August 18, 2018

Balkan Trip - (Turkey - Bursa) Part 4

Assalamualaikum...

Ok guys...time for Bursa day tour.


Untuk ke Bursa perjalanan di anggarkan lebih kurang 3 jam gitu. Tujuan utama kami joined tour ni adalah nak tengok snow wonderland gitu. Leceh tau nak gi sendiri...so kami decide guna day tour jer lah. 

Pagi tu kami standby lah nak breakfast kat hotel. 1st time turun...breakfast tak ready lagi. 2nd time turun..roti tak sampai lagi. Roti lambat sampai sebab hujan katanya. Akhirnya kami makan apa jer yang ada..memang tak menyelerakan pun. Akhirnya just minum coffee and scramble egg jer.

Dalam pukul 7am kami dijemput dengan sebuah van. Time tu happy giler lah sebab fikir kami berdua orang pertama naik van tu...so boleh lah pilih seat belakang driver. Kemudian van tu ambil pula sorang mamat Albania tak jauh dari hotel kami stay tu. Mamat tu duduk dengan driver. Dalam perjalanan, sembang sakan lah saya ngan mamat tu...hehehe. Dia cakap dia dah beberapa kali datang Turkey. Sopan-santun betul dia bercakap..lembut pulak tu.



Awal pagi di Istanbul


Melalui Blue Mosque



Historical wall around Istanbul...unik betul wall ni.



Van ni ambil beberapa orang mamat dan terus menuju ke Taksim


Ingat ke van tu lah akan bawa kami ke Bursa..salah sama sekali. Sampai di Taksim kami kena turun dan naik mini bus. Time tu dah frust la takut tak dapat seat depan memandangkan bus tu hampir penuh. Tapi syukur...takde orang duduk seat depan. Kena pulak depan tu bukannya driver..lagilah clear nampak view...muahahahaa. Mini bus tu penuh dengan penumpang. Mostly dalam bus tu adalah Mediterranean. Hanya kami berdua orang tak tau cakap arab. So bila ada pape announcement, si Muhammed yang merupakan tour agent akan datang dekat kami untuk explain in english. 

So excited la bila bus tu dah gerak. Tak sabar nak tengok view sepanjang perjalanan. Sekaliiii....aduhaii..spoil betul..si Muhammed ni buka arabic song..bergema satu bus...kuat giler. Boleh bayangkan lah konsep arabic song macam mana kan?? Sebab fikirkan satu bus tu layan kut lagu-lagu gitu..saya pun sabar jer lahh. My sis lain arr...dia suka music..memula tu dia tak rimas sangat lah...nanti-nanti malam buta tu dia dah start rimas...hahahaha...takpe takpe...saya akan share kisahnya...hahaha



Kami stop di sebuah R&R around 20 minit. Sempat lah makan. Kat sinilah saya berkesempatan merasa rice pudding. Manis betul. Rasa dia macam susu pekat manis tu bercampur dengan sagu.


Perjalanan diteruskan. My sis boleh layan lena walaupun arabic song bergema satu bus tu..hahaha. Suasana dalam bus pun tak kecoh orang sembang…hanya Muhammed dengan driver jer dok sembang. Geram betul dengan Muhammed tu..asyik dok scroll youtube..suka-suka tukar lagu. Semua lagu dia pilih yang jenis rancak2 gitu.

Tak lama lepas tu...kami sampai area port. Bus tu masuk dalam ferry pulak. Kami semua keluar dari bus. Ada tempat duduk yang selesa atas ferry tu. Kesejukan time tu memang sangat teruk...maybe sebab tepi pantai..dah la winter campur lagi angin...grrrrrrr.



Ayuhh kita naik ferry....


Punya la banyak seagull time tu. Dah macam ferry ni ferry nelayan....hahahah.



Sejuk-sejuk pun...bergambar adalah harus...hehehehe. My new jacket beli area Istanbul sehari sebelum tour ni. Selesa sangat jacket ni, tak mahal sangat...tak salah saya dalam 150 TL gitu.



Ferry ni hampir penuh dengan kenderaan..tak lama pun naik ferry ni...tak salah saya dalam 20 minit gitu.



Ferry meninggalkan port



Jarak nak ke seberang macam dari Butterworth ke Georgetown...haaa...gitu..



