..

    ReplyDelete
  2. Besar betul roti dkt sana...mesti kenyang sampai petang ni...

    ReplyDelete
  3. Europe Trip ceritanya luar negeri trus, muantab trip ke austria nya. Ditunggu cerita berikutnya, terima kasih kak dah berbagi cerita.

    ReplyDelete
  4. rindunya tempat-tempat ni semua .. last pergi masa umur 9 tahun ... thanks for sharing. lepas rindu ni :)

    ReplyDelete
  5. nampaknya cafe tempat Zila pergi ni kena masukkan dlm list :-) sbb building kat central square tu lawo

    ReplyDelete
  6. Masya Allah langit biru!! dah lama x tgk langit biru kat Msia ni..lately plak JERUBU..adehhh

    ReplyDelete
  7. kenapa saya tak boleh view awak punya part 1 ? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis try guna link ni

      http://akulovetravel.blogspot.com/2019/03/europe-trip-ausria-salzburg-part-1.html

      Delete