January 31, 2018

Balkan Trip - (Turkey - Istanbul) Part 1

Assalamualaikum...


Tajuk entry saya ni saya sesaja letak Balkan walaupun saya takde lah explore seluruh Balkan countries. Macam mak sedara saya, ikut Balkan trip sampaikan tak ingat nama negara yang dia pergi sebab banyak sangat. Macam biasalah, touch and go lah tu. Dia cakap, hotel stay untuk tidur jer. Tak sempat nak relax betul-betul.

Ok ok ok..cter pasal trip saya. Macam biasa, my sis lah yang survey flight dan book segala macam. Tugas saya pulak, cari attraction places mana yang patut. Kami beli return flight dari KL-Istanbul dan transit di Jeddah 2 bulan sebelum trip. Kali ni berkesempatan naik Saudi Arabia Airlines. Negara yang paling kami nak tuju sesangat adalah Bosnia and Herzegovina. Malangnya direct flight semuanya mahal-mahal. Cuba pulak direct flight ke Croatia, juga mahal. Nak tak nak kena beli ticket flight ke Istanbul. Saya listkan flight sepanjang trip kami...

1) KL - Istanbul (return) transit di Jeddah by Saudi Arabia Airlines
2) Istanbul - Sarajevo by Turkish Airlines
3) Dubrovnik - Zagreb by Croatia Airlines
4) Zagreb - Istanbul by Turkish Airlines

Ikutkan hati, jika nak ke Istanbul mestilah time spring dan bukan dalam masa terdekat. Apa-apapun saya terima, Allah bagi rezeki ke Istanbul cepat..syukur.

Preparation ala kadar saja sebab barang-barang untuk travel in winter memang sentiasa simpan. Flight kami ke Istanbul adalah pada waktu malam. Disebabkan Saudi Arabia Airlines ni transit di Jeddah, maka ramailah jemaah umrah. Rata-rata lebih kurang 90% penumpang jemaah umrah. 80% darinya adalah dari Indonesia. Jemaah umrah Indonesia ni betul-betul dalam kumpulan yang besar. Ada sekumpulan jemaah dari Malaysia hanya dalam 7-8 orang jemaah gitu jer dan dalam flight mereka duduk di seat yang berdekatan. Seorang ustaz iringi mereka. Disebabkan jemaah Malaysia ni tak jauh dari seat saya, saya just perhati jerlah. Ustaz tu guide mereka nak niat ketika flight merentasi Miqat. Macam mana nak tahu?? info dari screen tv akan tertera.

Yang jemaah Indonesia berdekatan saya pulak, kesian betul saya tengok. Maybe makcik-makcik tu takde anak-anak teman. Nak pakai seat belt pun tak tahu..yang berdekatan saya and my sis bolehla nak tolong..yang lain2 tu?? Kesian sangat. Yang stewardess pulak, tanya makcik2 tu nak fish ke chicken time nak serve makanan tu. Terkebil-kebil makcik2 tu. Last2 main letak jer makanan di meja makcik2 tu. Tak sanggup betul tengok kesusahan makcik2 tu. Bagi mereka maybe takde pape..hanya di dalam hati mereka nak menunaikan umrah serta menjadi tetamu Allah SWT di Tanah Suci.

Sepanjang dalam flight, kami disajikan nasi dan juga pasta. Tak berapa menarik rasanya. Nasib baik ada bun panas..i likeee!!!

Kami sampai di Jeddah setelah 9 jam penerbangan. Kalau tak salah saya, kami sampai di Jeddah dalam pukul 11pm waktu tempatan. Masih ada 6 jam sebelum flight seterusnya ke Istanbul. Saya dah mengantuk giler time tu. Ada transit lounge untuk menempatkan penumpang transit. Bergelimpangan tido sampaikan nak dekat pintu toilet..isk isk isk. Saya sempat lelap sekejap jer atas kerusi. Tak selesa sungguh. 

Lebih kurang pukul 6.30am, lagi sekali naik Saudi Arabia Airlines. Cuma 4 jam lebih untuk sampai di Istanbul. Entah apa sebabnya, flight tu tidak bergerak setelah lebih kurang 1 jam kami di dalamnya. Ada beberapa penumpang complaint sebab mereka perlu naik next flight setelah tiba di Istanbul. Setelah flight landing jer...terus beberapa penumpang ambil bag dan tunggu di depan pintu keluar. Ntah lah mereka sempat ke tak sebab time nak beratur imegresen tu, punya lah panjang. 

 
Hening pagi di Jeddah airport. 

  
Alhamdulillah...kami menikmati breakfast yang lazat di atas flight Saudi Arabia ketika menghala ke Istanbul...nyummy!!!

Kisah di imigresen Istanbul. Ketika turn saya nak lalu imigresen tu, pegawai tu macam ada masalah dengan word Binti di passport saya. Nasib baik ada pegawai lain disebelah dia..pegawai tulah explain. Bila turn my sis, cepat sikit lah sebab isu Binti tu takde lagi.

Disebabkan energy masih ada, my sis ajak naik train jer untuk ke Sultanahamet. Ikut jer signboard nak ke train station. Senang dan mudah. Sebelum naik train kenalah beli Istanbulkart. Kalau tak reti nak beli di machine, boleh beli di kiosk area nak menghala ke train station tu. Train dari airport tidak boleh direct ke Sultanahamet. Perlu tukar naik tram pulak. Systematic juga system train dan tram di Istanbul ni. Jika ada masalah tak paham ke apa, boleh bertanya kepada pegawai yang jaga di gate. 

