August 12, 2018

Balkan Trip - (Turkey - Istanbul) Part 3

Assalamualaikum


Trip dah lebih dari setengah tahun..tapi entry tak abis-abis lagi. Haishh. Sekarang ni bukan saja busy dengan kerja..busy jugak dengan preparation untuk setelkan kelengkapan rumah. Kepala otak ni asyik fikir apa nak buat dengan dapur..apa nak buat ruang tamu..nak buat apa dengan bilik. Hahh...serabut.


Masih ingat previous entry?? Yee betul...kami kembali semula ke Istanbul. Agak annoying nak melepasi immigration dekat Attaturk Airport ni..so crowded. Sambil-sambil tu saya menyaksikan beberapa orang yang bergegas nak ambik connecting flight..ada couple ni..dia potong Q dengan tergesa-gesa. Berjaya jugaklah dia potong beberapa orang..malangnya..sampai dekat sorang mamat ni, mamat tu tanya pehal nak potong-potong Q. Bila couple tu cakap dorang nak kejar connecting flight...dengan selamba mamat tu cakap...diapun sama nak kejar connecting flight. Tapi tak nampak pun..relax jer Q. Nampak sangat mamat tu jenis tak bertimbang rasa. Reaksi hampa di muka couple tu. Berdirilah dorang belakang mamat tu. Sekurang-kurangnya dorang kena Q dalam setengah jam. Pasti flight dorangpun terlepas...what to do?? Peringatan untuk kami supaya tak cuba ambil connecting flight.


Kami dah familiar dengan system transport di Istanbul. Tempat tuju kami that day adalah hotel yang bakal kami stay selama 2 malam. Hotel ni kami pilih disebabkan berdekatan dengan Bazar. Tak sabar nak shopping...hehehehe.



Paling tak suka tunggu tram dalam open area gini.....sejukkkkk!!!



Solis Hotel...inilah the worst hotel kami stay dalam trip kali ni. Saya paling tak suka selimut dan bantal. Ntah sabun apa dorang guna untuk basuh...hahaha. Keras!!! Setiap kali bergerak time dalam selimut...bunyi kasar terhasil..buntu pulak saya nak explain...hahahaha. Staff hotel pulak ntah pape...tak reti nak check dalam system yang kami ni book melalui booking.com. Confident giler dah cakap takde booking kami tu...lepas dah suruh check betul-betul...barulah jumpa.



Toilet pulak...bersih dan selesa!!!

Setelah rehat-rehat sekejap..kamipun mulakan operasi shoppingggg!! Sebelum mulakan activity nak bershopping sakan...kami tanya staff hotel pasal day tour to Bursa. Staff tu explain lah itinerary untuk tour Bursa tu...dan saya asyik highlight yang kami nak main snow jer. Kalau boleh taknak ke tempat lain. Cost yang di offer adalah 150 TL. Then..kami tak confirm dulu..mana tau time jalan-jalan jumpa tour agent yang offer lagi murah. Lepas dah selesai dengar explanation staff hotel tu...kami menuju ke Grand Bazaar. Tak jauh pun...just lintas jalan dan berjalan dalam 2-3 minit.



Sepanjang perjalanan ke Grand Bazaar...banyak kedai menjual Turkish Delight. Bila dah tengok benda yang banyak-banyak gitu...tak rasa nak beli atau makan. Sebelum sampai Istanbul, beriya sangat lah nak  beli la..nak try la.



Semua baklava ni sangat manis...percaya lah. 



Turkish delight ni mana-mana kedai sediakan sample untuk rasa..kalau baklava, macam tak nampak sample untuk try...maybe baklava lebih mahal dari Turkish Delight ni. Yang macam dalam photo atas ni...rasanya kenyal-kenyal dan pasti ada nuts dalamnya..sedap!!!



Huhu..sampai jua saya di Grand Bazaar...wahhh..sungguh grand uols!!! Tak tentu arah nak masuk simpang mana satu. Sampaikan confuse la dah lalu ke belum lorong-lorong dalam Grand Bazaar ni...aduhhhh. 



 
Apa yang ada dalam Grand Bazaar ni?? Dekat sini banyak giler kedai souvenir, kedai emas, kedai jual shawl, jual turkish delight, carpet, ceramic dan lampu.



 1st kedai yang kami singgah. Kekenyangan kami berdua masuk dalam kedai ni...hahahha. Kami makan pistachio dan turkish delight. Sambil-sambil mamat turkey ni dok layan saya membeli turkish delight..my sis asyik ambil segengam demi segengam pistachio dok ngap..ngap..ngap!!! Hahahahaha. Bukan suka-suka makan...memang kami dipersilakan makan..hahaha.



 
Turkish delight for my mom...huhuhu.



Inilah rupa turkish delight yang saya beli untuk mak. Untuk diri sendiri takde pulak beli sebab dah puas makan kat dalam kedai tu..hahaha. Saya sangat recommend beli yang rupanya gini..bila makan taklah muak sangat.


Kemudian kami lalu pulak di depan kedai lampu yang berwarna-warni. Sungguh berseni lampu-lampu orang Turkey ni. Ada kedai yang tak benarkan kita snap photo lampu-lampu yang dijual. 



Cantik sungguh kan?? Tapi bukan taste saya...hehehe



Ceramic products pun lawa-lawa



Lorong menjual lampu



Bila tengok replica Blue Mosque ni, terus rasa nak beli yang kecik...Alhamdulillah jumpa..


My sis jenis pengumpul short glass...



Kami pergi lagi sekali restaurant yang 1st day kami di Istambul. Makanan kat restaurant ni memang tidak mengecewakan. Saya tak dapat nak makan banyak sebab dah pulun makan turkish delight kat Grand Bazaar...hehehe


On the way nak balik tu kami sempat survey harga tour untuk ke Bursa...ternyata hotel kami stay offer harga yang sangat murah...hmmm..sampai jer hotel...terus kami confirm dengan staff hotel tu. Tour yang bakal kami joint tu akan bermula pada pukul 7am dan dijangka sampai semula ke hotel pada pukul 10pm...fuhh. Saya tengok weather forcast...esok di Istanbul City akan hujan sepanjang hari. Memang ada baiknya kami ke Bursa...cuaca di Bursa pun saya check agak ok...takde hujan. 

Ok guys...tunggu next entry...ada kisah menarik ye!!! 

Bai...



1 comment: