July 30, 2018

Balkan Trip - (Croatia - Zagreb) Last Part

Assalamualaikum..

Lama pulak saya biarkan blog ni tanpa new entry. Jom kita sambung...

Selepas dah puas spend masa di Rastoke, kami bergerak untuk kembali ke airport. Car rental perlu dipulangkan sebelum pukul 3.30pm. Sebenarnya my sis terlanggar road kerb sikit..ada calar sikit kat bumper. Dan time return kereta tu, takde pulak orang car rental tu check kereta....syukur. Oh ye..disebabkan kami ambil kereta dalam keadaan full tank, kena lah top up full tank juga. Style pump petrol tak sama macam kita kat sini tau. Kita perlu pump dulu then baru gi bayar. Staff petrol pump tu pulak tahu kami ni drive car rental, dia lah guide kami.

Bila dah settle hal memulangkan car rental, kami mencari shuttle bus untuk ke Zagreb City. Shuttle bus ni betul-betul depan airport main entrance. Nasib kami baik time tu sebab bus tu hampir nak tinggalkan airport. Boleh terus bayar kat driver. Fare adalah 30 kuna. Dalam 1 hour jugaklah nak sampai city. 


Timetable ni saya snap time sampai kat bus station Zagreb City.


Tercangak-cangak lah jugak mulanya..driver shuttle bus tu tunjukkan arah untuk kami naik tram. Tujuan kami ketika itu adalah untuk ke Apartment Cilindar. Baru jer nak kenal system transport dorang ni, so memang blur habis lah. Bila sampai tram station yang just bersebelahan bus station tu, my sis tanya kat sorang driver tram ni..yes, itulah tram yang bakal kami naik. Disebabkan time tu adalah peak hour, memang penuh lah tram tu. Kami dengan luggage lagi...memang jenuh gak lah. Syukur ada sorang mamat Croatia ni bangun dan bagi saya duduk..hehehe. Maybe tengok saya tak selesa berdiri dengan luggage asyik tak duduk diam..hehehe.

Dah sampai tempat yang di mana terletaknya apartment kami, kami pun turun dari tram. Meriah betul area tu..macam satu dataran. Manusiapun ramai. Lampu-lampu menarik sempena New Year dan Christmas celebration masih memenuhi jalan raya dan bangunan. Berpandukan google map kami dapat mencari arah ke hotel dengan mudahnya.

Taraaa...inilah accommodation paling selesa sepanjang trip Balkan kami...jom tengok bahagian dalam pulak...



Antara yang best kat bilik kami ni...kami boleh masakkkk!!!



 
Toilet pun sangat bersih

Luas betul bilik ni..tak yah nak rebut2 ruang letak luggage...hehhee. Siap ada wardrobe.



Punya selesanya katil ni sampai susah nak bangun...hahahaha


Lepas dah mandi semua...kami decide nak jalan-jalan area berdekatan sambil cari dinner. Sebenarnya kami tak berapa study pasal Zagreb. Tujuan utama port kat Zagreb adalah persinggahan untuk naik flight balik semula ke Istanbul. Kami ambil kesempatan di Zagreb just untuk rehatkan badan yang non-stop traveling dan juga sightseeing.




Central square in Zagreb...meriah betul tempat ni. Hanya tram dibenarkan lalu di jalan utama central square in.



 
Kemeriahan new year masih bersisa...kami decide nak masuk supermarket jer...beli roti dan salad. Agak susah nak cari makanan untuk di makan di Zagreb ni. Nak cari restaurant halal lagi lah susah. Memang tak ramai orang islam di Croatia.



 
Hasil kami bershopping..syukur



 
Apartment ni memang menyediakan peralatan memasak. Saya hanya guna dapur jer..semua peralatan memasak saya guna yang sendiri punya.



 
Taraaa...our dinner. Syukur..kekenyangan kami malam tu. Walaupun sudah lewat malam..kemeriahan deretan pub di luar bilik langsung tak dengar bising. Sound proof apartment kami stay tu memang terbaik!!!



View di luar bilik di waktu pagi. Activity kami bermula selepas breakfast roti dan scramble egg. Kami just plan nak round area berdekatan jer.



 
Central Square...



Cuaca agak gloomy that day. Jom cari open market!!! Just nak cuci mata jer...



 
Kami just berjalan 2 minit untuk sampai ke open market ni. Pelbagai buah-buahan serta sayur di jual. Untuk barang basah pulak..di jual di dalam building tertutup.




Syok jugak tengok sayur dan buah yang belum pernah tengok...menarik.



 
Kedai souvenir pun tak jauh dari open market tu. Susah betul nak cari fridge magnet tanpa ada gambar church.



Church ni antara attraction di Zagreb



 
Jalan yang hanya dikhaskan untuk tram..kami jalan-jalan tanpa arah untuk menghayati suasana bandar di Zagreb. Sambil-sambil tu saya tercari-cari cafe untuk minum coffee...tapi satupun tak sesuai nak masuk...



 
Tram ni macam dah uzur..hehehe.



