July 19, 2019

Europe Trip - (Austria - Vienna) Part 3

Assalamualaikum...

Kami masih lagi di Austria. Pagi tu kami siap-siap untuk ke Vienna. Mudah betul bila stay area hauptbahnhof..just berjalan jer untuk ke train station. My sis pilih ticket train yg paling murah melalui website..kemudian kami just ke counter ticket untuk beli ticket. Dan harganya sama jer macam dalam website. Selama travel ke Europe, my sis selalu beli ticket sebelum trip..tak macam trip kali ni..kami beli the same day dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Saya suka bawak kacang ni time travel...buat lapik perut bila lapar

See?? so comfortable tau. Yang tak bestnya..coach kami ni ada org bawak masuk anjing. Tak tentu arah kami berdua..hahaha. Kena pulak anjing tu asyik pandang tajam kat my sis..lagi la tak keruan dia..hahaha. Akhirya dia gi tegur minah salleh yang bawak anjing setinggi pinggang tu..minah tu yakinkan my sis yg anjing dia takkan gi mana-mana. Sepanjang perjalanan tu memang anjing tu duduk jer bawah meja tuan dia tu. 


Saat-saat terakhir menyaksikan the magical view of winter...bila difikir-fikirkan balik, saya suka tengok view penuh dengan snow..cuma yang saya tak berapa suka..betapa sejuknya winter.

Sepanjang perjalanan ke Vienna, view biasa-biasa jer. Makin nak mendekati Vienna..makin takde snow. Dengan itu berakhirlah pengalaman kami bersnow..seolah-olah separuh trip kami bersnow dan separuh lagi tanpa snow..hehehe. Tapi sejuk tu masih lah.



 Vienna Hauptbahnhof..dalam banyak-banyak station yang saya jejak sepanjang trip ni, Vienna Hauptbahnhof paling the best. Bersih, rasa selamat dan ada restaurant halal. Station paling saya tak suka adalah Frankfurt Hauptbahnhof..nantikan kisahnya dalam entry-entry yang akan datang.


Saya betul-betul fall in love dengan donut ni sejak makan di Hallstatt..sepanjang di Vienna, rasanya saya ngap 2-3 ketul jugaklah...hahaha. Filling vanilla pun sedap...appricot paling saya suka. Gluppp

 
Ayuh check-in A&O Hostel Vienna..tak jauh pun berjalan dari  Vienna Hauptbahnhof..just 3-4 minit gitu.



 
Taraaa...nilah bilik kami untuk 1 malam di Vienna. Overall ok sangat bilik ni...selesa. Cuma 1 jer menjadi kepelikkan kami sampai sekarang. Kenapa kami diberi bilik jauh giler dari lift?? Guess tak ramaipun...bilikpun banyak giler. Pelik...pelik. Oh ya..view dari tingkap tu nampak apartment..



 Bilik airpun bersih..puas hati.

Lepas dah relax-relax dan makan semua..kamipun mula nak explore Vienna. Tapi dua-dua macam tak bermaya jer..padahal jarak perjalanan Salzburg ke Vienna tak salah saya 2 jam gitu jer..tapi penat macam travel 4-5 jam..hahaha. Gitulah kami berdua ni...takde stamina..hahaha



Kami menuju ke Vienna Hauptbahnhof..pertama sekali kami buat adalah beli 24 hours day pass. Boleh dibeli di kedai serbaneka dalam Vienna Haupbahnhof. Boleh naik apa jua public transport. Dah ada ticket...malangnya tak tau pulak nak pegi mana..hahahah. Dua-dua org tak study sangat pasal Vienna...saya ada note serba sikit yang saya copy dari website. Copy jer tapi tak baca hahaha. Time tulah baru nak baca bagai.

Tengah-tengah berjalan turun ke subway station, kami disapa oleh uncle and aunty chinese dari Malaysia. Dorangpun macam kami, taktau nak stop station mana satu untuk ke attraction places...hahaha. Dah kebetulan jumpa orang senegara..apa lagi...sembang sakan lah...hahaha. Dorang laki bini tu visit anak dorang kat UK. Semua anak-anak dorg kerja hebat-hebat..staypun dekat oversea semuanya. Bukan setakat Europe couple tu dah explore..segala negara kat US pun dah explore sebab anak dorg stay kat US. Excited  aunty tu bercerita kat saya...bangga dia dengan anak-anak dia. 