 

 
Hairan betul saya tengok kenapa seagull ni banyak sangat. Memang excited la dok snap sana-sini bila tengok burung ni. Pastu asyik rakam video. Tanpa sedar jari-jemari saya cramp. Know why?? Sebab saya tak pakai glove..jari saya beku...hahahhaa. Cepat-cepat ajak my sis masuk area tertutup. Syukur tak lama pastu jari saya balik ke keadaan asal...hahaha. Atas ferry ni ada cafe jugak...1st time tengok orang buat sandwich kepit sampai penyet. Menyelerakan betul...saya confirm sandwich tu rangup...teringin sangat!!! Tapi time tu baru jer makan.



My sis ajak naik ke level paling atas..ferry ni ada 3 level. Si mamat Albania tu mulanya asyik lah nak kami tolong snap photo dia...memula tu layan lah jugak...lama-lama jadi fedap..hahaha. So kami elak dia sehabis mungkin lah.



Ohhh baru lah tahu kenapa burung camar ni banyak...ada orang bagi makan rupanya. 



Lepas ferry ni sampai ke seberang..kami sambung perjalanan. Bus ni stop dekat sebuah kedai. Ada banyak bus yang stop kat situ. Tahulah kami lepas tu yang kami ni dibawa ke kedai turkish delight untuk bershopping…haa…gitu!!! Sebelum start tour tu memang kami dah diberitahu akan dibawa ke beberapa tempat…so tak heran lah. Biasa la kalau ikut tour ni mesti nak singgah kt mana-mana untuk ahli jemaah bershopping...yang tour agent pastinya dapat commission.

Kami pernah follow day tour di Melbourne, London dan Hokkaido..kami tak dibawa untuk bershopping. Tapi day tour di Vietnam serta Turkey ni, banyak betul tempat singgah untuk shopping..haishh…jom ikuti kisah seterusnya.



Masuk jer kedai tu…amboi…ramai betul orang. Paling ramai adalah orang Indonesia. Saya percaya dorang tu adalah jemaah umrah. Ada juga jemaah Malaysia yang saya jumpa…tapi tak seramai jemaah Indonesia. Kami takde apa nak shopping pun…niat just nak tengok snow di Bursa. Tetiba si Muhammed tu tercari-cari kami berdua...rupa-rupanya dia nak make sure kami ni dilayan oleh pekerja kat situ..amboiii. Dibawanya kami ke counter untuk merasa turkish delight. Nak tak nak rasalah jugak akhirnya. Saya perasan si Muhammed ni macam kisah sangat pasal kami berdua...saya syak satu jer..previous customer dia maybe banyak orang Malaysia dan mereka-mereka tu shopping sakan...hahahha.



Staff yang melayan kami tu siap boleh cakap indon…sah orang indon ramai shopping kat situ..hahaha. Pepandai jer buat andaian..hahaha. Diambilnya pelbagai turkish delight nak bagi kami rasa. Ya Allah...kekenyangan saya...hahaha.



Yang merah tu flavour pomegranate...rasa dia masam-masam manis..bahagian luarnya disalut dry pomegranate. Bila balik Malaysia...dah unpack...lama-lama jadi masam pulak. Ada 2 jenis flavour choclate kami beli..satu tu nuttela yang lagi satu tu nuttela salut dengan serbuk pistachio...paling sedap lah yang dua ni. Yang color oren tu tak salah saya apricot..sedap jugak. Yang color putih dan disalut dengan pistachio...nape ntah pistachio keras semacam selepas unpack beberapa hari pastu...sakit gigi...hahaha.




Kami spent 50 TL untuk turkish delight ni..lebih kurang jer harga di Grand Bazaar.

Lepas dah puas shopping..bermulalah cabaran untuk ke Uludag National Park yang kami nanti-nantikan. Banyak betul kereta serta bas nak naik ke Uludag. Maybe sebab that day adalah ahad. Sebelum nak betul-betul sampai Uludag..kami stop pulak nak tengok pokok berusia 600 years. Tempat tu betul-betul tepi jalan. Dah la jalan tu 2 ways dan sempit, atas bukit pulak tu..parking pulak main tepi-tepi jalan gitu jer. Pelik betul. Kami pulak nak turun bus kena turun side jalan raya....silap turun takut kena langgar jer. 


Inilah keadaan jalan yang saya maksudkan tu...harap paham lah ye..hehehe. Yang sebelah kanan tu adalah gaung.