My sis ajak try Zagreb Funicular. Sepanjang nak ke situ saya tercari-cari kat manalah bukit atau gunung..yela..kalau ada funicular pastilah nak naik ke tempat tinggi. Memang takde langsung rupa tempat tinggi area berdekatan. Bila jer sampai tempat yang dituju...tu ha belakang saya tu....tulah funicular..wakakakaka. Rasa kelakar giler..rendah jer. Naik tangga pun boleh sampai.



Jom naikkkk!!!



 
Kami bersama satu family mat salleh naik funicular ni..kejap jer...beberapa saat..hahahaha.



 
 View of Zagreb



 
Takdelah tinggi sangat pun...hahahha



Ada banyak museum atas tu..malas lah nak masuk. So lagi sekali kami berjalan tanpa arah tuju



Stop kejap kat taman yang apa ntah namanya...



Kemudian kami terjumpa pulak sebuah kedai runcit menarik ni...tak sangka betul ada jual maggie dari Thailand..siap ada logo halal. Disebabkan kami tak bawa langsung maggie..so terus jer beli maggie tu dan balik ke apartment untuk masak.


Macam takde apa sangat nak explore Zagreb ni..patutnya that day kami buat jer day trip ke Slovenia...sikit kekesalan di situ. Lepas kami makan maggie, kami hanya lepak dalam bilik hingga ke petang. Disebabkan kami langsung tak merasa makan apa-apa di cafe kat Zagreb ni..kami plan nak keluar minum petang..masih nak cuba nasib mencari cafe yang sesuai.



 
Nasib baik kami keluar petang tu. Rupa-rupanya masih ada tempat belum kami explore. Deretan building di jalan agak curam ni sangat menarik.




Bila berjalan makin ke atas..rupa-rupanya jalan ni menuju ke bukit tak berapa tinggi tadi yang ada funicular tu.



Akhirnya kami jumpa juga cafe yang sesuai. Ada cafe menjual fries dan sebelah tu bakery cafe. Kami beli fries dan menuju ke bakery sebelah. My sis hantu fries..memang syok lah dia


Saya ada perasan sorang customer ni tengah menikmati dessert ni dalam sebuah cafe mewah time jalan-jalan pagi tu. Teringin lah saya...akhirnya ada jual di bakery tu..terus saya order. Hahahaha. Pastry tu layer dengan custard cream...sedap sangat!!!


Zoom sikit..hehehe 



Dapat free croissant



Lepas dah makan..kami just shopping untuk habiskan duit. Kemudiannya kami balik ke apartment untuk mengemas luggage. Esok merupakan journey kami untuk kembali ke Istanbul. My sis suruh staff apartment tersebut bookkan cab untuk ke airport esok tu. Disebabkan flight kami pukul 9am, kami perlu keluar sekurang-kurangnya pukul 6am. Macam leceh pulak nak naik bus. Staff apartment tu cakap, kami just tunggu depan church yang besar tu..cab akan ambik kami.

Cerita keesokkan hari pulak. Terkedek-kedek lah kami berdua keluar meninggalkan Cilindar Apartment dalam kesejukan. Nasib baik peniaga market dah ramai time tu...so tak sunyi sangat lah. Kami pun tunggu lah cab yang dijanjikan tu..tunggu punya lah tunggu..tak datang-datang. Peluh panik mula muncul setitik dua. Nak ke station bus memang dah tak sempat. Setengah jam jugaklah kami berdiri...syukur sangat bila sebuah cab ni baru drop penumpang area berdekatan. Dan bersyukur sangat driver tu boleh hantar kami. Paling kami syukur...takde pulak dia nak scam ke apa..memang kami bayar ikut meter.



Kali kedua berada di Zagreb International Airport...



 
Pertama kali naik Turkish Airlines, kami dapat sandwich. Kali ni flight waktu pagi...dapat breakfast yang sedap. Saya paling suka bun atas flight...kena pulak suam2...siap tak malu minta dua pastu cilok yg my sis punya jugak..hehehhe.



Bai Croatia...walaupun kami meninggalkan bumi Croatia, pengalaman berharga kami bawak balik...

Nantikan kisah di persinggahan terakhir kami sebelum balik Malaysia..see u

4 comments:

  1. stuju dengan idea kena juga ada hari yang bersenang2 santai bila da penat dengan hari2 yang penuh aktiviti. transit dan berehat penting.. hehe atas katil siap ade love =P

    so far CT baru ada skali pengalaman masak di negara orang. kami beli kuali murah2 n utensil. yg mana boleh bwk kami bawak. dari situ blaja la sikit2 macam mana nxt time kalo nk masak lagi =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah siti...selalu jadi tired sgt bila trip tu nak dekat-dekat habis. Takleh gak paksa diri...tak enjoy nanti. Periuk nasik paling sesuai dibawa...boleh masak nasik..boleh masak lauk..masah nasik sambil kukus lauk. Ni utk kes xde dapur lah...kalau ada dapur lagi mudah

      Delete
  2. Info terbaik,,gambar yang cantik. Moga satu hari akak sampai sini juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ....saya doakan akak sampai one day :)

      Delete