Yang paling best bila dah berkenalan dengan dorang adalah, dorang share pesanan anak dorang untuk visit 1 palace di Vienna. Schönbrunn Palace namanya. Bersungguh-sungguh dorg suruh kami pergi. So apa lagi...saya terus bagi idea kat my sis untuk pergi that day jugak. My sis tengok saya dengan aunty tu takleh nak stop berborak, dia pun bagi alasan yang kami nak masuk cafe...hahaha. Seriously...syok berborak dengan aunty tu..macam-macam dia nak cerita..husband dia tak sangat..biasa-biasa jer. Kena pulak saya ni jenis suka dengar cerita orang dan pandai bagi respone +ve, lagi la orang nak bercerita...hahaha. Cerita saya dia tak peduli pun..hahahaha. Berpisahlah kami dengan couple tersebut. Kami mula study route untuk ke Schönbrunn Palace. Mudah jer. 



Mudah jer untuk ke Schönbrunn Palace. Stop jer di station bernama Schloss Schönbrunn Station...ala-ala bangunan dulukala


Bahagian depan Schloss Schönbrunn Station



Dari station, around 1km jugaklah kena berjalan


Gini rupanya Schönbrunn Palace..palace di Germany pun memanjang camgini


View gate untuk masuk ke Schönbrunn Palace


Panjang sangat...tak muat camera..hehehe


Syok pulak tengok lampu ni



Di sebelah kanan palace ni, ada pulak taman. Terasa macam dalam kisah cinderella..hahaha. Kalau daun-daun melingkar kat laluan ni color hijau...sure cun giler.


View dari taman

 Statute yang menghiasi ruang lapang di bahagian belakang palace.


Memandangkan dua-dua orang macam tired jer...kami decide nak balik hostel. Time dekat Vienna Hauptbahnhof..kami round la station tu. Memang banyak tempat makan yang sesuai untuk kami makan. Dalam banyak-banyak makanan yang kami boleh makan...my sis hepi giler nampak ada Nordsee. So malam tu kami dinner wraped and sandwich. 



Fish sandwich and seafood wraped.

Nantikan next entry...saya nak share pengalaman saya breakfast di restaurant paling cantik saya pernah masuk dan juga building-building hebat di sekitar Vienna. Adakah kami puas berada di Vienna just satu malam??? Nantikan next entry untuk jawapannya..hehehe.

16 comments:

  1. Thanks for sharing Zila.. Rindu Austria, rindu nak jalan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks jugak sebab luang masa membaca :)

      Me toooo!!!!

      Delete
  2. Jangan lama sgt nak update..penat tiap2 ari nak kena buka blog zila

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing this post it's helps me to travel these place ...
    Travelling Blogs

    ReplyDelete
  4. My sis pilih ticket train yg paling murah melalui website..kemudian kami just ke counter ticket untuk beli ticket. Dan harganya sama jer macam dalam website"
    Maksudnya apa eh? just semak jek harga tiket kat website..sampai kat kaunter baru beli ke mcm mana? atau booking tiket siap2 online pergi kaunter baru tukar ke actual ticket..sorry kurang faham hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya check dulu dari website pastu baru gi counter beli..ntah pape2 je saya ni kan?? hahaha

      Delete
  5. mak aihh sedap sgt tu..2,3 ketul sekali ngap..5+1 gratis tu..means beli 5 percuma 1 la kan..GRATIS tu pun bahasa indonesia ke..mcm mana leh tertulis kat kedai tu..owner org indonesia ke hihih

    ReplyDelete
  6. JM x boleh buat mcm Zila...dah ada sana baru nak cari nak ke mana..mmg kena marah nanti hahaha..kami mmg kena well preapared kat msia lagi..so dah ada kitab busuk tu..refer situ jek sbb x nk buang masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekadang bz la JM..xsempat sangat nak study betul2. Perkara paling wajib study adalah route serta transport nak ke satu2 tempat..mcm attraction places tu depends la..kekadang wat note tapi tak study. Nanti dah sampai baru baca note tu...kami berdua ni jenis tak terikat dengan mana nak pegi dulu dan mana nak pegi kemudian kt satu2 city tu

      Delete
  7. nasib baik la mak cik tu peramah..boleh la pegi palace tu..pernah tau JM serempak dgn org msia waktu trip..org melayu la..peramah? jauh sekali..kita senyum..dia nk senyum balik pun susah hhhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo org melayu sayapun risau nak tegur..kalo org tegur dulu mmg saya layan jer lah..

      Delete