Dari airport, selepas 4 stop..kena turun pulak di Zeytinburnu station. Dari station nilah kita perlu tukar ke tram. Tak salah saya berbelas-belas stop jugaklah nak sampai Sultanahamet. Dah la kena berdiri...fuhh. Warga negara Turkey saja2 dalam tram yang sungguh padat. Bila baca dari blog atau pape website, saya langsung tak boleh imagine keadaan system transport di Istanbul. Bila dah berkesemptan merasai sendiri, baru lahh tahu...hehehe.

 
Zeytinburnu station...punya bodoh saya time ni..dengan luggage bag besar bagak, ada hati guna gate biasa tu..tersekat dalam tu..hahahha. Boleh jer gunakan gate yang sebelah kiri tu...hahaha!!!

Turun jer dari tram, terkasima melihat betapa happening area Sultanahamet. Tersergam indah Blue Mosque dan Hargia Sophia. Tak sabar betul kami time tu.  Kami memilih Antusa Palace Hotel untuk stay 1 malam di Istanbul. Dari Sultanahamet Station, just 2-3 minit jer berjalan.

 
Ketika di Sultanahamet Station. Boleh cross sesuka hati di atas laluan tram ni. 

 
Kami perlu melalui deretan restaurant area ni untuk ke Antusa Palace..wow unik kan?? Saya suka tengok suasana area Antusa Palace

 
Antusa Palace Hotel

 
Sementara nak tunggu urusan check-in, kami dihidangkan dengan Turkish tea sebagai welcome drink.


 
Masuk jer bilik...eh macam sempit pulak. Tak sama macam dalam booking.com. Bila tanya receptionist, dia cakap memang tulah bilik kami booked. Hentam jer lah labu.  


 
Bermulalah sekmen cari space nak bukak luggage..hahaha. Kerusi di jadikan tempat nak sangkut pape..hahaha.


 
Minta twin bed..diberinya katil ni..hentam jer lah.


 
 
Puas hati dengan toilet.. 

Sesudah dapat bilik, mandi apa semua..kami cari restaurant dulu. Lapar sangat sebab dah melebihi waktu lunch. Kami dua orang ni travel jenis kena cukup breakfast, lunch dah dinner...haahhaha. 

 
My sis la tertawan tengok lauk salmon kat restaurant ni time kami lalu nak ke hotel sesudah sampai di Sultanahamet Station tadi. Kami just pilih satu lauk jer dan share.

 
Roti tu adalah free..tapi tak sesuai di beri. Nak cicah dengan apa?? Lauk semua kering-kering..hahaha. 

 
Saya memilih nasi yang ntah apa namanya ni..ada pelbagai nuts. Tak tahu nak explain rasanya..conclusionnya adalah sedap..hehehe. Besar betul salmon tu..puas kami berdua makan. Saya boleh agak rasa masakan salmon tu..salmon di letakkan atas cili, bawang, tomato dan lemon, lepastu bungkus dengan aluminium foil dan masukkan dalam oven..maybe letak lah garam serta pape herbs.

Dah kenyang...time tu explore Istanbul.....Time tu keadaan makin nak gelap. Kami ada sedikit jer masa. Lagipun agak penat sebab menempuh perjalanan yang panjang. Jom layan photo...

 
Meriah betul area tumpuan pelancong ni....

 
Highlight utama di Istanbul...Sultan Ahmet Mosque atau Blue Mosque. Cukup indah. Saya just hayati keindahan masjid ini dari luar. Esok tu saya niat nak masuk pulak.

  
Hargia Sophia yang dibina 1500 years ago. Asalnya Hargia Sophia ni adalah church...church ni jatuh ke tangan tentera islam kemudiannya dijadikan masjid. Dan sekarang Hargia Sophia ni adalah sebuah museum. Nak tahu kisah lebih lanjut, boleh google ye.
 

 Baru pukul 4.30pm dah nak gelap. Kami pun makin longlai...

Nantikan next entry untuk saya share keindahan Istanbul yang seterusnya...stay tune...bai!!!

 

12 comments:

  1. bestnyaa cantik Istanbul. update lagi nanti nak baca.. sampainya entah bila. hehe angan2 dulu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak salah berangan...dari anggan2 lah tercapai impian :)

      Delete
  2. Waaahhhh best best... Thanx for sharing Zila.. Nak sangat ke Istanbul nanti. Agaknya boleh ke drive kat sana..

    ReplyDelete
  3. Salam travel sini..jom la ke blog saya yang xseberapa ni https://cararesepi.blogspot.my/

    ReplyDelete
  4. Zila nk tya bpa hari travel utk trip kali ni? Kot2 leh follow jejak. Kna usha tix duly

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pergi dalam 10 hari tak termasuk perjalan pergi dan balik. Cepat2 la beli tix..hehehe

      Delete
  5. Memang best kan Istanbul.
    Akak pun duduk area Sultanahmen. best

    ReplyDelete
  6. sis... boleh share tak iti and budget kesemua travel ke istanbul and bosnia. kalau ada excel/word file pun cantik dah .. hahah

    boleh tak emel ke ninijaafar@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Slm, boelh emailkan pd sy juga x 😁 norhaslinzainuddin@gmail.com

    ReplyDelete