Ada satu insiden area nak ke pokok 600 years tu...hahahhaa. Ada la sekor anjing...besar giler. Sebelum kami sedar ada anjing tu..si mamat Albania tu nak suruh snap photo dia..sekali kami terkejut lah nampak anjing tu. Dah panic...si mamat tu relax giler siap gi usap anjing tu. Sambil pandang kami suruh snap dia...errkk..kata islam..nape dia gi usap anjing tu. Dia tengok kami tengah ketakutan...dia nak pegang tangan my sis macam nak selamatkan my sislah...wakakaka. Giler nak biarkan…tangan bekas dia usap anjing tu. My sis terus bengang...sambil cakap don't touch me..u touched the dog. Time tu saya rasa kelakar dengan reaksi my sis yang terus jadi ellergic dengan mamat tu...hahaha.



Inilah pokok yang dikatakan 600 years tu...besar betul...tak muat camera.


Hebat betul ciptaan Allah SWT....masih utuh berdiri pokok ni walaupun mencecah 600 years.



Kejap jer kami kat situ...ada souvenir shop..tapi takde hati nak membeli bila tengok anjing tu berkeliaran jer. Tak lama pastu kami sambung perjalanan ke Uludag.




Makin ke atas..suasana makin berkabus. Driver bus ni bawa laju betul...macam bukan drive di jalan berbukit...maybe hari-hari datang sini...biasa sangat kut.



Tak lama pastu...taraaaaa.....



Kelihatan snow memutih dan tak berapa nak tebal.



Suasana yang tadinya suram bertukar cerah...i love this view!!!



Kami makin mendekati tempat tujuan



Dan akhirnya sampai jua...snow memutih di sini-sana. Nun di puncak bukit kelihatan orang berski.



Masa yang diberi tak lama manapun...what??? Tak salah saya dalam sejam lebih jer. Semua orang macam nak buat snow mobile activity...kami tak berminat. Benda pertama kami time tu adalah nak cari lunch...lapar.



Sejuk kat sini begitu luar biasa.



Akhirnya saya berpeluang makan sandwich yang saya cakap time atas ferry tu. Roti tu ditengah-tengahnya ada cheese lepas tu kena kapit...sedapp makan panas-panas. Roti tu crunchy dan cheese tu melting.



Bila dah makan..kami keluar untuk bergambar. Saya ambil sikit snow dan pegang...kasar..tak macam snow di Hokkaido...macam pegang tepung..hehehe. Lain tempat..lain pengalamannya. Cuaca tadinya cerah bertukar glommy...sampai pandangan terbatas.



Snow wonderland...cantik betul tengok snow yang melekat kat pokok. Nak snap view dah blur tak nampak apa...so snap jer lah pokok.



Time ni sejuk sampai tak boleh nafas...lagi teruk keadaannya time kami di Hokkaido ritu. Check temperature time tu...-ve 23 calcius...patutlah.


Terkedek-kedek kami ke parking bus..takmo lah jadi orang paling last naik bus tu. Suasana time ni scary. Bila dah sampai dalam bus..kami orang 1st yang sampai. Laaa...si Muhammed ni cakap..boleh leisure dalam setengah jam lagi...laaa...kalau tau lah...takde lah kami terkejar-kejar makan semua. Apa daaa...


Syukur...suasana mulai cerah semula.


Geramnya tengok pokok ni



Lepas dah puas jalan-jalan..kami kembali semula ke bus. Tak boleh nak lama-lama di luar sebab sejuk sangat. Ingat ka dah siap kat situ...rupa-rupanya ada lagi activity...kami di bawa makin ke atas. Kami dibawa untuk naik cable car rupanya. Dah nak gelap baru nak bawa naik cable car…apa daaa. Yela…asyik nak dulukan bershopping.



Matahari makin nak menyembunyikan diri



Dekat atas ni macam ada banyak sikit hotel



Bila tengok jer cable car jenis open gini...terus saya taknak naik. Sejuk menggigil tau....lagi nak naik atas nuu haaa?? Makin gelap suhu makin jatuh. Tak ramai yang naik cable car tu..kami tunggu dalam bus jer. Walaupun duduk dalam bus...sejuk mengedik jugak. Lagi tension bila ahli kumpulan yang lain asyik naik turun bus..bila bukak pintu...sejuk giler lah.

Suasana akhirnya totally gelap...uihh...cmner tu nak turun dengan suasara gelap. Yang si driver relax jer drive laju-laju...yang lagu dibukak tak sudah-sudah rancak...giler ke haper. Macam nak ambik kepala Muhammed tu hentak-hentak atas dashboard...geram!!!




Ingat ke nak terus balik jer...rupa-rupanya singgah pulak makan. Time ni kami semua masih atas gunung tu haa..ahli kumpulan yang lebih kurang 15 orang ni berjamu selesa walaupun kesejukkan. Kami ditempatkan di dalam khemah tertutup. Ada tempat membakar kayu api untuk panaskan badan..pakat berkumpul kami semua keliling kayu api yang bernyala garang. Makanan ni termasuk dalam tour cost. Ada grilled chicken, lamb dan juga daging. Macam kami berdua ni sempat tadi lunch...macam orang lain yang buat activity snow mobile tu, sure time ni baru nak makan. Sebab tu muka sorang-sorang nampak macam tak bermaya....hahaha.



Suasana malam dari pergunungan.



Ingat ka dah nak balik...rupa-rupanya tak siap-siap lagi...apa ni?? apa ni?? Sampaikan satu tahap tu saya fikir...jom la balik..tak kisahlah duit yang kami dah bayar tu. Nak tahu kenapa?? Ketika masih di pergunungan, stop pulak kat kedai jual local products seperti madu la..herbs la..erkkk. Yang ahli kumpulan yang lain punya lah pakat borong...kami berdua pulak...tercangak-cangak...hahaha. 

Ok..siap sudah shopping local product. Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam gitu. Hopefully terus menuju ke Istanbul lah yeaa..bus pun dah turun dari area pergunungan. Erkkk...masih tak siap-siap nak suruh kami bershopping. Stop pulak kat sebuah mall. Mall pun tunggu masa nak tutup jer..sendu jer. Saya gunakan peluang tu untuk ke toilet. Just round-round sikit...takde apa yang menarik..just pakaian jer. 

Bila kami semua berkumpul di atas bus...so Muhammed ni cakap something dalam bahasa arab. Saya berdoa cukup-cukup lah shopping..dah lewat malam dah ni. Nanti 2-3 jam pulak perjalanan balik ke Istanbul. Pukul berapa boleh sampai hotel?? Bila dia settle cakap-cakap..dia dekati kami. Dia cakap untuk pendekkan perjalanan, perlu ikut highway. Boleh elak naik ferry semua tu. Tapi kena bayar 10 TL sorang...untuk cost bayar toll. Lantak lah...malas nak fikir..tapi lagi bagus gitu..bayar jerlah. 

Bila dah sampai Istanbul..dia nak drop pulak sorang-sorang kat hotel. Ada sorang makcik ni dah bising-bising nak suruh hantar dia dulu. Macam ada beberapa orang yang dah tak sabar nak sampai hotel...kami cuba untuk sabar. Yelah...kita ni kat negara orang..tak boleh suka-suka hati nak argue. Dan akhirnya kami antara yang terakhir sampai kat hotel. Fuhh...penat dong. Pukul 12 lebih jugaklah sampai. Hikmahnya...kami boleh tengok suasana lewat malam di Istanbul. Macam kita kat sini ada stall burger tepi-tepi jalan...kat sana ada stall kebab. 

Komen saya untuk tour ni...hmmm..ok ok jer. Kalau jenis macam kami yang tak suka shopping ni, better cari tour yang just ke Bursa untuk ke Uludag jer. Dari segi keselesaaan..saya boleh puji. Sebabnya..group ni tak ramai. So takde sangat masalah nak tunggu saper yang lambat naik bus. 

Kat sini dulu lah ye perkongsian saya...kami masih ada 1 hari di Istanbul. Disebabkan terlalu penat...kami just gunakan hari terakhir kami dengan ala-ala jer. Nantikan kisah penutup Balkan trip.

Bai

4 comments:

  1. akak terpaksa kensel tour ke sini hari tu. sebab nya tu lah. tour semua lama2 gitu. sure sampai balik at 12 mid nite. tu yg malas tu. insyallah next time, pegi sana, spend one nite in Bursa kan.. cewahhhh.. plan tu.

    ReplyDelete
  2. Pemandangan laut, langit dengan burung camar yang terbang rendah tu buat saya feeling habis.
    Turkish Delight tu sedap ke? Saya pernah makan di Cyprus, tapi saya tak suka sebab terlalu manis dan bergetah/bergelatin. Mungkin yang saya makan tu tak ori, kot?
    Sangat sejuk: -23! Boleh beku tangan dibuatnya.

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing Zila.. Bestnyaaaaaa... Ohhh nak sangat pi Turki.. Tgh mencari info pasai nak drive kat sana ok ke tak..

    ReplyDelete